You are on page 1of 1

Pembangunan Akhlak

Kamarul Azmi Jasmi

Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, Malaysia, qamar@utm.my

Suggested Citation:
Jasmi, Kamarul Azmi. (2016). Pembangunan Akhlak. In Kamarul Azmi Jasmi (Ed.), Ensiklope-
dia Pendidikan Islam (Edisi Pertama ed., pp. 99-100). Skudai Johor: Fakulti Tamadun Islam, Uni-
versiti Teknologi Malaysia & Persatuan Cendekiawan Pendidikan Islam [Malaysia] (AIES) . ISBN:
978-967-0194-66-0.

Explanation of the Entry


Pembangunan dalam bahasa Melayu adalah kata terbitan daripada perkataan ‘bangun’ yang bererti ‘pembinaan’
dan ‘hal membangunkan’ (Kamus Dewan, 2005). Perkataan ini seerti dengan makna ‘pengembangan, pembinaan,
pembaharuan, dan peningkatan’ (1990). Oleh itu, jika pembangunan tersebut hendak dipasangkan kepada
insan, maka sudah tentu bermaksu penggembangan dan pembinaan insan dalam pelbagai bentuk seperti jasmani,
emosi, rohani, dan intelek dan lain-lain pembangunan yang sesuai dengan manusia dan kemanusiaan.
Insan pula merujuk kepada manusia yang (Anom, 1997) dipinjam daripada perkataan insan dalam Bahasa
Arab. Menurut Ahmad (t.th.), perkataan asal bagi insan ialah insian. Kalimah insan ini sebenarnya diambil daripada
perkataan (‫ ﺇِ ْﻧ ِﺳﻳَﺎﻧﺎ‬- ‫ )ﻧَﺳ َِﻲ – ﻳَ ْﻧ َﺳﻰ – ﻧَ ْﺳﻳًﺎ – ﻧِ ْﺳﻳَﺎﻧًﺎ‬yang bermakna ‘lupa’ dan ‘lalai’ (Ahmad, t.th.; Ibn Al-Anbari, 1992).
Kemudian perkataan insan ini dijadikan nama khusus yang dirujuk kepada manusia. Hal ini demikian
kerana insan berjanji kepada Allah SWT (surah al-A‘raf, 7: 172), tetapi kemudian dia melupakan janjinya (Ibn
Manzur, 1997). Pengertian ini sedikit sebanyak menambahkan kewajaran penggunaan ‘pembangunan in-
san’ berdasarkan insan yang selalu lupa itulah sebenarnya yang perlu disedarkan, diingatkan, dan dibangunkan dari
kelupaannya.
Menurut (Ibn ‘Adil, 1998) bahawa insan adalah sesuatu yang bertentangan dengan unsur badan. Unsur
tersebut menurut pendapat pertama sebagai qalb, iaitu hati yang terdapat padanya suara hati. Pada hati ini tergantung
pula nafsu dan segala anggota tubuh badan seperti otak dan jantung. Pendapat yang lain pula menyatakan bahawa
hati itu tempat untuk bergantung nafsu kehaiwanan, sedangkan otak tempat bergantung nafsu keinsanan, sedangkan
jantung tempat bergantung pula nafsu yang bersifat tabii. Oleh itu, apabila pembangunan insan dirujuk kepada
pembangunan hati. Pembangunan yang dirujuk tersebut ialah hati manusia yang menjadi tempat berkata-kata
atau tempat niat. Bukan merujuk kepada hati atau jantung manusia yang bersifat tabii.

References
Ahmad, Khalil. T.Th. Kitab al-‘Ayn. Mahdiyy Al-Makhzumi & Ibrahim Al-Samira’i (Ed.). Beirut: Dar wa Maktabat al-Hilal.
Anom. (Ed.) 1990. Tesaurus Umum Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Anom. (Ed.) 1997. Kamus Am. Kuala Lumpur: Crescent News (K.L), Sdn. Bhd.
Ibn ‘Adil, Abu Hafs Siraj al-Din ‘Umar. 1998. Al-Lubab fi ‘Ulum al-Kitab. ‘Adil Ahmad ‘Abd al-Maujud & ‘Ali Muhammad
Ma‘uwwid (Ed.). Jld. 1-20. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ibn Al-Anbari, Muhammad. 1992. Al-Zahir fi Ma‘ani Kalimat al-Nas. Hatim Salih Al-Damin (Ed.). Beirut: Mu’assasah al-
Risalah.
Ibn Manzur, Jamaluddin. 1997. Lisan al-‘Arab. Beirut: Dar al-Fikr.

You might also like