You are on page 1of 10

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/335909086

Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia

Conference Paper · September 2019

CITATION READS
1 40,910

1 author:

Amelia Adam
Universiti Kebangsaan Malaysia
4 PUBLICATIONS   2 CITATIONS   

SEE PROFILE

All content following this page was uploaded by Amelia Adam on 19 September 2019.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

Cabaran Pengintegrasian Pendidikan STEM Dalam Kurikulum Malaysia

Nur Amelia bt Adam


nurameliaadam@gmail.com
Universiti Kebangsaan Malaysia

Lilia bt Halim
lilia@ukm.edu.my
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Pendidikan STEM ialah pendidikan yang bertunjangkan pengintegrasian empat bidang iaitu Sains,
Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Pendidikan STEM ini merupakan salah satu agenda yang
ditekankan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Beberapa dasar yang dilihat menyokong agenda ini ialah Dasar 60% Sains : 40% sastera (Dasar
60:40), Wawasan 2020, PPPM 2013-2025 dan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara
(DSTIN), selain pengoperasian Pusat STEM Negara yang bermula sejak Mei lalu. Mata pelajaran
yang terangkum dalam bidang STEM ini adalah seperti Sains, Fizik, Matematik, Kimia, Biologi,
Sains Komputer dan Reka Bentuk dan Teknologi. STEM dalam konteks pembelajaran dan
pemudahcaraan merangkumi tiga aspek utama iaitu bidang pembelajaran (di sekolah dan di
peringkat tertiari), pakej mata pelajaran (berdasarkan kombinasi mata pelajaran pengkhususan
STEM) dan pendekatan pengajaran (pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk
menyelesaikan masalah). Kertas konsep ini akan menjurus terhadap kekangan yang wujud ke arah
pengaplikasian pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, berasaskan kajian-kajian lepas
dan lawatan. Kekangan-kekangan ini termasuklah kekurangan dedahan dalam bidang kejuruteraan
kepada guru Sains dan Matematik, kandungan pengajaran yang bersifat implisit (tersirat) dan
kesesuaian pengintegrasian pendidikan STEM berdasarkan topik-topik dalam sukatan
pembelajaran. Beberapa inisiatif yang dicadangkan untuk mengatasi cabaran ini ialah penganjuran
latihan professional untuk guru-guru mata pelajaran STEM, pemilihan Guru Cemerlang sebagai
‘Ikon STEM’ di sekolah serta pemantapan elemen kejuruteraan dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan.

Kata kunci: {Pendidikan STEM; Sains; Teknologi; Kejuruteraan; Matematik; Kurikulum}


Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

PENGENALAN

Pendidikan STEM ialah pendidikan yang bertunjangkan pengintegrasian empat bidang iaitu
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. Dalam konteks negara Malaysia, Pendidikan
STEM ini merupakan salah satu agenda yang ditekankan dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) sedang berusaha untuk meningkatkan sumber tenaga yang mahir serta pakar dalam
bidang penyelidikan dan industri, maka, salah satu inisiatif yang dilakukan ialah pengukuhan
Pendidikan STEM di negara kita. Beberapa dasar yang dilihat menyokong hasrat murni ini
ialah Dasar 60% Sains : 40% Sastera (Dasar 60:40), Wawasan 2020, PPPM 2013-2025 serta
Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN), selain pengoperasian Pusat STEM
Negara yang bermula sejak Mei 2018.
STEM merupakan akronim untuk ‘Sains’, ‘Teknologi’, ‘Kejuruteraan’ (Engineering) dan
‘Matematik’. Mata pelajaran yang terangkum dalam bidang STEM ini adalah seperti Sains, Fizik,
Matematik, Kimia, Biologi, Asas Sains Komputer (ASK) dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
STEM dalam konteks pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mencakupi tiga aspek utama iaitu
bidang pembelajaran (di sekolah dan di peringkat tertiari), pakej mata pelajaran (berdasarkan
kombinasi mata pelajaran pengkhususan STEM) dan pendekatan PdPc (pengaplikasian
pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menyelesaikan masalah). Pendidikan literasi STEM
diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2014, sejajar dengan keperluan pada era ini yang
membolehkan lonjakan pengetahuan berlaku dengan sangat pantas. Becker & Park (2011)
menyatakan, Pendidikan STEM ialah satu penerokaan yang berlaku dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, melibatkan mana-mana dua komponen STEM atau lebih. Satu komponen STEM
juga boleh dipelajari dengan disiplin ilmu yang lain. Pengintegrasian Pendidikan STEM dalam
PdPc kini menjadi tumpuan KPM melalui latihan serta kursus kepada guru-guru dan kolaborasi
bersama universiti-universiti.
PPPM 2013-2025 memberikan penekanan terhadap perapatan jurang antara mata
pelajaran-mata pelajaran yang diajar di sekolah (Amimah Mohamad Ayub 2018). Pendidikan
multidisiplin juga diberikan saranan dalam pelan ini supaya kualiti pendidikan dapat ditingkatkan,
di samping mengatasi cabaran-cabaran yang wujud dalam sistem pendidikan Malaysia secara
keseluruhan. Justeru, Pendidikan STEM ini merupakan salah satu perancangan untuk
menggalakkan pembabitan guru serta pelajar khasnya dalam dua bidang atau lebih, menerusi
proses PdPc, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran kolaboratif.

