You are on page 1of 3

PERALATAN-PERALATAN KOMUNIKASI

1. INTERNET

Sejak permulaanya pada 1995, Internet di Malaysia telah menjadi platform utama untuk
perbincangan secara percuma di dalam persekitaran media yang dikawal ketat oleh
Malaysia.Sehingga suku pertama 2017, Malaysia mempunyai kadar penembusan jalur lebar
sebanyak 103.6% (setiap 100 penduduk) dan 81.8% (setiap 100 isi rumah). Terdapat juga kedai atau
restoran yang menyediakan capaian Wi-Fi atau Hotspot, seperti WiFi-cafe. Pengguna hanya perlu
membawa komputer riba (notebook) yang mempunyai kemampuan WiFi untuk capaian ke Internet.

2. TELEFON

Telefon ialah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar dan menerima bunyi
(kebiasaanya suara dan percakapan) pada jarak jauh tanpa terikat dan secara bebas. Sehingga kini,
sebuah "telefon" merujuk kepada telefon talian tetap. Telefon tanpa wayar atau wayarles dan juga
telefon bimbit ialah satu perkara yang biasa wujud di mana-mana sahaja di seluruh dunia. Telefon
bimbit pula dijangkakan bakal menggantikan penggunaan talian tetap. Tidak seperti telefon bimbit,
telefon tanpa wayar masih digelar sebagai talian tetap kerana ia hanya boleh digunakan pada jarak
yang pendek di dalam suatu kawasan seperti rumah yang dihubungkan dengan telefon talian tetap.
3. FAKSIMILI

Faks atau nama penuhnya faksimili (daripada bahasa Latin fac simile, "menjadikan serupa", iaitu
"membuat salinan") ialah teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk memindahkan salinan
(faksimili) dokumen, khususnya menggunakan peranti-peranti (mesin faks) yang disambungkan
dengan rangkaian telefon. Kebolehan faks diukur melalui ciri-ciri berikut: kumpulan, kelas, kadar
penghantaran data. Mesin faks menggunakan talian dan nombor telefon piawai PSTN.

4. POSTAGE

Kita boleh lihat sekarang ini, semenjak Lazada Shopee apa lagi 11 Street Alibaba
Taobao dan banyak lagi online shopping yang boleh diakses oleh pembeli di Malaysia.

Macam-macam barang dan tawaran diskaun yang kadangkala harga yang ditawarkan jauh lebih
murah berbanding di kedai fizikal di luar sana. Ditambah akses internet yang semakin murah dan
jaringan internet serta wifi sekarang ini yang semakin baik di seluruh Malaysia, menjadi akses
pembelian online semakin mudah dan senang.

Ia sekaligus menjadikan permintaan penghantaran barang melibatkan pembelian online guna servis
dan perkhidmatan mereka terus meningkat, dalam pada masa cara pos barang semakin mudah.
5. E-MAIL

Mel elektronik (singkatan e-mel ), sinonim surat elektronik, mel komputer ialah satu kaedah
mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. E-
mel diterima secara meluas oleh komuniti niaga sebagai perantara komunikasi elektronik luas yang
terulung dan merupakan ‘e-revolusi’ pertama dalam komunikasi niaga. E-mel amat mudah difahami
dan e-mel menyelesaikan dua masalah asas komunikasi. E-mel bukan sahaja membolehkan
pengguna perniagaan untuk memuat turun mel ketika offline, malah juga menyediakan ID e-mel
ramai pengguna kepada pengguna perniagaan kecil dengan cuma satu sambungan e-mel.

You might also like