You are on page 1of 32

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t, Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami siapkan kerja kursus bagi subjek Murid dan Alam Belajar ini.Ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek kami iaitu Dr. Boon Pong Ying kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada kami dalam proses menyiapkan kerja kursus ini. Kami percaya tanpa bantuan dan tunjuk ajar daripada beliau, kami tidak akan dapat menyiapkan kerja kursus ini. Seterusnya ucapan terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu memberi idea-idea yang bernas untuk dimasukkan ke dalam esei kami. Jasa dan bantuan daripada kalian semua kami dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa kami yang telah menyumbangkan dan mengorbankan banyak wang untuk proses penyediaan kerja-kerja kursus kami serta banyak memberi galakan dan sokongan kepada kami dalam apa jua keadaan. Sekian terima kasih.
ILYANA BT KAMARUDDIN NUR ZAWANI BT MUSTAFFA NURUR RAFIAH BT ROSLAN WAN NURUL SYAZWANI BT WAN MO

Case 21: Parents Night / Malam bersama ibubapa


1.0 Berikut merupakan rentetan peristiwa yang berlaku dalam kes 21 Parents Night atau Malam bersama ibubapa : 1) Kimberly Wheaton yang merupakan guru kelas pelajar gred lapan akan mengadakan malam perjumpaan bersama ibubapa pelajar kelasnya bagi membincangkan tentang kelakuan dan tingkah laku pelajar didalam kelasnya. Kimberly yakin bahawa hubungan baik antara guru dan ibubapa akan member kesan yang penting dalam kejayaan dan tingkahlaku pelajar kelasnya. 2) Kimberly telah meminta bantuan Mercedes Davila iaitu merupakan penterjemah bahasa Sepanyol untuk membantu beliau dalam berkomunikasi dengan para ibu bapa yang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hal ini kerana terdapat empat ibubapa yang menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa ibunda dan pertuturan mereka dan mereka sama sekali tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. 3) Majlis perjumpaan berjalan dengan lancar. Ibu bapa mula hadir dan memenuhi ruang kelas. Ada diantara mereka yang bercakap sesama sendiri dan ada diantara mereka yang mula menegur Kimberly Wheaton dan mengenalkan diri mereka sebagai ibubapa kepada pelajar tertentu. Sementara para ibubapa yang lain mula mengambil tempat duduk mereka. 4) Majlis dimulakan dengan proses suaikenal yang dimulakan oleh Kimberly Wheaton. Kimberly Wheaton mula memperkenalkan dirinya dan berbincang tentang perkara perkara yang boleh diharapkan oleh ibubapa pelajarnya menerusi kelas

beliau.Kemudian, Kimberly mula meminta para ibubapa untuk memperkenalkan diri mereka.Bantuan daripada Mercedes Davila juga diminta bagi empat pasangan ibubapa yang tidak dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. 5) Kimberly Wheaton mula mengedarkan contoh tugasan yang pernah dilakukan oleh para pelajar kepada para ibubapa dan menerangkan dengan tahap permintaan beliau terhadap setiap tugasan yang diberikan.bagi melancarkan sesi penerangan ini

Kimberly Wheaton meminta bantuan Mercedes bagi memantau beliau supaya penerangan beliau difahami oleh para ibubapa. Kimberly Wheaton juga

membincangkan mengenai tingkah laku pelajar dan strategi pengurusan bilik darjah yang digunakannya. Beliau juga merujuk kepada peraturan kelas yang telah diwujudkan dan akibat yang akan diterima pelajar sekiranya melanggar peraturan yang telah ditetapkan.Kebanyakkan ibubapa berpuas hati kerana mereka dapat ,menyelami perasaan sebenar anak anak mereka didalam kelas. 6) Terdapat segelintir ibu bapa yang tidak Terdapat segelintir ibu bapa yang

mempercayai konsep perjumpaan bersama guru ini hanya sesuai dimulakan bagi anak mereka ketika peringkat menengah rendah sahaja bukannya diperingkat awal menengah.Kimberly kemudiannya menegaskan bahawa perjumpaan pada peringkat awal seperti ini amat penting kerana ianya boleh menyumbang kepada tingkah laku dan pencapaian yang cemerlang kepada pelajar.beliau juga membincangkan beberapa langkah yang boleh diambil oleh para ibubapa dalam melibatkan diri dalam aktiviti pelajar disekolah.Beliau juga akan menghantar maklumat kepada para ibubapa mengenai aktiviti yang akan dijalankan dimana para ibubapa boleh mengambil bahagian. 7) Kimberly Wheaton kemudiannya menarik perhtian ibubapa terhadap papan kenyataan yang memaparkan ganjaran yang akan diterima pelajar apabila mereka mencapai kejayaan .Beliau juga membincangkan setiap teknik yang telah digunakan kepada ibubapa dan meminta cadangan daripada para ibubapa mengenai ganjaran yang akan diberikan apabila mendapat kejayaan.Terdapat ibu bapa yang berkongsi tindakan yang telah diambil apabila anak anak mereka berjaya mematuhi peraturan, Antaranya ialah mereka diberi kuasa untuk memilih menu hidangan kegemaran mereka dan pencuci mulut yang akan dimakan bersama bersama

keluarga dan ada diantara mereka memberi pengecualian tugas kepada anak- anak mereka daripada membuat tugas harian dirumah.Kimberly Wheaton amat berpuas hati dengan penglibatan para pelajar. 8) Kimberly Wheaton merasakan bahawa majlis yang dijalankan amat berjaya sekali dan 70 peratus rancangan beliau telah berjaya dilaksanakan .Para ibubapa juga

