You are on page 1of 4

PUSAT PENGAJIAN KOMUNIKASI

SEMESTER 2, 2021/2022

NAMA : NUR ALIA SHAHIRAH BINTI MOHD RAFIDI

NO MATRIK : 160122  

SUBJEK : YKT110 PENULISAN BERITA 1

TUGASAN : BERITA 1 (ACARA DALAM TALIAN)


Vietnam Sebagai Tuan Rumah Sukan Sea Ke-31 2021

HANOI, 12 MEI – Upacara pembukaan Sukan Sea Hanoi ke-31 tahun 2021 telah diadakan di

sini dengan meriah dengan Vietnam sebagai tuan rumah dan telah disiarkan secara langsung di

Youtube Astro Awani.

Persembahan-persembahan epik tradisional telah diadakan oleh tuan rumah, Vietnam dengan

persembahan buluh sebagai acara pembuka. Elemen pertanian telah dibawa masuk dalam

persembahan sebagai kebangkitan Vietnam selepas era perang dan elemen ini juga dibawa untuk

kesepakatan rakyat Vietnam.

Tema Sukan Sea edisi ke-31 ialah ”For Us Stronger Southest Asia”. Logo telah dipamerkan oleh

Sukan Sea Vietnam edisi ke-31 oleh Wang Chuan Yi, berbentuk V. Maskot rasmi Sukan Sea

edisi ke-31 ialah Asian Unicorn.

Tarian telah dipersembahkan dan penari mereka memakai tudung saji, topi tradisi petani-petani

di Vietnam. Topi ini melambangkan bagaimana penduduk Vietnam hidup dalam keadaan mudah

dan ringkas dan juga ada kaitan dengan hubungan diplomatik dan aktiviti politik mereka.

Kira-kira 11 buah negara mengambil secara langsung dalam upacara pembukaan ini. Hampir 526

acara dalam 40 jenis sukan akan menjadi tumpuan upacara pembukaan Sukan Sea yang ke-31.

Perarakan kontijen telah dimulai oleh Brunei Darussalam, seterusnya Cambodia, Indonesia,

Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste dan terakhir sekali

perarakan Vietnam sebagai tuan rumah.


Sejumlah 30 peserta mewakili kontijen Malaysia yang diketuai Datuk Nur Azmi Ahmad yang

memperagakan busana pendekar baju Melayu dan diiringi pembawa bendera Jalur Gemilang

iaitu Nur Dhabitah Sabri yang merupakan atlet penerjun negara mengenakan busana puteri

bergerak memasuki acara perasmian dengan penuh gaya.

Upacara menaikkan bendera Sukan Sea menjadi perkara wajib dan tradisi dalam upacara

pembukaan Sukan Sea. Bendera diserahkan daripada Filipina kepada Vietnam. Sukan Sea juga

akan menyaksikan kehadiran nama-nama besar yang pernah meletakkan nama mereka dalam

kamus sukan dunia antaranya Carlo Silo, atlet ginastik Filpina. Lagu juga telah dinyanyikan

semasa upacara menaikkan bendera Sukan Sea.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh yang berusaha Shu Bang Ah yang merupakan

Pengerusi Hanoi, seterusnya Presiden Olimpik Sukan Sea iaitu Nguyen Van Hung

menyampaikan ucapan dan akhir sekali upacara pembukaan disempurnakan oleh Presiden

Vietnam iaitu Nguyen Xuan Phuc.

Percikan bunga api menghiasi perkarangan stadium menandakan bermula Sukan Sea yang ke-31

tahun 2021 di Hanoi. Pembacaan ikrar telah disampaikan oleh atlet Vu Thanh An daripada sukan

pedang dan pegawai yang bertanding, Phan Thi Ngoc Linh yang mengadili acara-acara muay.

Kemuncak kesudahan ialah penyalaan obor-obor untuk menghidupkan lagi suasana upacara

pembukaan Sukan Sea. Maka, rasmilah sudah upacara pembukaan Sukan Sea yang ke-31 di

Vietnam. Nyanyian oleh artis-artis Vietnam yang hebat didengarkan pada akhir upacara

pembukaan.
LAMPIRAN

You might also like