You are on page 1of 7

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LAYAR


08000 SUNGAI PETANI
KEDAH DARUL AMAN
Tel/Faks : 04-4236466
sksglayar.ppdkmy@gmail.com

___________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT INDUK KOKURIKULUMsksglayar.ppdkmy@gmail.com


BIL 1 2023/2024

Tarikh : 13 Mac 2023

Hari : Isnin

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : Bilik Wawasan Sk Sungai Layar

Kehadiran : 54/57

Hadir :

1.Baharuddin bin Mohamed Ibrahim ( Pengerusi/Guru Besar )

2.Hjh Azizah Bt Ahmad (PK Kurikulum)

3. Noor Kamalia binti Amauddin ( PK HEM )

4. Muhammad Fadzli Bin Sudin (PK Kokurikulum)

5. Azizan bin Rejab

6. Azlina binti Ahmad

7. Che Fatimah binti Mat Khir

8. Fatinah binti Che Hasan

9. Gunavathy A/P Ramasamy

10. Harishah binti Ishak

11. Kavitha A/P Sri Ram

12. Khairun Nisa’ bt Ahmad Khalidi

13. Marzukhi bin Osman

14. Mazalina bt Piee

15. Mohamad Rodzi bin Hj. Musa

16. Mohamad Zamri bin Abd. Razak

17. Mohd Ridzuan bin Abdul Rahman

18. Mohd Rodzi bin Ahmad

19. Mohd Zaidi bin Zakaria

20. Muhammad Faris bin Fakhrurazi


21. Nazrah binti Haji Saadat

22. Nina Fariza binti Ismail @ Othman

23. Nooraini binti Umar

24. Noorhazani binti Md. Hijazi

25. Noraidah binti Abu Othman

26. Noraini binti Ismail

27. Norhafizah binti Zainon

28. Nor Haryaty binti Mohd Razi

29. Noriza binti Md. Isa

30. Normah binti Hj. Mohamad

31. Nur Fatihah binti Mohd Shukri

32. Nurul Husna binti Azmi

33. Nurul Shuhada binti Keria

34. Nurul Wardah binti Kechik

35. Rohana binti Ibrahim

36. Rosima binti Hanafi

37. Rosnani binti Mat Kasa

38. Ruhani binti Zakaria

39. Sabariah binti Osman

40. Sadina binti Mat Din

41. Shahrina binti Ahmad

42. Siti Aishah binti Abu Bakar

43. Siti Aminah binti Daud @ Othman

44. Siti Naquiah Koh binti Abdullah

45. Siti Nur Aini binti Sabudin

46. Siti Sarawani binti Md. Noor

47. Siti Zubaidah binti Bachok

48. Syahrul Nizar bin Abdullah

49. Wan Sofinaz bt. Awang Long

50. Yuzi Azwa binti Yaamat

51. Zaini binti Shaari

52. Zuriah binti Shafiee


53. Gengesvary A/P Subramaniam

54. Intan Yusliza binti Yusoff

Tidak Hadir Bersebab :

1. En. Jimmy Teng Joo Huat (Cuti sakit)

2. Rosima binti Hanafi (Cuiti sakit)

3. Norfisah binti Shariff (Bersebab)

Agenda mesyuarat :
1.0 Ucapan Pengerusi
2.0 . Perbincangan professional
2.1 Dasar kokurikulum
2.2 Pelantikan guru penasihat :
2.2.1 Badan beruniform
2.2.2 Kelab [perasatuan
2.2.3 Kelab sukan permainan 1M1S
2.2.4 Rumah sukan
2.2.5 Program podium / projek sukan
2.3 Pelantikan guru jawatankuasa program sekolah
3.0 Takwim kokurikulum, sukan dan koakademik
4.0 PAJSK
5.0 Hal-hal lain
6.0 Ucapan penangguhan

1. 0 Ucapan pengerusi (Guru Besar)

1.1 Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Ummul Kitab dan bacaan doa oleh ustaz Mohd Rodhi
bin Ahmad. Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua guru dan mengucapkan terima kasih
di atas kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan. Terima kasih juga diucapkan di atas segala
kerjasama yang telah diberikan oleh semua guru sepanjang sesi 2022/2023.

1.2 Agak mengecewakan kerana sepanjang sesi 2022/2023 tidak banyak pencapaian yang dapat
dicapai. Oleh itu pengerusi mengharapkan semua guru lebih komited dan melipat gandakan
lagi usaha agar pada tahun ini kita akan lebih cemerlang.

1.3 Pengerusi menegaskan kokurikulum mempunyai peranan yang sangat penting iaitu
mengukuhkan pengetahuan dan pembelajaran murid di dalam dan luar kelas melalui pelbagai
aktiviti dan program kokurikulum yang dijalankan. Semoga setiap kegiatan kokurikulum yang
dilaksanakan dapat meningkatkan nilai dan jati diri murid, selaras dengan kehendak TS25, iaitu
kemenjadian murid.
1.4 Pengerusi turut memaklumkan setiap pagi jumaat sepanjang cuti sekolah telah diadakan
latihan bola sepak yang diuruskan oleh 4 orang jurulatih, manakala latihan bola jaring
diuruskan oleh 2 orang jurulatih yang dijemput dari luar.

1.5 Seterusnya turut dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah
menubuhkan Kelab Silat yang diuruskan oleh cikgu Mohd Ridzuan. Majlis Sukan Negeri Kedah
telah memilih Sekolah Kebangsaaan Sungai Layar sebagai pusat latihan bagi kelab silat
tersebut.

