You are on page 1of 1

Setiap orang mempunyai hobi. Saya juga tidak terkecuali.

Hobi ialah aktiviti yang dilakukan


pada masa lapang.
Hobi saya ialah bermain badminton. Pada setiap petang, saya berlatih bermain
badminton untuk menyertai pertandingan. Saya juga selalu mewakili sekolah menyertai
pertandingan di luar sekolah.
Pada masa lapang, saya akan bermain badminton bersama ibu bapa dan adik saya
untuk menyihatkan badan. Selain itu, bermain badminton juga dapat mengeratkan
hubungan silaturahim antara keluarga bagai isi dengan kuku.
Ibu bapa saya akan menghadiahkan raket yang berkualiti tinggi kepada saya pada
setiap kali hari jadi saya. Jadi, saya berasa sungguh gembira kerana mendapat hadiah
kesukaan saya. Saya menyimpan raket-raket saya dengan baik untuk dijadikan koleksi.
Bermain badminton ialah hobi yang baik dan memberikan banyak manfaat kepada diri
saya.

You might also like