You are on page 1of 2

SJK (C) Chong Min, Teluk Intan

Laporan Pelancaran Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-


61
Peringkat Sekolah Tahun 2018

Majlis Pelancaran Sambutan Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-61 SJK (C)


Chong Min, Teluk Intan telah diadakan pada 27 Ogos 2018, bersamaan Hari Isnin,
bertempat di dewan sekolah.
Majlis Perlancaran Perayaan Bulan Kemerdekaan tersebut bermula pada
pukul 8.00 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan lagu Kita Punya Malaysia.
Seterusnya,upacara menaikkan Jalur Gemilang. Majlis diteruskan dengan nyanyian
lagu patriotik Jalur Gemilang, Encik Loh Choon Peng Guru Besar SJK (C) Chong
Min memberi ucapan. Majlis diteruskan dengan baca perutusan Hari Kebangsaan oleh
Encik Rostam Malek.
Acara Kuiz Hari Kebangsaan dijalankan oleh PKKK Pn Tee Kim Tin. Beliau
telah menyediakan 24 soalan kuiz untuk murid Tahun 1 hingga 6. Murid-murid dapat
menjawab soalan kuiz dengan baik. Guru besar menyampaikan hadiah kepada para
pemenang. Di samping itu, program menanam bunga raya telah dijalankan olh guru
besar.
Selain itu, kempen pengibaran Jalur Gemilang telah dilancarkan pada hari
tersebut. Pelbagai jenis, bentuk dan saiz Jalur Gemilang telah dikibarkan di sekeliling
pagar sekolah, dewan sekolah, tempat meletak kereta, koridor dan tempat duduk di
padang sekolah. Acara berakhir dengan naungan Mederka oleh En. See Kok Wei
sebanyak 7 kali dan seterusnya dengan sesi penggambaran kibar bendera.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

....................................... ...............................................
(PN LEE POH NEE) (PN. TEE KIM TIN)
Setiausaha, Penolong Kanan Kokurikulum
Jawatankuasa Kerja Sambutan SJK (C) Chong Min,
Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke-61 Teluk Intan, Perak.
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-61
Tahun 2018

Upacara Pengibaran Jalur Gemilang Kemegahan Jalur Gemilang apabila


yang disempurnakan oleh berkibar di dewan
adik Kee Chia Yean SJK (C) Chong Min

Para hadirin menyanyi lagu Adik See Su Min mendeklamasikan


NegaraKu dan lagu petrotik dengan sajak yang berjodol
penuh bersemangat “Malaysia Oh Malaysia”

You might also like