You are on page 1of 2

LAWATAN PELAJAR-PELAJAR PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

(MASALAH PEMBELAJARAN) KE KUALA LUMPUR

1. RASIONAL

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran Bukit Besar


merupakan satu program di bawah pentadbiran akademik yang berperanan memberi
pendidikan kepada pelajar-pelajar berkeperluan khas di sekolah ini. Program lawatan ini
dianjurkan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid membuat tinjauan secara
ilmiah tentang dunia luar. Tanpa usaha sebegini pelajar mungkin sukar mendapat
kesempatan melawat ke tempat-tempat yang menarik dan bersejarah disebabkan oleh
kekangan yang tidak dapat dielakkan. Justeru program ini dirasakan sangat baik dan tepat
pada waktunya.

2. ANJURAN

Program ini merupakan anjuran unit Pendidikan Khas ( Bermasalah Pembelajaran)


dengan kerjasama PIBG sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar, Kuala Terengganu.

3. OBJEKTIF

a) Memberi pengalaman baru kepada pelajar meninjau tempat-tempat yang menarik


dan bersejarah untuk dilawati.
b) Memupuk semangat setiakawan, berdikari dan tolong-menolong antara murid dan
guru.
c) Memenuhi aktiviti unit pendidikan khas sepanjang tahun.

4. BILANGAN PESERTA

4.1 Murid - 25 orang


Guru - 9 orang
Penjaga - 5 orang
PPM - 1 orang
40 orang

5. ANGGARAN PERBELANJAAN

5.1 Pengangkutan =RM 1200 x 3 =RM 3600


5.2 Makan dan minum =RM 18 X 40 X 3 =RM 2160
5.3 Penginapan =RM 22 X 40 X 2 =RM 1760
5.4 Perbelanjaan luar jangka =RM 480

Jumlah=RM 8000
6. SUMBER KEWANGAN

6.1 Bayaran Murid = RM 150 x 25 = RM 3300


6.2 Bayaran Guru = RM 150 x 9 = RM 1350
6.3 Bayaran Ibu Bapa = RM 150 x 5 = RM 750
6.4 Bayaran PPM = RM 150 x 1 = RM 150
6.5 PCG = RM 1000
6.6 Tabung Kelas (MasalahPembelajaran) = RM 500
6.7 Sumbangan PIBG = RM 500 = RM 500
Jumlah = RM 8000

7. TARIKH LAWATAN

2-4 November 2010

8. PENUTUP

Sesesungguhnya program ini akan memberi manfaat yang besar kepada para pelajar .
Maka dipohon kerjasama dan jasa baik pihak sekolah memberi sokongan padu kepada
Program Integrasi Masalah Pembelajaran agar dapat menjayakan hasrat murni ini demi
anak-anak pelajar istimewa SMKBB.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………. ……………………………….
(Tajudin bin Abdullah) (Hajah Zabedah binti Muda)
Setiausaha lawatan, Pengetua,
Program Integrasi Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar
Sekolah Menengah Kebangsaan 20050 Kuala Terengganu
Bukit Besar
20050 Kuala Terengganu

You might also like