You are on page 1of 20

MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

FACULTY OF APPLIED SOCIAL SCIENCES

SEMESTER SEPTEMBER 2017

MPU 2223

ENTREPRENUERSHIP

NO. MATRIKULASI : 800112125015001


NO. KAD PENGNEALAN : 800112125015
NO. TELEFON : 012-8945339
E-MEL : wan_sha8078@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : SARAWAK LEARNING CENTRE

1|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1. HURAIAN ORGANISASI TERPILIH


1.1 BIODATA DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT……………... 3

2. PERBINCANGAN

2.1 ELEMEN-ELEMEN UMUM PERSEKITARAN MIKRO...…….... 8

2.2 ELEMEN PERSEKITARAN MIKRO KESAN KEPADA ORGANISASI


PILIHAN…………..……...…………….………………………… 12

2.3 PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN


MAKRO…………………………………………………………... 16

3 RINGKASAN……………………………………………………………….. 19

2|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

1. HURAIAN ORGANISASI TERPILIH

1.1. BIODATA DAN LATAR BELAKANG SYARIKAT

Organisasi yang terlibat dalam keusahawanan dan mempunyai elemen-elemen


persekitaran mikro syarikat yang akan di pilih oleh saya adalah syarikat D’Herbs Healthy
Sdn. Bhd. Kepunyaan Dato' Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau lahir pada 3 April 1987
yang juga merupakan seorang pelakon dan usahawan Malaysia dan pengarah urusan serta
pengasas kepada produk kecantikan dan kesihatan, D' Herbs Healthy Sdn. Bhd. yang
terkenal dengan slogannya, 'Terlajak Laris'. Beliau merupakan anak ketiga kepada
pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim. Beliau mula terlibat
dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di
Sabak Bernam, Selangor.

Beliau juga bapa kepada 3 orang anak dan mempuyai seorang isteri iaitu Datin
Nur Shahida Mohd Rashid. Antara latar belakang beliau ialah pada mulanya telah
berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg. Besar, Selangor kemudian
melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau
telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di
sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah
Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.

Penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi. Bermula
dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan. Hadir
dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang
dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama
neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat
rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen.
Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh
subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya
dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa
3|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun beliau pasti akan ada satu lagi beg
tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10
hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi
keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah
dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan tudung serta barangan kosmetik.

Apabila habis zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-


kecilan dari rumah ke rumah seperti menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan
jenama terkenal. Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk
pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak
mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya telah menjadi titik permulaan bagi
beliau serius dalam perniagaan. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah,
bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan itulah yang paling
penting. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang
simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di
Subang Jaya, Selangor.

1.1.1. Penubuhan Syarikat D' Herbs Healthy Sdn. Bhd.

Bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan
beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan
membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta
mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila
beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan.
Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui
bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan.
Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih
baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk
mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan
sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri. Walaupun sedar risiko muflis

4|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs
Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.

Pada peringkat awal pengenalan jenama D’ Herbs ini, pelbagai kerja


dilakukannya sendirian termasuk mengelilingi Malaysia untuk tujuan promosi. Pelbagai
tugas dilakukannya serentak termasuk menjadi pemandu dan ejen pemasaran. Beliau juga
tidak malu untuk mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya
produknya adalah produk mampu milik segenap lapisan masyarakat. Syarikat yang
ditubuhkan pada September 2010 ini pada mulanya hanya beroperasi di lot kedai di
tingkat dua dengan hanya seorang pekerja sahaja.

Antara produk utama yang dihasilkan pada mulanya ialah Bedak Asas, Produk
pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir. Kini syarikat ini
telah mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90
rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan
perjalanan syarikat. Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 syarikat ini telah
berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai lagi bagi melancarkan
urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan.

Pada masa kini, D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat
tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan syarikat ini juga
berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta
negara-negara jiran dan matlamat syarikat D’Herbs adalah sehingga ke seluruh dunia.

Selain itu, produk D’Herbs juga telah banyak diiklankan di majalah dan akhbar
yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di
mana iklan tersebut telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat
besar kepada syarikat beliau. D’Herbs juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah
menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang
yang disiarkan di Astro dan TV3. Dengan menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda
dan Watie Elite sebagai jurucakap produknya menjadikan produknya menjadi tarikan
pelanggan.

