You are on page 1of 12

SKEMA JAWAPAN PERCUBAAN 2 SEMESTER 3 STPM 2020

Bahagian A [15 markah]


1 D 6 C 11 C
2 C 7 B 12 D
3 C 8 B 13 A
4 A 9 C 14 C
5 B 10 B 15 B

Bahagian B [15 markah]

16. Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi
perubahan penumpang dalam negeri yang berlepas dari Malaysia sepanjang tahun 2007 hingga tahun
2009.

MALAYSIA : BILANGAN PENUMPANG YANG MENDARAT DAN BERLEPAS DARI


MALAYSIA DARI TAHUN 2007 HINGGA TAHUN 2009

Jenis Bilangan Penumpang (orang)


Penumpang /
Mendarat Berlepas
Tahun
2007 2008 2009 2007 2008 2009 Jumlah

Dalam 13,080,40 13,792,84 14,667,24 13,182,78 13,773,08 14,722,52 83,218,903


Negeri 8 8 9 2 8 8
Antarabangs 9,951,362 10,462,76 11,344,55 9,786,163 10,461,93 11,558,87 63,565,651
a 8 0 7 1
Jumlah 23,031,77 24,255,61 26,011,79 22,968,94 24,235,02 26,281,39 146,784,55
0 6 9 5 5 9 4
(Disesuaikan daripada Laporan Penerbangan, LCCT
25 April 2010)
JAWAPAN SOALAN 16

1AD + 3AP (1 Perubahan + 3 Alasan)

Bil Idea Huraian


Pola perubahan
1 Penumpang dalam negeri yang Pada tahun 2007, bilangan penumpang seramai
berlepas dari Malaysia sepanjang 13,182,782 orang meningkat kepada 14,722,528
tahun 2007 hingga tahun 2009 ialah orang pada tahun 2009. Peningkatan seramai
meningkat 1,539,746 orang dengan peratus perubahan
sebanyak 11.68 %

Faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan penumpang dalam negeri yang berlepas dari
Malaysia
1 Faktor pendidikan Melanjutkan pelajaran ke luar negara
2 Faktor pekerjaan Bertugas di luar negara dalam pelbagai bidang
3 Faktor pelancongan Melancong ke luar negara
4 Faktor migrasi Menukar taraf warganegara dan menetap di luar
negara
17. Gambar rajah di bawah menunjukkan pengaruh akuakultur ke atas alam sekitar. Berdasarkan
gambar rajah, huraikan kesan daripada aktiviti akuakultur ke atas alam sekitar.

(Disesuaikan daripada www.drgeorgepc.com/OceanGovAquacultureRisk)


