You are on page 1of 7

Fakta kes:

Ali dan Aminah telah ditangkap ketika berada bersama di sebuah Hotel Bangi Gateway,
nombor bilik BG-01 pada 10 Mei 2023, jam 2.30 pagi. Ketika tangkapan, Ali tidak
berpakaian dan hanya bertuala manakala Aminah memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt
lengan pendek berwarna putih. Ketika tangkapan, Ali yang telah membuka pintu utama
manakala Aminah sedang duduk di atas katil. Penguatkuasa Agama berjaya merampas satu
beg pakaian di dalam almari, satu resit tempahan hotel yang dibayar oleh Aminah berjumlah
RM90. Penguatkuasa juga merampas sepasang pakaian wanita yang tergantung di dalam
almari bersama seluar jeans dan t-shirt Adidas berwarna biru. Kedua-dua tertuduh disiasat
dibawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Kedua-dua tertuduh telah
dibawa ke pejabat JAIS untuk siasatan lanjut. Setelah selesai siasatan, tertuduh telah
dilepaskan dengan jaminan penguatkuasa. Ali dan Aminah telah berjumpa anda dan ingin
mendapatkan nasihat daripada anda sebagai peguam syarie.

Soalan 1: Sebagai peguam syarie, apakah nasihat yang anda akan berikan kepada Ali
dan Aminah?

Khalwat adalah satu kesalahan yang merujuk kepada perbuatan bersunyi-sunyian antara
lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri. Sebagai peguam Syarie saya akan menasihati
Ali dan Aminah sebagai anak guam saya dengan menjelaskan kepada anakguam saya bahawa
kesalahan yang mereka lakukan adalah kesalahan khalwat dimana kesalahan itu telah
dinyatakan di dalam seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Seksyen in telah
menjelaskan bahawa:

(1) Mana-mana:-
(a) orang lelaki yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih daripada
seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya;

(b) orang perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau lebih
daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya,
di mana-mana tempat yang terselindung atau di dalam rumah atau bilik dalam keadaan yang
boleh menimbulkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga
ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Oleh yang demikian, kesalahan yang Ali dan Aminah lakukan itu boleh dipertuduhkan
dibawah seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Hal ini kerana, merujuk
kepada seksyen 29 (1) (a) iaitu “mana-mana lelaki yang didapati berada bersama dengan
seorang atau lebih daripada seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya” telah
merujuk ke Ali yang merupakan seorang lelaki didapati bersama seorang perempuan iaitu
Aminah yang merupakan bukan pasangan suami isteri. Begitu juga merujuk kepada seksyen
29 (1) (b) iaitu “mana-mana perempuan yang didapati berada bersama dengan seorang atau
lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau mahramnya” telah merujuk kepada
Aminah yang merupakan seorang perempuan yang didapati bersama seorang lelaki iaitu Ali
yang merupakan bukan suaminya.

Seterusnya, mereka telah berada “di mana-mana tempat yang berselindung atau di dalam
rumah atau bilik” yang merujuk kepada Ali dan Aminah telah berada di sebuah Hotel Bangi
Gateway, nombor bilik BG-01 pada 10 Mei 2023, jam 2.30 pagi. Dimana bilik tersebut
merupakan satu tempat yang terselindung dimana mempunyai satu pintu untuk keluar dan
masuk. Di dalam kes ini, Ali telah membuka pintu utama tersebut menunjuk tiada jalan
keluar lain melainkan satu pintu itu sahaja dan sekaligus ia merupakan satu tempat
terselindung.

Selain itu, seksyen 29 juga menyatakan “dalam keadaan yang boleh menimbulkan syak
bahawa mereka sedang melakukan perbuatan yang tidak bermoral” yang merujuk kepada
ketika Penguatkuasa Agama membuat tangkapan, Ali dalam keadaan yang tidak berpakaian
dan hanya bertuala manakala Aminah memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt lengan
pendek berwarna putih. Selain itu juga, pada ketika itu Aminah sedang duduk di atas katil.
Malahan Penguatkuasa Agama juga telah merampas satu beg pakaian di dalam almari dan
merampas sepasang pakaian wanita yang tergantung di dalam almari bersama seluar jeans
dan t-shirt Adidas berwarna. Oleh yang demikian, telah timbulnya pelbagai syak di dalam kes
ini sehingga Ali dan Aminah telah dipertuduhkan dibawah seksyen 29 Enakmen Jenayah
Syariah (Selangor) 1995.

