You are on page 1of 10

SKRIP KEJOHANAN SUKAN KALI KE-16

TARIKH : 24 JULAI 2016 (AHAD)

HALIMAH

Mengumumkan ketibaan Encik Yap Yun Fatt(PJK), Ketua MCA Bahagian


Kelana Jaya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada Yang berbahagia,


Encik Yap Yun Fatt(PJK), Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya

Yang berusaha , En Tabuhan bin Ishak,wakil Unit sukan PPD Perdana

Yang berusaha, Pn. Hapsah Binti Safian Pengetua SMK Bandar Sunway

Guru-guru, para ibu bapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Kepada semua hadirin dan hadirat diucapkan terima kasih dan selamat datang ke
Kejohanan Temasya Olahraga Tahunan SMKBS bagi kali ke-16 ini.

Kejohanan olahraga Tahunan SMKBS pada pagi ini akan dimeriahkan dengan
Perbarisan lintas hormat oleh badan-badan beruniform dan pasukan rumah yang
terdiri daripada Rumah Merah, Biru, Kuning dan Hijau.

Dengan sukacitanya, dijemput yang berbahagia, Encik Yap Yun Fatt(PJK) ,


Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya dengan diiringi oleh Pn. Hapsah Bt. Safian
ke tapak arena untuk menerima tabik hormat. Dipersilakan

ON MUSIC (LAGU PERBARISAN)


ROHAYA

Melangkah sederap dengan penuh bersemangat, acara perbarisan


pada pagi ini dimulai oleh barisan pengawas yang diketuai oleh Mohd Iqbal
Aizzat Mohd Nizam selaku Ketua Pengawas yang memegang bendera
Malaysia. Manakala Timbalan Ketua Pengawas, NadiraMohd Akhmal
memegang bendera Selangor dan Exco Protokol, Nurul Ellysa bt
Ahmad Kamil memegang bendera sekolah.Pemegang bendera
Olimpik NurhayaniAtiqah bt Suhaime,
Nor Farzana bt Abd Salim,
Fatimah Zahrah bt Abd Rahman,
Intan Amirah bt Rosrea

HALIMAH

1. seterusnya, segak beruniform lengkap, kelihatan pasukan pengakap


yang diketuai oleh Muhd Shafiq bin Saimi selaku komander dengan barisan
ahlinya seramai 26 orang. Gaya penuh semangat pemegang sepanduknya iaitu
Nur Fifi Danie bt Ariffin, manakala pemegang bendera ialah -----------------------
---. Guru penasihatnya ialah Encik Nizaruddin

ROHAYA

2. Putih berseri menandakan ketulusan & keikhlasan dalam memberi


bantuan, Pasukan PBSM melangkah penuh berhemat dengan jumlah anggota
seramai 26 orang diketuai oleh Mohd Khairul Naim bin Abdullah sebagai
komander. Pembawa bendera ialah Mohd Syahmi bin Abd Rahman manakala
pemegang sepanduk ialah Nor Safawani bt Ibrahim. Slogan yang dijulang
adalah
“__________________________________________________________
_”.
Pn. Aw Sun Chin ialah guru penasihatnya.

Prinsip asas Bulan Sabit Merah adalah perlindungan dan bantuan


kemanusiaan, diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, agama dan
warna kulit semasa berlaku peperangan, bencana alam atau kemalangan. Yang
mana sentiasa menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan.
3.Dari kejauhan kelihatan begitu segak bergaya beruniform lengkap
melangkah penuh yakin, Kadet Polis dengan jumlah anggota 32 orang diketuai
oleh Adam Hakimi bin Yusof sebagai komander memberi tabik hormat di
depan pentas utama. Pemegang bendera ialah Nurul Ayuni bt Mohd Noor dan
pemegang sepanduk ialah Nik Nuralia Syafika bt Nik Azahan
Guru penasihat kadet polis ialah Encik Mohd Saidi Ismail

HALIMAH

4. Dengan penuh sopan,beruniform lengkap Puteri Islam, pasukan ini


yang di anggotai oleh 23 orang ahli diketuai oleh komandernya iaitu Haziq
Ridwani Manarina.Nu Allysha bt Mahmood , pembawa bendera dan Nur Sara
Syafiqah pemegang sepanduk.Guru penasihat Puteri Islam ialah Pn Rohaya .

ROHAYA

5. beruniform hijau, gagah melangkah ke tengah padang dengan


jumlah ahli seramai 32 orang. Pasukan KRS diketuai oleh Saidatul Aina bt Abu
Yazid selaku komander, Pembawa bendera ialah Mohd Fikri bin Mohd Safee
dan pemegang sepanduk pula Farah Dayana bt Mohd Faizal. Dibawah pimpinan
guru penasihat en. Thanabalan.

HALIMAH

6. anggun bergaya penuh bersemangat, dengan jumlah ahli 30 orang.


Pasukan renjer puteri melewati pentas utama, Diketuai oleh Nur Farzana Shanur
Hamed selaku komander,pembawa sepanduk Khasheeta alp Mariah, dengan
slogan “Selalu Sedia”,.Ketua Guru penasihat, Cik Thanaletchumy A/P
Sathianathan
.