TUJUAN KERTAS KONSEP

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami pelbagai transformasi sejajar dengan perubahan
zaman. Pendidikan Sains kekal menjadi prioriti di negara membangun ini, bersesuaian dengan
kemajuan yang ingin dicapai dalam Wawasan 2020 menuntut kita untuk menggiatkan aktiviti
penyelidikan. Menyedari bahawa elemen Sains yang sebelumnya berdiri secara tunggal perlu
disokong oleh elemen-elemen lain supaya menjadi relevan pada masa ini, Pendidikan STEM kini
semakin mendapat perhatian oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), universiti-
universiti awam dan pihak swasta. Pengintegrasian Pendidikan STEM dalam kurikulum
Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

memerlukan latihan dan penyesuaian secara konsisten, maka, kertas konsep ini bertujuan untuk
mengetahui cabaran-cabaran yang wujud ke arah pengintegrasian tersebut. Umumnya, masyarakat
mengetahui bidang-bidang yang terkandung dalam STEM, namun kurang sedar tentang maksud
pengintegrasian yang bermakna antara bidang tersebut, terutamanya dalam proses PdPc.
Pendidikan STEM di Malaysia kini berada di fasa Gelombang Kedua (2016-2020). Kurang
setahun dari sekarang, kempen dan kerjasama yang berterusan dengan agensi-agensi berkaitan
perlu dilaksanakan bagi memenuhi tuntutan gelombang ini iaitu memupuk kesedaran masyarakat
tentang STEM. Tidak dinafikan, sekolah merupakan institusi pendidikan yang menjadi cabaran
untuk menyemarakkan pembudayaan Pendidikan STEM. Hal ini demikian kerana mata pelajaran-
mata pelajaran yang dicakupi oleh STEM ini masih diajar secara berasingan, malah guru-guru juga
perlu memberi komitmen terhadap medium pengujian iaitu peperiksaan. STEM di Malaysia
mempunyai matlamat yang jauh terkehadapan iaitu menyediakan pelajar untuk menghadapi
cabaran dan mampu berdaya saing di peringkat global (KPM 2015). Justeru, adalah wajar untuk
mengintegrasikan beberapa mata pelajaran iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik
supaya menjadi bidang pendidikan yang lebih relevan untuk diajar di peringlat sekolah (Sneidman
2013). Pengintegrasian ini akan memupuk kefahaman, kreativiti dan daya inovasi yang tidak
mungkin dicapai dengan mengajar kandungan dari satu subjek sahaja.

Pendidikan STEM di Malaysia : Satu Sorotan Kronologi

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah memberi penekanan terhadap
Pendidikan STEM sebagai satu agenda yang penting dalam transformasi pendidikan negara.
Menerusi PPPM ini, pelaksanaan Pendidikan STEM dirangka dalam tiga fasa (KPM 2015) :
i. Gelombang 1 (2013-2015) : Mengukuhkan kualiti pendidikan STEM dengan peneguhan
kurikulum, penyediaan latihan kepada guru dan penggunaan model pembelajaran multimod.
ii. Gelombang 2 (2016-2020) : Melaksanakan kempen dan kerjasama dengan agensi berkaitan
untuk memupuk minat serta kesedaran masyarakat terhadap STEM.
iii. Gelombang 3 (2021-2025) : Anjakan STEM ke tahap yang cemerlang melalui peningkatan
fleksibiliti operasi.
STEM dalam Konteks Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc)