memberikan nombor telefon dan alamat mel mereka bagi memudahkan beliau untuk berhubung dengan ibu bapa pelajar.Diakhir perjumpaan beliau memberi cenderahati kepada para ibubapa iaitu berupa kertas berpelekat yang mengandungi tugasan para pelajar, tarikh untuk menghantar tugasan dan langkah langkah yang boleh diambil oleh para ibubapa dalam membantu anak anak mereka untuk menyiapkan tugasan.Keseluruhannya,para ibubapa berpuas hati terhadap perjumpaan ini dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau. Para ibubapa juga amat berharap untuk bertemu dengan Kimberly Wheaton pada masa akan datang. 2.0 Masalah yang dihadapi: 2.1 Individu yang terlibat: a) Kimberly Wheaton .(Guru kelas gred lapan) b) Mercedes Davila. (Penterjemah Bahasa Sepanyol) c) Para ibubapa. 2.2 Masalah yang dihadapi: Bagi kajian kes yang dikaji iaitu mengenai malam bersama ibubapa masalah utama dihadapi oleh dua pihak iaitu pihak Kimberly Wheaton (guru) dan pihak ibu bapa. Masalah yang dihadapi oleh pihak guru ialah Gementar untuk berinteraksi dengan ibubapa. Hal ini kerana beliau tidak dapat menjangka penerimaan para ibubapa untuk perjumpaan kali ini walaupun perjumpaan kali ini bukanlah perjumpaan yang pertama yang pernah diadakan.Hal ini dinyatakan dalam ayat She is anxious to meet her students families .. .(p1, b 2-3). Selain itu, Terdapat 4 ibubapa pelajar yang menggunakan bahasa sepanyol sebagai bahasa ibunda dan tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.Hal ini menyebabkan Kimberly perlu menggunakan khidmat Mercedes Davila iaitu penterjemah bahasa Sepanyol agar komunikasi dua hala berjaya. Seperti yang kita sedia maklum, komunikasi tidak akan berjalan lancar jika tiada persefahaman daripada kedua dua belah pihak. Hal ini dinyatakan dalam ayat Well , I have six Hispanic student, but only four of the six will need your intrepreting.(p1, b 15- 16). Disamping itu, Kimberly juga harus

mengubah persepsi ibu bapa tentang perjumpaan ibu bapa seharusnya mula dilakukan sebelum peringkat menengah rendah dan bukannya mula dijalankan pada peringkat menengah rendah sahaja..Hal ini kerana terdapat segelintir ibubapa yang berpendapat bahawa perjumpaan peringkat awal yang dilakukan oleh Kimberly Wheaton tidak sesuai dilakukan. Hal ini dinyatakan dalam ayat Kimberly agrees that this is a typical view but that her wishes are for parents to increase their involvement in the secondary years because it is fundamental to student learning and achievement. (p4, b 22- 25). Masalah yang dihadapi oleh pihak ibubapa pula ialah percanggahan bahasa pertuturan dengan guru pada awalnya kerana Terdapat 4 ibu bapa pelajar yang menggunakan bahasa sepanyol sebagai bahasa ibunda. Hal ini menyebabkan bantuan penterjemah digunakan agar komunikasi dua hala dapat dijalankan dengan berjaya.Hal ini dinyatakan dalam ayat Well , I have six Hispanic student, but only four of the six will need your intrepreting. (p1, b 16- 17).Selain itu, terdapat segelintir ibu bapa yang mempercayai konsep perjumpaan bersama guru ini hanya sesuai dimulakan bagi anak mereka ketika peringkat menengah rendah.hal ini kerana pada kebiasaannya, perjumpaan bersama ibubapa hanya dimulakan pada peringkat menengah rendah sahaja. Perjumpaan yang ilakukan oleh Kimberly Wheaton adalah berbeza daripada norma harian mereka yang mencetuskan sedikit percanggahan idea.Hal ini dinyatakan dalam ayat A parent expresses his disbelief that this type of open house is offered for eight graders. (p4, b19-20).

MODEL DALAM KAJIAN KES PARENTS NIGHT

Kajian kes ParentS Night, beberapa model Pengurusan Disiplin telah dapat dikenalpasti. Kesemua model-model Pengurusan Disiplin ini dapat memberi panduan tentang bagaimana menguruskan disiplin dan juga tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang bersesuaian. Terdapat tiga model yang dapat dikenal pasti melalui kajian kes Parents Night ini iaitu Model Modif ikasi Tingkah Laku oleh B.F Skinner, Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter dan juga Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Kesemua model yang digunakan adalah bertujuan untuk membantu guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping membantu guru dalam aspek kawalan dan pengendalian kelas. Kajian kes Parents Night merupakan satu aktiviti di mana guru iaitu Cik Kimberly mengadakan interaksi dengan ibu bapa para pelajarnya dalam usaha untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran beliau di dalam kelas berjalan dengan berkesan. Tujuan aktiviti Parents Night ini adalah untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan ibu bapa serta mengetahui latar belakang setiap pelajarnya melalui interaksi dengan ibu bapa para pelajar berkenaan dan juga dapat berbincang secara hati ke hati strategi penyelesaian untuk memperbaiki tingkahlaku anak-anak mereka. Terdapat beberapa model kajian kes Parent Night ini. Pengurusan Disiplin yang dapat dikenalpasti menerusi

MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU B.F. SKINNER

Pengenalan

Skinner memulakan pengajiannya dalam bidang biologi dan didedahkan kepada penulisan Watson dan Pavlov. Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Skinner telah menjalankan berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant). Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya. Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais krim. Model modifikasi tingkah laku menggunakan prinsip peneguhan. Pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah laku murid.. Elemen-elemen luaran ini merupakan peneguhan-peneguhan yang menjadi

rangsangan untuk meningkatkan tingkah-laku yang diingini. Skinner menggunakan prinsip pelaziman ooperan di dalam model ini yang bermaksud organisma mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan yang diberikan. Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama iaitu peneguhan (reinforcement) yang terbahagi kepada : a) Peneguhan positif dan peneguhan negatif b) Denda (punishment)

Peneguhan Positif (Positive Reinforcement) Peneguhan positif bertujuan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Peneguhan ini berlaku apabila rangsangan diberikan seperti hadiah,ganjaran, pujian, markah merit dan sebagainya Contohnya: setelah pelajar menyelesaikan tugasan dengan baik dan tepat pada masa yang ditetapkan guru akan memberikan pujian yang memberangsangkan Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkah laku itu Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus

Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement) Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. Organisma kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif. Denda / Hukuman (Punishment) Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau langsung dihapuskan. Contohnya budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, mengentikan keseronokkan). Skinner juga memperkenalkan dua jenis hukuman iaitu hukuman beri dan hukuman tarik. Hukuman beri mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang diberikan. Rangsangan yang diberikan biasanya merupakan sesuatu yang berbentuk fizikal dan kekerasan contohnya rotan, sebatan , tamparan dan sebagainya. Hukuman tarik pula bertujuan untuk mengurangkan kemungkinan tingkah laku diulangi hasil daripada rangsangan yang selesa ditarik balik. Rangsangan yang ditarik

balik kesan daripada tingkah laku biasanya sesuatu yang selesa ditarik balik. Rangsangan yang ditarik balik kesan daripada tingkah laku biasanya sesuatu yang digemari contonya peluang untuk keluar bersama rakan-rakan, menonton televisyen dan sebagainya Bukti penggunaan peneguhan positif dalam kajian kes Parents Night 1) Kimberly akan memberikan ganjaran kepada pelajar di atas pencapaian mereka (m/s 134, perenggan ke 5, baris 3) Kimberly then directs the parents, attention to the bulletin board to the left of the class, on which she has listed a series of techniques for rewarding students for their accomplishments 2) Anak-anak yang menunjukkan prestasi yang baik juga diberi peluang memilih makanan kegemarannya sebagai hidangan keluarga (m/s 134, perenggan 5, baris 12) she normally cooks the childs favourite meal and then ets the child choose what the whole family will have for dessert, Mercedes says

3) Ibu bapa memberikan peluang kepada anak-anak mereka supaya tidak perlu melakukan kerja rumah sekiranya berkelakuan baik (m/s 134, perenggan 5, baris 16)

Another parent raises her hand and tells the class that she allows her daughter to skip her chores

4) Ibu bapa akan menaikkan wang saku anak mereka pada minggu itu sekiranya pencapaian mereka membanggakan (m/s 134, perenggan 5, baris 17)

..and another informs the class that her son receives an increase in spending money for that week Bagi kes Parents Night tiada peneguhan negatif yang digunakan.

Kebaikan penerapan Model Skinner Guru dapat melihat perkembangan prestasi murid dengan kadar yang pantas Dapat memenuhi keperluan motivasi ekstrinsik iaitu penerimaan rangsangan luaran oleh murid-murid Penerimaan murid

Keburukan penerapan model Skinner Motif murid akan bertukar daripada untuk belajar kepada untuk mendapatkan hadiah daripada guru atau ibu bapa. Murid lebih teruja untuk mendapatkan hadiah atau pujian berbanding memperoleh ilmu atau mempamerkan tingkah laku yang baik Tidak berkesan kepada kepada pelajar yang lebih dewasa atau murid yang mempunyai masalah tingkah laku yang serius Tidak berkesan untuk mengurangkan masalah tingkah laku kerana tidak menjurus kepada cara-cara pencegahan masalah tetapi lebih tertumpu kepada pembetulan masalah tingkah laku

MODEL DISIPLIN ASERTIF LEE CANTER


Model Disiplin Asertif oleh Lee Canter adalah antara salah satu model yang dapat dikenalpasti dalam kajian kes Parenst Night ini. Model ini mula dipelopori oleh Lee dan Marlene Canter iaitu pada tahun 1976. Model ini lebih menekankan dan berasaskan kepada peneguhan terhadap tingkahlaku yang diingini dan penerimaan terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Model Disiplin Asertif Lee Canter ini juga mennyatakan bahawa guru mempunyai hak untuk menentukan peraturan-peraturan di dalam bilik darjah bertujuan untuk memudahkan pengawalan kelas dan pelajar. Selain itu, model ini juga menekankan kepada penekanan dalam aspek penetapan dan penguasaan peraturan serta pemberian ganjaran atas tingkah laku positif dan juga dendaan di atas tingkah laku negatif terhadap peraturan yang ditetapkan. Guru di dalam model ini dikatakan berhak untuk mengendalikan bilik darjah tanpa sebarang gangguan manakala pelajar-pelajar pula dikatakan belajar di dalam suasana bilik darjah yang kondusif dan juga selesa. Tugas guru di dalam Model Disiplin Asertif ini adalah untuk sentiasa memberi perhatian yang positif kepada pelajar dan juga mengajar para pelajar secara professional tanpa sebarang gangguan. Kajian kes Parents Night membuktikan terdapatnya Model Disiplin Asertif Lee Canter digunakan iaitu apabila Cik Kimberley memastikan dirinya untuk berbincang mengenai masalah tingkahlaku pelajar dan menerangkan mengenai strategi pengurusan kelas yang digunakan kepada ibu bapa pelajar. Ini dapat dibuktikan dengan pernyataan berikut: Kimberly also makes sure to discuss behavior and explain her classroom management strategies (m/s 133, P 4, B 8 Case 21: Parents Night) Cik Kimberley menggunakan perjumpaan Parents Night sebagai medium untuk dia membincangkan mengenai tingkahlaku para pelajarnya dan memaklumkan kepada ibu bapa mengenai pendekatan yang akan digunakannya untuk mengawal dan

mendisiplinkan para pelajarnta. Pernyataan ini menunjukkan bahawa Cik Kimberley mengunakan Model Disiplin Asertif di mana Cik Kimberley mengambil inisiatif untuk berbincang dan juga menyatakan apa yang dia hendakkan kepada ibu bapa para pelajar. Selain itu Cik Kimberley juga mengarahkan ataupun menyuruh ibu bapa supaya melihat peraturan-peraturan kelas di dalam paket yang telah dia sediakan untuk ibu bapa para pelajar, Bukti mengenai tindakan Cik Kimberley ini dapat dibuktikan pada pernyataan berikut: She directs parents to the page containing the class rules in the packet she has prepared for them ( m/s 133, P 4, B10 Case 21: Parents Night ) Ciri-ciri yang terdapat dalam Model Disiplin Asertif seterusnya yang digunakan Cik Kimberley di dalam kajian kes Parents Night ialah apabila Cik Kimber ley dan ibu bapa para pelajar berbincang mengenai komen-komen positif dan juga komen-komen negatif yang akan dihantar ataupun dimaklumkan kepada ibu bapa di rumah mengenai perkembangan dan tingkahlaku anak-anak mereka . Bukti pernyataan yang dijumpai ialah seperti berikut: They also converse about the samples in the packet that of positive and negative notes that she would send home to signal their childrens progress.(m/s133,P 4, B 12 Case 21:Parents Night ) Seterusnya Cik Kimberley juga bertanya kepada ibu bapa mengenai kesan yang akan diterimaoleh anak-anak mereka sekiranya mereka melanggar salah satu daripada peraturan kelas. Ini dapat dibuktikan dengan pernyataan berikut: . she asks parents to give an example of how a student in this class c ould break one of the class rules and then explain the consequences that student would face . ( m/s134 , P 4, B 16 Case 21 : Parents Night ) Pernyataan terakhir yang terdapat di dalam kajian kes Parents Night yang membuktikan Cik Kimberley mempraktikkan Model Disiplin Asertif Lee Canter ialah apabila dia kemudiannya berbincang beberapa cara di mana ibu bapa boleh terlibat dii

