You are on page 1of 9

MAJLIS GURU KAUNSELING (R) DAERAH GOMBAK

LAPORAN
(FORMAT BK 21)

TEMA BENGKEL:

MEMBUDAYAKAN KAJIAN TINDAKAN DALAM MENINGKATKAN


IMPAK DALAM PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DI KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DAERAH GOMBAK.

Tarikh : 13 September 2022 (Selasa)


Masa : 7.30 Pagi Hingga 12.30 Tengah Hari
Tempat : Dewan Mawar, Tingkat 4, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak
BK21

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) RAWANG

LAPORAN AKTIVITI/ PROGRAM

1. Nama Program : Bengkel Membudayakan Kajian Tindakan GBKSM Gombak 2022


2. Tarikh : 13 September 2022
3. Masa / Hari : 8:00 AM – 12.30 PM
4. Tempat : Hotel Mercure, Selayang
5. Objektif : Objektif program ini adalah untuk:
a. memupuk sikap menjalankan penyelidikan kajian tindakan
dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling untuk menilai
impak keberkesanan perkhidmatan guru bimbingan dan
kaunseling.
b. menilai amalan terbaik guru bimbingan dan kaunseling yang
berinovasi untuk dijadikan amalan kepada GBKSM yang lain
sebagai contoh terbaik.
6. Bilangan Penyertaan :
PESERTA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
TAHUN M C I LL M C I LL
74
15 1 2 0 43 6 7 0
BK21

7. Butiran Aktiviti :

BIL AKTIVITI PERSONALIA PENGISIAN GAMBAR


7.1 Pendaftaran Peserta Bengkel Semua GBKSM yang hadir telah membuat
Kajian Tindakan pendaftaran dengan mengimbas QR-kod yang telah
disediakan oleh AJK pendaftaran.

7.2 Ucapan Pengacara Majlis Majlis telah dipimpin oleh Puan Nurul Athirah binti
Pengerusi Majlis Norhisham GBKSM dari SK Sinaran Budi.
BK21

7.3 Bacaan Doa AJK Bacaan Doa Encik Najib Asri bin Nordin GBKSM dari SK Sg. Tua
Baharu telah mengetuai bacaan doa.

7.4 Ucapan Alu- Penyelaras Bengkel Encik Siva Krishna Ranggasamy GBKSM dari SK
Aluan Dan Kajian Tindakan Taman Desa 2 telah mengalu-alukan dif-dif kehormat
Persediaan dan semua guru bimbingan dan kaunseling yang
Minda Peserta- hadir ke bengkel ini diikuti dengan slot pendek
Peserta. pengenalan ‘3 Steps Model Kurt Lewin’. Dengan
pengenalan ini peserta-peserta dapat membuat
penetapan ‘mindset’ baharu agar dapat mengikuti
sesi bengkel dengan lebih berkesan.
BK21

7.5 Penceramah Puan Nurhaiza binti Che Mat, Guru Cemerlang


Kaunseling dari SMK Seri Bintang Selatan bermula
slot berkenaan kajian tindakan. Beliau berkongsi
Pengenalan serba sedikit tentang perbezaan antara kajian
Kajian Tindakan tindakan dengan kajian penyelidikan supaya GBKSM
memahami konsep kajian tindakan dengan betul
serta memupuk menghasilkan kajian tindakan
terhadap isu-isu yang terdapat dalam kalangan murid
di sekolah.

7.6 AJK Makanan Puan Norhazlina binti Abd Hamid GBKSM dari SK
Kuang telah menguruskan penyediaan kuih-muih, teh
‘o’ dan kopi sebagai kudapan kepada para peserta
Minum Pagi bengkel kajian tindakan,
BK21

7.7 Kajian Tindakan Penceramah Puan Nurhaiza binti Che Mat, Guru Cemerlang
Dalam Kaunseling dari SMK Seri Bintang Selatan telah
Perkhidmatan menjelaskan cara menganalisis sesuatu isu terhadap
Kaunseling empat fokus bidang kaunseling supaya GBKSM
melaksanakan tindakan susulan terhadap isu
tersebut. Beliau juga menjelaskan bahawa kajian
tindakan merupakan suatu kajian yang dapat
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
seseorang GBKSM serta menyumbang kepada
perubahan tingkah laku murid-murid.