JAWAPAN SOALAN 17

Pengenalan : Industri akuakultur boleh menjadi satu industri penting dalam masa terdekat ini. Hal ini
kerana populasi hidupan laut semakin berkurangan akibat daripada beberapa sebab.
Bil. Idea Huraian
1 Kemunculan  Penyakit-penyakit baharu akibat daripada pengenalan spesis baharu
penyakit dan mungkin terjadi.
parasit baharu  Spesis baharu ini diimport dari negara lain dan lebih sesuai dengan alam
hasil dari sekitar asalnya.
kewujudan spesis  Penyakit-peyakit yang dibawa ikan-ikan ini akan merebak kepada ikan-
asing ikan tempatan dan mengakibatkan ikan tempatan berpenyakit.
2 Pencemaran air /  Bahan buangan ikan mengandungi makanan ikan, bahan buangan,
Alam sekitar penyakit dan patogen.
menjadi tempat  Ikan-ikan ternakan diberi makanan ikan, ubat antibiotik, hormon dan
penyebaran vitamin.
penyakit  Bahan buangan ikan ini mengandungi baki atau sisa makanan ikan.
 Hal ini dapat menjadi medium penyebaran penyakit.
 Pelbagai jenis patogen akan dihasilkan. Oleh itu, alam sekitar akan
tercemar serta menjadi tempat penyebaran penyakit.
3 Kepupusan ikan  Spesis-spesis asing yang terlepas dari sangkar dan memulakan proses
tempatan pembiakan. Pembiakan yang terlalu cepat akan menyaksikan
penghapusan jenis ikan tempatan.
 Spesis ikan ini berkemungkinan mempunyai daya tahan yang lebih
tinggi dan juga cepat membesar.
 Ikan asing yang lebih dominan akan menyebabkan kepupusan jenis ikan
temapatan yang akan membawa kesan kepada alam sekitar.
 Spesis ikan yang diimport kemungkinan membawa kemudaratan
kepada alam sekitar temapatan berbanding dengan jenis ikan tempatan.
4 Meningkatkan  Penggunaan racun dalam mengawal alga di atas jaring boleh
kadar mortaliti / menyebabkan kematian ikan.
kematian ikan  Penggunaan racun juga boleh mencemarkan alam sekitar di sekeliling
tempat pembiakan dan menjejaskan tumbesaran ikan.
 Hanya ikan yang mempunyai daya tahan yang tinggi akan kekal dalam
persekitaran yang tercemar.
5 Persaingan spesis  Organisma ubah suai secara genetik selalunya akan bersaing dengan
asing dengan ikan ikan asal / tempatan untuk mendapatkan makanan.
asal / tempatan  Saiz ikan ubah suai genetik adalah lebih besar kerana menggunakan
spesis asing seperti telur salmon Atlantik dari Eropah.
 Ikan asal / tempatan akan tersingkir kerana tidak mampu bersaing
dengan ikan ubah suai genetik
Penutup: Manusia sememangnya bergantung kepada bekalan makanan seperti ikan. Namun begitu,
usaha membawa masuk spesis asing untuk dibiakkan dalam persekitaran yang berlainan amatlah tidak
sesuai. Penggunaan bahan-bahan kimia yang bertoksik akan menjejaskan alam sekitar. Kesihatan
manusia akan terjejas dengan pengambilan ikan-ikan ini sebagai makanan harian.
Bahagian C [50 markah]

18. Perselisihan faham antara Malaysia dengan negara-negara jiran tercetus akibat pelbagai isu
merentasi sempadan. Namun demikian, tindakan yang diambil dapat menyelesaikannya dengan
baik. Bincangkan.

JAWAPAN SOALAN 18

Pendahuluan : Pelbagai isu yang timbul menyebabkan berlaku perselisihan dan konflik antara Malaysia
dengan negara jiran terdekat. Namun demikian, isu-isu yang timbul sentiasa dapat ditangani oleh
Malaysia dengan baik.

Bil Isi/idea Huraian


A. Isu-isu
1 Pencerobohan  Mengeruhkan hubungan Malaysia dengan Filipina
Lahad Datu  Berkaitan isu tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah
 Menjejaskan keamanan dan kedaulatan Negara
2 Tuntutan bertindih  Perebutan antara Malaysia dan Singapura
terhadap Pulau  Isu dibawa dan dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa
Batu Putih  Menjejaskan keharmonian hubungan kedua negara
3 Tuntutan Pulau  Malaysia mengisytiharkan Wilayah Pelantar Laut yang merangkumi
Sipadan dan Ligitan Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan
 Tindakan Malaysia dibantah oleh Indonesia
 Isu dibawa dan dibicarakan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa
4 Isu Wilayah Pattani  Menimbulkan konflik Malaysia dengan Thailand
 Thailand menuduh Malaysia memberi bantuan kepada puak pemisah
Pattani
 Menimbulkan kekeruhan hubungan antara kedua buah Negara
5 Pelarian  Timbul akibat Perang Saudara di Kampuchea dan Vietnam
 Pelarian akibat krisis di Selatan Filipina dan Myanmar
 Malaysia terpaksa menerima dan memberi perlindungan kepada
pelarian
6 Pendatang asing  Ramai pendatang asing tanpa izin dari Indonesia dan Thailand
tanpa izin masuk ke negara ini
 Menimbulkan pelbagai isu jenayah dan sosial
 Malaysia terpaksa menanggung beban untuk menghantar pulang
pendatang asing ke Negara asal
7 Lorong  Laluan haram memasuki sesebuah negara untuk melakukan kegiatan
Bil Isi/idea Huraian
jenayah dan penyeludupan
tikus  Sukar dikesan dan dibanteras kerana sempadan yang panjang dengan
bantuan orang tempatan
B. Tindakan menangani
5 Menjalin hubungan  Jalin kerjasama erat menerusi ASEAN
baik menerusi  Memastikan setiap anggota ASEAN tidak campur tangan hal ehwal
ASEAN dalaman negara lain
 Bergerak aktif dalam forum serantau
6 Mewujudkan  Kerjasama ekonomi antara negara dan dalam ASEAN
kerjasama ekonomi  Hubungan ekonomi dapat membantu menjernihkan hubungan
antara negara berkenaan
 Negara-negara yang menjalin hubungan ekonomi saling
memerlukan antara satu dengan yang lain
7 Mewujudkan  Kerjasama ketenteraan antara Malaysia dan Indonesia di perairan
kerjasama Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu bagi memastikan
pertahanan sempadan maritim selamat daripada ancaman lanun
 Kerjasama kawal sempadan maritim dan kawasan lorong tikus
untuk elakkan penyeludupan dan kemasukan PATI
 Mewujudkan ESSZONE dan ESSCOM di perairan Sabah
8 Mengadakan  Berpegangkepada prinsip rundingan dalam menyelesaikan
rundingan pertikaian dan konflik antara negara
 Menyertai mesyuarat yang melibatkan negara anggota ASEAN dan
menyuarakan pandangan berkaitan pelbagai isu.
9 Memberi bantuan  Memberi bantuan kemanusiaan dan kewangan kepada pelarian dan
kemanusiaan / kaum Rohingya
kewangan

