You are on page 1of 10

TEKS KEJOHANAN OLAHRAGA

SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKA TEBRAU KALI KE-47 TAHUN 2022

ACARA TEKS CATATAN

Umum Ketibaan Mengumumkan ketibaan Kompang


VIP Yang Berbahagia En Mohd Nayan bin Ibrahim,
(kompang) Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kangka Firdaus
Tebrau, dan
Yang Berusaha Pn. Che Noriza binti Che Omar,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau,
barisan pentadbir serta dif-dif jemputan.

Senamrobik ***muzik senamrobik***


***Selepas Senamrobik***

Hadirin sekalian,
Persembahan senamrobik yang kita saksikan sebentar Firdaus
tadi ialah aksi-aksi daripada murid-murid tahun 4
Gemilang…
Dibawah bimbingan cikgu Qistina Elvenilta Jusnor &
Fatin Aqilah binti Fadzil.

Shahirah
Perbarisan
Lintas Masuk Perarakan Masuk rumah-rumah sukan

Hadirin yang dihormati,

Tema kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Kangka


Tebrau pada kali ini adalah bertemakan “Superhero”.

Pada Kejohanan ini, kita akan menyaksikan, sayap-


sayap yang mengambil bahagian, mempertaruhkan
kreativiti dan kemahiran masing-masing dalam
pelbagai acara yang dipertandingkan. Semua rumah
sukan telah berganding bahu menggarapkan idea yang
1
kreatif serta inovatif.

Sebagai pembuka tirai kejohanan, marilah sama-sama


kita saksikan perbarisan lintas hormat semua
kontinjen yang mengambil bahagian.

Dengan itu, majlis mempersilakan En Mohd Nayan bin


Ibrahim untuk menerima tabik hormat daripada para
peserta perbarisan.

Dipersilakan.

***muzik mula***

Lintas Hormat Hadirin sekalian,


Pembawa
Bendera Perbarisan lintas hormat dimulakan oleh pembawa
Shahirah
Kejohanan bendera kejohanan yang diketuai oleh adik
Mikhail Muhd Nur Arifin dan 4 orang wakil murid
daripada rumah-rumah sukan.

Firdaus
Lintas Hormat Kontinjen yang sedang bergerak masuk pada ketika ini
Pasukan Kuning ialah kontinjen daripada rumah Ibnu khaldun.
Kontinjen ini diketuai oleh adik Adam Hafiz dengan
ahli seramai 18 orang. Sepanduk Ibnu Khaldun dengan
gah dibawa oleh adik Azzalea Maisara. Rumah sukan
Ibnu Khaldun dipimpin oleh En Muhammad Asraf bin
Zakaria.
Motto pasukan yang dibawa ialah
“We Come to Fight, We Fight to Win”

***Baca Sinopsis***

Ibnu Khaldun memilih superhero Wolverine bagi tema


tahun ini kerana berinspirasikan keunikan dan
kehebatan superhero ini.
Wolverine merupakan seorang superhero yang

2
mempunyai semangat juang yang sangat tinggi dan
tidak pernah mengalah menyebabkan dia menjadi ikon
kepada tema Ibnu Khaldun pada tahun ini.

Lintas Hormat Seterusnya tampil penuh gaya dengan warna


Pasukan Merah kemerahan, kontinjen seterusnya ialah dari rumah
Ibnu Majjah. Bergerak segak dengan warna
kemerahan, kontinjen ini terdiri daripada 18 orang ahli
dan diketuai oleh adik _____________________
dan pembawa sepanduk oleh adik
________________________. Rumah sukan Ibnu
Majjah dipimpin oleh Pn Norliza binti Roseli. Motto
dan tema yang dibawa oleh pasukan ini ialah
“_________________________________”.

***Baca Sinopsis*** Shahirah

Selaras dengan warna pasukan mereka,Kontinjen ini


membawa tema superhero ______________ yang
menggambarkan perpaduan dan kerjasama dalam suatu
kumpulan untuk mencapai cita-cita.

Merah waja semarak api,


Semangat juang tak pernah hilang;
Pertahan juara sudahlah pasti,
Biar sampai berputih tulang.

