You are on page 1of 3

TAKLIMAT PENTADBIRAN SARINGAN LINUS

PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SARINGAN DAN UJIAN


Persamaan
- kedua-duanya tentang pembelajaran

SARINGAN UJIAN

Menguji konstruk yang harus dikuasai oleh Menguji tahap pencapaian murid
murid

Dijalankan selepas waktu pdpc Masa yang tertentu ditetapkan

Boleh ulang sekurang-kurangya 2 kali jika Tidak boleh diulang sama sekali
murid tidak menguasai konstruk/item pada
kali pertama

Diuji dalam satu kumpulan kecil Tempat membuat ujian ditetapkan oleh guru

Perbezaan

Panduan pentadbiran instrumen linus


Tindakan sekolah:
Sebelum
• Terima e-mail
• Semak dokumen / cetak instrumen mengikut kuantiti murid
• borang akuan penerimaan ditandatangani oleh penyelaras linus dan disahkan oleh
guru besar
Semasa
• mentadbir saringan semasa sesi pdpc dengan menggunakan Bahasa pengantar
• guru dlp menggunakan Bahasa inggeris semasa saringan linus dijalankan

Selepas
• mencatat pelaksanaan saringan dalam borang pelaporan pentaksiran individu
• merekod keputusan murid secara online

Saringan lisan
• Menguji tidak lebih daripada 3-4 konstruk pada setiap kali
• tidak boleh menjelaskan/memberikan murid panduan ke arah jawapan.
• tidak boleh menggunakan bbm bagi konstruk (1-10), boleh menggunakan pensel dan
kertas bagi konstruk (10-12) –contoh: soalan penyelesaian masalah numerasi
• boleh mengulangi konstruk yang diuji tidak lebih daripada 2 hingga 3 kali jika murid
tidak menguasai sesuatu konstruk pada kali pertama.

Saringan bertulis
• tidak boleh menggunakan bbm
• membaca arahan dengan jelas dan memberikan bimbingan kepada murid untuk
menjawab
• guru perlu menanda kertas saringan setiap kali sesuatu item diuji
• menggunakan pen dakwat merah untuk menanda instrumen bertulis
• borang BPPI diisi dengan pen dakwat hitam
• tidak boleh menggunakan liquid paper jika terdapat kesalahan
• murid yang lemah dijalankan saringan secara berkumpulan kecil (murid kurang
daripada 10 orang)
• Murid yang sedikit dijalankan saringan secara individu
• ditadbir secara jujur

Perkara-perkara yang perlu dititikberatkan:


• instrumen saringan BERTULIS perlu disimpan selama 1 tahun
• borang BPPI perlu disimpan selama 3 tahun
• JIKA MURID PINDAH, MURID PERLU BAWA BERSAMA INSTRUMEN
saringan linus KE SEKOLAH LAIN (DICOP DAN DISAHKAN OLEH GURU
BESAR)
• Sesalinan mesti ada pada guru asal (terutamanya borang bppi)
• Tahun 3 (Saringan 1 dan 2)
• Tahun 1 dan 2 (hanya saringan 2)
• jika murid menguasai kesemua konstruk saringan, mereka akan memasuki arus
perdana
• jika murid tidak menguasai konstruk (1-2), mereka akan dipertanggungjawabkan oleh
guru pemulihan (untuk murid tahun 2 dan 3 sahaja)
• murid tahun 1 yang tidak menguasai tidak dibenarkan masuk kelas pemulihan,
diuruskan oleh guru matapelajaran
• jika murid tidak menguasai konstruk (3-12), mereka akan dipertanggungjawabkan
oleh guru matapelajaran / guru linus
• Saringan lisan/bertulis perlu dicatat di dalam buku rekod pengajaran semasa pdpc
dijalankan.

You might also like