You are on page 1of 5

Set Induksi

Pengenalan Konsep Darab


1. Guru menjelaskan simulasi konsep darab menggunakan bahan konkrit untuk mewakili kumpulan
2. Murid memahami istilah ‘kali’ yang juga bermaksud darab, simbol darab, sama dengan, hasil darab dan ayat matematik darab melalui soal jawab.
3. Murid menyebut ayat matematik darab berpandukan kumpulan objek dan kumpulan gambar

Perkembangan/Aktiviti

Mari Bina Sifir


1. Murid ditunjukkan contoh jadual asas sifir yang sedia ada
2. Guru mengedarkan kad imbasan yang mengandungi jadual dan maklumat untuk membina sifir
3. Murid dikumpulkan secara berpasangan dua dua atau tiga tiga di dalam satu kumpulan
4. Guru menunjukkan contoh gerak kerja pembinaan sifir di papan putih
5. Murid melengkapkan aktiviti dengan bimbingan guru

Penilaian & pengukuhan

Latihan formatif

1. Guru mengedarkan lembaran latihan bercetak


2. Murid melengkapkan latihan secara individu
3. Murid berbincang bersama dengan guru untuk jawapan latihan
4. Penilaian dan pentaksiran oleh guru

Refleksi & Penutup

1. Guru mengadakan sesi soal jawab ringkas berkenaan topik dipelajari


2. Murid membuat refleksi kendiri

You might also like