Pendidikan STEM di Malaysia belum memiliki satu kurikulum rasmi, namun tetap ditekankan
sebagai pendekatan yang penting untuk dilaksanakan dalam PdPc kini. Keperluan untuk
mewujudkan satu kurikulum STEM sememangnya telah dibangkitkan (Bunyamin 2015), namun
ketidaktentuan polisi telah mengalihkan fokus itu supaya kurikulum sedia ada diperbaiki, selain
memastikan pentaksiran bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dilakukan dengan telus dan
saksama. Hal ini bertitik tolak daripada prestasi menggerunkan yang dicapai Malaysia dalam
Program for International Student Assessment (PISA) 2012. Berada di tangga ke-52 dengan
capaian nilai skor Sains dan Matematik adalah di bawah nilai purata The Organization for
Economic Cooperation and Development (OECD 2012) telah menimbulkan gesaan untuk
memperbaiki kaedah pengajaran bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut.
Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

Pengenalan dokumen PPPM 2013-2025 telah memberi nafas baru terhadap pendidikan
Sains dan Matematik di Malaysia. Kaedah dan pendekatan pengajaran yang dipraktikkan telah
dinilai semula agar kekal relevan dalam satu jangka masa selama 12 tahun seperti yang
direncanakan dalam pelan ini. Kaedah seperti pembelajaran berpusatkan pelajar pada abad ke-21
ini membolehkan pelajar untuk melontarkan idea dan mencari penyelesaian terhadap satu-satu
pemasalahan dengan bantuan oleh peranan guru sebagai pemudah cara. Bersesuaian dengan
kaedah pembelajaran ini, pengintegrasian STEM dalam PdPc rasionalnya dapat melahirkan pelajar
yang berdaya cipta serta mampu menghadapi pemasalahan yang kompleks untuk dileraikan.

Elemen STEM dalam Kurikulum


Kurikulum yang diguna pakai hari ini iaitu Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR),
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) mengandungi tiga elemen STEM iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai.

JADUAL 1. Elemen STEM dalam Kurikulum (adaptasi dan diubahsuai daripada Panduan Pelaksanaan STEM dalam Pengajaran
dan Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM)

Elemen STEM Huraian


Merangkumi idea, teori, prinsip dan konsep yang
terkandung dalam semua mata pelajaran STEM.
Pengetahuan Pengetahuan dan perkembangan terkini dalam
Pendidikan STEM disampaikan melalui aktiviti yang
dikendalikan oleh guru di dalam dan di luar bilik
darjah.
Pendidikan STEM mementingkan pendekatan inkuiri
untuk menjana kecekapan dan kemahiran murid untuk
meneroka, membina penyelesaian masalah dan
mereka bentuk. Kemahiran-kemahiran ini dicapai
melalui tugasan dan projek dalam semua mata
Kemahiran pelajaran STEM. Kemahiran STEM juga mencakupi
kemahiran proses sains (Sains), kemahiran proses
matematik (Matematik), kemahiran reka bentuk
(Kejuruteraan ) dan kemahiran pemikiran
komputasional (teknologi).
Nilai STEM merujuk kepada akhlak dan sikap positif
yang diterapkan semasa PdPc seperti berani mencuba,
komited, konsisten, inovatif dan sistematik. Pelajar-
Nilai pelajar sentiasa disarankan untuk mengamalkan nilai
dan etika seperti mematuhi peraturan keselamata
makmal.
Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

PERBINCANGAN

Keberkesanan pengintegrasian STEM dalam kurikulum disokong oleh beberapa faktor, antaranya
ialah kualiti guru. Chang & Park (2014) melaporkan bahawa kualiti satu-satu proses pembelajaran
sudah tentu mempunyai perkaitan dengan kualiti guru. Guru sebagai pelaksana polisi pendidikan
perlu mendatangkan kepelbagaian dalam kaedah pengajarannya, dalam konteks kajian ini, guru
Sains dan Matematik khasnya perlu memastikan kesepaduan antara bidang dalam STEM berlaku
secara realistik, bukanlah bergantung kepada hafalan teori dan rumus semata-mata.