5|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

Bagi menarik perhatian orang ramai, pengasas produk ini sendiri iaitu Dato’ Aliff
sendiri selalu menggunakan taglinenya “terlajak laris” bagi menarik orang ramai terhadap
produknya. Istimewanya lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100
peratus berasaskan herba dan juga murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran.
Produk D’ Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 di setiap lokasi tumpuan
ramai termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu, dan pusat jualan D’ Herbs
sendiri. Malahan, produk-produk D’Herbs dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff
Herbs Manufacturing Sdn Bhd.

1.1.2. Visi Syarikat

Visi Utama D'Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang
mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah
dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan,
keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan
sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu
pengeluar dan peniaga.

1.1.3. Misi Syarikat

Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan


dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu
mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada
D'Herbs.

1.1.4. Objektif Syarikat

1. Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.


2. Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
3. Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.

6|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

4. Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
5. Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang
terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua
dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).
6. Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
7. Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam
perniagaan yang sangat mencabar.

7|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

2. PERBINCANGAN

2.1. ELEMEN-ELEMEN UMUM PERSEKITARAN MIKRO

Persekitaran mikro adalah syarikat, pembekal, syarikat saluran pemasaran


(perantara), pelanggan pasaran, pesaing, dan awam yang digabungkan untuk membuat
sistem nilai penghantaransyarikat. Persekitaran mikro menggambarkan hubungan antara
syarikat dan kekuatan pendorongyang mengendalikan hubungan ini. Yang pertama
adalah persekitaran dalaman organisasi-nya beberapa jabatan dan pengurusan peringkat-
seperti pemasaran mempengaruhi keputusan pengurusan. Komponen kedua merangkumi
syarikat saluran pemasaran yang bekerja sama untuk mencipta nilai: pembekal dan
perantara pemasaran (syarikat pengedaran fizikal, agen pemasaran, perantara kewangan).
Komponen ketiga terdiri daripada lima jenis pasaran di mana organisasi boleh menjual
pelanggan, pengeluar, kerajaan, dan pasaran antarabangsa. Komponen keempatterdiri
daripada pesaing yang dihadapi organisasi. Komponen kelima terdiri daripada
semuaawam yang mempunyai kepentingan sebenar atau potensi atau kesan terhadap
kemampuanorganisasi untuk mencapai tujuannya: kewangan, media, kerajaan, tindakan
warga negara, dantempatan, umum, dan awam dalaman. Lima desakan Persekitaran
Mikro:

2.1.1. Syarikat

Syarikat yang terdiri daripada enam kekuatan yang mempengaruhi


kemampuannya untuk melayani pelanggan. Pertama adalah syarikat itu sendiri dan
peranan yang dimainkannya dalam mikro tersebut. Hal ini boleh dianggap sebagai
persekitaran dalaman. Pengurusan bertanggungjawab untuk menentukan syarikat misi,
tujuan, strategi yang luas, dan dasar. Pemasaran pengurus perlu membuat keputusan
dalam parameter yang ditetapkan oleh pengurusan. Pengurus pemasaran juga harus
bekerja sama dengan jabatan syarikat lain. Bidang-bidang seperti kewangan, pembelian,
manufaktur, dan perakaunan semua keputusan yang lebih baik ketika selaras dengan

8|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

tujuan. Semua jabatan perlu "berfikir tentang pelanggan, supaya syarikat untuk berjaya.
Tujuannya adalah untuk memberikan kepuasan pelanggan. Contohnya Malaysia Airlines
(MAS) perlu mengaturkan strategi untuk menjayakan promosi penjualan tiket tambang
murah yang telah dijalankan. Perkhidmatan yang diberikan perlu di tingkatkan lagi agar
pelanggan tidak membuat aduan.