ROHAYA

7. Melangkah dengan penuh berani , jumlah ahli seramai 18 orang ,


Silat Cekak Ustaz Hanafi memberi penghormatan , diketuai oleh komandernya
Mohd Haikal Naim bin Rozali, pemegang sepanduk Nurul Jannah bt Samsuri
dan Nur ashikin bt .Pemegang bendera , Hafiqn Iskandar , guru penasihatnya
ialah pn. Juriah bt misman

8. Diikuti di belakang oleh pasukan Silambam yang perkasa, diketuai oleh Ravin
anak lelaki Manoharan, pemegang sepanduk Prakash a/l Ramasamy dengan
bilangan ahlinya seramai 37 orang.Ketua guru penasihatnya ialah En.
Tamilarasu.

9. Melangkah penuh gagah , pasukan Wushu melewati pentas utama, diketuai


oleh komander Shahrul Naim bin Azlan , pemegang sepanduk Aiman Faiz
Nurjuani dan Noraliana bt Suhair, dengan bilangan ahlinya seramai 21 orang.
Ketua guru penasihatnya ialah pn Lee Kim Soon
HALIMAH

10. Yang mengikuti di belakang ialah murid-murid pendidikan khas


yang turut bersama memeriahkan upacara perbarisan kejohanan olahraga kali
ke-16 ini. Pemegang sepanduk Radinah bt Gul Zaman, pemegang bendera ialah
Sar Kar Chun, Dengan bimbingan guru penasihatPn Zoraidah bt Mahmood dan
Pn. Shatirah bt Mohd Zuki. Mereka dianggotai 33 orang murid melangkah
penuh ceria melepasi pentas utama.

ROHAYA

9. Perbarisan diteruskan dengan rumah-rumah sukan dimulai oleh


rumah biru dengan kibaran warna biru melambangkan kedamaian dengan segak
bergaya melangkah masuk ke tengah padang membawa bendera . Bermotokan
“Melangkah yakin menuju juara”, dengan kekuatan seramai 33 orang. Ahli ini
diketuai oleh Mohd Khairi b Anwar. Manakala pembawa sepanduk Nur Juliana
bt Baai. Pembawa bendera Haris Iskandar bin Mohd Azli dan Selevers Sylyester
Joe selaku maskot.
Pn. Farihan ialah guru penasihatnya.

Warna kuning kelihatan berseri-seri melewati pentas utama,melangkah penuh


semangat dengan anggotanya terdiri daripada 33 orang ahli. Diketuai oleh
Baljinder Sing a/l Amar Jeet Singh, Pemegang sepanduk Zarol Akhbar b. Azmi,
pemegang bendera ialah Reza Azuan Azri b Raskhan. Maskot , Mohd Zakuan b.
Mohd Rosli “Be the best, beat the rest” ialah moto bagi pasukan rumah kuning.
En Mohd khalid b. Mohammad merupakan guru penasihat rumah kuning.

rumah merah, melangkah penuh berani membawa panji-panji dengan slogan


______________________________________________________. Pasukan
Rumah Merah seramai 33 orang ahli, diketuai oleh Firdaus b. Riduan selaku
komander, pemegang bendera ialah Naim Izuddin b. Mohd Zopri manakala
Nur Anis Nabila bt Kamaruddin pembawa sepanduknya .Guru penasihat rumah
merah ialah pn Hazakiah bt Megat-----------.

HALIMAH

ROHAYA

11.

HALIMAH

12. perbarisan pada hari ini diakhiri oleh kibaran warna hijau dengan
ahlinya seramai ___ dengan warna hijau sebagai tanda lestari kesegaran alam
sekitar. Seiring dengan kelestarian alam sekitar, pasukan rumah hijau menjulang
bendera rumah dengan moto “One Spirit, One team, and One goal!” ketua
pasukan rumah hijau ialah Mohammad Aiman b abdul Razak manakala
Pembawa bendera ialah ------------------ dan pembawa sepanduk ialah Nur Anis
Nabila bt Kamaruddin, manakala maskot pula Afiq aiman b. Azmi pn. Wong
Lai Leng merupakan guru penasihatnya.

Syabas kepada barisan pasukan Lintas hormat yang telah menunjukkan


persembahan yang begitu hebat dan bersemangat sekali. Syabas terutamanya
kepada En. Shah selaku ketua dan En. Nizarrudin sebagai pembantu yang
bertanggungjawab dalam penyeliaan perarakan perbarisan ini.

Majlis seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Yang berbahagia, Encik


Encik Yap Yun Fatt(PJK), Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya
kerana sudi menerima tabik hormat.
tunggu keluar untuk arahan kepada pelajar supaya bersedia untuk bacaan doa

Bagi memberkati kejohanan olahraga ini, dijemput Uztaz Othman bin Mat untuk
membacakan doa. Dipersilakan.

***BACAAN DOA

Majlis merakam jutaan terima kasih kepada Uztaz Othman bin Mat atas bacaan
do’a itu tadi.