7.8 Draf Cadangan Penceramah Puan Nurhaiza binti Che Mat, Guru Cemerlang
Kajian Tindakan Kaunseling dari SMK Seri Bintang Selatan telah
membimbing dan mengajar cara menghasilkan draf
kertas cadangan kajian tindakan secara ringkas dan
padat berdasarkan isu-isu yang dikemukakan oleh
GBSKM. Kebanyakan GBKSM berjaya menghasilkan
draf kajian tindakan dengan efektif dan
membentangkan hasilnya kepada peserta.
BK21

7.9 Penyampaian AJK Hadiah Encik Mahezan bin Baharom Shah selaku Yang
Hadiah Dipertua Majlis Guru Kaunseling Daerah Gombak
telah menyampaikan cenderahati kepada
penceramah kerana sudi berkongsi ilmu kepada
semua Guru Bimbingan Dan Kaunseling Daerah
Gombak.

7.10 Ucapan Penutup YDP MGK Gombak Encik Mahezan bin Baharom Shah selaku Yang
DipertuaMajlis Guru Kaunseling Daerah Gombak
telah mengucapkan terima kasih kepada AJK
pelaksana bagi menjayakan bengkel ini dengan
jayanya.

7.11 Bersurai
8.0 Kewangan

( Sila rujuk laporan kewangan Majlis Sanjungan Budi, Lambaian Kasih- Tuan Sulaiman Bukhari
Bin Haji Amir)

9.0 Penilaian Program (hasil maklumbalas dari peserta-peserta program)


9.1 Kekuatan Program :
i. Pemilihan penceramah yang sangat berkaliber, berpengalaman dan telah
memperolehi anugerah guru cemerlang dalam bidang kaunseling membolehkan
penyampaian yang jelas, padat dan menarik.
ii. Bahan yang diedarkan oleh penceramah dapat menambahkan ilmu, meningkatkan
kemahiran mengendalikan kajian tindakan serta membantu guru dalam
meningkatkan keberkesanan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

9.2 Kelemahan Program :


i. Penceramah mengejar masa dan menghabiskan slot dalam waktu yang diberikan
walaubagaimanapun masa yang diperuntukkan bagi bengkel kajian tindakan ini
adalah sangat pendek.
ii. Kedudukan meja bulat dan penyusunan kerusi menghalang pandangan peserta untuk
melihat penceramah dan slaid yang ditayangkan.
iii. Draf kertas cadangan hanya mempunyai framework dan tiada mempunyai sebuah
contoh penulisan Kajian Tindakan untuk gambaran yang lebih mantap.

9.3 Langkah-Langkah Penambahbaikan :


i. Pihak penganjur mesti memperuntukkan masa yang secukupnya kepada sesuatu
program untuk mencapai tahap kepuasaan peserta kerana bengkel ini telah dibayar
oleh peserta masing-masing.
ii. Pihak penganjur harus menyediakan tempat duduk yang boleh menghadap
penceramah dan tidak terhalang dari pandangan utama.
iii. Penceramah harus memberikan sebuah contoh penulisan Kajian Tindakan supaya
peserta mendapat pemahaman yang lebih jelas.
Disediakan oleh:

……………………………..........…................................
(CIK MANIREGHA A/P SUBRAMANIAM)
AJK Dokumentasi Bengkel Membudayakan Kajian Tindakan GBKSM Gombak 2022,
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
SJK (T) Rawang

Disemak oleh:

…………………………………..................................
(EN. SIVA KRISHNA RANGGASAMY)
Penyelaras Program Bengkel Membudayakan Kajian Tindakan GBKSM Gombak 2022,
Guru Bimbingan Dan Kaunseling Sepenuh Masa
SK Taman Desa 2

Disahkan oleh:

…………………………………..................................
(EN. MAHEZAN BIN BAHAROM SHAH)
Pengerusi,
Majlis Guru Kaunseling (R) Daerah Gombak.

You might also like