You are on page 1of 1

Syed Ismail bin Syed Mustapa (2010; 4) yang mengungkap pandangan Mohd Taib

Osman, melihat budaya sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual. Melalui himpunan

daya intelektual tersebut, masyarakat akan membentuk nilai yang dapat diterima bersama

untuk memenuhi kehendak masyarakat supaya dapat menyesuaikan dengan keadaan

sekeliling. Budaya dilihat sebagai tenaga fikiran dan usaha rohani bagi mencapai hasrat

yang tidak bercanggah dengan kehendak masyarakat .

Pendefinisian budaya dapat dilihat dalam konteks sempit ataupun secara luas.

Pengertian budaya sempit merujuk kepada segala aspek-aspek kesucian dan adat resam

yang teristimewa, manakala budaya dalam konteks yang luas merujuk kepada segala

aktiviti, kegiatan dan perlakuan manusia dalam usaha mencari penyesuain dan

kesempurnaan hidup di dunia (Ismail Hussein, 1965: 15). Menurut Azhar Mad Aros (2001:

17) , budaya ialah satu cara hidup, idea, adat dan seni yang dihasilkan oleh sesuatu

masyarakat. Mohd Salleh (1997: 2) pula, menyatakan bahawa budaya ialah kelakuan

manusia. Bagi Mok Soon Sang (2003: 3) pula, budaya merupakan hasil daripada

pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat. Bagi Ani Omar (2011: 77) pula,

masyarakat berbudaya ialah masyarakat yang dapat melahirkan masyarakat bertamadun

You might also like