You are on page 1of 3

‫كاد واخوتها‬

(Kada dan saudara-saudaranya)

• ‫ كاد واخوتها‬boleh masuk kepada 3 kategori iaitu:

‫• افعال المقاربة‬

‫• افعال الرجا‬

‫• أفعال الشروع‬

• Nota ini hanya membincangkan ‫ أفعال المقاربة‬sahaja.

• Fungsi ‫ كاد‬dalam ‫ افعال المقاربة‬ialah untuk menunjukkan makna


bahawa sesuatu perbuatan itu hampir terjadi. Contoh:

‫• كاد الولد يسقط‬


(Budak lelaki itu hampir terjatuh)
‫ كاد‬disini memegang maksud hampir atau nyaris.

Peringatan!!

• Untuk isim kada, khabarnya mestilah dalam bentuk ‫فعل‬


seperti ayat yang telah ditunjukkan di atas.

‫• الولد = اسم كاد‬

‫• يسقط = خبر كاد‬


Saudara-saudara ‫كاد‬

• Ada dua saudara ‫ كاد‬yang membawa maksud yang sama iaitu


‫ كرب‬dan ‫ أوشك‬.
• Contoh:
(Hujan hampir turun) .‫ كرب المطر ينزل‬.1
( Air itu hampir habis) .‫ أو شك الماء أن ينتهي‬.2

I’rab ‫كاد‬

• I’rab ‫ كاد‬ialah sama seperti i’rab ‫ كان‬iaitu ‫ترفع المبتدأ وتنصب الخبر‬
(memarfu’kan mubtadak dan memansubkan khabar.) Namun
sedikit perbezaan untuk mengi’rab khabar ‫ كاد‬. Ini kerana, khabar
‫ كاد‬berbentuk ‫ فعل‬.

Contoh:
‫كاد الولد يسقط‬

.‫ فعل ناقص مبني على الفتح‬: ‫كاد‬


.‫ اسم كاد مرفوع بالضمة‬: ‫الولد‬
.‫ فعل المضارع مرفوع بالضمة في محل النصب النه خبر كاد‬:‫يسقط‬
• ‫ يسقط‬tetap marfu’ kerana ia memegang 2 tempat iaitu fi’il dan
fa’il (‫ = يسقط‬dia = fa’il jatuh= fi’il) akan tetapi ia menepati syarat
mansub kerana duduk di tempat khabar ‫ كاد‬.
• Bagi isim ‫ أوشك‬, ianya lebih baik jika khabarnya itu ditambahkan
dengan harf nasab iaitu ( ‫ ) أن‬manakala untuk ‫ كاد‬dan ‫كرب‬
ianya lebih jika khabarnya tiada huruf nasab. Jadi untuk i’rab
‫ أوشك‬yang ada huruf nasab adalah seperti berikut:

‫أوشك زيد أن يصل‬


( Zaid hampir tiba)

.‫ فعل الماضي ناقص مبني على الفتح‬: ‫أوشك‬


.‫ اسم أوشك مرفوع بالضمة‬: ‫زيد‬
.‫ حرف النصب‬: ‫أن‬
.‫ فعل المضارع منصوب بالفتحة في محل النصب النه خبر أوشك‬: ‫يصل‬

• ‫ يصل‬berbaris fathah kerana berada selepas huruf nasab.

You might also like