• Elemen Kejuruteraan dalam Pendidikan STEM


Telah diungkapkan bahawa pengintegrasian Pendidikan STEM dalam kurikulum memerlukan satu
bidang pendidikan yang terhasil melalui gabungan mata pelajaran Sains, Matematik, Kejuruteraan
dan Teknologi. Sneideman (2013) berpandangan bahawa aspek praktikaliti dan realiti perlu
diberikan penekanan dalam Pendidikan STEM supaya pelajar dapat mempelajari Sains dan
Matematik dengan lebih bermakna.
Elemen ‘Kejuruteraan’ (Engineering) dalam Pendidikan STEM mempunyai kepentingan
yang tersendiri untuk menyokong keberkesanan pengajaran subjek Sains dan Matematik.
Pendidikan STEM tidak berdiri sendiri dengan disiplin ilmu yang terasing antara satu dengan yang
lain, sebaliknya saling melengkapi supaya pelajar memperoleh kefahaman idea atau konsep, yang
kemudiannya direalisasikan melalui aktiviti seperti reka cipta. Elemen kejuruteraan memberi
penekanan kepada pelajar untuk melihat dan berfikir tentang dunia sebenar (Lewis 2006). Lewis
(2006) juga telah memberi gambaran dalam penulisannya bahawa kemahiran berfikir dan
penyelesaian masalah yang dalam proses reka bentuk kejuruteraan adalah selari dengan proses
inkuiri saintifik. Sebagai contoh, pelajar yang telah didedahkan dengan konsep dan definisi
tekanan dalam prinsip Paskal, diminta untuk menghasilkan aplikasi prinsip tersebut seperti
membina ‘lif hidraulik mini’. Dalam konteks ini, pelajar telah memperoleh kefahaman dalam Sains
(Fizik), di samping melakukan proses-proses dalam mereka cipta seperti merancang dan melukis
struktur yang akan dibina, memilih bahan yang bersesuaian dan melakukan pengubahsuaian
apabila mendapati struktur tersebut mempunyai kelemahan.
Guru-guru Sains dan Matematik sewajarnya diberikan platform untuk menerima
pendedahan yang konsisten tentang elemen kejuruteraan ini. Gurulah yang menjadi kunci
keberkesanan pengintegrasian Pendidikan STEM dalam PdPc, maka, golongan ini perlu diberikan
latihan untuk meningkatkan daya cipta dan kompentensi. Keperluan untuk menyediakan pelajar
bagi menghadapi peperiksaan merupakan tugas utama guru-guru di sekolah. Guru-guru Sains dan
Matematik mempunyai masa dan bahan yang terhad untuk mengintegrasikan Pendidikan STEM
dalam PdPc secara bermakna, hal ini dinyatakan oleh Seyidu Eroglu (2016) melalui Titik Rahayu
et al. (2018). Mereka memerlukan peruntukan masa yang lebih untuk menimbulkan rasa ingin tahu
pelajar, memastikan kefahaman idea serta konsep yang betul sebelum melakukan aktiviti
berasaskan projek seperti reka cipta. Kekangan ini bukanlah satu perkara yang janggal kerana
kursus-kursus kejuruteraan tidak diperkenalkan di sekolah secara meluas berbanding di institusi
pengajian tinggi, manakala guru pula mempunyai tanggungjawab yang hakiki untuk
menyampaikan kandungan pengajaran mengikut sukatan dan tempoh masa yang ditetapkan.
Dalam konteks ini, guru Sains memerlukan skil dan pengetahuan untuk membudayakan
Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