2.1.2. Perantara Pemasaran

Pemasaran Pemasaran perantara adalah syarikat yang membantu syarikat untuk


mempromosikan, menjual, dan mengedar barang ke pembeli akhir. Dalam perantara
pemasaran ini mempunyai empat :

a) Orang Tengah adalah syarikat saluran pengedaran yang membantusyarikat mencari


pelanggan atau membuat jualan kepada mereka. Ini termasuk peniaga besar dan peruncit
yang membeli dan menjual barang dagangan.

b) Syarikat pengagihan fizikal membantu syarikat untuk simpan barang-barang bergerak


dari titik asal ke tempat tujuan mereka. Contohnya gudang yang menyimpan dan
melindungi barang sebelum mereka berpindah ke destinasi seterusnya.

c) Perkhidmatan agensi pemasaran seperti syarikat penyelidikan pemasaran, agen


periklanan, syarikat media membantu target syarikat dan mempromosikan produk-
produknya.

d) Perantara kewangan seperti bank, syarikat kredit, syarikat insurans membantu


transaksi kewangan dan mengansuransikan terhadap risiko.

Contohnya syarikat MAS memerlukan orang tengah untuk memudahkan


promosikan perkhidmatan yang dijual. Syarikat pengagihan fizikal menbantu syarikat
MAS untuk menyimpan barang pelanggan yang telah menggunakan perkhidmatan MAS
untuk mengirim barang. Agensi Perkhidmatan Pemasaran yang terdiri daripada firma
media dan pengiklanan membantu MAS mempromosikan ‘Malaysia Airlines announced

9|Page
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

their latest Promotion’. Perantara kewangan membantu MAS dalam pengurusan


kewangan.

2.1.3. Pengguna/ Pelanggan

Syarikat perlu untuk mempelajari 5 jenis pasaran pelanggan.

a) Pasaran Pelanggan individu dan rumah tangga yang membeli barang dan perkhidmatan
untuk konsumsi pribadi.

b) Pasaran Perniagaan membeli barang dan perkhidmatan untuk diproses lebih lanjut atau
untuk digunakan dalam proses pengeluaran mereka.

c) Pasaran runcit membeli barang-barang dan perkhidmatan dalam rangka untuk dijual
kembali mereka pada keuntungan.

d) Pasaran kerajaan institusi yang membeli barang dan perkhidmatan dalam rangka untuk
menghasilkan perkhidmatan awam atau memindahkannya kepada orang-orang yang
memerlukan mereka.

e) Pasaran Antarabangsa pembeli dari semua jenis di negara-negara asing.

Contoh Pasaran pelanggan akan membeli perkhidmatan untuk urusan peribadi.


Jika tiada pasaran pelanggan maka syarikat MAS tidak dapat menjalankan
perniagaannya. Pasaran yang lain juga membantu MAS mengembangkan
perkhidmatannya di luar Negara.

2.1.4. Pesaing

Pesaing setiap syarikat menghadapi pelbagai saingan. Syarikat mesti dalam


keuntungan strategik dari pesaing oleh kedudukan tawaran mereka untuk berjaya dalam
pasaran. Tidak ada strategi bersaing satu yang terbaik untuk semua syarikat. Syarikat juga
perlu mengetahui pesaing mereka supaya mengetahui kekuatan, kelemahan dan
ketidakcekapan syarikat lain mengorganisasikan syarikat mereka. Ia dapat menbantu

10 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

syarikat untuk menpertingkatakan perkhimatan yang sedia ada kepada yang lebih baik.
Dengan itu syarikat dapat mengatur atau merangka strategi-strategi untuk mengatasi
persaing. Contohnya MAS perlu mengetathui kekuatan dan kelemahan pesaingnya seperti
Air Asia, Jetstar dan Fire Fly. Ia akan membantu MAS meningkatkan perkhidmatan dan
membuat promosi yang lebih murah berbanding pesaingnya.

2.1.5. Masyarakat

Masyarakat yang mempunyai kepentingan sebenar atau potensi atau kesan


terhadap kemampuan organisasi untuk mencapai tujuannya. Sebuah syarikat harus
mempersiapkan rangka pemasaran untuk seluruh pengguna mereka serta pasaran
pelanggan. Ciri-ciri Masyarakat ada tujuh iaitu:

a) Masyarakat kewangan mempengaruhi kemampuan syarikat untuk mendapatkan dana,


pemodal Malaysia berhad

b) Masyarakat Media membawa berita, ciri, dan pendapat.

c) Masyarakat Kerajaan menpunyai pengaruh yang kuat ia perlu mengambil kira dasar
pembangunan kerajaan.

d) Masyarakat tindakan rakyat adalah keputusan yang sering di tanya oleh organisasi
pelanggan. Masyarakat ini tidak tergolong dalam badan kerajaan dan ianya lebih kepada
menberi peluang kepada pengguna untuk bersuara dan mendapatkan hak-hak pengguna.

e) Masyarakat Tempatan termasuk warga persekitaran dan organisasi masyarakat.


