You are on page 1of 3





 
 

KK
KK 600-91031-0323
600-91030-0822
ISSN
ISSN 0128-6579
0128-6579

08/2022 | Semenanjung Malaysia: RM6.00 | Sabah/Sarawak: RM6.50 | Brunei Darussalam: B$6.00 | Singapura: S$6.00
BIL. 03/2023
S$6.00
S A I NS NU K L EA R Azlan Shah Nerwan Shah@Nintin, Munirah Abd Zali dan Rozilawati Mohd Japar

Manfaat Lempung Tropika


dalam Sistem Repositori
Radioaktif di Malaysia
P embangunan repositori radioaktif
kebangsaan ialah satu daripada
inisiatif Kementerian Sains, Teknologi
hasil daripada aktiviti luluhawa
(fizikal, kimia dan biologi) batuan
induk yang dibantu oleh agen
Tanah mudah mengembang
merujuk tanah yang cenderung
mengalami perubahan isi padu yang
dan I novasi dalam pengurusan sisa luluhawa seperti suhu, air dan angin. tinggi apabila bertindak balas dengan
yang lebih mampan. Pengoperasian Disebabkan oleh iklim Malaysia air selain mempunyai nilai keplastikan,
penuh kompleks ini dijangkakan yang panas dan lembap sepanjang kapasiti jerapan air dan nilai pH (alkali)
bermula pada tahun 204 0. tahun, aktiviti luluhawa meningkatkan yang tinggi.
Repositori sisa radioaktif merujuk transformasi susunan geometri Oleh sebab sifatnya yang
fasiliti pelupusan fizikal yang atom dan ion dalam mineral primer unik, tanah ini sering kali dikaitkan
dibangunkan untuk mengekang seperti piroksen, amfibol dan mineral dengan isu kejuruteraan tanah yang
migrasi radionuklid di persekitaran aksesori lain lalu membentuk mineral melibatkan masalah pendasaran
berdasarkan konsep bendung (contain) sekunder ataupun dikenali sebagai bangunan dan agrikultur berikutan
dan pengasingan (isolation). W alau mineral filosilikat (lempung) dengan kebolehupayaannya untuk membentuk
bagaimanapun, pembinaannya perlu tahap jerapan air yang berbez a. rekahan ekstrem akibat proses
mengambil kira pelbagai faktor seperti Antara contoh mineral lempung pembasahan dan pengeringan yang
ciri sisa yang didepositkan, halangan mengembang (ex panding clay berulang. Pembentukan fitur rekahan
kejuruteraan, faktor geologi dan mineral) termasuklah montmorilonit yang ekstensif pada permukaan yang
implikasi perundangan. (kumpulan smektit) dan vermikulit, terdedah juga meningkatkan potensi
Dengan kata lain, repositori yang manakala mineral lempung jenis degradasi tanah yang berupaya
akan dibangunkan perlulah dijamin kaolinit dan ilit dikelaskan sebagai menjadi pencetus kepada bencana
selamat dan memberikan impak yang mineral lempung tidak mengembang alam seperti pemendapan dan tanah
sangat minimum terhadap manusia dan (non- ex panding clay mineral). runtuh.
alam sekitar melalui pengoptimuman L impahan mineral lempung W alau bagaimanapun, tanah
sumber alam yang bertaburan luas mengembang dalam tanah dengan mudah mengembang sebenarnya
seperti tanah. keupayaan jerapan air yang tinggi dapat dimanfaatkan sepenuhnya
Tanah ialah bahan semula jadi yang mempengaruhi sifat fiziko-kimia dan sebagai bahan pembinaan komponen
memainkan peranan penting dalam mekanik tanah di kawasan tropika kerangka pusat repositori radioaktif
mengekalkan kelestarian alam sejagat. yang dikenali sebagai tanah mudah kebangsaan. Kebanyakan negara
Secara asasnya, tanah baki terbentuk mengembang. seperti C hina, Switz erland, Belgium
dan Perancis telah mengkaji
kesesuaian tanah jenis ini seperti
Pengelasan Mineral Lempung bentonit sebagai pengedap semula
jadi, penghadang kejuruteraan dan
bahan penampan dalam reka bentuk
repositori permukaan, pertengahan
dan geologi dalam.
Bentonit ialah lempung yang
terhasil daripada perubahan abu
gunung berapi di bawah kumpulan
smektit dengan limpahan mineral
lempung jenis montmorilonit yang
tinggi. Di Malaysia, lempung bentonit
tidak dapat diakses secara in situ
kerana faktor geologi dan persekitaran
Ra j a h 1 Pengelasan umum mineral lempung. pengendapan. Oleh sebab itu,

