You are on page 1of 4

FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN

PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN BIMBINGAN DAN


KAUNSELING
(TUMPUAN PENDIDIKAN, PENCEGAHAN DAN PEMULIHAN
DADAH 3PD) [SPADA]

CPE 5300: KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA

TUGASAN INDIVIDU: 

Cultural Identity Exploration Project (CIEP) E-Book


Topical Self-Reflection 1: Culture Shock (Kejutan Budaya)

PENSYARAH :
DR. MAIZATUL MARDIANA BINTI HARUN

DISEDIAKAN OLEH :
MOHD ZULFADLI BIN MOHAMED SALLEH
(GS64561)

1
CULTURAL IDENTITY EXPLORATION PROJECT (CIEP) E-BOOK

TOPICAL SELF-REFLECTION 1: CULTURE SHOCK (KEJUTAN BUDAYA)

PENGENALAN

Di dalam kehidupan saya, banyak perkara yang saya pelajari tentang budaya, nilai, amalan,

pegangan, sikap, percakapan dan tanggungjawab hasil didikan serta tunjuk ajar daripada ibu

bapa. Apabila saya meningkat dewasa dan mempunyai keinginan untuk berumah tangga, saya

mengalami sesuatu perubahan situasi nilai atau budaya baharu setelah berkahwin. Perubahan ini

sebenarnya telah mengubah sistem yang telah diamalkan dan diterapkan oleh kelurga saya dan

saya memerlukan sedikit masa yang membuat pengubahsuaian dalam hidup saya yang boleh

saya panggil kejutan budaya (culture shock).

PEMIKIRAN TENTANG TOPIK PERBINCANGAN DALAM KELAS

Setelah mempelajari topik ini, pemikiran saya mula memahami apakah sebenarnya yang berlaku

dalam hidup saya dan saya lebih mendalami perubahan budaya yang sedang saya lalui. Zaw

(2018) menyatakan bahawa budaya di seluruh dunia mempunyai nilai (values) mereka yang

tersendiri, tradisi (traditions), kepercayaan (beliefs), dan norma (norms) yang pasti dapat

menjadikan sesebuah budaya itu unik daripada yang lain. Hofstede, Jan Hofstede dan Minkov

(2010) menyatakan bahawa budaya tidak diwariskan tetapi dipelajari oleh manusia (culture is not

inherited but learnt by human being), di mana persekitaran sosial amat mempengaruhi

pembentukan budaya seseorang. Perubahan budaya itu sebenarnya adalah untuk dipelajari, bukan

untuk ditentang, bukan untuk dibahaskan atau bukan untuk ditolak bulat-bulat. Saya mempunyai

pemikiran bahawa kejutan budaya yang sedang saya alami ini memerlukan masa untuk

diadaptasi dalam kehidupan dan manusia boleh berubah mengikuti situasi keadaan.
2
PERASAAN TENTANG TOPIK PERBINCANGAN DALAM KELAS

Apabila mempelajari topik kejutan budaya di dalam kelas, saya telah mula memahami bahawa

kita memerlukan masa untuk membuat adaptasi dalam sesuatu budaya baharu. Model Lekuk-U

yang diasaskan oleh Lysgaard pada tahun 1955 ini menerangkan tentang proses adaptasi budaya

dengan memberi penekanan kepada empat elemen utama iaitu fasa bulan madu, kejutan budaya,

pemulihan dan penyesuaian. Model ini telah menerangkan kepada saya akan perubahan yang

sedang saya alami apabila berlakunya dua pertembungan budaya yang mempunyai pelbagai latar

belakang budaya yang berbeza. Saya melalui fasa tersebut bermula dengan fasa bulan madu yang

mana perasaan saya gembira dan seronok, kemudian saya mengalami kejutan budaya yang mana

perasaan saya dalam keadaan kesedihan dan kerinduan, setelah itu fasa pemulihan iaitu perasaan

saya mula menerima dengan budaya baharu dan akhir sekali fasa penyesuaian yang mana ia

memberi kelegaan kepada saya apabila dapat menyesuaikan diri dalam budaya baharu.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, setelah mempelajari topik tersebut saya telah memahami apakah

sebenarnya kejutan budaya itu. Kejutan budaya berlaku apabila berlakunya perpindahan atau

penghijrahan daripada sesuatu tempat yang kita tidak biasa hadapi dan ia memerlukan sedikit

masa untuk membuat pengubahsuaian agar dapat menerimanya seadaanya. Proses adaptasi ini

sebenarnya adalah berkait rapat dengan cara bagaimana pembelajaran baharu yang dipelajari kita

kerana terdapat cabaran dan permasalahan social yang harus ditangani. Oleh itu, sentiasa

bersedia menghadapi apa jua situasi baharu dengan pemikiran yang positif.

3
RUJUKAN

Abdul Latiff Ahmad, N. Z. (2014). Isu-isu dan masalah adaptasi antarabudaya dalam kalangan

pelajar Malaysia di United Kingdom dan Australia. Journal Of Social Science And

Humanities, 162-171.

file:///C:/Users/Lenovo/Desktop/ASSIGNMENT%20UPM/SEMESTER%202/CPE5300

%20MULTICULTURAL%20COUNSELLING/JURNAL/162-171_Isu-

isu_dan_masalah_adaptasi_antarabudayadalam_kalangan_pelajar_Malaysia_di_United_

Kingdom_dan_Australia.pdf

Balqis Aini Mustafa, A. L. (2019). Adaptasi antarabudaya penghijrahan pelajar Malaysia ke

Negara Asia. Malaysian Journal Of Communication, 35, 18-34.

file:///C:/Users/Lenovo/Desktop/ASSIGNMENT%20UPM/SEMESTER%202/CPE5300

%20MULTICULTURAL%20COUNSELLING/JURNAL/31930-104548-1-PB.pdf

You might also like