You are on page 1of 2

3

PELAJARAN 1 : BIDANG AL QURAN HAFAZ

TAJUK : MUKMIN YANG BERTAQWA


(Surah Al Baqarah : 1 – 5)

1. Baca dan hafaz dengan betul dan bertajwid

MAKSUD PETIKAN AYAT


Alif, lam, mim
 
Kita Al-Quran ini tidak ada sebarang
syak padanya (datangnya daripada        
Allah SWT dan tentang
kesempurnaannya), menjadi petunjuk  
kepada orang yang bertakwa
Yaitu orang yang beriman kepada
perkara ghaib dan mendirikan solat     
serta membelanjakan (mendermakan)
sebahagian daripada rezeki yang kami    
berikan kepada mereka
Dan juga orang yang beriman kepada
(Kitab Al-Quran) yang diturunkan        
kepadamu (Muhammad SAW), dan
kitab yang diturunkan sebelum     
daripadamu, serta mereka yakin
(dengan sepenuhnya) akan (adanya)
hari akhirat
Mereka itulah yang tetap mendapat
petunjuk daripada tuhan mereka, dan        
merekalah orang yang Berjaya
 

2. Intisari ayat:
- Al Quran tidak ada sebarang syak padanya
- Al Quran merupakan panduan bagi orang yang bertaqwa

3.Maksud Takwa :
Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah dan mengerjakan
segala suruhanNya.
KUNCI ILMU :

Kitab yang diturunkan oleh Allah SWT selain Al


Quran ialah kitabTaurat ,Zabur dan Injil

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM


4

4. Ciri-ciri orang yang bertaqwa:


- Beriman kepada perkara ghaib
- Mendirikan solat
- Menginfakkan harta
- Beriman kepada kitab
- Beriman kepada hari akhirat

5. Pengajaran ayat.
- Kita hendaklah sentiasa mendampingi dan membaca Al Quran supaya hidup
diberkati dan diredai Allah SWT.
- Kita hendaklah yakin bahawa Al Quran adalah wahyu Allah yang
membimbing manusia ke jalan yang benar.
- Umat Islam hendaklah beramal dengan isi kandungan Al Quran dan cuba
menghafaznya supaya selamat dunia dan akhirat.

SOALAN KBAT:

Berikan pandangan anda terhadap orang yang malas membaca Al Quran

Nota Pendidikan Islam Tingkatan 1 KSSM

You might also like