Kesimpulan: Malaysia sentiasa berusaha untuk mencari jalan penyelasaiannya demi mengekalkan
kelangsungan hubungan antara negara ASEAN dan demi mewujudkan kerjasama dan keamanan sejagat.

Jawapan 2+3 @ 3+2


19. Liberalisasi dalam perdagangan banyak memberi kelebihan kepada negara. Namun begitu,
kelemahannya tidak boleh dipandang ringan.Bincangkan.

JAWAPAN SOALAN 19

Pendahuluan : Liberalisasi perdagangan telah diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia. Walaupun
mempunyai banyak kelebihan namun, kesan negatif pengamalannya tidak boleh dipandang ringan.

Bil Isi/idea Huraian


A. Kelebihan liberalisasi perdagangan
1 Merancakkan pertumbuhan - pasaran bebas membolehkan produk tempatan dieksport
ekonomi negara - lebih banyak industri tempatan menghasilkan produk
- kegiatan perdagangan dan industri akan lebih rancak

2 Meningkatkan daya saing - mendedahkan persaingan sengit antara produk luar dengan
produk tempatan
- pengusaha terpaksa mencari jalan meningkatkan kualiti
produk
- membolehkan persaingan sihat menepati kehendak pasaran
3 Meningkatkan produktiviti - pengusaha tempatan akan meningkatkan kualiti dan
kuantiti produk
- kepelbagaian hasil produk dapat dikeluarkan
- meningkatkan produktiviti dan pendapatan syarikat/negara

4 Membuka lebih banyak - negara menjadi tumpuan pelabur luar


pelaburan - lebih banyak kawasan perindustrian dibangunkan
- AFTA, PTA, ASEAN Growth Triangle
- membenarkan kemasukan FDI dan pegangan ekuiti asing
Bil Isi/idea Huraian
5 Pasaran produk lebih luas - kurangnya sekatan seperti tarif dan cukai
- membolehkan produk negara menembusi pasaran luar
- pasarkan ke ASEAN, Negara-negara Selatan, Jepun dsb

6 Pembangunan teknologi baru/ - usaha meningkatkan produktiviti menyebabkan


R&D R&D dibangunkan dengan giat
- pengusaha sentiasa mencari jalan meningkatkan kualiti dan
mengeluarkan produk baru yang lebih baik
- tumpuan terhadap R&D diutamakan

