You are on page 1of 4

Pengaruh Media Massa

Sistem komunikasi politik di Indonesia didapati dipengaruhi oleh sebuah perbadanan


penerbitan media massa yang mendakwa bahawa teras perjuangan kumpulan ini hanya dalam
memperjuangkan kemerdekaan negara pada sekitar tahun 1983-an. PERS Indonesia
merupakan sebuah perbadanan yang bersifat konsisten di mana kumpulan ini sering
menyuarakan pandangan yang teguh terhadap isu-isu politik-sosial yang menimbulkan
kontroversi dalam negara. Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI), istilah bagi
perkataan pers merupakan sebuah percetakan dan penerbitan, juga sebuah sistem yang
ditubuhkan bagi pengumpulan dan penyiaran berita. Percetakan bahan-bahan ini
kebiasaannya dilakukan melalui surat khabar, majalah dan radio akan tetapi perkongsian
maklumat ini juga menggunakan tenaga manusia yang bergerak sebagai penyampai berita di
beberapa daerah terpencil. Istilah pers ini juga memiliki makna tersurat dan makna tersirat
yang perlu dititik berat dalam memahami bagaimana pers memberi kesan kepada kestabilan
politik di Indonesia. Menurut Oemar Seno Adji bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi
Indonesia, pers dari aspek makna tersurat membawa membawa manifestasi dari istilah
‘freedom of the press’ iaitu kebebasan untuk mencetak dan menerbitkan informasi,
pandangan dan pendapat tanpa sebarang halangan daripada pihak-pihak berkuasa. Dari aspek
tersirat pula, pers membawa manifestasi ‘freedom of speech’ dan diikuti oleh istilah ‘freedom
of expression’ dalam kata lain setiap individu mempunyai kebebasan dalam menyuarakan
pandangan, berkongsi dan menerbitkan artikel atau akhbar berkenaan isu tertentu. Setiap
lapisan masyarakat mestilah diberi peluang untuk berkongsi kepelbagaian idea serta
menghormati perbezaan pandangan di khalayak ramai akan tetapi dalam konteks lain
penggunaan ‘freedom of expression’ ini tidak diaplikasikan dengan cara mendiskriminasi
sesuatu isu sensitif seperti kaum, agama, dan tahap sosial.

Apabila berlakunya peralihan kuasa pemerintahan di Indonesia, berlaku beberapa perubahan


dalam sistem pers di mana terbitnya satu akta menyulitkan proses pencetakan isu-isu politik
melalui platfom media seperti di muka akhbar dan majalah. Kewujudan lembaga Surat Izin
Tertib (SIT) yang ditubuhkan pada 14 Mac 1957 kemudian ditukar kepada Surat Izin Usaha
Penerbitan Press (SIUPP) dianggap sebagai satu permasalahan besar bagi pihak pers. Pada
pendapat mereka, SIT dan SIUPP menghalang masyarakat daripada terus maju terutama
selepas zaman penjajahan meskipun sudah mengecapi kemerdekaan disebabkan perbezaan
dasar yang bertentangan dengan matlamat utama pers.
Perubahan Makna Bahasa dan Kekuasaan

Bahasa merupakan sebuah alat yang memiliki kekuasaan simbolik kepada golongan
kapitalisme di mana individu yang menguasai keseluruhan sistem akan serta merta
menduduki kelas dominan. Hal ini menyebabkan berlakunya perubahan makna bahasa dan
kekuasaan terutama dalam komunikasi politik, menyimpang jauh daripada konsep asal atau
fungsional asal kekuasaan bahasa tersebut. Penggunaan bahasa dalam komunikasi politik
berubah kepada bahasa sebagai topeng, sebagai projek lupa, bahasa sebagai representasi dan
bahasa sebagai ideologi. Untuk mempengaruhi pemikiran dan empati masyarakat publik
kebiasaannya ahli politik mengaplikasikan perubahan makna bahasa tersebut dalam
menyampaikan ideologi, pandangan dan pendapat agar diterima di peringkat masyarakat. Hal
ini menunjukkan bahawa bahasa juga memiliki fungsi dalam mempengaruhi pemikiran dan
komunikasi politik sebagai sebuah disiplin yang perlu dikaji dari aspek makro linguistik.
Berdasarkan hasil pembacaan jurnal tersebut, didapati bahawa dalam bahasa politik banyak
menggunakan laras bahasa berbentuk tabu bahasa atau larangan (eufemisme) iaitu
penggunaan kata atau ujaran yang halus dan sopan dalam mendeskripsi unsur negatif bagi
mengelakkan berlakunya kesan emosi negatif terhadap pendengar (Pabottingi, 1989). Setiap
pendengar dan invdividu yang menerima maklumat secara tidak langsung akan
mencerminkan ciri kebahasaan yang dikongsi oleh ahli politik sama ada melalui lisan atau
tulisan. Hal ini dapat dilihat melalui cara penyampaian informasi salah seorang menteri
Dewan Rakyat dalam seminar berkenaan cabaran pemasaran industri minyak kelapa sawit
yang tular di media sosial baru-baru ini. Berdasarkan kenyataan beliau, ‘Di Malaysia, jika
kita jumpa orang hutan, orang hutan itu akan bunuh kita dulu, bukan kita bunuh orang hutan
itu,’ dikritik keras oleh masyarakat menyatakan bahawa analogi tersebut tidak wajar
digunakan oleh seorang ahli politik dalam meyampaikan sesuatu idea dan pandangan.