Syarikat perlu mendekatkan diri mereka dengan masyarakat setemapat kerana ianya dapat
membantu syarikat tentang kepuasan masyarakat contohnya tentang syarikat MAS.

f) Masyarakat Umum, syarikat harus prihatin tentang sikap masyarakat umum terhadap
produk dan perkhidmatan serta imej syarikat dalam penjual produk dan perkhidmatan.

11 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

g) Masyarakat Dalaman ialah pekerja, pengurus, sukarelawan, dan Lembaga Pengarah.


Jika masyarakat dalaman berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah di beri oleh
organisasi terpilih maka ianya akan memberi kesan kepada masyarakat luar.

2.2. ELEMEN PERSEKITARAN MIKRO KESAN KEPADA ORGANISASI


PILIHAN

Persekitaran mikro untuk pelaburan baru adalah juga merujuk kepada persekitaran
industri. Persekitaran ini mempengaruhi aktiviti keusahawanan dan sukar untuk
usahawan mempengaruhi elemen ini di dalam industri. Organisasi atau Syarikat
memerlukan perancangan dan melaksanakan strategi tertentu untuk mendapat kelebihan
bersaing di dalam industri. Pengaruh terbesar industri yang di pilih adalah pengguna,
pesaing, pembekal, agensi kerajaan dan organisasi bukan kerajaan.

Elemen persekitaran mikro yang pertama ialah pengguna. Persekitaran ini


merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi kuasa beli pengguna dan corak
perbelanjaan. Pengguna merupakan kumpulan sasaran utama dalam sesebuah perniagaan.
Mereka mengunakan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah
industri. Pengguna boleh menjadi individu di dalam masyarakat seperti suri rumah,
pekerja, pelajar atau sekumpulan manusia. Pengguna dianggap ‘raja’ di dalam sistem
pasaran. Kuasa membeli pengguna bergantung kepada harga, pendapatan semasa, kredit
dan tabungan. Pemasar harus mengawasi pola utama pendapatan dan perubahan pola
perbelanjaan pengguna. Sebarang perubahan sama ada dalam bentuk positif dan negatif
di dalam pembolehubah utama ekonomi seperti kadar faedah, pola pendapatan, kos
hidup, simpanan dan pinjaman akan memberi kesan terhadap pasaran. Contohnya,
syarikat D’Herbs Sdn Bhd. melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang akan
berkembang dan mempunyai pasaran yang besar. Oleh itu, Syarikat D’Herbs ini telah
membuka banyak cawangan di seluruh Malaysia serta melebarkan rangkaiannya
menggunakan sistem online dan pos bagi memudahkan pengguna memiliki dan
mendapatkan setiap produk mereka. Produk kecantikan dan kesihatan D’herbs ini juga
boleh di miliki oleh semua orang kerana harganya yang murah dan senang untuk di dapati

12 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

di setiap pengedar, kedai kesihatan dan kosmetik malahan kedai biasa juga ada menjual
produk-produk dari syarikat D’Herbs ini.