7 Peluang pekerjaan yang banyak - permintaan terhadap produk semakin berkembang


- menyebabkan ekonomi berkembang.
- lebih banyak industri dan kilang dibangunkan
- membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
B. Kelemahan liberalisasi perdagangan
8 Monopoli syarikat besar/modal - syarikat besar mempunyai kuasa menguasai pasaran
besar - menenggelamkan kemampuan syarikat kecil/tempatan
- tidak mampu bersaing/gulung tikar

9 Pergantungan terhadap - rakyat dikhuatiri lebih mempercayai produk luar


pelaburan/industri asing - negara juga akan bergantung kepada pelaburan asing
- kekuatan ekonomi negara ditangan syarikat asing

10. Polisi perlindungan dihapuskan - kerajaan akan mengurangkan polisi perlindungan terhadap
produk tempatan
- menyebabkan produk tempatan menjadi kurang sambutan
- contoh kereta nasional

11 Persaingan tinggi/tidak mampu - pengusaha tempatan tidak mempunyai modal besar


bersaing - teknologi masih rendah tidak mampu menyamai kualiti
produk luar
- tidak mampu menyaingi kualiti produk luar .

Kesimpulan: Malaysia perlu menyediakan langkah-langkah pragmatik dalam menangani kesan buruk
amalan perdagangan bebas ini.
Format Jawapan : 3+2 @ 2+3
20. Kawasan pentas benua di Laut China Selatan merupakan antara punca berlakunya pencerobohan
nelayan asing di perairan Malaysia. Keadaan ini membawa pelbagai kesan negatif. Bincangkan.
JAWAPAN SOALAN 20

Pendahuluan : Pencerobohan nelayan asing di perairan Malaysia menjadi isu utama yang menjadi
permasalahan kepada Malaysia. Terdapat pelbagai punca dan kesan negatif yang wujud akibat
pencerobohan ini.

Bil Isi/Idea Huraian


A. Punca
1. Kawasan pentas benua(Idea  Lokasi strategik-perairan cetek
wajib)  Perairan luas-tumpuan nelayan-banyak ikan
 Lokasi perikanan terbaik
2. Kaya dengan sumber laut  Sumber protein utama rakyat
 Pentas benua menjadikannya kaya dengan
sumber protein
 Penghijrahan ikan mengikut musim
3. Artifak kapal karam  Penjelajahan dan penjajahan oleh barat melalui
laut/sejarah
 Peperangan
 Kapal karam
 Nelayan asing curi artifak
4. Penguatkuasaan undang-undang  Kurang pemantauan
longgar  Kurang penguatkuasa/kakitangan
 Sukar mengesan sebab perairan laut yang luas
B. Kesan negatif
5. Menjejaskan pendapatan nelayan  Nelayan asing menggunakan pukat tunda dan
pukat sotong yang diharamkan di negara kita
 Penggunaan pukat ini mengganggu pukat, bubu
dan ujam nelayan
 Kekurangan hasil pendapatan akibat
penangkapan berlebihan
 Pendapatan nelayan terjejas
6. Mengancam keselamatan nelayan  Perompakan di laut ala tentera
Bil Isi/Idea Huraian
 Penggunaan senjata api dan ugutan
7. Menjejaskan ekosistem  Penggunaan pukat tunda yang diharamkan,
laut/marin pukat sotong dan tunda ganding
 Karang-karangan mati
 Habitat akuatik terancam
 Pembiakan plankton terjejas
8. Pencemaran  Pembuangan sisa minyak ke laut
 Sisa peralatan kapal
9. Hilang warisan sejarah  Artifak dari kapal karam dicuri
 Nelayan asing diupah oleh individu tertentu
untuk mencuri artifak
10. Kerugian nelayan  Jaring/peralatan rosak
 Rompak hasil nelayan
 Terpaksa keluar modal sendiri untuk baiki
11. Imej negara terjejas  Sempadan perairan sering dibolosi
 Penguatkuasaan lemah
 Kes-kes pencerobohan kurang dapat diselesaikan
 Ancaman masih berleluasa

Kesimpulan: Pencerobohan nelayan asing di perairan negara adalah disebabkan oleh kekayaan sumber
ikan.Tidak ramai rakyat Malaysia yang mahu menerokai perikanan laut dalam.
Jawapan:
3+2/2+3 isi/idea

You might also like