Lintas Hormat Seterusnya, Perarakan masuk kontinjen yang tampil


Pasukan Biru dengan serba kebiruan dan penuh bergaya adalah Firdaus
kontinjen rumah ibnu battuta.
Dengan motto pasukan, Sinopsis
“Ibnu Battuta Go For Gold” dibaca
mazlin
kontinjen ini diketuai oleh adik
Muhammad Fakhmi bin Hassan
dan dianggotai seramai 18 orang ahli.
3
adik Putri Ros Batrisyia bt Mohd Zaki dengan
bangganya membawa sepanduk kebanggaan Ibnu
Battuta.
Rumah sukan Ibnu Batutta dipimpin oleh En
Muhammad Firdaus Fazi Maula Zamani.

***Baca Sinopsis***
---MAZLIN---

Hayunan langkah gagah seterusnya,


Berderap! Berdetap!
“KESATRIA CAHAYA BIRU”

Kontinjen yang membawa kekuatan 18 kesatria dengan


karaktor TRANSFORMER ini,
Adalah lambing kekuatan dalam sebuah kesatuan.

Ibnu Battuta,
Bertempur pantang mundur,
Mencabar tidak pernah gentar,
Terus Mara Sang Juara,
Ayuh Biru, kekalkan kejuaraanmu!

B.I.R.U…………Goooooo Biruuuu

Shahirah
Lintas Hormat Warnamu hijau seri menyerlah,
Pasukan Hijau Disegani kawan mahupun lawan,
Semangat juang tak pernah kalah,
Berpantang kalah sebelum berlawan.

Perarakan rumah sukan seterusnya ialah pasukan yang


tampil dengan serba kehijauan iaitu kontinjen dari
rumah Ibnu Sina. Kontinjen ini diketuai oleh adik
Muhammad Dafi Haikal bin Abdullah, ditemani oleh
pemegang sepanduk si cantik manis adik Asyfaryn
Nasuha binti Mohd Azlan dengan ahli seramai 18
orang di bawah pimpinan Cik Aida Nasuha binti
4
Saifuddin. Dengan mottonya
“Anda Hebat, Tapi Kami Lebih Hebat!”

***Baca Sinopsis***

Pasukan Ibnu Sina memilih Green Lantern sebagai


superhero pilihan mereka pada Kejohanan Olahraga
kali ini.
Selaras dengan warna kehijauan, setiap wira dalam
rumah hijau dianggap senjata yang luar biasa dan
sentiasa bersatu hati dalam apa jua keadaan sebagai
satu pasukan.
Seperti resmi Green Lantern yang melindungi seluruh
alam semesta, Ibnu Sina memberi komitmen yang
penuh bagi menguasai keseluruhan acara kejohanan
sukan pada tahun ini.

Lintas Hormat Kontinjen terakhir yang turut memeriahkan acara


Pasukan Kelas perbarisan pada hari ini ialah kontinjen daripada Kelas
Inspirasi Insan Pendidikan Khas Inspirasi Insan yang mewakili pasukan
rumah Hijau, Biru, Kuning & Merah.
Firdaus
Tampil dengan penuh ceria, kontinjen kelas Pendidikan
Khas ini terdiri daripada 20 orang ahli dengan motto
yang dibawa iaitu
SUKAN UNTUK SEMUA

Firdaus
Jemput VIP Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
masuk khemah Yang Berbahagia En Mohd Nayan bin Ibrahim atas
lepas tabik kesudian beliau menerima tabik hormat daripada
hormat kontinjen-kontinjen rumah sukan sebentar tadi.

5
Dipersilakan Yang Berbahagia, En Mohd Nayan bin
Ibrahim untuk kembali mengambil tempat di khemah.

Nyanyian Lagu : Hadirin yang dihormati,


-Bangsa Johor Majlis dimulakan dengan nyanyian ;-
- Negaraku Lagu Bangsa Johor
-Lagu Sekolah Lagu Negaraku.
Dan Lagu Sekolah Shahirah
Hadirin diminta berdiri.

***selepas nyanyi lagu***

Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu


tadi. Hadirin dipersilakan duduk

Asal Juragan Mengail Ikan, Firdaus


Ucapan Aluan Sambil Bersuka Di Tepi Kuala,
Pengacara Masa Jangan Kita Tangguhkan,
Majlis Tirai Dibuka Majlis Bermula.

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum wbt, dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia
En Mohd Nayan bin Ibrahim
Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kangka
Tebrau,

Yang Berusaha, Pn. Che Noriza binti Che Omar,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau

Yang Dihormati, Sarjan Mohd Hasni bin Ab Rahim,


Pegawai Perhubungan Sekolah Kebangsaan Kangka
Tebrau.

Semua guru besar jemputan*, dif-dif kehormat,


barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa dan seterusnya
anak didik yang dikasihi sekalian....