Elemen persekitaran mikro yang seterusnya adalah pesaing. Pesaing adalah


mereka yang berniaga untuk memenuhi kehendak pengguna yang sama atau mempunyai
peluang untuk berkhidmat kepada pengguna tersebut. Mereka juga boleh mengenal pasti
pengguna (untuk perniagaan sedia ada) atau bakal pengguna (untuk perniagaan baru)
dengan bertanya di mana mereka membeli produk atau perkhidmatan. Usahawan boleh
mengenali mereka dengan melalui direktori perniagaan. Kita semua tahu produk-produk
kecantikan dan kosmetik sememangnya mempunyai banyak persaingan antara mereka
yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, cakap sahaja Sendayu Tinggi, Aurawhite
Beauty, Ronasutra, Merve Cosmetic, Vida Beauty Qu Puteh, Silkgirl, Simplysiti, Dida
Cosmetics, Empro dan banyak lagi telah menjadi persaingan terbesar kepada syarikat
D’Herbs ini. Oleh kerana persaingan begitu ketat, D’Herbs Sdn Bhd perlu mencari
strategi dan dengan penggunaan alat analisis grid ini, ianya boleh digunakan untuk
menganalisis dan penentu tahap persaingan di dalam industri. Ianya juga boleh mengenal
pasti setiap aspek kekuatan dan kelemahan pesaing mereka dengan alat ini serta dapat
membantu mereka untuk memulakan pelaburan baru.

Pembekal adalah kumpulan seterusnya yang mempengaruhi aktiviti


keusahawanan. Mereka boleh menaikkan harga barangan atau perkhidmatan yang mereka
jual dan mereka juga boleh mengurangkan kualiti produk dan perkhidmatan yang ada di
pasaran. Pembekal hendaklah sentiasa berinteraksi dengan organisasi perniagaan.
Interaksi diantara pembekal dan organisasi perniagaan memberi pelbagai kesan kepada
penetapan corak perjalanan, operasi dan kemajuan sesebuah organisasi perniagaan.
Hubungan baik dengan pembekal adalah perlu untuk menjamin perjalanan bagi operasi
sesebuah organisasi perniagaan agar tidak terganggu dan terus berkembang. Bagi
Syarikat D’Herbs Sdn Bhd pula, mereka mempunyai kilang sendiri dalam pembuatan
barangan kosmetik dan kesihatan mereka sendiri dan hanya perlu berurusan dengan
pengedar atau terus kepada pengguna melalui rangkaian online dan pos. Di sini dapat di
lihat penjimatan dari kos pembuatan dapat diselia dengan baiknya dan hanya perlu
berurusan dengan pembekal dari segi bahan mentah dan barangan keperluan lain sahaja.

13 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

Kerajaan adalah pengaruh bagi aktiviti keusahawanan melalui pelaksanaan polisi.


Contohnya Dasar Ekonomi Baru, Polisi Penswastaan dan Dasar Pertanian. Sesetengah
polisi memberi kesan secara langsung kepada pelbagai jenis aktiviti keusahawanan.
Polisi dan peraturan yang dilaksanakan oleh kerajaan mempunyai objektif dan tujuan
tertentu. Kerajaan juga menyediakan sokongan kepada usahawan. Politik dan undang-
undang yang dibuat merupakan sebahagian daripada persekitaran mikro, di mana setiap
kumpulan yang berlainan akan bersaing dengan tujuan untuk memperolehi perhatian dan
sumber. Keadaan ini berlaku ekoran daripada usahawan yang telah menggunakan
kekuatan politik yang mereka ada. Selalunya usahawan terpaksa menerima unsur-unsur
politik dan undang-undang yang dibuat atau telah di buat bagi tujuan pelaburan atau
tugas baru yang akan dibuat. Para usahawan perlu mematuhi dan menerima polisi,
undang-undang dan peraturan di mana perniagaan tersebut dijalankan. Contohnya, ia
merujuk kepada berlakunya rasuah, ketidakstabilan dan keganasan di kawasan di mana
perniagaan dilakukan. Di kawasan yang risiko politik adalah tinggi, adalah sukar dan
mahal untuk usahawan membeli, melindungi dan mengatur sumber. Kesannya, akan
menambahkan kos untuk pelaburan baru. Undang-undang penting yang dilihat
menjejaskan perniagaan termasuk undang-undang dalam bidang kepenggunaan,
hubungan pekerja, alam sekitar dan amalan yang kompetitif. Persekitaran ini boleh
mempengaruhi sesebuah organisasi khususnya mempengaruhi objektif organisasi, dasar,
keputusan, sekatan undang-undang dan undang-undang berkaitan cukai.