Perkara ini jelas menunjukkan, setiap pemimpin atau ahli politik menggunakan konsep
eufeunisme dalam interaksi sosial sama ada semasa sedang berkempen, berucap atau sesi
temu bual media. Aspek ini penting dalam mengekalkan imej seorang ahli politik dalam
memperoleh sokongan dan kepercayaan daripada masyarakat dengan syarat kepenggunaan
konsep ini tidak bertujuan untuk menutup kecacatan dalam pentadbiran dan mengaburkan
mata masyarakat.
Ruang Publik dan Komunikasi Politik

Ruang publik merupakan sebuah medium bagi komuniti masyarakat dalam berbahas dan
berkongsi kepelbagaian pandangan dan idea terhadap isu-isu politik dan sistem pemerintahan
negara. Setiap individu mempunyai hak sama rata dalam untuk berkongsi pendapat meskipun
ianya bertentangan dengan ideologi politik yang dibawa oleh politikus. Meskipun perubahan
peredaran zaman dilihat sebagai aspek yang positif disebabkan adanya kemajuan terutama
dalam komunikasi dan teknologi, kita juga perlu mengambil kira bagaimana ruang publik
seperti seminar, berkongsian ilmu bermanfaat dan medium sosial media tanpa ada pengaruh
ideologi politik. Pengaruh ideologi politik dilihat mempengaruhi semua aspek masyarakat
sama ada di peringkat kejiranan atau di institusi pengajian tinggi.

Hardiman (2006) menyatakan bahawa semasa pemerintahan Seoharto, beliau mengambil


berat terhadap pandangan daripada masyarakat atas alasan ia merupakan salah satu cara
dalam pemeliharaan kestabilan negara, pengawalan media massa demi keamanan negara.
Beliau melihat bahawa pentingnya pandangan masyarakat dalam memastikan pentadbiran
negara terus terkawal dan tidak dipengaruhi semata-mata oleh golongan yang berkuasa.
Sebuah negara yang berdemokrasi, ruang publik politik berfungsi sebagai salah satu perkara
yang meningkatkan kepekaan masyarakat terhadap isu-isu politik yang timbul. Disebabkan
berlakunya perkongsian maklumat berkenaan isu poltik ini telah membentuk masyarakat
terus cakna akan ideologi juga pandangan yang dikongsi politikus juga meningkatkan tahap
kebesuaraan masyarakat dalam hal tertentu. Secara ammnya, ruang publik ini sudah menjadi
salah satu medium perhubungan antara masyarakat dalam membincangkan hal-hal politik
serta kepelbagaian isi penting.

Penguasaan hal politik dalam konteks sosial yang semakin meningkat ini secara tidak
langsung memberi impak kepada tahap politik dalam sesebuah institusi pemerintahan negara.
Dalam kata lain, setiap individu memiliki peluang yang sama dalam memahami bahasa
politik yang digunakan oleh ahli politik, institusi juga perbahasan isu ideologi dalam medium
politik. Peranan kekuasaan sesuatu kebahasaan juga dapat diteliti dari semasa ke semasa
secara publik supaya tidak berlakunya penguasaan sepenuhnya kepada pihak yang
mendominasi politik. Peningkatan individu yang mengambil kira hal ini melahirkan
masyarakat yang bijak, rasional dalam memilih argumen-argumen yang terbaik serta
memiliki pandangan yang berkualiti (Hardiman, 2006).

You might also like