You are on page 1of 1

PILIH 5 PERKATAAN YANG SESUAI DAN TERANGKAN BESERTA CONTOH

BERDASARKAN KULIAH DEFINISI TEKS SASTERA.


i. Ambiguiti: Ambiguti merupakan satu ayat atau perkataan yang membawa 2/3 maksud yang
berbeza yang mampu mewujudkan kepelbagaian. Contohnya, perkataan taman boleh
membawa maksud taman permainan dan taman perumahan.

ii. Anafora: Anafora bermaksud pengulangan sesuatu kata atau frasa pada permulaan baris
secara berturut-turut agar memperolehi kesan yang tertentu untuk menguatkan sesebuah
maksud. Contohnya perkataan ‘Ada’ beraku perulangan di awal baris:

Ada rumah tidak dijaga,


Ada anak tidah dilatih

iii. Bombastik: Bombastik ialah menggunakan kata-kata yang indah secara berlebih-lebihan
sehingga membawa maksud yang tidak jelas dan sukar difahami dengan pemilihan kata yang
berlerek. Contohnya,

Bahang masalah ini semakin terasa kerana kedua-dua belah pihak masih
Menyalahkan antara satu sama lain tanpa sebab yang musabah.

iv. Hiperbola: Hiperbola bermaksud penyataan atau perkataan yang disampaikan secara berlebih-
lebihan daripada maksud yang sebenarnya. Sebagai contoh,

Darah mengalir menganak sungai,


Dia berendam air mata.

v. Metafora: Metafora ialah penggunaan kata yang menerbitkan makna yang berbeza daripada
makna tersurat yang menggabungkan perkataan bersifat konkrit dan abstrak. Contohnya,

Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih terbenam di kaki hari.

PILIH 1 TEORI YANG TELAH DITERANGKAN DAN BERIKAN SINOPSIS TEORI


TERSEBUT DALAM 3-4 BARIS.

Teori Teksdealisme terbahagi kepada 4, iaitu kehadiran, pelanggaran iaitu aspek baru yang dicipta
oleh pengkarya itu sendiri, pengukuhan pula gaya penulisan yang dikarya oleh pengkarya dan yang
terakhir individulisme atau keperibadian iaitu pencapaian apa yang telah mereka kecapi seperti
Anugerah Penulis Terbaik dan lain-lain. Keempat-empat bahagian ini perlu diteliti dengan bijaksana
untuk memperolehi sesuatu idea yang boleh dikaitkan dengan pengarang, teks dan juga khalayak.

You might also like