You are on page 1of 1

SEMPOI PUBLISHING, No.

18, Taman Gemilang 1,


06700 Pendang , Kedah Darul Aman.

Ruj : SEM/2021/01

YB. Dato' Dr. Mohd Hayati bin Othman


Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah,
Pejabat DUN Dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah,
Aras 5, Blok E, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar,
KEDAH DARUL AMAN. 25 April 2021

Dato’ Sri,

PERMOHONAN SUMBANGAN PERUNTUKAN BAGI PROGRAM & ACARA SENI BERKAITAN


KARTUN OLEH BARISAN KARTUNIS KEDAH (MAJALAH SEMPOI) SEPANJANG TAHUN 2021.

Merujuk kepada perkara di atas. Kami ingin memohon sumbangan peruntukan dari pihak
Dato’Sri untuk program dan acara seni berkaitan kartun oleh barisan kartunis Kedah sepanjang
tempoh tahun 2021 ini.

2. Berikut adalah maklumat program & acara yang bakal dilaksanakan :-


a. Bengkel Melukis Kartun Dalam Talian (penggal cuti sekolah)
b. Penerbitan Majalah
c. Program Hari Kartunis Malaysia
d. Program sempena bulan kemerdekaan
c. Penghasilan video dokumentari tentang Kartunis di negeri Kedah.

3. Sumbangan peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM15000.00 (Lima Belas


Ribu Sahaja) bagi menjayakan semua program dan acara ini. Untuk pengetahuan pihak Dato’ Sri
acara ini adalah julung kalinya diadakan bagi mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang kartun
di Kedah.

4. Kami amat berharap pihak Dato’ Sri dapat memberikan ruang dan kerjasama bagi
menjayakan acara ini. Kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima Kasih.

Yang benar,

…………………………………………………
Shamsul Mohammad Rozial Morad (019-400 1818)
Ketua Penyelaras Kartunis Majalah Sempoi

You might also like