Di dalam seksyen ini juga menjelaskan bahawa sekiranya kesalahan itu disabitkan maka Ali
dan Aminah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit (RM 3000) atau
dipenjarakan selama tempoh tidak lebih dua (2) tahun atau kedua-duanya.
Namun demikian, sekiranya Ali dan Aminah disabitkan atas kesalahan tersebut, saya sebagai
peguam Syarie akan memohon mitigasi kepada Mahkamah iaitu memohon kepada
mahkamah untuk mengurangkan penghukuman. Hal ini kerana, Ali dan Aminah merupakan
pesalah kali pertama, di mana mereka ini tiada rekod jenayah lampau. Terdapat juga altenatif
yang berbeza boleh digunakan di dalam kes ini iaitu pengakuan bersalah, di mana Ali dan
Aminah boleh membuat pengakuan bersalah kerana perkara ini dapat menjimatkan kos dan
masa bagi pihak- pihak dan juga pihak mahkamah.

Soalan 2: Huraikan tentang jaminan yang diberikan oleh penguatkuasa terhadap Ali
dan Aminah?

Jaminan merupakan pembebasan sementara seseorang yang berada dalam kawalan undang-
undang oleh Pegawai Penguatkuasa Agama, polis atau mahkamah sementara menunggu
perbicaraan atau rayuan terhadap hukuman. Seksyen 185 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 menjelaskan:

“Apabila mana-mana orang ditangkap atau ditahan tanpa waran oleh seseorang Pegawai
Penguatkuasa Agama atau pegawai polis atau hadir atau dibawa di hadapan suatu Mahkamah
dan dia bersedia pada bila-bila masa semasa dalam jagaan pegawai itu atau pada mana-mana
peringkat prosiding di hadapan Mahkamah itu untuk memberikan jaminan, maka orang itu
hendaklah dilepaskan atas jaminan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau pegawai polis
yang menjaga balai polis atau oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah
daripada Inspektor atau oleh Mahkamah itu.”

Maksud bagi seksyen ini adalah Orang yang Disyaki boleh dilepaskan dengan tiga acara iaitu
pelepasan dengan bon. Jika PPA berpendapat Orang yang Disyaki layak dilepaskan dengan
bon, Orang yang Disyaki dikehendaki untuk menandatangani suatu bon untuk hadir pada,
masa tarikh dan tempat yang dinyatakan dalam bon tersebut. Kedua adalah pelepasan dengan
jaminan. Jika PPA berpendapat Orang yang Disyaki layak dilepaskan dengan jaminan, Orang
yang Disyaki dan penjaminnya hendaklah menandatangani dengan jaminan suatu borang
jaminan yang mengandungi nama penjamin dan jumlah jaminan yang ditetapkan yang akan
dikuatkuasakan jika Orang yang Disyaki gagal hadir pada masa, tarikh dan tempat yang
dinyatakan dalam borang jaminan tersebut. Ketiga adalah pelepasan dengan perintah bertulis
Hakim, Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, dan pegawai polis (Inspektor dan ke atas). Ini
bermaksud Orang yang Disyaki bolehlah dilepaskan melalui perintah bertulis daripada
Hakim, KPPA, atau pegawai polis dengan menetapkan syarat-syarat yang difikirkan perlu.

Tujuan jaminan adalah untuk memberi kebebasan kepada tertuduh secara sementara untuk
hadir ke Mahkamah pada tarikh, masa dan tempat (Mahkamah) yang ditetapkan. Pembebasan
sementara menunggu prosiding terhadapnya ini memberi peluang kepada suspek untuk
melihat keadaan kesnya serta mencari bukti yang dapat menyanggah pertuduhan yang
dikenakan. Selain itu, ia juga memberi peluang untuk yang tertuduh mencari bantuan guaman
untuk membela dirinya.

Berdasarkan kes di atas, tertuduh (Ali dan Aminah) telah dilepaskan dengan jaminan
penguatkuasa. Bentuk jaminan bagi kes di atas adalah jaminan menerusi perintah Hakim,
KPPA atau pegawai polis. Tertuduh iaitu Ali dan Aminah boleh dilepaskan oleh Pegawai
Polis dengan jaminan terutamanya apabila Orang yang Disyaki dibawa ke balai polis selepas
PPA melakukan tangkapan.

Soalan 3: Nyatakan elemen yang perlu dibuktikan bagi seksyen ini jika mereka
dipertuduhkan di mahkamah?

Berdasarkan seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, elemen yang perlu
dibuktikan bagi seksyen ini sekiranya mereka dipertuduhkan di mahkamah adalah
sepertimana berikut:

Bil. Elemen Fakta Keterangan


1. Waktu:
i. Tarikh - 10 Mei 2023 Ali dan Aminah telah ditangkap di
ii. Masa - 2:30 pagi Hotel Bangi Gateway, nombor
iii. Tempat - Hotel Bangi Gateway, bilik BG-01 pada 10 Mei 2023 jam
Nombor Bilik BG-01 2.30 pagi

2. Orang
i. Lelaki Ali Ali merupakan seorang lelaki yang
belum berkahwin
ii. Perempuan Aminah Aminah merupakan seorang
perempuan yang belum berkahwin

