You are on page 1of 3

Pendekatan Bertema 22/11/2021

Jawapan bagi soalan yang dikemukakan.


1. Semasa rintis, adakah semua guru
yang mengajarkan mata pelajaran teras bagi setiap sekolah perlu melaksanakan
pendekatan bertema ini?
Buat masa ini, dalam tempoh rintis, hanya setiap mata pelajaran teras bagi sekolah
rendah manakala setiap mata pelajaran teras dan wajib bagi sekolah menengah
perlu melaksanakan pendekatan bertema. Namun begitu, kita memberi keluwesan
kepada cikgu bagaimana untuk melaksanakannya.

2. Berdasarkan kepada pembentangan tadi, pendekatan bertema perlu dilaksanakan


sekurang-kurangnya 2 kali setahun di sekolah bagi memudahkan pengumpulan
data bagi bulan Jun dan September. Adakah relevan pernyataan ini?
Mohon rujuk kembali kepada maklumat dalam slaid yang disertakan. Pendekatan
bertema perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya 1 kali setahun pada satu tempoh
tertentu. Kutipan data rintis akan diambil pada bulan Jun dan September.Kaedah
pengumpulan data rintis akan dikongsikan kepada JPN daripada semasa ke
semasa apabila pelaziman ini mula dilaksanakan pada tahun hadapan.

3. Pendekatan ini untuk mata pelajaran teras iaitu BM/BI/SAINS/MT/BC tapi panduan
diberikan termasuk Moral, Muzik, PJ dan Kesihatan. Mohon penjelasan.
Buat masa ini, dalam tempoh rintis, hanya mata pelajaran teras bagi sekolah
rendah manakala mata pelajaran teras dan wajib bagi sekolah menengah perlu
melaksanakan pendekatan bertema. Namun begitu, peluasan akan dilaksanakan
selepas tempoh rintis di mana semua mata pelajaran akan terlibat.

4. Adakah PdPC pendekatan bertema perlu dilaksanakan untuk setiap kelas bagi
setiap Tingkatan 1 – 3 atau boleh pilih kelas tertentu dalam setiap Tingkatan?
Pelaksanaan Pelazimam Pendekatan Bertema ini melibatkan semua murid Tahun
1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di
sekolah menengah. BPK telah menetapkan agar setiap mata pelajaran
melaksanakan pendekatan bertema sekurang²nya sekali. Guru hendaklah
berbincang dalam panitia dan antara panitia bagi memastikan pendekatan ini dapat
dilaksanakan. Sekolah diberi keluwesan dalam melazimkan pendekatan bertema
mengikut kesesuaian dgn fasiliti, lokaliti dan keupayaan guru. Dengan cara itu murid
di setiap kelas berpeluang untuk merasai pembelajaran menggunakan pendekatan
bertema sekurang-kurangnya sekali dalam setahun semasa pelaziman.

5. Pendekatan bertema ini seperti pelaksanaan program transisi tahun 1? Sebelum i


ni, melalui program transisi tahun 1 telah ada pendekatan bertema. Adakah ini pe
nambahbaikkan seperti program transisi?
Pendekatan bertema ialah kaedah PdP yang menggunakan satu tema yang
bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid. Pendekatan
ini menggunakan tema bagi mewujudkan PdP yang aktif, menarik, mendalam dan
bermakna. Program Transisi Tahun 1 juga mempunyai tema dan subtema serta
aktiviti. Tujuan pelaksanaan pendekatan bertema dalam program Transisi Tahun
1 2021 tidak sama dengan pelaziman ini.
6. Setiap panitia ada PCG, jika guna pendekatan bertema bagaimana agihan PCG
utk aktiviti pelajar diagih dan diluluskan
Mohon dibincangkan semasa operasi bersama JPN, PPD dan Sekolah.

7. Adakah pihak sekolah perlu menetapkan atau menyusun tema tertentu bagi
penyusunan atau penyediaan RPT?
Keluwesan diberikan kepada pihak sekolah untuk membuat keputusan. Namun
begitu, guru boleh memilih apa jua kesesuaian tema tertentu semasa penyusunan
dan penyediaan RPT asalkan tema yang dipilih itu sesuai dengan minat,
persekitaran, latar belakang, masa dan tahap perkembangan murid.

8. Adakah RPH perlu dibuat setiap hari atau sekali seminggu?


Penyediaan RPH masih tertakluk dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.

9. Adakah subtema ini selaras digunakan disemua sekolah atau terpulang mengikut
sekolah masing-masing?
Guru boleh menggunakan subtema sendiri mengikut kesesuaian SP dan keperluan
lokaliti.

10. Adakah perancangan untuk melaksanakan PdPC bertema perlu dibuat pada
bulan bulan Dec 2021 walhal sesi persekolahan bermula Mac 2022?
Perancangan dan penyediaan RPT bagi Tahun 2022 perlu dibuat antara bulan
Disember 2021 hingga Februari 2022, sebelum sesi pelaksanaan persekolahan
Tahun 2022.

11. Apakah perbezaan dan persamaan pendekatan bertema dengan kefahaman


melalui Reka Bentuk (KmR)?
TS25 menggunakan Modul 6 iaitu Projek manakala Pendekatan Bertema
menggunakan pelbagai tema untuk guru membuat hubungkait pembelajaran.
Sekolah TS25 melaksanakan projek melalui modul 6 mereka manakala
pelaziman bertema BPK menggunakan pelbagai strategi untuk menggunakan
tema sebagai medium untuk mencapai SP dalam mata pelajaran.
Pelaziman kita projek dijalankan dalam strategi 3 sahaja. Sekolah TS25 tiada
tema tertentu, tapi kita sudah cadangkan 8 tema utama dan memberi keluwesan
kepada guru untuk memilih tema yang sesuai.

12. Adakah hanya subjek teras dilaksanakan secara rintis untuk sekolah rendah pada
tahun 2022 nanti?
Ya. Hanya mata pelajaran teras sahaja yang akan dilaksanakan secara rintis
untuk sekolah rendah pada tahun 2022 nanti.
13. Adakah tema dalam Catch Up Plan sama dengan pendekatan bertema?
Pendekatan Bertema dalam Catch Up Plan mempunyai tujuan yang berbeza iaitu
untuk membantu guru menghabiskan kandungan mata pelajaran mengikut tempoh
persekolahan yang berbaki. Pelaziman Pendekatan Bertema yang kita hendak
rintis ini bertujuan untuk mendapatkan PdP yang mendalam dan bermakna. Kita
juga menyarankan 3 strategi dan 8 tema utama. Dalam Catch Up Plan tidak ada
tema yang dicadangkan oleh BPK tetapi guru sendiri yang perlu tentukan tema
mengikut mata pelajaran mereka.

14. Adakah guru perlu mengajar kesemua (lapan) tema yang dicadangkan dalam
tempoh pelaksanaan rintis/sebelum pelaksanaan penuh pada tahun 2023?
Tidak. Guru boleh memilih tema utama yang sesuai dengan SP yang hendak
disampaikan. Namun, guru digalakkan menggunakan sebanyak mungkin tema
utama yang telah dicadangkan dan mengelakkan pengulangan tema yang sama.

You might also like