DEWAN KOSMIK 58 BIL. 03/2023


S A I NS NU K L EA R

penggunaan tanah lempung tropika dengan


limpahan mineral lempung yang mempunyai
sifat pengembangan yang sama boleh
dipertimbangkan sebagai bahan pengganti.
Secara amnya, kriteria pemilihan kesesuaian
tanah ini adalah berdasarkan sifat konduktiviti
hidraulik (kebolehtelapan) yang rendah, tinggi
kebolehupayaan pengembangan, keupayaan
pengedapan kendiri (self - sealing ab ility), kapasiti
jerapan radionuklid serta kestabilan struktur untuk
mengekang migrasi radionuklid serta bahan
pencemar lain dalam jangka masa panjang
(melebihi 100 ribu tahun). Tanah dengan limpahan
mineral lempung mengembang mempunyai B a tu a n d a s a r /A k u ife r
luas permukaan spesifik yang tinggi dan nilai ini
dipengaruhi oleh interaksi pencemar air tanah lalu
meningkatkan nilai kereaktifan.
Kereaktifan adalah berbez a- bez a mengikut Ra j a h 2 Pelan skematik repositori permukaan dengan penggunaan
jenis mineral lempung (kaolinit < ilit < vermikulit lempung mengembang sebagai lapisan pengedap semula jadi.
< montmorilonit). Nilai ini secara asasnya selari
dengan peningkatan nilai kapasiti pertukaran
kation yang membenarkan mineral lempung untuk
menjerap ion logam, bahan organik dan bahan
sebagai komponen dalam sistem

lain termasuklah pengekangan radionuklid. C iri


Kriteria pemilihan lempung

unik tanah ini juga termasuklah rentan terhadap


suhu haba yang agak tinggi, tinggi kekonduksian
terma dan tinggi nilai kemuluran.
repositori

Sebagai kesimpulannya, lempung tropika


berpotensi digunakan sebagai bahan reka bentuk
sistem repositori radioaktif pada masa hadapan.
Kapasiti semasa pusat penyimpanan sisa
radioaktif interim yang berpusat di fasiliti Agensi
Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) semakin
terhad. Hal ini telah mendesak pelbagai pihak
untuk mencari satu mitigasi jangka masa panjang
bagi menguruskan sisa dengan lebih efektif,
berikutan penggunaan aplikasi radioaktif dalam Ra j a h 3 Kriteria pemilihan lempung sebagai komponen dalam sistem
sektor industri, perubatan dan penyelidikan yang repositori radioaktif.
semakin meningkat saban tahun.
Kajian yang merangkumi pencirian sifat
geo- mekanikal (tegasan, tekanan
dan suhu pada kedalaman tertentu) Kaolinit Ilit
lempung serta penilaian hidrologi dan
geokimia aliran air perlu dijalankan
dengan lebih lanjut. Penggunaan
sintesis bahan lain sebagai bahan
pengisi seperti polimer atau partikel
nano juga boleh dipertimbangkan
bagi mempertingkatkan keupayaan
mekanikal dan mikrostruktur lempung
tropika sebelum digunakan sebagai
satu daripada komponen utama dalam
kerangka repositori kebangsaan yang
lebih lestari dan mesra alam. D. K Ra j a h 4 Perbandingan sifat mineral lempung dalam tanah tropika di Malaysia.

DEWAN KOSMIK 59 BIL. 03/2023

You might also like