You are on page 1of 8

TIME CUE ANNOUNCE

10.00 pg KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan

Yang Berbahagia
Tuan Amran Bin Peang, Ketua Pegawai Eksekutif Benta
Wawasan Sdn Bhd bersama dengan isteri Puan Seniati Binti
Burhanuddin dengan diiringi oleh Kumpulan Pengurusan
BWSB,
Serta para tetamu jemputan
Masuk ke dewan.

-IRINGAN LAGU-

1
Rendang daging buat juadah,
Kuah kacang pelengkap rasa;
10.05 Sepuluh jari kami menadah;
BACAAN DOA
Mohon berkat Yang Maha Esa

Tuan-tuan dan puan-puan,

Bagi menambahan lagi keberkatan majlis pada hari ini, majlis


dengan penuh takzimnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz
Sultan Bin Jamal, Pegawai Agama Syarikat untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

-selesai doa-

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas pimpinan


bacaan doa itu tadi.
Salam sejahtera, Salam Sabah Maju Jaya, Salam Keluarga
SALUTASI Malaysia dan Salam Aidilfitri 25 Syawal.

2
(1) Yang Berbahagia
Tuan Amran Pe’ang Ketua Pegawai Eksekutif Benta
Wawasan Sdn Bhd dan isteri.

(2) Yang Berusaha Puan Hjh Rismawati Hj Lahatta, Ketua


Bahagian Sumber Manusia, Pentadbiran &
Komunikasi Korporat, Pengerusi Penganjur Majlis
Rumah Tebuka.

(3) Yang Dihormati Puan Agnes Chee Shuk Vui, Pengawal


Kewangan.

(4) Yang Dihormati Encik Rosman Hj Hussain, Ketua


Bahagian Audit Dalaman.

(5) Yang Dihormati Pemangku Ketua Bahagian Operasi

3
Perladangan, Operasi Kilang & Bengkel Pusat Tuan
Chu Chee Ming

(6) Yang Dihormati Pengurus Kanan wilayah Selatan –


Tuan Lesan Bin Kadir

(7) Yang Dihormati Pengurus Kanan Wilayah Utara –


Tuan Rizan Hardinata Bin Hj. Baba

(8) Semua Pegawai-Pegawai Kanan Syarikat, Pengurus-


Pengurus, Pegawai-Pegawai Penguasa, Eksekutif dan
semua staf Syarikat Benta Wawasan Sdn. Bhd.

(9) Barisan Jawatankuasa Penganjur , Para hadirin dan


hadirat yang dihormati sekalian.

4
ALU-ALUAN MC Bersongkok bersampin segak berseri,
Berbaju kurung anggun jelita;
Majlis Aidilfitiri meriah sekali;
Bersama kita meraikannya

Bagi pihak Jawatankuasa Penganjur Majlis dengan berbesar


hati mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan
ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Benta Wawasan Sdn
Bhd 1443H/2022 Masihi.

UCAPAN Baju Melayu baju Kebaya,

5
AIDILFITRI Bersulam emas puteri rupawan;
Ucapan tuan persis mutiara;

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya


mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Amran Bin Peang Ketua
Pegawai Eksekutif untuk menyampaikan ucapan serta kata-kata
semangat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Tuan Amran Bin Peang Ketua Pegawai Eksekutif di
atas ucapan itu tadi.

6
Tuan-tuan dan puan-puan,
VIP
MENINGGALKAN
MAJLIS DAN
BERSURAI Wajik dodol tradisi kita,
Ketupat rendang pembuka selera;
Tangan dihulur maaf dipinta;
Agar ukhuwah terjalin mesra
Pergi ke kedai membeli halia,
Terlihat laman adanya cinta;
Ziarah menziarahi amalan mulia;
Eratkan hubungan antara kita

7
Saya ERICA HAMSAH ingin mengucapkan Selamat Hari Raya
Aildilfitri , maaf zahir dan batin buat semua warga Benta
Wawasan Sdn Bhd.

Majlis dengan ini menjemput dan mempersilakan Ketua


Pegawai Eksekutif dan isteri serta tetamu jemputan untuk
menikmati hidangan yang telah disediakan.

Sambil kita menjamu selera kita akan di hiburkan dengan


dendangan lagu bertemakan hari raya daripada Tawau
Buskers. Dipersilakan.

You might also like