You are on page 1of 5

JUARA PANTUN @ PENYEMARAKAN SENI BUDAYA JKKN MELAKA 2023

PELAKSANAAN

Tarikh : 27 Mei 2023 (Sabtu)


Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Tun Sri Lanang, Kompleks JKKN Melaka
Peringkat : Saringan

Tarikh : 28 Mei 2023 (Ahad)


Masa : 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Tun Sri Lanang, Kompleks JKKN Melaka
Peringkat : Separuh Akhir & Akhir

TEMA

‘INDAHNYA WARISAN BUDAYA MELAKA’

PENYERTAAN

Terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang berumur 15 hingga 45 tahun. Peserta boleh
terdiri daripada pelajar sekolah, universiti awam dan swasta, institut pengajian tinggi
awam dan swasta, kakitangan awam dan swasta serta NGO Seni Budaya.

SYARAT PERTANDINGAN

1. Setiap pasukan boleh menghantar satu pasukan pemantun sahaja.

2. Penyertaan yang terdiri daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.

3. Satu pasukan hendaklah terdiri daripada lima (5) orang peserta yang terdiri daripada
tiga (3) orang pemantun, seorang (1) pemantun simpanan dan seorang (1)
pengurus pasukan. Hanya pemantun simpanan yang didaftarkan sahaja boleh
menggantikan peserta pasukannya yang tidak diturunkan.

4. Pertandingan akan diadakan secara KALAH MATI dan dibahagikan kepada peringkat
saringan, separuh akhir dan akhir.

5. Penentuan pasukan yang bakal ditemukan dalam pertandingan akan dibuat


berdasarkan undian. Undian akan dilakukan sebelum pertandingan.

6. Peserta digalakkan memakai baju kebangsaan atau baju korporat pasukan, jabatan,
agensi, universiti atau institusi masing-masing.

7. Tarikh tutup penyertaan pada 22 Mei 2023.

HADIAH

Johan : RM 1,000.00 (Piala + Sijil)


Naib Johan : RM 700.00 (Piala + Sijil)
Tempat ke-3 : RM 500.00 (Piala + Sijil)
Tempat ke-4 : RM 300.00 (Sijil)
PERATURAN PERTANDINGAN

1. Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun empat baris yang
mempunyai dua baris pembayang dan dua baris maksud. Rima hujung baris mestilah
berpolakan ‘ab ab’.

2. Pertandingan akan dilaksanakan dalam tiga pusingan berdasarkan tema yang akan
ditetapkan.

3. Pertandingan pada peringkat separuh akhir dan akhir pada pusingan ketiga akan
diadakan secara spontan atau bebas.

4. Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun dan membeli 3 rangkap


pantun.

5. Pantun yang dibeli dicipta secara spontan, manakala pantun yang dijual boleh
disediakan lebih awal berdasarkan tema yang ditetapkan. Bagi pertandingan peringkat
separuh akhir dan akhir pula akan diadakan satu pusingan (pusingan ke-3) pantun yang
dibeli dan dijual dicipta secara spontan atau bebas. Tema pusingan tersebut dipilih oleh
setiap pemantun yang mewakili setiap pasukannya.

6. Peserta yang menjual dan membeli pantun tidak dibenarkan berbincang dengan rakan
sepasukannya yang lain.

7. Masa dikira berdasarkan arahan juru acara pantun.

8. Masa untuk menjual pantun adalah 20 saat. Masa untuk membeli pantun ialah 80 saat.
Bagi pusingan spontan (pusingan ke-3) pertandingan peringkat separuh akhir dan
akhir pula, masa untuk menjual pantun ialah 80 saat dan masa untuk membeli pantun
ialah 80 saat. Loceng akan dibunyikan setelah tamat tempoh.

9. Pasukan yang memungut markah terbanyak dikira sebagai pemenang. Jika kedudukan
markah seri, pasukan yang mendapat markah isi terbanyak dikira sebagai pemenang.
Jika masih seri, markah bahasa paling tinggi akan diambil kira.

10. Pemantun yang menyentuh perkara yang melibatkan sensitiviti, unsur negatif dan
peribadi akan ditolak 5 markah.

11. Pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan tidak diberikan sebarang
markah.

12. Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan pasukannya semasa
menyampaikan pantun dengan syarat tidak mengganggu pihak lawan.

13. Barisan panel hakim sebanyak tiga (3) orang akan dilantik oleh pihak penganjur.
Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
BORANG PENYERTAAN

JUARA PANTUN @ PENYEMARAKAN SENI BUDAYA


JKKN MELAKA 2023
27-28 MEI 2023 KOMPLEKS JKKN MELAKA

NAMA PEMANTUN :

PEMANTUN NOMBOR :

JABATAN/ AGENSI/
UNIVERSITI/ INSTITUSI/
NGO’S :

ALAMAT :

NO. KAD PENGENALAN :

NO. TELEFON :

ALAMAT EMEL :

PENGURUS PASUKAN :

NO. TELEFON :

PENGESAHAN :

………………………………………………………………
( ) Cop Jabatan/Agensi/Universiti

Tarikh :
SENARAI PENYERTAAN

JABATAN/ AGENSI/
UNIVERSITI/ INSTITUSI/
SEKOLAH/ NGO’S

……………………………………………

BIL. NAMA PERANAN NO. KAD NO. TELEFON


PENGENALAN

Sebarang maklumat lanjut sila hubungi :

URUS SETIA :
Puan Norazlina binti Othman
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka

06-2331787 / 018-6618339

Borang penyertaan sila emel ke:


norazlina@jkkn.gov.my

Sila jawab sebelum atau pada 22 Mei 2023.

You might also like