You are on page 1of 4

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN MENGENAI BARANGAN AWAM YANG DIPILIH

1.1 JENIS BARANGAN AWAM DIPILIH

2.0 PENERANGAN MENGENAI BAGAIMANA BARANGAN AWAM YANG


DIPILIH MEMENUHI CIRI-CIRINYA

2.1 BARANG YANG TIADA PERSAINGAN (NON-RIVALROUS)

2.2 BARANG YANG TIADA PENGASINGAN (NON-EXCLUDABLE)

3.0 KEPUTUSAN MENGENAI SAMA ADA PASARAN GAGAL UNTUK


BARANGAN AWAM YANG DIPILIH

3.1

3.2

3.3

4.0 CADANGAN-CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH


EKONOMI UNTUK BARANGAN AWAM YANG DIPILIH

4.1

4.2

4.3

5.0 KESIMPULAN

7.0 RUJUKAN ATAU PETIKAN

7.1 APPENDIX
1.0 Pengenalan

Barang awam merupakan barang yang tidak mempunyai sifat kekecualian. Semua
orang boleh menggunakannya, sama ada ia mampu bayar atau tidak. Barang ini
disediakan oleh kerajaan. Contohnya ialah lampu jalan raya, hospital, sekolah dan
taman-taman permainan. Barang ini biasanya ditentukan dalam pasaran politik dan
bukan melalui pasaran biasa (mekanisme harga). Kerajaan akan menyediakan
barangan ini dan kos pengeluaran ditanggung daripada hasil kutipan cukai. Menurut
Hyman (2014), barang awam merupakan barang dimana faedahnya yang boleh
dimanfaat oleh semua orang tanpa membayar dan dikongsi sama rata oleh semua
pengguna. Barang awam tidak mempunyai persaingan atau tanpa pengecualian
daripada mana-mana pihak.

1.1 Barangan awam yang dipilih

Jenis barangan awam yang dipilih adalah Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
(YBGK). Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) telah diwujudkan untuk
membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan khidmat
guaman dalam perbicaraan serta menyediakan khidmat nasihat dan bantuan guaman
dalam perkara jenayah termasuk jenayah Syariah kepada semua warganegara
Malaysia di peringkat tangkapan, reman, permohonan ikat jamin, perbicaraan dan
rayuan yang diberikan secara percuma. Ujian kemampuan hanya akan dijalankan
untuk menentukan kelayakan penerima bantuan guaman di peringkat perbicaraan.
Walau bagaimanapun, bantuan ini tidak meliputi kesalahan yang membawa hukuman
mati kerana Mahkamah Tinggi akan menyediakan perkhidmatan peguam yang
dilantiknya (assigned counsel) kepada tertuduh dalam kes sedemikian. Bantuan
guaman dan khidmat nasihat dalam perkara jenayah akan diberikan    kepada mana-
mana warganegara Malaysia yang memerlukan bantuan guaman di peringkat
tangkapan, reman/tahanan dan permohonan ikat jamin. Ujian kemampuan hanya akan
dijalankan untuk menentukan kelayakan orang yang akan menerima bantuan guaman
bagi peringkat perbicaraan di mahkamah. Menurut ujian kemampuan yang digunakan,
orang yang layak yang layak menerima bantuan guaman diperingkat perbicaraan di
mahkamah adalah mereka yang berpendapatan:
1. tidak lebih daripada RM25,000 setahun di mana tiada sebarang
bayaran yang akan dikenakan; atau 

2. melebihi RM 25, 000 setahun tetapi tidak melebihi RM36, 000 setahun
di mana bayaran tertentu yang akan ditetapkan oleh YBGK akan
dikenakan.

Tertakluk kepada ujian kemampuan yang berkenaan, semua jenis kesalahan jenayah
layak dibantu kecuali kesalahan yang membawa hukuman mati.

2.0 Ciri-ciri barangan awam yang dipilih (Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan
(YBGK)
Barangan awam hendaklah mempunyai ciri seperti tidak ada persaingan luar dan
berkecuali.
2.1 Barang yang tiada persaingan (nonrivalrous)

Individu boleh menggunakan barang yang sama tanpa menurunkan bilangan dan
nilainya kepadain dividu yang lain. Ia merupakan barangan yang dapat dinikmati
serentak oleh bilangan pengguna yang tidak terhad. Barangan awam disediakan
kerajaan bagi kegunaan orang ramai tanpa bayaran atau sedikit bayaran.Contohnya,
lebuh raya sangat memenuhi ciri barangan awam di mana telah disediakan oleh pihak
kerajaan dan perlu membuat bayaran sedikit. Tiada persaingan tentang
penggunaannya.Setiap individu boleh menggunakan perkhidmatan.

2.2 Barang yang tiada pengasingan (nonexcludable)

Apabila barangan awam wujud, semua orang berhak untuk menggunakannya.


Individu tidak boleh dicegah darimenggunakan barang tersebut.

3.0 Keputusan sama ada gagal dalam pasaran untuk bantuan guaman.

4.0 Cadangan

4.1 Memperkenalkan/ Mempromosikan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan


Tidak semua masyarakat tahu atau sedar mengenai Yayasan Bantuan Guaman
Kebangsaan. Hal ini kerana masyarakat tidak tahu akan kewujudan perkhidmatan
guaman percuma dan tidak tahu bagaimana permohononan dibuat untuk mendapatkan
perkhidmatan ini. Hak ini diperuntukkan di bawah Artikel 5 (3) dalam Perlembagaan
Persekutuan. Dalam Seksyen 255 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan hak
untuk dibela oleh seorang peguam bagi tertuduh dalam perbicaraan di Mahkamah.
Manakalan Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah juga turut memperuntukkan hak
untuk mendapatkan seorang peguam bagi individu yang ditangkap. Selain daripada
itu, bantuan guaman bagi mereka yang tidak berkemampuan turut diberikan oleh
Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan melalui Akta Bantuan Guaman 1971. Di
samping itu, bantuan guaman ini juga turut diberikan oleh Majlis Peguam bagi
membantu golongan-golongan yang tidak berkemampuan ini. 

4.2 Khidmat Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan secara “Online”

4.3 Mengadakan Kempen Tentang Kepentingan Yayasan Bantuan Guaman


Kebangsaan Terhadap Masyarakat

5.0 Rumusan

Rujukan

David N Hyman, 2014, Public Finance: A Contemporary Application of Theory to Policy,

Cengage Learning

You might also like