You are on page 1of 3

KERTAS KERJA

BANNER THE HIGHLY IMMERSIVE PROGRAM (HIP)

SMK BELADIN 2022

1. PENGENALAN

Highly Immersive Program (HIP) adalah sebuah program yang diperkenalkan di bawah

dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia

bertujuan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-

murid melalui pendedahan yang lebih tinggi kepada bahasa tersebut di sekolah.

2. RASIONAL

2.1 Memperkenalkan dan menghebahkan tentang Highly Immersive Program

(HIP) kepada seluruh warga sekolah melibatkan guru, murid, kakitangan sekolah

serta ibu bapa.

2.2 Mempamerkan isi kandungan dan tatabahasa Bahasa Inggeris yang dicetak

secara ceria dan menarik sebagai bahan rujukan Bahasa Inggeris di kawasan

sekolah

2.3 Memupuk sikap yang positif dalam kalangan semua komuniti sekolah untuk

menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian


3. OBJEKTIF

3.1 Semua murid, guru dan staf sokongan mengetahui dan memperoleh

kefahaman asas tentang program HIP.

3.2 Semua murid, guru dan staf sokongan dapat menggunakan asas Bahasa

Inggeris menggunakan banner sebagai bahan rujukan.

4. PROGRAM

Menyediakan banner yang sesuai untuk diletakkan di kawasan sekolah yang mudah

diakses.

5. SASARAN

Semua kakitangan sekolah termasuk guru, murid tingkatan 1 hingga 5 dan ibu bapa.

6. SUMBER KOS

PIBG

7. SUMBER RUJUKAN HARGA BARANG

Winner Enterprise, Sarikei


8. ANGGARAN PERBELANJAAN

SIZE (KAKI) KUANTITI HARGA JUMLAH

SEUNIT

1 5X3 2 RM60 RM120

2 6X3 11 RM72 RM792

3 3X2 40 RM4 RM160

JUMLAH RM1072

9. PENUTUP

Diharapkan agar paparan banner ini dapat memberikan informasi yang mudah diakses

dan seterusnya menjayakan objektif Highly Immersive Program 2022 untuk meluaskan

penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan guru, murid, staf sekolah dan ibu bapa pelajar

SMK Beladin.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

____________________ ________________________

(PN CLARE ANAK RICHARD) (ENCIK HJ BOLHI BIN HJ NARANI)

Penyelaras Program HIP, Pengetua,

SMK Beladin SMK Beladin

You might also like