pengintegrasian elemen kejuruteraan dan teknologi dalam PdPc (Boettcher et al. 2005). Usaha
melatih guru perlu dilakukan secara berterusan kerana proses tersebut bukanlah sesuatu yang
mudah (Rockland et al. 2010). Latihan ringkas berjadual yang diberi kepada guru-guru subjek
STEM secara konsisten adalah lebih baik berbanding latihan yang mendedahkan banyak
pengetahuan baru tentang STEM dalam satu sesi sahaja.
Penubuhan Pusat STEM Negara yang beroperasi sejak Mei 2018 dilihat sebagai satu inisiatif
yang jitu untuk membantu guru-guru Sains dan Matematik bagi mengintegrasikan konsep reka
bentuk dan teknologi ke dalam kedua-dua subjek tersebut. Lawatan penulis ke Pusat STEM Negara
di Kementerian Pendidikan Malaysia memberikan serba sedikit maklumat tentang usaha-usaha
pemerkasaan pendidikan STEM yang sedang rancak dilakukan oleh agensi tersebut. Bermula
dengan Inquiry-Based Science Education (IBSE) atau Pembelajaran Sains secara Inkuiri pada
tahun 2018, guru-guru dari seluruh Malaysia telah menjalani kursus dan latihan berkaitan aktiviti-
aktiviti STEM yang sesuai dilaksanakan di sekolah. Usaha ini diteruskan dengan Inquiry-Based
Mathematics Education (IBME) pada tahun 2019.

• Kandungan Pengajaran Yang Bersifat Implisit


Pendekatan STEM dalam kurikulum tidak berlaku secara holistik apabila kandungan pengajaran
disusun secara implisit (tersirat). Bunyamin dan Finley (2016) menyatakan bahawa topik-topik
dalam mata pelajaran Fizik Tingkatan Empat berdiri dengan sendiri tanpa hubung kait antara satu
konsep dengan konsep yang lain. Pengaplikasian satu konsep yang konkrit memerlukan kaedah
yang lebih eksplisit (tersurat). Hal ini bagi membolehkan pelajar untuk menjalankan aktiviti
berasaskan projek yang memerlukan gabungan pelbagai domain dalam STEM. Kurikulum Sains
di Malaysia perlu disusun dengan memperlihatkan perhubungan antara idea, teori dan konsep yang
pelbagai. Miliken dan Adams (2010) berpandangan bahawa literasi STEM merujuk terhadap
kebolehan pelajar untuk mengenal pasti, mengaplikasi dan mengintegrasikan komponen dalam
domain Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi ke arah mencapai kefahaman tentang
sesuatu masalah dan berdaya cipta untuk menyelesaikannya. Hal ini sejajar dengan penekanan oleh
sistem pendidikan negara terhadap keperluan abad ke-21 yang menuntut pelajar untuk
berkemahiran secara teoretikal dan praktikal. Siew, Amir dan Chong (2015) dalam laporan mereka
telah menyatakan keperluan untuk melakukan perubahan terhadap kurikulum Sains dan Matematik
di negara ini supaya lebih berpaksikan STEM.
Kurikulum Sains dan Matematik perlu diperhalusi semula untuk melihat apakah
sebenarnya ada unsur-unsur STEM di dalamnya, ataupun hanya menekankan idea dan rumus untuk
dihafal serta difahami bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan. Sesungguhnya, Pendidikan
STEM ini bermatlamatkan penjanaan modal insan yang bukan sahaja berintelektual, tetapi dapat
menyumbang kepada negara dari segi tenaga kerja dan kepakaran. Kurikulum sedia ada akan terus
menjadi rujukan bagi guru-guru Sains dan Matematik, namun perlu ditambah baik dengan
memasukkan elemen Reka Bentuk Kejuruteraan supaya pendekatan Pendidikan STEM dapat
dijalankan dengan berkesan. Selain itu, kurikulum Sains dan Matematik juga perlu memberi
penekanan terhadap Penyiasatan Saintifik, Penaakulan dan Pemikiran Matematik serta Kemahiran
Abad ke-21 (Bryan et al. 2016). Kurikulum yang berpaksikan STEM perlu diperkenalkan di
peringkat prasekolah lagi untuk memupuk kesedaran awal terhadapnya. Mazlini et al. (2016) telah
membuktikan bahawa modul STEM yang diguna pakai dalam kurikulum PERMATA Negara
Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

berjaya meningkatkan kebolehan inkuiri, penerokaan dan minat kanak-kanak terhadap


pembelajaran yang berintegrasikan STEM. Aktiviti dan sasaran kebolehlaksanaan Pendidikan
STEM juga haruslah bersesuaian dengan tahap pelajar yang berbeza usia dan kematangan.