dalam kelasnya dan juga dia telah berjanji akan menghantar ataupun memaklumkan ibu bapa sekiranya terdapatnya aktiviti yang melibatkan mereka . Bukti bagi pernyataan ini ialah seperti berikut: She then discussed several different ways that parents can become involved in her classroom , informs them that she will be taking place and in which she would like parent volunteers, and says she hopes they will all respond,( m/s 134, P 4, B 28 Case
21 : Parents Night ).

Kebaikan penerapan Model Asertif Canter Guru mempunyai hak menetapkan peraturan Murid perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh guru Guru dapat mengendalikan bilik darjah dengan tenang dan tanpa sebarang gangguan Guru mempunyai hak untuk mengajar secara professional tanpa sebarang gangguan Keburukan penerapan Model Asertif Canter Tindakan pembetulan dan dendaan kadangkala menimbulkan rasa kurang selesa dan menganggu hak mereka

MODEL TERAPI REALITI WILLIAM GALSSER


Selain Model Modifikasi Tingkah Laku B.F Skinner dan juga Model Disiplin Asertif Canter, terdapat satu lagi model disiplin tingkah laku yang telah dikenal pasti dalam kajian kes Parents Night ini iaitu Model Terapi Realiti oleh William Glasser. Model ini telah dikemukankan oleh William Glasser iaitu seorang Psikiatari dan

Konsultan Pendidikan yang telah banyak menulis dan juga mengemukakan pandangan beliau terhadap isu-isu pendidikan dan juga disiplin. Asas utama dalam model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oeh seseorang individu itu dikatakan berasaskan kepada pilihan yang dibuat. Selain itu pilihan-pilihan yang dibuat oleh individu tersebut adalah berdasarkan keperluan-keperluan mereka di mana ini menyerupai Teori Maslow. Menerusi Model Terapi Realiti William Glasser ini guru dapat membantu murid

mengenal pasti akibat daripada tingkah laku yang dilakukan. Selain itu juga, guru dapat membantu murid memastikan akibat yang bakal mereka peroleh dan hadapi jika

mereka membuat sesuatu pilihan serta guru juga dapat membantu murid dengan mengemukakan pelan perancangan dalam usaha untuk membantu murid mengurus tingkah laki mereka dengan lebih berkesan. Akhir sekali guru juga bertindak sebagai pembimbing murid di dalam model ini. Di dalam kajian kes Parents Night, Cik Kimberley telah memberikan nombor telefon dan alamat emailnya untuk memudahkan ibu bapa serta pelajar-pelajarnya untuk menghubunginya.Ini dibuktikan dengan pernyataan berikut: She had a 70 percent turnout and all the parents were provided her with contact numbers and email addreses and said to contact them if she ever needed to. ( m/s135 , P6, B5 Case 21 : Parents Night)

Selain itu juga Cik Kimberley juga telah menyenaraikan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pelajar-pelajarnya, tarikh-tarikh penting untuk mereka ingat seperti tarikh peperiksaan serta panduan kepada pelajar-pelajarnya untuk menyiapkan tugasan mengikut tarikh yang telah ditetapkan dengan memberikan para ibu bapa beg hadiah

yang disediakan untuk setiap keluarga. Perkara ini dapat dibuktikan dengan pernyataan berikut: Kimberly ends with a gift bag she has prepared for each family. The bag contains a magnet that she created out of the list of assignments, due dates,and exam dates as well as tip sheets for the student on how to complete each assignment successfully. (m/s 135 , P6, B5) Perkara terakhir yang dibuat oleh Cik Kimberley yang sama dengan disiplin pengurusan tingkah laku seperti Model Terapi Realiti William Glasser ialah apabila Cik Kimberly telah memberi panduan kepada ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka menyiapkan tugasan. Penyataan terahir ini dapat dibuktikan dengan pernyataan berikut:
..ideas for the parents on how they can help their children with the assignments .( m/s 135 , P6,B5 Case 21 : Parents Night)

Kebaikan penerapan Model Terapi Realiti Tidak bersifat memaksa pelajar Berlaku suasana yang saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati antara guru dan murid Membantu murid membuat pilihan yang wajar Memerlukan murid membuat penghakiman berunsurkan nilai terhadap tingkah laku mereka Membantu murid merancang kea rah perubahan tingkah laku. Percaya bahawa murid berupaya untuk berubah kearah yang positif

Keburukan penerapan Model Terapi Realiti Terapi reality kurang menyediakan situasi pembelajaran Lebih menekankan kepada keperluan memenuhi keperluan-keperluan asas

