You are on page 1of 1

RESEPI CHEESE TART ( satu resepi 2 kumpulan) 40- 50 biji

BAHAN KUANTITI
TEPUNG GANDUM (ayak) 250G
MENTEGA 125 G
GULA AISING ( ayak) 40 G
SUSU TEPUNG 1 TBSP
KUNING TELUR 1 BIJI
ESEN VANILA 1 TSP

LANGKAH-LANGKAH

1. Tepung gandum, gula aising dan mentega gaul ramas sehingga menjadi serbuk roti.
2. Masukkan susu tepung, kuning telur dan esen vanilla. Adun sampai jadi doh.
3. Sekiranya terlalu berderai tambah air sejuk sedikit sahaja.
4. Rehatkan dalam chiller selama 10 minit.
5. Letak adunan crust dalam acuan dan cucuk bahagian bawah crust sebelum bakar. Bakar 160c
– 170c selama 20 minit.
6. Keluarkan dari acuan sebelum letak filling dan sejukkan.

CREAM CHEESE FILLING

BAHAN KUANTITI
CREAM CHEESE 500 G
MENTEGA 30 G
GULA AISING 100 G
TELUR 1 BIJI
ESEN VANILA 1 TSP
JUS LIMAU 1 TSP
JEM BLUEBERRY/ coklat cip inti

LANGKAH-LANGKAH

1. Putar cream cheese dan mentega guna paddle. Masukkan gula aising, esen vanilla, telur dan
jus limau.
2. Putar sehingga pekat dan licin dalam tempoh 10 minit.
3. Paip atas crust yang telah siap dibakar yang terdapat filling blueberry. (sedikit sahaja)
4. Paip filling cream cheese (potong paiping beg sama saiz dengan crust.
5. Bakar 170c selama 10 minit.
6. Setelah siap boleh hias dengan blueberry jem atau coklat cip.

You might also like