6
SELAMAT DATANG, KE KEJOHANAN OLAHRAGA,
SEKOLAH KEBANGSAAN KANGKA TEBRAU KALI
KE-47 BAGI TAHUN 2022.

Terlebih dahulu, marilah bersama-sama kita


memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT,
kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita
bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang
gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Olahraga
kali ke 47.
Kami, mewakili barisan jawatankuasa pengelola
kejohanan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan
puan-puan ke Kejohanan Olahraga kali ke 47 Sekolah
Kebangsaan Kangka Terbau pada hari ini. Semoga
dengan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan akan
menyuntik semangat kesukanan kepada atlit-atlit
muda yang akan beraksi dalam acara pada hari ini.

Bacaan doa Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat,
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa dipohon mohon selamat.

Hadirin yang dihormati,


Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput
Ustaz Mohammad Saiful Hilmi bin Ab Rahim untuk
memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.
Shahirah
***Selepas Doa***

Aminnnn…. Ya.. Rabbal ‘Aalamiin..


Terima kasih diucapkan kepada
Ustaz Mohammad Saiful Hilmi bin Ab Rahim atas
bacaan doa sebentar tadi.
Semoga acara kita pada pagi ini mendapat seribu
keberkatan.

7
Naik Bendera Hadirin sekalian.
Kejohanan
Sekarang, tibalah masa upacara menaikkan bendera
Shahirah
kejohanan oleh Adik Mikhail Muhd Nur Arifin.
Majlis mempersilakan.

Sebentar lagi kita akan saksikan acara lafaz ikrar


Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan Kangka
Lafaz Ikrar
Tebrau kali ke 47 yang akan disempurnakan oleh adik
Mikhail Muhd Nur Arifin.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***selepas lafaz ikrar*** Firdaus

Hadirin, demikian tadi acara lafaz ikrar yang telah I


disampaikan oleh adik Mikhail Muhd Nur Arifin
sebagai tanda komitmen para atlet pada kejohanan
pada kali ini.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan
lafaz ikrar sebentar tadi.

Shahirah
Ucapan GB Emas tempawan buatmu puteri,
Busana Indah buat rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata laluan.

Hadirin Sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Pn Che
Noriza binti Che Omar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau untuk menyampaikan
bicara aluan.
Dipersilakan..

***Selepas Ucapan***

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn


Che Noriza binti Che Omar atas ucapan aluan
sebentar tadi.
8
Ucapan Jangan tertawan alpa duniawi,
Perasmian Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Dengan itu, majlis dengan penuh takzimnya,


menjemput wakil Yang Dipertua PIBG, Dato’ Haji
Sukarno bin Haji Sayuti iaitu Yang Berbahagia , En
Mohd Nayan bin Ibrahim,
Naib Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kangka
Tebrau, untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Kejohanan Olahraga Sekolah Kebangsaan
Kangka Tebrau Kali Ke-47 bagi Tahun 2022.

Dipersilakan…

***selepas ucapan perasmian***


Firdaus
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia, En Mohd Nayan bin Ibrahim atas
kesudian beliau merasmikan Majlis Kejohanan
Olahraga Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau Kali Ke-
47 sebentar tadi.

Orang berbudi, 
Penyampaian Kita berbahasa.
Cenderahati Shahirah
Perasmi Sebagai ucapan terima kasih dan tanda kenang-
kenangan, majlis dengan ini mempersilakan
Yang Berusaha Pn Che Noriza binti Che Omar,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau
untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan
kepada Yang Berbahagia En Mohd Nayan bin Ibrahim
9
daripada pihak sekolah.
Dipersilakan

***selepas penyampaian cenderahati***

Terima kasih diucapkan

Perbarisan Hadirin sekalin,


Keluar Padang Majlis diteruskan dengan perbarisan keluar padang
oleh kontinjen yang mengambil bahagian. Dipersilakan
Shahirah

***MUZIK PERBARISAN***

Jamuan VIP ***acara larian 1, 2 & 3***


***penyampaian hadiah acara 1, 2 & 3***

------------------------------------------------------------

Seterusnya majlis menjemput Yang Berusaha Pn Che Firdaus


Noriza binti Che Omar, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kangka Tebrau untuk mengiringi Yang *rujuk
Berbahagia En Mohd Nayan bin Ibrahim, Naib Yang teks acara
Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kangka Tebrau,
dan para jemputan untuk menjamu selera yang telah
disediakan.

Dipersilakan…

10

You might also like