STRATEGI PENYELESAIAN MASALAH


PENGENALAN Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, guru boleh memilih dan menggunakan strategi pengajaran yang sesuai. Pengaplikasian pelbagai strategi pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pembelajaran dengan berkesan dan membantu pelajar menguasai pembelajaran dengan baik. Oleh itu, strategi yang digunakan itu harus bergantung pada peringkat umur dan berdasarkan kemampuan serta minat murid terhadap bahan pengajaran yang akan disampaikan. Seseorang guru mestilah bijak memilih teknik-teknik yang akan digunakannya semasa menyampaikan sesuatu pengajaran. Parents Night merupakan satu aktivit yang melibatkan penglibatan ibu bapa, pelajar dan guru. Berdasarkan kes Parents Night didapati terdapat beberapa startegi penyelesaian masalah yang telah digunakan oleh guru tersebut iaitu Cik Kimberly dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Cik Kimberly dilihat telah menggunakan beberapa strategi yang berkesan dan dilihat dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dan membantu meningkatkan prestasi para pelajarnya. Antara strategi yang digunakan oleh Cik Kimberly semasa Parents Night ialah perbincangan, menggunakan penterjemah, membina hubungan baik dengan ibu bapa dan menunjukkan keprihatinan. Manakala strategi yang diamalkan dalam kelas pula ialah bimbingan dan pemantauan, peeguhan positif, dan mewujudkan peraturan kelas. Strategi lain pula yang boleh diambil oleh Cik Kimberly ialah meningkatkan motivasi dalam diri pelajar, pembelajaran koperatif, perjumpaan berkala dengan ibu bapa, bercerita, bermain dan Cik Kimberly perlu menjadi seorang guru yang asertif.

1. Perbincangan Perbincangan antara guru dan ibu bapa mengenai prestasi pelajar adalah sangat

penting. Perkembangan prestasi dan tingkah laku pelajar dapat dikawal melalui perbincangan antara guru dengan ibu bapa. Perbincangan yang berkesan ialah apabila

kedua-dua pihak bekerjasama antara satu sama lain dan menerima pandangan masingmasing.

Peristiwa Parents Night

Strategi

Cik Kimberly telah mengambil langkah bijak dengan mengadakan satu perjumpaan bersama ibu bapa dan pelajar untuk berbincang mengenai perkembangan pelajar dalam pelajaran dan membincangan masalah pelajar. Kejelekitan yang timbul antara guru dan ibu bapa dilihat dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar. Parents Night yang diadakan oleh Cik Kimberly sangat dipersetujui ole ibu bapa dan dilihat sangat berkesan dengan wujudnya hubungan positif antara Cik Kimberly dan ibu bapa di akhir aktiviti Parents Night ini. Tindakan Cik Kimberly mengadakan Parents Night di peringkat awal iaitu di gred 8 diragui oleh ibu bapa pada mulanya tetapi Cik Kimberly menerangkan bahawa aktiviti ini diadakan awal sebagai asas kepada pembelajaran dan kejayaan murid. Perjumpaan seperti ini akan terus diadakan dari semasa ke semasa.

2.

Menggunakan penterjemah

Penterjemah berfungsi sebagai pembantu atau perantara antara satu individu atau kumpulan yang mempunyai masalah dalam memahami penggunaan bahasa individu atau kumpulan lain. Penterjemah yang baik dilihat dapat melancarkan sesuatu proses komunikasi atau perbincangan yang diadakan.

Peristiwa Well, I have six Hispanic students, but only four of the six will need your interpreting.

Strategi

Cik Kimberly berbahasa Inggeris manakala enam orang pelajar dan keluarga mereka berbahasa latin. Masalah timbul apabila empat daripada keluarga tersebut tidak boleh memahami dan bertutur dalam bahasa Inggeris manakala Cik Kimberly pula tidak memahami bahasa latin. Bagi menyelesaikan masalah ini, Cik Kimberly telah meminta bantuan daripada Mercedes sebagai penterjemah kepada pelajar dan keluarga mereka untuk memastikan kelancaran komunikasi antara mereka. Masalah bahasa tidak menjadi penghalang kepada Cik Kimberly untuk memastikan kelancaran majlis Parents Night ini. Ibu bapa juga sangat memahami dan tidak menjadikan kelemahan Cik Kimberly dalam memahami bahasa mereka sebagai masalah untuk berbicang mengenai perkembangan prestasi dan masalah yang dihadapi anak mereka. Cik Kimberly juga telah berjanji akan berusaha untuk belajar dan berkomunikasi menggunakan bahasa latin.

3.

Menunjukkan keprihatinan Hubungan baik antara guru dan murid boleh dibina melalui sikap guru yang mengambil berat dan prihatin. Guru yang mengambil berat dan prihatin kepada pelajar akan melahirkan kepercayaan pelajar kepada guru tersebut seterusnya melahirkan minat yang mendalam untuk pelajar tersebut belajar. Adalah sangat penting untuk seorang guru mengetahui latar belakang dan personaliti para pelajarnya. Ini adalah untuk memudahkan guru memilih pendekatan yang untuk digunakan berdasarkan personaliti dan latar belakang keluarga mereka. Sekiranya pelajar mempunyai masalah, guru yang prihatin akan dapat menyelesaikan masalah dengan baik dan berkesan. Minat dan kebolehan pelajar yang terpendam juga dapat dicungkil melalui sikap prihati seseorang guru kepada pelajarnya. Semasa majlis

Peristiwa Well, now I would like the opportunity to get to know you, so if you would mind, please introduce yourselves and tell us a little something about you and your family.

Strategi Parents Night bermula apabila Cik Kimberly mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan dirinya dan meminta semua pelajar dan ahli keluarga mengenalkan diri dan latar belakang keluarga mereka. Semua keluarga mengambil bahagian dalam sesi memperkenalkan diri dan latar belakang keluarga mereka. Semua keluarga dan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan majlis Parents Night yang diadakan dan mereka sangat teruja dan gembira terhadap layanan yang diberikan oleh Cik Kimberly.

4.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah ialah rangsangan yang diberikan untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini. Melaui peneguhan, pelajar akan melibatkan diri secara aktif dan berusaha meningkatkan diri dalam pelajaran. Peneguhan boleh digunakan secara tetap dan berkala. Ibu bapa juga boleh memberi peneguhan positif terhadap pelajar untuk meningkatkan penguasaan mereka terhadap pembelajaran dan membentuk tingkah laku yang positif. Peneguhan positif perlu dikurangkan atau dihapuskan sekiranya pelajar menunjukkan tingkah laku negatif sebagai langkah menghapuskan tingkah laku negatif.