ROHAYA

Para hadirin dijemput berdiri bersama-sama untuk menyanyikan lagu Negaraku.

***LAGU NEGARAKU

Majlis dengan segala sukacitanya menjemput Josephine Sonia a/p Gurunathan


untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan. Dipersilakan.

Josephine Sonia a/p Gurunathan dilahirkan pada 26 Julai 1999 di Hospital Besar
Kuala Lumpur. Beliau merupakan pelajar murid tingkatan 5 ------. Beliau adalah
pemain Bola Jaring sekolah dan juga mewakili sekolah selama 5 tahun,
Josephine Sonia a/p Gurunathan merupakan wirawati pada tahun 2012 dan pada
tahun 2013, juga pengerusi Pandu puteri.

***BACAAN IKRAR

Terima kasih diucapkan kepada Josephine Sonia atas bacaan ikrar itu tadi.

tunggu sehingga pemegang panji bendera masuk balik ke barisan & tunggu
Mohd Amin masuk barisan KRS

HALIMAH

Hadirin dijemput duduk,

Kini dijemput pengetua, Pn. Hapsah bt Safian untuk menyampaikan ucapan.


***UCAPAN PENGETUA

Terima kasih kepada Pn. Pengetua atas ucapan itu tadi.

Seterusnya dijemput pula Yang Encik Yap Yun Fatt(PJK), Ketua MCA
Bahagian Kelana Jaya untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
kejohanan sukan ini. Dipersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yang berbahagia Encik Yap Yun
Fatt(PJK), Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya atas ucapan itu tadi.

ROHAYA

Bagi menyempurnakan perasmian kejohanan olahraga SMK Bandar Sunway


kali ke 16 ini, majlis dengan segala sukacitanya menjemput yang berbahagia
Encik Yap Yun Fatt(PJK), Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya dengan diiringi
YDP PIBG dan Pn. Pengetua untuk menyempurnakan perasmian kejohanan
olahraga tahunan SMK Bandar Sunway kali ke 16. Dipersilakan.

(PROP PERASMIAN)

HALIMAH

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian yang berbahagia Encik Yap Yun
Fatt(PJK), Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya merasmikan kejohanan olahraga
tahunan sekolah ini, majlis menjemput pula Pn. Pengetua, Pn. Hapsah Bt Safian
dengan diiringi Encik K. Ratamohan untuk menyampaikan cenderamata kepada
yang berbahagia Encik Yap Yun Fatt(PJK), Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya
~ Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih.

 Amin q untuk keluar barisan (arahan panji)

para peserta dan murid di minta beredar menuju ke tapak khemah masing-
masing dan bersedia untuk acara persembahan yang akan diadakan sebentar lagi.
(TUNGGU PESERTA MULA BERGERAK KELUAR DARI PADANG) – ON
LAGU PERBARISAN

Sementara menunggu para peserta kejohanan bersiap sedia, apa kata kita sama-
sama menyaksikan aneka persembahan daripada murid-murid SMK Bandar
Sunway. Sama-sama kita saksikan

PERSEMBAHAN BERLANGSUNG

Demikian tadi persembahan daripada murid-murid SMK Bandar


Sunway.Persembahan ini berkonsepkan senam tari 1 Malaysia yang
menggabungkan 3 jenis tarian dan senam robik . Kesepaduan dan keindahan
seni tari serta arobik dijadikan sebagai asas dalam persembahan ini di bawah
pimpinan pn Thanalaecthumy dan pn Masliha bt Jabbar. Sekarang kita bersedia
untuk meneruskan acara padang yang sebentar lagi akan bermula. Diminta para
peserta yang mengambil bahagian dalam acara padang untuk bersedia di khemah
urusetia.

*****(RUJUK SUSUN ACARA DALAM BUKU PROGRAM)

*****(PENYAMPAIAN HADIAH)

ROHAYA

Diminta semua para peserta perbarisan berada di dalam pasukan masing-masing


dan berkumpul di hadapan pentas bagi acara penyampaian hadiah dan majlis
penutupan kejohanan.

1. Perbarisan unit beruniform dimenangi oleh

a)

b)

c)
2. Perbarisan rumah sukan

a)

b)

c)

3. Olahragawan 2016 =

4. Olahragawati 2016 =

5. Johan Keseluruhan =
HALIMAH

Sebagai mengakhiri majlis kejohanan olahraga pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Pn Pengetua Pn Hapsah bt Safian untuk
menyempurnakan upacara penutup kejohanan olahraga SMK Bandar Sunway
bagi tahun 2016. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

~ terima kasih Pn. Hapsah

Dengan lafaz penutupan itu tadi, maka berakhirlah upacara tamasya kejohanan
olahraga SMK Bandar Sunway bagi tahun 2016. Semoga kita berjumpa lagi
pada tahun hadapan dengan pencapaian yang lebih cemerlang.

Sama-sama kita akhiri dengan sorakan paling kuat, HIP HIP HOORAY (2X)
(ON LAGU PERBARISAN)

SEMUA BERSURAI.

You might also like