Persekitaran mikro yang seterusnya yang boleh mempengaruhi seseorang


usahawan adalah organisasi bukan kerajaan. Organisasi ini terdiri daripada Persatuan
Pengguna, Organisasi Politik, Kumpulan Agama, Persatuan Perniagaan, Kumpulan
Pencinta Alam Sekitar dan sebagainya. Kumpulan ini mempengaruhi seseorang
usahawan melalui kempen terhadap produk atau perkhidmatan dan dengan penyebaran
maklumat mengenai sesuatu produk. Oleh itu, ianya mempengaruhi pengguna dan
memberikan tekanan kepada kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap sesuatu isu
dalam perniagaan. Melalui kebudayaan, institusi dan kuasa-kuasa lain memberi kesan
kepada nilai-nilai asas masyarakat, persepsi, keutamaan dan tingkah laku. Elemen ini
boleh memberi ancaman dan peluang kepada organisasi terutama dari segi kehendak dan
keperluan pelanggan. Sebagai contoh, Syarikat D’Herbs Sdn Bhd ini telah menggunakan
14 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

beberapa orang artis termasuk Datuk Aliff Syukri sendiri melakukan promosi iklan
barangan mereka, Apa yang ingin di luahkan oleh orang awam atau penonton adalah
kadang-kala iklan promosi tersebut adakalanya keterlaluan dan boleh menyinggung
perasaan orang lain dengan mengatakan orang tertentu itu hitam, kalau mahu putih perlu
gunakan produk D’Herbs, membuatkan sebilangan nitezen tidak berpuas hati dengan
iklan tersebut.

15 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

2.3. PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN PERSEKITARAN MAKRO

Penambahbaikan dalam memperbaiki pengurusan persekitaran makro dari aspek


politik dan undang-undang yang di buat antaranya syarikat atau organisasi perlu
mengawasi dan menilai persekitaran luaran sepenuhnya untuk mengenalpasti ancaman
dan peluang yang ada serta agar tindakan yang dilakukan tidak mendatangkan sebarang
masalah, iaitu dengan membuat perancangan produk dan program pemasaran syarikat.
Syarikat atau organisasi perlu mengawasi dan menilai persekitaran politik sepenuhnya
untuk mengenalpasti ancaman dan peluang yang ada serta agar tindakan yang dilakukan
tidak mendatangkan sebarang masalah iaitu dengan membuat perancangan produk dan
program pemasaran syarikat. Syarikat juga perlu mengawasi apa yang sedang dan yang
dijangka akan berlaku kerana ia akan memberi kesan, sama ada secara langsung atau
tidak langsung kepada syarikat. Keadaan ini dapat mewujudkan persaingan yang sihat di
dalam syarikat atau firma dan ia juga memberi peluang kepada usahawan untuk
memulakan dan mengembangkan perniagaan, memperbaiki pengurusan persekitaran
undang-undang iaitu dengan cara meningkatkan dan menetapkan peraturan, garis
panduan dan dasar-dasar dalam sesebuah syarikat atau firma yang wajib dipatuhi. Ini
bertujuan mewujudkan firma atau syarikat yang lebih berkembang dan maju. Selain itu,
ianya bertujuan untuk menggalakkan pelanggan atau pembekal membayar kos penuh dan
mengenakan kawalan untuk mencegah tingkah laku yang tidak baik. Ia juga bertujuan
untuk memantau dan menguruskan prestasi dan kualiti bagi memastikan standard yang
boleh diterima. Contohnya, melalui elemen politik, syarikat D’Herbs Sdn Bhd telah
dilantik sebagai pengeluar produk kesihatan dan kecantikan. Kesannya wujud persaingan
yang sihat di dalam pasaran ekonomi tempatan. Keadaan ini baik untuk perkembangan
ekonomi syarikat dan ekonomi Negara.