Peristiwa 1 Kimberly then directs the parents attention to the bulletin board to the left of the class, on which she has listed a series of techniques for rewarding students for their accomplishment.

Strategi 1

Cik Kimberly memaparkan setiap kejayaan dan pencapaian para pelajarnya dalam pelajaran di papan kenyataan dalam kelas. Ini sebagai langkah menghargai setiap pencapaian para pelajarnya.

Peristiwa 2 In home, she normally cooks the childs favourite meal and then let the child what the whole family will have for dessert.

Strategi 2

Antara strategi yang digunakan ibu bapa pula, setiap kejayaan anak akan akan diraikan. Anak-anak yang menunjukkan prestasi yang baik akan diberi peluang untuk memilih hidangan pencuci mulut dan memasak makan kegemaran mereka untuk dinikamati seisi keluarga. Peristiwa 3 .....she allows her daughter to skip chores, and.......her son receives an increase in spending money.

Strategi 3

Terdapat juga ibu bapa yang mengecualikan anak yang mendapat pencapaian yang baik daripada melakuakan tugasan rumah. Ada juga ibu bapa yang menambah wang saku anak mereka atas kejayaan yang diperoleh. Melalui Parents Night dapat dilihat bahawa ibu bapa turut memainkan peranan dan peka terhadap setiap perkembangan anak mereka.

5.

Mewujudkan peraturan kelas

Peraturan ialah kenyataan yang menegaskan perbuatan yang boleh diterima dalam kelas. Peraturan dalam kelas adalah penting untuk mewujudkan pelajar yang terkawal dan berdisiplin. Guru boleh mengambil tindakan terhadap pelajar yang menunjukkan tingkah laku yang negatif. Peraturan yang ditetapkan dalam kelas perlu dipersetujui

oleh semua ahli kelas. Pelajar perlu mematuhi peraturan yang telah dipersetujui dan ditetapkan.

Peristiwa ......she ask parent to give an example of how students in this class could break one of class rules and then explain the consequence that students would face.

Strategi

Cik Kimberly menetapkan peraturan kelas untuk mengawal tingkah laku para pelajarnya. Beliau juga meminta pandangan ibu bapa tentang tindakan yang wajar diambil untuk mengawal tingkah laku negatif anak-anak mereka. Ibu bapa sangat gembira dan menghargai tindakan Cik Kimberly kerana mereka turut diberi peluang dalam melahirkan tingkah laku positif anak mereka di sekolah.

6.

Membina hubungan baik dengan ibu bapa

Hubungan baik antara guru dan ibu bapa dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar. Pemantauan tingkah laku pelajar daripada ibu bapa di rumah dapat mengawal tingkah laku pelajar dan dapat memastikan pelajar menyiapkan tugasan yang diberi. Hubungan yang baik antara ibu bapa dan guru akan memudahkan lagi proses perbincangan mengenai pencapaian prestasi pelajar. Peristiwa 1 ........discuss behaviour and explain her classroom management strategies.

Strategi 1

Cik Kimberly sentiasa akan memaklumkan kepada ibu bapa tentang tingkah laku baik dan buruk anak mereka semasa di kelas dan perkembangan pembelajaran anak mereka.

Peristiwa 2 parents can become involved in her classroom, inform them that she will send notice home of activities that will be taking place..

Strategi 2

Kimberly juga akan berusaha mengadakan beberapa aktiviti yang melibatkan ibu bapa. Beliau juga berjanji akan memaklumkan setiap aktiviti yang dilakukan kepada ibu bapa.

7.

Bimbingan dan pemantauan

Bimbingan dan pemantauan daripada ibu bapa sangat penting bagi memastikan kelancaran pembelajaran dan prestasi pelajar. Guru juga boleh membantu ibu bapa dalam memberi panduan untuk membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan mereka. Melalui bimbingan ibu bapa, pelajar akan sedar bahawa ibu bapa mereka sangat mengambil berat tentang mereka. Secara tidak langsung, masalah tingkah laku akibat kurang perhatian daripada ibu bapa dapat dikurangkan.

Peristiwa The bag contains a magnet that she created out of the list of assign ment, due dates as well as tip sheets for the parents and for the students.

Strategi

Kimberly telah memberi panduan bagaimana ibu bapa boleh membantu anak mereka dalam menyiapkan tugasan mereka. Kimberly juga memberi senarai tugasan, tarikh peperiksaan dan sebagainya sebagai rujukan kepada ibu bapa.

Strategi lain yang boleh digunakan Strategi yang diambil oleh Cik Kimberly dilihat sangat berkesan untuk meningkatkan prestasi pelajarnya. Terdapat juga strategi lain yang boleh diambil oleh Cik Kimberly contohya dengan mengadakan aktiviti luar bilik darjah dan disertai oleh ibu bapa. 1. Mengadakan lawatan bersama keluarga. Contohnya dengan mengadakan lawatan di zoo semasa belajar mengenai haiwan. Melalui lawatan bersama keluarga ini, pelajar perlu melakukan satu tugasan. Manakala, ibu bapa boleh membantu memantau pergerakan anak mereka semasa lawatan di samping membantu anak mereka menyiapkan tugasan yang diberi semasa di zoo tersebut. 2. Ibu bapa sebagai pembantu guru. Ibu bapa juga boleh meluangkan masa untuk menjadi pembantu guru atau tutor khususnya kepada ibu yang tidak bekerja. Ibu yang tidak bekerja boleh datang ke sekolah sebagai pembantu guru semasa proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Dengan bantuan ibu bapa, kumpulan kecil dalam kelas boleh dibentuk dan memudahkan kelancaran proses pengajaran dna pembelajaran. 3. Hari Keluarga.