1.6 Sekolah Kebangsaan Sungai Layar juga turut menjadi pusat latihan bagi Kelab memanah yang
diuruskan oleh Cikgu Faris.

1.7 Kelab Silat yang sebelum ini dibawah unit kokurikulum sekolah telah dimasukkan di bawah
unit sukan.

1.8 Pengerusi turut menekankan ingin menjadikan Bola Jaring sebagai salah satu permainan yang
ingin ditonjolkan. Oleh itu pengerusi berharap sukan ini dapat dipupuk bermula dari akar umbi
iaitu dari Pra Sekolah dan ingin melancarkan satu program untuk Pra Sekolah.

Makluman : semua guru

2.0 Perbincangan professional

2.1 Dasar Kokurikulum KPM

2.1.1 PK Kokurikulum mengingatkan tentang dasar Kokurikulum KPM : iaitu penyertaan

murid dalam kegiatan kokurikulum sekolah adalah WAJIB ( Perkara 5.1 SPI Bil.

1/1985, dan Memorandum Pemantapan Aktiviti Kokurikulum di KPM, 23 Nov. 2005)

“ Semua murid wajib mengambil sekurang-kurangnya salah satu gerakkerja Pasukan

Badan Beruniform, satu kegiatan Persatuan dan Kelab serta satu kegiatan Sukan atau

Permainan.

2.1.2 Kegiatan Kokurikulm adalah sebahagian daripada kurikulum kebangsaan. Oleh itu

pelaksanaan kegiatan kokurikulum adalah WAJIB [Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996

(Akta550)]
2.1.3 Bilangan perjumpaan setahun seperti berikut :

2.1.3.1 Pasukan Badan Beruniform – sekurang-kurangnya 12 kali

2.1.3.2 Persatuan dan Kelab – sekurang-kurangnya 12 kali

2.1.3.3 Sukan dan Permainan _ sekurang-kurangnya 12 kali

2.1.4 Masa perjumpaan kokurikulum adalah 120 minit seminggu

2.1.5 Tiada perjumpaan unit kokurikulum pada minggu pertama persekolahan

2.1.6 Setiap guru penasihat perlu memastikan serta mengutamakan keselamatan murid

sepanjang masa.

Makluman dan tindakan : semua guru

2.2 Pelantikan guru penasihat :

2.2.1 Badan beruniform


- Rujuk Lampiran

2.2.2 Persatuan dan Kelab


-Rujuk Lampiran

2.2.3 Kelab sukan permainan 1M1S


-Rujuk Lampiran

2.2.4 Rumah sukan


-Rujuk Lampiran

2.2.5 Program podium / projek sukan

2.2.5.1 Pasukan bola sepak ( Proper First Touch ) yang ditubuhkan oleh pihak Sekolah
Kebangsaan Sungai Layar dengan kerjasama pihak PIBG. Pasukan ini
diuruskan oleh Cikgu Ridzuan dan telah dilaksanakan setiap hari jumaat.
Bayaran bagi jurulatih dibayar sepenuhnya oleh pihak PIBG Sekolah
Kebangsaan Sungai Layar.
2.2.5.2 Pasukan Bola jaring dilatih oleh 2 orang jurulatih daripada persatuan Bola
Jaring. Sukan ini diharapkan dapat diterap daripada akar umbi iaitu bermula
daripada pra sekolah.
Makluman : semua guru

2.3 Pelantikan guru jawatankuasa program sekolah :


- Rujuk Lampiran

2.3.1 Sukan Lompat Tali diuruskan oleh Ustazah Azlina. Pada tahun 2022 pertandingan lompat
tali telah diadakan di peringkat Kebangsaan, dan telah disertai oleh Putra Assolihin bin ,
Putri Assafiyya binti dan Nur Amira Hafizah binti Mohamed Zaki. Dalam pertandingan
tersebut, Putra As-Solihin telah memenangi pingat emas.

2.3.2 Pasukan Bola Baling mohon diberi lebih ramai jurulatih. Ini kerana bagi memudahkan
kemudahan membawa peserta ketika perlu menghadiri pertandingan yang diadakan
di tempat lain kerana ia melibatkan murid yang ramai.

2.3.3 Permainan sepak Takraw turut diwujudkan. Ia melibatkan permainan mobile legend.

2.3.4 Latihan merentas desa diadakan lebih awal.


Makluman dan tindakan : semua guru

3.0 Takwim kokurikulum, sukan dan koakademik


- Rujuk Lampiran

3.1 Waktu kokurikulum perlu diadakan selama 2 jam setiap minggu yang melibatkan Unit
Beruniform, Kelab dan Persatuan serta sukan dan permainan :
3.1.1 Unit Beruniform bermula pkl 2.00 petang hingga 4.00 petang
3.1.2 Kelab dan Persatuan bermula pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang
3.1.3 Sukan dan Permainan bermula pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang

Makluman : semua guru

4.0 PAJSK
- Rujuk Lampiran
5.0 Hal-hal lain

5.1 Cikgu Fazli memaklumkan bahawa Sekolah Kebangsaan Sungai Layar akan menjadi tuan
rumah bagi perlawanan bola sepak sekolah rendah. Sama ada peringkat zon ataupun
peringkat daerah.

5.2 Perhimpunan Unit Beruniform akan diadakan setiap hari Ahad minggu ketiga.

5.3 Kem Bestari Solat akan diadakan 2 kali setahun yang melibatkan murid perdana, murid
PPKI serta murid Pra Sekolah

6.0 Ucapan penangguhan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang hadir.
Beliau berharap agar setiap guru menerima jawatan yang diberikan dengan sepenuh hati dan semoga
setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan baik.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.45 pagi.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :


Rohana binti Ibrahim Muhamad Fadzli bin Sudin
Setiausaha Kokurikulum Penolong Kanan Kokurikulum
SK Sungai Layar 2022/2023 SK Sungai Layar 2022/2023

You might also like