Penambahbaikan memperbaiki pengurusan persekitaran makro iaitu dalam aspek


penghasilan dan pembuatan produk barangan di mana penggunaan teknologi baru yang

16 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

lebih efisen dan konsisten. Syarikat atau firma harus mengawal dan memantau sebarang
perubahan teknologi serta mengesan penggunaan teknologi untuk membantu mengisi
keperluan manusia, agar produk yang lebih inovatif dapat dicipta dan diterima dipasaran
sasaran. Ia boleh mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti dalam pengeluaran produk
dan membawa kepada inovasi. Melalui penciptaan teknologi baru ini selalunya
mempunyai nilai ekonomi dan tiada saingan pada peringkat awal serta selalunya
dimonopoli oleh individu tersebut. Syarikat perlu membuat perubahan kecil terhadap reka
bentuk, produk formulasi dan pengeluaran serta bahan dan pengedaran. Contohnya,
Syarikat D’Herbs Sdn Bhd telah mengeluarkan produk yang lebih baik dan bermutu
mengikut peredaran masa dan permintaan berbanding pada awal pengeluaran produknya.
Ini ekoran daripada kesan perkembangan teknologi yang banyak membantu dalam
menghasilkan produk-produk yang lebih berkualiti. Pada awal penubuhan, Syarikat
D’Herbs Sdn Bhd hanya menghasilkan empat produk utama kesihatan sahaja. Namun,
setelah dikaji dan wujudnya teknologi-tenologi yang moden serta kecanggihan teknologi
yang ada, maka penghasilan produk-produk baru turut bertambah seiring dengan
permintaan semasa.

Penambahbaikan dalam memperbaiki pengurusan persekitaran makro dari aspek


ekonomi pula antaranya syarikat atau organisasi perlu membuat kajian dan menganalisa
persekitaran ekonomi, dasar ekonomi dan sistem ekonomi pada tahap global, nasional
dan tempatan di mana operasi dan perkhidmatan yang dijalankan. Ini kerana persekitaran
ekonomi memainkan peranan penting di dalam kejayaan dan kegagalan sesuatu syarikat
atau organisasi. Persekitaran ekonomi merangkumi semua produk dan penghasilan dalam
perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan penggunaan. Syarikat atau organisasi perlu
saling berhubungkait antara satu sama lain. Syarikat juga perlu mengenalpasti tahap mana
yang memberikan lebih kesan kepadanya serta harus meninjau, memantau, meramal dan
mentafsir persekitaran ekonomi dan keadaan ekonomi yang akan beri kesan kepada
syarikat tersebut sama ada diperingkat domestik atau dunia. Usahawan bukan sahaja
perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan perniagaan tetapi juga semasa
perniagaan atau perniagaan sedang berkembang. Contohnya, Syarikat D’Herbs Sdn Bhd
telah mengembangkan perniagaannya di pasaran antarabangsa seperti di Brunei dan
Singapura kerana melihat faktor ekonomi negara-negara tersebut yang berkembang dan
17 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

maju. Ini memberi kesan ke atas peningkatan di dalam permintaan dan boleh
mengembangkan ekonomi syarikat.

Penambahbaikan untuk memperbaiki pengurusan persekitaran makro iaitu


kebudayaan sosial seperti aspek budaya dan demografi. Organisasi atau usahawan perlu
menilai perubahan demografi untuk mengenalpasti peluang perniagaan yang ada.
Usahawan perlu melihat faktor-faktor demografi terlebih dahulu sebelum membuka atau
memulakan operasi atau perniagaan mereka. Sesebuah syarikat perlu membuat
pemantauan dan penyelidikan sama ada dalam aspek lokasi, bilangan penduduk, kelas
sosial, kepadatan, saiz dan statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah
negara atau kawasan. Ini kerana ia mempengaruhi perkembangan sesebuah syarikat atau
organisasi sama ada jumlah kuantiti produk yang dikeluarkan atau produk yang sesuai
dikeluarkan kerana populasi membentuk pasaran. Ini dapat dilihat melalui populasi
penduduk di mana meningkatnya populasi akan menyebabkan kuasa beli akan menjadi
semakin besar. Selain itu, ke semua unsur ini menjadi faktor sumbangan kepada
kehendak pengguna, kuasa membeli dan kapasiti syarikat. Dalam kebudayaan pula,
usahawan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup masyarakat bagi tujuan
untuk mengenalpasti peluang perniagaan. Usahawan boleh menggunakan informasi data
yang ada dari sumber umum dan sendiri untuk menilai perubahan ini. Usahawan juga
perlu meramal dan menilai perubahan yang berlaku untuk memperolehi kejayaan dan
keuntungan. Contohnya, pada awal penubuhan syarikat D’herbs ini telah beroperasi di lot
kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu
Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan
Bibir. Tetapi kini Syarikat D’Herbs mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan
menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan
yang membantu melancarkan perjalanan syarikat. Syarikat ini telah membuat pemantauan
dan kajian terlebih dahulu tentang permintaan dan kehendak masyarakat.