Program seperti Hari Keluarga boleh diadakan secara santai dan riadah. Program ini boleh diadakan di luar sekolah contohya di tempat percutian atai di pantai. Program ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru dan pelajar. Di samping bersantai dan beriadah, ibu bapa boleh mengambil peluang untuk bertanya tentang perkembangan anak mereka di sekolah. Secara tidak langsung juga, guru boleh mengenali dan megetahui mengenai pelajar dna keluarga mereka dengan lebh dekat lagi.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, guru perlu mempraktikkan pendekatan yang berbeza untuk mengawal tingkahlaku pelajar kerana setiap pelajar adalah berbeza. Pengurusan bilik darjah yang berkesan, persekitaran yang kondusif dapat dilaksankan sekiranya seseorang guru mempraktikkan amalan yang bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru yang baik ialah guru yang tahu menguruskan bilik darjah dengan berkesan, mampu menguruskan tingkah laku serta memahami tingkah laku murid. Gurujuga perlu mengetahui cara untuk mengenal pasti punca utama kepada masalah disiplin pelajar yang berlaku dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mempunyai pengurusan disiplin yang kukuh. Pemahaman model-model disiplin yang terlibat serta strategi-strategi penyelesaian masalah dalam memahami tingkah laku murid diharap dapat membuatkan kita semua memahami Kajian Kes 21: Parents Night.

REFLEKSI (ILYANA KAMARUDDIN)


Terlebih dahulu saya amat bersyukur kerana kumpulan saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Tugasan bagi subjek Pengurusan Bilik Darjah dan

Tingkah Laku ini diberikan secara berkumpulan. Sepanjang menyiapkan tugasan ini berbagai jenis masalah timbul disebabkan masalah komunikasi antara saya dan rakanrakan kumpulan yang lain kerana sepanjang membuat tugasan kami semua agak sibuk dengan tugasan lain yang juga memerlukan kami semua memberikan sepenuh komitmen. Tajuk yang diberikan kepada kami ialah mengenai
MODEL, KAEDAH&TEORI di dalam kajian kes 21 PARENTS NIGHT . Pada mulanya saya merasakan tugasan ini agak mencabar dan susah kerana keseluruhan tugasan ini memerlukan saya untuk memahami dengan mendalam mengenai kajian kes Parents Night ini.

Setiap kumpulan diberikan kajian kes yang berlainan. Saya dan ahli kumpulan yang lain mendapat tugasan untuk menganalisis kajian kes Parents Night di mana saya mendapati kes ini amat menarik dan banyak membantu saya semasa menjadi guru yang baik pada masa akan datang. Ini kerana menerusi kes ini, Cik Kimberley iaitu seorang guru telah mengadakan satu perjumpaan khusus bersama-sama dengan ibu bapa para pelajarnya bertujuan untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian dalam menghapuskan dan mengurangkan masalah tingkah laku anak-anak mereka serta membincangkan juga mengenai pembelajaran mereka. Saya mendapati Cik Kimberley telah melakukan pendekatan yang baik dan berkesan di mana menggunakan ibu bapa sebagai pengantara yang baik memahami pelajar-pelajarnya. dan juga dapat membantu dirinya lebih

Semasa pembentangan oleh kumpulan saya dan

kumpulan rakan-rakan lain, saya telah memperoleh banyak maklumat tambahan dan berguna untuk diaplikasikan semasa menjadi guru kelak. Menerusi kajian kes Parents Night ini juga saya banyak mendapat maklumat dan juga input berguna serta dari apa yang dapat saya simpulkan pendekatan yang dilakukan oleh Cik Kimberley dapat membantu ibu bapa untuk lebih mengenali anak mereka serta dapat juga membantu Cik Kimberley untuk mengenali anak muridnya. Oleh yang demikian, Cik Kimberley dapat menggunakan teknik yang bersesuaian dalam mengawal dan mengajar murid-

muridnya mengikut tahap kemampuan mereka. Kebaikan yang lain daripada aktiviti sebegini juga ialah dapat merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa. Kelemahan dalam kajian kes yang telah saya kaji ialah menerusi aspek pendekatan yang digunakan oleh Cik Kimberley mengenai penglibatan antara ibu bapa dan anak-anak mereka. Bagi saya Cik Kimberley perlu memperbanyakkan aktiviti di mana mengadakan satu sesi antara ibu bapa dan anak-anak. Cadangan penambahbaikkan ialah menerusi kajian kes yang dikaji, sebagai seorang bakal guru saya dapat mempraktikkan apa yang dipraktikkan oleh Cik Kimberley di mana beliau menggunakan pendekatan menerusi Parents Night. Tambahan untuk aktiviti seperti ini ialah mengadakan sesi menandatangani buku rekod pelajar, melibatkan ibu bapa dalam kelas dengan menjadi pembantu guru serta mengadakan hari keluarga antara ibu bapa,guru dan juga pelajar. Kesimpulannya, apa yang dapat saya simpulkan ialah untuk menjadi seorang pendidik yang berjaya dan dihormati, kita perlulah mempraktikkan pendekatan yang bersesuaian dan berkesan supaya segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran dapat dilakukan dengan berkesan.

REFLEKSI (NURUR RAFIAH ROSLAN)


Melalui pembentangan kes oleh setiap kumpulan. Saya mendapati bahawa terdapat lima model disiplin dalam pengurusan disiplin bilik darjah iaitu Modifikasi Tingkah Laku Skinner, model Disiplin Asertif Canter, Akibat Logikal Dreikurs, Pengurusan Kelompok Kounin dan Terapi Realiti Glasser . Bagi model tingkah laku B.F. Skinner, penekanan lebih diberi kepada konsep peneguhan positif terhadap tingkah laku yang diingini seperti hadiah, pujian, merit dan token terkumpul. Manakala peneguhan negatif diberikan kepada pelajar yang melakukan tingkah laku yang tidak iingini. Pada pendapat saya model disiplin ini sesuai dijalankan bagi semua peringkat pelajar kerana model ini sendiri amat berguna untuk member motivasi kepada para pelajar dalam membentuk tingkah laku yang positif dalam diri setiap pelajar.Akan tetapi model ini tidak sesuai dijalankan dalam jangka masa panjang. Hal ini kerana para pelajar akan mula melakukan tingkah laku yang tidak diingini apabila ganjaran yang selalu diberikan tidak diberikan. Perkara ini juga akan menyebabkan peneguhan terhadap tingkah laku yang positif hanyalah bersifat sementara. Bagi model disiplin Asertif Canter guru akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta mengajar tanpa gangguan. Manakala para pelajar berhak menerima suasana pembelajaran yang tenang. Selain itu, para pelajar haruslah mematuhi peraturan yang telah diwujudkan sama ada akan mendapat peneguhan positif terhadap tingkahlaku yang diingini yang dijalankan dan menerima akibat apabila mereka melakukan tingkah laku yang tidak diingini. Pada pendapat saya, model ini adalah model terbaik yang amat sesuai dijalankan bagi semua pelajar dalam sesebuah kelas . Hal ini kerana para pelajar haruslah memahami konsep peraturan itu sendiri dan cuba untuk mematuhinya. Disamping itu, kewujudan peraturan juga adalah berdasarkan keperluan para pelajar dan guru itu sendiri. Justeru itu, pembentukan disiplin yang baik akan lebih mudah dilaksanakan. Model ini juga merupakan salah satu cara untuk membentuk disiplin murid dalam memastikan bilik darjah berada dalam keadaan kondusif dengan persefahaman yang jitu antara guru dan pelajar.