3. Cara Kesalahan Seorang lelaki bersama Ali iaitu seorang lelaki telah
seorang perempuan atau ditangkap bersama Aminah iaitu
lebih yang bukan isteri seorang perempuan yang
atau mahram merupakan bukan pasangan suami
isteri atau mahram

Berdua-duaan di tempat Ali dan Aminah telah ditangkap


sunyi kerana berada di sebuah bilik hotel
yang merupakan satu tempat yang
sunyi dan terselindung. Bilik itu
juga merujuk kepada bilik tidur.
Terdapat hanya satu pintu utama
bagi bilik tersebut.
Mampu menimbulkan - Sewaktu tangkapan, Ali berada
syak dalam keadaan tidak berpakaian
dan hanya bertuala manakala
Aminah memakai seluar pendek
dan berbaju t-shirt lengan pendek
berwarna putih.
- Aminah sedang duduk di atas
katil.
- Penguatkuasa Agama berjaya
merampas satu beg pakaian,
sepasang pakaian wanita yang
tergantung bersama seluar jeans
dan t-shirt Adidas berwarna biru di
dalam almari dan satu resit
tempahan hotel yang dibayar oleh
Aminah berjumlah RM90.
Oleh yang demikian, elemen yang perlu dibuktikan adalah waktu. Ia merangkumi masa,
tempat dan tarikh. Berdasarkan kes ini, Ali dan Aminah telah ditangkap pada tarikh 10 Mei
2023, pada jam 2:30 pagi ketika berada bersama di sebuah Hotel Bangi Gateway nombor
bilik BG-01. Justeru itu, berdasarkan fakta kes di atas, elemen waktu telah berjaya dipenuhi
dan boleh disabitkan di Mahkamah.

Seterusnya, mana-mana orang lelaki yang didapati bersama seorang atau lebih daripada
seorang perempuan yang bukan isteri atau mahramnya atau mana-mana orang perempuan
yang didapati bersama seorang atau lebih daripada seorang lelaki yang bukan suami atau
mahramnya. Di dalam kes ini, Ali merupakan seorang lelaki telah didapati berdua-duaan
dengan seorang perempuan iaitu Aminah yang merupakan bukan pasangan suami isteri di
sebuah bilik di Hotel Bangi Gateway. Malahan di dalam kes ini juga, Ali dan Aminah telah
gagal untuk menunjukkan bukti iaitu sebagai pasangan suami isteri iaitu kad perkahwinan
mereka sekaligus mereka ini telah boleh disabitkan di bawah seksyen 29 Enakmen Jenayah
Syariah (Selangor) 1995. Oleh itu, elemen kedua ini juga telah wujud berdasarkan fakta kes
di atas

Selain itu, elemen yang perlu dibuktikan adalah berdua-duaan di tempat sunyi. Perbuatan
antara lelaki dan perempuan yang dimaksudkan disini mestilah berlaku ditempat sunyi dan
terselindung. Sebagai contoh ia membabitkan bilik tidur, kawasan peranginan, kawasan rehat
dan sebagainya. Berdasarkan kes ini, Ali dan Aminah telah ditangkap berada berdua-duaan di
sebuah bilik Hotel, yang merupakan bilik tidur. Bilik itu juga hanya terdapat satu pintu utama
yang membolehkan mana-mana orang untuk masuk atau keluar. Oleh yang demikian telah
wujud elemen ini berdasarkan kepada fakta kes diatas.

Akhir sekali adalah mampu menimbulkan syak. Syak yang dimaksudkan dalam konteks
khalwat ialah syak yang munasabah bahawa khalwat akan atau sedang berlaku. Berdasarkan
fakta kes, Ali dan Aminah telah ditangkap dalam keadaan Ali tidak berpakaian dan hanya
bertuala manakala Aminah memakai seluar pendek dan berbaju t-shirt lengan pendek
berwarna putih dan berada di atas katil. Selain tingkah laku di atas, faktor masa berdua-duaan
juga boleh menimbulkan syak umpamanya awal pagi dan tengah malam dan melibatkan
tempat-tempat seperti hotel, pusat peranginan, rumah tumpangan dan sebagainya dalam
keadaan tiada mahram atau pihak ketiga. Berdasarkan fakta kes diatas, Ali dan Aminah telah
ditangkap pada jam 2.30 pagi di sebuah bilik Hotel di Hotel Bangi Gateway tanpa sebarang
bukti yang mengesahkan bahawa mereka adalah pasangan suami isteri.
Justeru itu, berdasarkan fakta kes di atas, dapat disimpulkan bahawa kesemua elemen
perbuatan khalwat telah berjaya dibuktikan. Maka telah wujud perbuatan tersebut dan kes ini
boleh disabitkan dan dipertuduhkan di Mahkamah setelah melihat kepada kesemua elemen-
elemen yang telah dinyatakan di atas.

You might also like