CADANGAN
Usaha pengintegrasian Pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia bukanlah sesuatu yang
mudah, namun bukanlah mustahil. Inisiatif-inisiatif yang produktif perlu dilaksanakan untuk
membantu guru-guru khasnya, ke arah pemerkasaan pendekatan ini. Guru-guru perlu didedahkan
dengan pelbagai aktiviti ‘hands-on’ yang sesuai dilaksanakan dalam satu tempoh masa PdPc yang
rigid supaya pengisian aktiviti tersebut menjadi ringkas tetapi padat. Usaha melatih guru ini
perlulah dilaksanakan secara berterusan supaya Pendidikan STEM akan menjadi pendekatan yang
relevan dalam PdPc bukan sahaja pada masa ini, tetapi memberikan kesan positif dalam jangka
masa yang panjang. Di samping itu, latihan dan kursus profesional yang dilaksanakan perlu
memastikan penyertaan serta keterlibatan yang saksama antara guru-guru yang berbeza
pengalaman mengajar dan lokasi sekolah. Tambahan pula, agenda ini telah menghampiri
penghujung gelombang kedua, maka kesedaran terhadap STEM perlu diperkasa secara holistik.
Guru Cemerlang bagi mata pelajaran STEM seperti Sains dan Matematik boleh diangkat
sebagai ‘Ikon STEM’ di sekolah. Saidin (2016) menyatakan bahawa Guru Cemerlang berperanan
untuk berkongsi pengetahuan dan kepakaran dengan guru-guru lain. Bersesuaian dengan
pengiktirafan yang dimiliki oleh golongan ini, Guru Cemerlang perlu diberikan peluang untuk
menzahirkan pandangan tentang STEM dan berkongsi kaedah serta teknik yang dipraktikkan
dalam PdPc. Menghampiri fasa Gelombang Ketiga pelaksanaannya, Pendidikan STEM di
Malaysia boleh dilaksanakan meskipun tiada penggubalan satu kurikulum rasmi yang baru, namun
memerlukan penambahbaikan seperti penyediaan modul integrasi STEM bagi setiap topik dalam
subjek-subjek yang terlibat. Modul ini perlulah merangkumi konsep-konsep Sains dan Matematik
yang dihubungkan dengan aplikasi kejuruteraan dan teknologi. Pelajar-pelajar juga perlu diberikan
platform untuk mencuba dan menzahirkan idea dengan menghasilkan model prototaip berasaskan
kefahaman dalam mata pelajaran-mata pelajaran STEM yang dipelajari di sekolah. Hal ini
demikian memberikan peluang kepada mereka untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam dua
atau lebih domain STEM, yang seterusnya membawa kepada pengintegrasian bidang yang berbeza
tetapi kewujudan perkaitan antara bidang-bidang tersebut boleh difahami secara teroretikal dan
dipersembahkan secara praktikal.
KESIMPULAN
Pendidikan STEM merupakan satu pendekatan yang semakin mendapat perhatian oleh pihak KPM
untuk diintegrasikan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan. Agenda ini telah diberikan
penekanan dalam dokumen Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan
pelaksanannya disusun dalam tiga fasa iaitu Gelombang 1, Gelombang 2 dan Gelombang 3. Kini,
agenda ini berada dalam fasa kedua dan kita mempunyai kurang dua tahun sebelum fasa yang
terakhir bermula. Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kekangan untuk mengintegrasikan
Pendidikan STEM dalam kurikulum di Malaysia, antaranya ialah kurangnya dedahan kepada guru-
guru Sains dan Matematik terhadap elemen kejuruteraan serta reka bentuk. Latihan professional
yang berterusan perlu disediakan kepada guru-guru ini supaya dapat melaksanakan satu PdPc
STEM yang berkesan. Inisiatif ini turut dibantu oleh Pusat STEM Negara yang beroperasi sejak
Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

2018. Dalam pada itu, kurikulum Sains dan Matematik di Malaysia juga perlu diperhalusi kembali
supaya unsur STEM yang sebenar dipastikan terdapat dalam sukatan pembelajaran.
Pengintegrasian STEM dalam PdPc perlu berlaku secara realistik, maka, kurikulum sedia ada
mestilah memberikan penekanan terhadap unsur-unsur penting yang menyokong
kebolehlaksanaan Pendidikan STEM selain konsep Sains dan Matematik, iaitu Reka Bentuk
Kejuruteraan dan Kemahiran Abad ke-21.