Kemudian, bagi model disiplin Logikal Dreikurs pula lebih memberi penekanan kepada kerjasama antara guru dan murid. Guru dan murid akan bekerjasama dalam menetapkan dan menguatkuasakan peraturan peraturan yang telah ditetapkan bagi sesebuah kelas. Selain itu guru juga haruslah mengenalpasti punca-punca tingkahlaku para pelajarnya. Pada pendapat saya, model ini sesuai digunakan kerana bersifat demokratik dan tidak tertumpu kepada kuasa guru sahaja. Akan tetapi, model disiplin ini mengambil masa yang agak panjang dan tidak sesuai digunakan oleh guru bagi menangani tingkah laku pelajar dalam jangka masa yang pendek. Seterusnya bagi model disiplin Pengurusan Kelompok Kounin memerlukan seseorang guru untuk melakukan pengawasan yang teliti terhadap segala perkara yang berlaku didalam kelas. Guru haruslah sentiasa peka terhadap persekitaran kelas dan cuba menegur tingkah laku yang tidak diingini secara spesifik agar tidak diulangi oleh para pelajar lain disamping mengambil kira perkara lain yang berlaku didalam kelas. Pada pendapat saya, model ini haruslah diterapkan dalam diri setiap guru agar guru sentiasa peka dan dapat memberhentikan lebih daripada tingkahlaku yang tidak diingini dalam masa yang sama. Contohnya, guru menegur seorang pelajar yang tidur didalam kelas dan pada yang sama menegur pelajar yang mengganggu rakan. Model yang terakhir iaitu model Terapi Realiti Glasser pula menekankan konsep kaunseling dimana para pelajar diberi pengetahuan mengenai pilihan yang akan dilakukan dan kualiti atau akibat yang akan diterima apabila melakukan pilihan tersebut. Kebiasaanya pilihan dibuat bagi memenuhi keperluan asas psikologi iaitu kasih sayang,mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keseronokan. Pada pendapat saya model ini penting dalam membantu pelajar yang bermasalah dan juga digunakan dalam bilik darjah. Hal ini kerana model ini dapat membantu para pelajar belajar untuk membuat pilihan atau keputusan sendiri. Guru hanya berperanan sebagai pembimbing yang akan menunjukkan akibat pilihan yang dibuat dan membantu pelajar merancang pilihan yang bernas.model ini juga melatih para

pelajar untuk bertanggungjawab dan memperbaiki tingkah laku yang pernah dilakukan.

Melalui lima model disiplin yang telah dinyatakan, saya mendapati setiap model mempunyai kebaikan dan keburukkan tersendiri yang sesuai dijalankan dalam situasi tertentu sahaja. Bagi pendapat saya untuk sesi pengajaran yang akan saya lakukan pada masa akan datang saya akan cuba mengaplikasikan setiap model disiplin yang telah dinyatakan. Akan tetapi saya akan memberi penekanan kepada model disiplin Asertif Canter dan model Pengurusan Kelompok Kounin . hal ini kerana saya ingin menjadi seorang guru yang asertif dan dapat memenuhi keperluan saya sebagai pengajar dan keperluan para pelajar saya untuk belajar dengan tenang. Selain itu saya ingin menjadi guru yang peka terhadap setiap perkara yang berlaku didalam kelas agar kelas berjalan lancar.dengan ini saya dapat mengelakkan para pelajar daripada berasa kurang senang terhadap pengajaran saya dengan cuba memberi perhatian sebaik mungkin kepada setiap pelajar bagi memastikan suasana pembelajaran yang kondusif dapat dijalankan.Dalam pada masa yang sama, dalam sesuatu situasi yang tertentu saya akan cuba untuk mengaplikasikan model model disiplin yang lain. Kesimpulannya, Setiap model disiplin yang dinyatakan mempunyai kebaikan dankelemahannya tersendiri. Akan tetapi setiap model model disiplin yang digunakan akan meninggalkan kesan yang positif jika dipraktikkan dengan cara yang betul, pada masa yang sesuai dan pada kumpulan pelajar yang tepat. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah sentiasa peka terhadap situasi pengajaran dan pembelajaran dan menyesuaikan setiap model disiplin yang bersesuaian digunakan secara bersesuaian agar suasana bilik darjah yang kondusif dapat diwujudkan dan seterusnya berjaya meningkatkan perkembangan tingkah laku positif pelajar ke tahap yang optimum.

RUJUKAN

1) Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2008), Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

2) Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Retrieved on March 22 from www.scribd.com/doc/27987844/Pengurusan-Disiplin-Bilik-Darjah

3) Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Retrieved on March 23 from www.cikgunazifah.blogspot.com/.../pengurusan-bilik-darjah-dantingkah.html

4) Pengurusan Bilik Darjah. Retrieved on March 25 from www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/PENGURUSAN%20BD.pdf

5) Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Retrieved on March 25 from www.docstoc.com/docs/.../Pengurusan-bilik-darjah-dan-tingkah-laku/

6) Perbandingan Model Tingah Laku. Retrieved on April 2 from http://www.scribd.com/doc/15080456/Perbandingan-Model-tingkahlaku

You might also like