You are on page 1of 3

NAMA: MARLINAH JAIDIL

NO MATRIK: 2022.08.HS01.0022
TAJUK TUGASAN: LAPORAN TEMU BUAL
SUBJEK: KAC
KOD:330
PROGRAM: DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
NAMA PENSYARAH: MADAM SAKINAH
Saya menemu bual puan Nabila pada 31 februari untuk menyiapkan tugasan. Saya
juga mendapatkan kebenaran oleh puan Nabila untuk mendapatkan sedikit maklumat
tentang puan Nabilah.

PENGENALAN
NAMA: NABILAH MASABAT
UMUR: 29 TAHUN
PEKERJAAN: SURI RUMAH

Beliau telah menjadi ibu selama tujuh tahun, yang mempunyai tiga orang anak. Anak
sulung berumur 8 tahun, anak kedua 6 tahun dan, anak bongsu 3 tahun. Isu yang di
hadapi beliau semasa menjadi ibu ialah,beliau kadang-kadang dingin tidak responsif
terhadap anak-anaknya. Walaubagaimanapun beliau seorang yang mesra,tetapi kurang
bertanggungjawab. Beliau gagal bertegas dan kurang mempunyai peraturan buat
anak-anak. Bukan itu sahaja namun, beliau kurang memantau aktiviti kanak-kanak
serta manjakan anak-anak kerana sibuk bekerja. Kadang-kadang beliau terpaksa
membuat peraturan yang ketat terhadap anak-anak beliau apabila anak-anak tersebut
melawan cakap ataupun degil. Hal ini boleh menyebabkan anak beliau malas datang
ke sekolah kerana merasa rendah diri.

CARA UNTUK PUA NABILAH BERUNDING DENGAN ANAK-ANAK UNTUK


MENYELESIKAN ISU-ISU YANG DIHADAPI

Puan Nabilah akan berunding dengan anaknya ketika anaknya melakukan kesalahan
dengan cara ketika anak dia melakukan kesalahan lebih tiga kali beliau akan memberi
hukuman seperti menghadap dinding. Dan apabila anak beliau mengikuti peraturan
atau dengar cakap,beliau akan memberi ganjaran seperti gula-gula ataupun mengajak
anak beliau jalan-jalan seperti di taman. Selain itu beliau akan lebih berikan perhatian
kepada anak-anak agar anak-anak tersebut tidak merasa kurang keyakinan diri untuk
ke sekolah. Beliau membimbing anak-anak untuk menyelesaikan kerja rumah. Selain
itu beliau akan kerapkan memberikan pujian terhadap anaknya apabila anaknya siap
melakukan pekerjaan atau tugasan.
KESIMPULANNYA
Menjadi ibu adalah bukan perkara yang mudah. Kadang-kadang harus siapkan mental
yang kuat untuk menjadi seorang ibu kerana harus mengurus anak yang banyak ragam
tersendiri. Menjadi seorang ibu juga harus belajar bersabar dengan tingkah anak-anak
yang kadang-kadang susah di kawal.

You might also like