RUJUKAN

Adnan, M., Ayob, A., Ong, E. T., Ibrahim, M. N., Ishak, N., & Shariff, J. (2016). Memperkasa
Pembangunan Modal Insan Malaysia di Peringkat Kanak-kanak : Kajian Kebolehlaksanaan dan
Kebolehintegrasian Pendidikan STEM dalam Kurikulum PERMATA Negara. Geografia Online
Malaysian Journal of Society and Space. 12(1), 29-36.

Ayub, A. M. (2018). Kesedaran Terhad Mengenai Pendidikan STEM Di Malaysia. Prosiding


Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan Universiti Awam 2018. 7-8 November
2018. eISBN 978-967-2231-03-5 (2018).

Becker, K. & Park, K. (2011). Effects of integrative approaches among science, technology,
engineering and mathematics (STEM) subjects on students’ learning: A preliminary meta-
analysis. Journal of STEM Education. 12(5&6), 23-37.

Boettcher, B., Carlson, B., Cyr, M., & Shambhang, S. (2005). Engneering implementation in
grades 6-12: Evaluation of the effectiveness of a workshop model. Proceedings of the 35th
ASEE/IEEE Frontiers in Education Conference, Portland.

Bryan, L. A., Moore, T. J., Johnson, C. C., & Roehrig, G. H. (2016). Integrated STEM
education. In C. C. Johnson, E. E. Peters-Burton, & T. J. Moore (Eds). STEM road
map: A framework for integrated STEM education (pp. 23-37). NY: Routledge
Taylor & Francis Group.

Bunyamin, M. A. H., & Finley, F. (2016). STEM Education in Malaysia: Reviewing the
Current Physics Curriculum. Kertas kerja yang telah diterima untuk pembentangan
dalam International Conference of Association for Science Teacher Education
(ASTE), 7-9 Januari, Nevada, Amerika Syarikat.

Bunyamin, M. A. H. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global, Perkembangan


Semasa di Malaysia, dan Langkah Ke Hadapan. Buletin Persatuan Pendidikan Sains
dan Matematik Johor, 25(1) : 1-6.
Seminar Wacana Pendidikan 2019(SWAPEN 2.0)
ISSN: XXXX-XXXX

Chang, Y., Park, S. W. (2014). Exploring Students’ Perspectives of College STEM : An Analysis
of Course Rating Websites. International Journal of Teaching and Leraning in Higher
Education. 26(1), 90-101.

Lewis, T. (2006). Design and inquiry : Bases for an accommodation between science and
technology education in the curriculum? Journal of Research in Science Teaching. 43(3),
255-281.
Milliken, D. & Adams, J. (2010). Recommendations for Science, Technology, Engineering and
Mathematics Education. Diakses pada 12 Januari, 2019 dari
http://www.k12.wa.us/LegisGov/2010documents/STEMWorkgroupReport2010.pdf

OECD. (2012). Program for International Student Assessment results (PISA) from PISA
2012: Country note-United States. Diakses pada 20 Oktober, 2018 dari
http://www.oecd.org/pisa/keyfindings/PISA-2012-results-US.pdf

Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. (2016). Bahagian Pembangunan Kurikulum., Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM.)

Rahayu, T., Syafril, S., Othman, K. B., Halim, L., & Erlina, N. (2018). Kualiti Guru, Isu Dan
Cabaran Dalam Pembelajaran STEM. Diakses pada 12 Januari 2019 dari
https://doi.org/10.31219/osf.io/jqcu6

Rockland, R., Bloom, D. S., Carpinelli, J., Burr-Alexander, L., Hirsch, L. S., & Kimmel, H. (2010).
Advancing the ‘E” in K-12 STEM Education. Journal of Technology Studies. 36(1), 53-
64.

Saidin, K., Dali, M., H. & Ambotang, A.,S. (2016). Peranan Guru Cemerlang Malaysia di Sekolah.
Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah. 24, 161-177.

Siew, N. M., Amir, N., & Chong, C. L. (2015). The perceptions of pre-service and in-
service teachers regarding a project-based STEM approach to teaching science.
SpringerPlus. 4(1),1–20.

Sneideman, J. M. (2013). Engaging Children in STEM Education EARLY!. Diakses pada 20


Oktober 2018 dari http:// naturalstart.org/feature-stories/engaging-children-stem-
education-early

View publication stats

You might also like