18 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

3. RINGKASAN

Apabila sesebuah organisasi mula beroperasi, ia tidak berada dalam satu keadaan
yang strategik atau tidak berubah. Organisasi berada dalam satu persekitaran yang lebih
luas. Dalam persekitaran ini, wujud kuasa-kuasa yang boleh dikawal dan tidak boleh
dikawal yang akan memberikan peluang serta ancaman kepada keupayaan syarikat atau
organisasi untuk terus beroperasi. Persekitaran merujuk kepada faktor yang memberi
kesan positif atau negatif kepada keupayaan syarikat atau organisasi untuk terus
beroperasi dan berkembang, di samping mengekalkan arus niaganya dengan pembeli dan
pengguna sasaran. Perubahan sentiasa berlaku dalam persekitaran dan ia boleh berlaku
secara perlahan atau mendadak serta tidak menentu. Ini mampu memberikan kesan yang
mendalam dan mengejut kepada syarikat atau organisasi. Apa yang dapat dilihat,
persekitaran mikro terdiri daripada kuasa-kuasa yang berada di luar syarikat atau
organisasi dan secara amnya tidak boleh diubah oleh tindakan syarikat atau organisasi.
Dalam erti kata lain, syarikat atau organisasi boleh dipengaruhi oleh persekitaran ini,
tetapi syarikat atau organisasi pula tidak boleh mempengaruhi persekitaran ini. Sesebuah
syarikat atau organisasi perlu mengetahui strategi perancangan yang perlu diselaraskan
agar syarikat atau organisasi boleh mendapatkan dan mengekalkan syarikat atau
organisasi tersebut terutama dalam berdaya saing. Persekitaran ini dilihat berhubung
secara tidak langsung dengan syarikat atau organisasi.

Jelaslah di sini, untuk membuat perancangan yang baik, syarikat atau organisasi
perlu memahami persekitaran mikro. Ini kerana, syarikat atau organisasi bukan sahaja
perlu mengkaji suasana persekitaran semasa memulakan operasi syarikat atau organisasi,
tetapi syarikat atau organisasi perlu juga mengkaji semasa operasi syarikat atau
organisasi sedang berkembang. Untuk berjaya, sesebuah syarikat atau organisasi perlu
mematuhi strategi persekitaran syarikat atau organisasi atau di mana ia beroperasi atau
dapat membentuk semula syarikat atau organisasi tersebut dengan lebih baik melalui
pilihan strategi yang berkesan. Oleh itu, syarikat atau organisasi dilihat gagal apabila

19 | P a g e
MPU 2223 ENTREPRENUERSHIP

strategi organisasi tidak sesuai dengan persekitaran di mana syarikat atau organisasi
beroperasi.

Apa yang dapat dilihat, persekitaran mikro dilihat banyak mempengaruhi strategi
perkhidmatan di dalam sesebuah syarikat atau firma dengan harapan usaha ini akan
meningkatkan hubungan antara firma, pengurus dan pelanggan dengan memberi manfaat
dan kebaikan kepada semua pihak. Persekitaran mikro boleh mempengaruhi syarikat atau
firma di dalam perkhidmatan yang dilakukan.

Secara ringkasnya, apa yang dilihat, setelah mengawasi serta mengetahui peranan
dan pengaruh persekitaran mikro kepada syarikat, firma atau organisasi, terdapat kesan
secara langsung dan tidak langsung yang boleh memberikan peluang dan ancaman untuk
jangka waktu pendek atau panjang dan menjadikan syarikat atau organisasi semakin
kukuh atau sebaliknya bergantung kepada tindakan dan pendekatan yang di ambil oleh
organisasi. Oleh itu, syarikat atau organisasi perlu mengawasi sebarang perubahan yang
berlaku dalam elemen-elemen tersebut.

20 | P a g e

You might also like