You are on page 1of 17

1.

0 Pengenalan

Sejarah awal menunjukkan bahawa pasukan bomba adalah terdiri daripada pasukan
polis sukarela yang dilantik oleh pemerintahan British di Tanah Melayu ketika itu.
Penubuhan pasukan bomba adalah seiring dengan wujudnya perkhidmatan polis di Tanah
Melayu. Perkataan bomba yang berasal daripada bahasa Portugis iaitu Bombeiros yang
membawa maksud pasukan pemadam. Manakala dalam Kamus Dewan, perkataan bomba
membawa dua maksud iaitu sejenis peralatan yang digunakan untuk mengepam air dan
juga pasukan memadam kebakaran.

Penubuhan pasukan bomba bermula dengan penubuhan Bomba Sukarela Negeri


Selangor pada tahun 1883 adalah permulaan bagi Perkhidmatan Bomba Malaysia. Pada
ketika itu, Bomba Sukarela Negeri Selangor diketuai oleh H. F Bellamy bersama 15 orang
anggota. Pasukan ini pada ketika itu diletakkan di bawah Lembaga Kebersihan
kemudiannya menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895.
Perkhidmatan pasukan ini terus berkembang hingga ke setiap negeri kemudian diletakkan di
bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Selepas berlakunya perang Dunia
Kedua pada tahun 1946, pasukan ‘Malayan Union Fire Services’ telah ditubuhkan dan
beribu pejabat di Kuala Lumpur. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu,
Perkhidmatan Bomba telah diserahkan semula kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah
pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-
masing. Oleh itu, langkah untuk menyelaraskan Perkhidmatan Bomba kemudiannya
diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Pada 1 Januari 1976, Perkhidmatan Bomba Malaysia dan Bomba dan Penyelamat di
negeri-negeri persekutuan disatukan sebagai sebuah jabatan di bawah persekutuan.
Penyatuan pasukan Perkhidmatan Bomba Malaysia kemudian diletakkan di bawah
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Diikuti Perkhidmatan Bomba Pulau
Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1 Januari 1977 dan pada 15 Mei 1981,
Perkhidmatan Bomba Sabah dan Bomba Sarawak disatukan dengan Perkhidmatan Bomba
Malaysia. Pada 8 Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju untuk menukarkan nama
Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia. Pada 21 Februari 1997, YAB Perdana Menteri
Malaysia keempat dengan rasminya mengumumkan serta melancarkan pertukaran nama,
logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di Genting Highlands. Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam
bidang operasi kebombaan dan menyelamat.

Sejak penularan COVID-19 dikesan pada Februari 2020, JBPM bertanggungjawab


sebagai salah satu agensi frontliner utama bagi menangani wabak pandemik ini. Sehingga

Page | 1
31 Disember 2020, seramai 8,109 anggota JBPM seluruh negeri telah terlibat dalam
melaksanakan lebih 17,000 operasi merangkumi Humanitarian Assistance Disaster Relief
(HADR), pemindahan mangsa, disinfeksi kawasan epicenter / disinfeksi PUI & PUS, sanitasi
awam (melibatkan premis dan zon PKD), bantuan pengurusan jenazah, pemeriksaan
keselamatan kebakaran stesen kuarantin dan lain-lain.

Page | 2
2.0 Analisis S.W.O.T

Analisis S.W.O.T adalah cetusan idea oleh Albert Humprey pada tahun 1960-
1970an. Analisa S.W.O.T merupakan sebuah akronim daripada huruf awalan iaitu Strenghts
(kekuatan), Weakness (kelemahan), Opportunity (Peluang / Potensi) dan Threat (Ancaman /
Risiko). Analisis S.W.O.T merupakan satu kaedah analisis organisasi untuk mengetahui dan
mengukur keadaan organisasi yang berkaitan pada masa sekarang serta bagaimana
organisasi berdepan dengan keadaaan yang akan dihadapi pada masa hadapan dengan
mempertimbangkan faktor-faktor kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman.

Kaedah ini merupakan teknik asas yang sering digunakan di dalam pengurusan
strategik (strategik planning), program pembangunan organisasi (organizational
development), meningkatkan kecemerlangan organisasi (improving company success), dan
mengenalpasti kelebihan dan kekuatan persaingan (identifying competitive advantage).
Menurut Irfan Syah Putra (2012), kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (S.W.O.T)
analisis berdasarkan logikal yang memaksimumkan kekuatan dan peluang, tetapi pada
masa yang sama boleh meminimumkan kelemahan dan ancaman.

Fredi dan Rangkuti (2004) menjelaskan bahawa analisis S.W.O.T adalah penentu
berbagai faktor secara sistematik bagi merumuskan strategi organisasi. Analisis S.W.O.T
merupakan satu kaedah analisis yang digunapakai oleh sesebuah organisasi yang
sistematik dan boleh membantu dalam merangka dan merancang serta susun atur suatu
tindakan untuk mencapai tujuan atau matlamat organisasi. Ia tidak mengira sama ada pelan
tersebut merupakan pelan jangka panjang atau pendek. Selain itu, ia juga berfungsi untuk
mengenalpasti gambaran keadaan sesebuah organisasi dan seterusnya membuat
rancangan strategik bagi mencari penyelesaian masalah. Analisis SWOT membandingkan
antara faktor eksternal peluang dan ancaman dengan faktor internal kekuatan dan
kelemahan. Faktor internal dimasukan kedalam matrik yang disebut matrik faktor strategi
internal atau IFAS (Internal Strategic Factor Analisis Summary). Faktor eksternal
dimasukkan ke dalam matrik yang disebut matrik faktor strategi eksternal EFAS (Eksternal
Strategic Factor Analisis Summary).

Haslina dll (2010) pula menyatakan bahawa analisis S.W.O.T sesuai dalam proses
merangka strategi perhubungan awam, komunikasi korporat, komunikasi audit, komunikasi
pelanggan, dan berbagai bentuk komunikasi yang melibatkan pihak di luar organisasi.
Keempat-empat ciri analisis S.W.O.T dikaitkan dengan faktor persekitaran luaran, faktor
persekitaran dalaman, aspek positif dan aspek negatif. Antara aspek positif adalah kekuatan
dan potensi manakala aspek negatif dilihat dari kelemahan dan risiko yang bakal dihadapi
oleh organisasi tersebut. Faktor persekitaran dalaman dilihat dari kekuatan dan kelemahan

Page | 3
manakala faktor persekitaran luaran dilihat dari potensi dan risiko. Kesemua faktor diambil
kira dalam membuat perancangan. Secara umum, tujuan analisis SWOT adalah untuk
mengetahui kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang dimiliki oleh sesebuah
organisasi.

2.1 Faktor yang Mempengaruhi Analisis SWOT

Daripada keempat-empat komponen iaitu Kekuatan (Strength), Kelemahan (Weakness),


Peluang (Opportunity) dan Ancaman (Threat), analisis S.W.O.T boleh dibahagikan kepada
dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.

i. Faktor Dalaman

Faktor dalaman ini merupakan faktor yang berada dalam persekitaran organisasi itu
sendiri. Faktor ini mempengaruhi komponen Kekuatan (Strength) dan Kelemahan
(Weakness) dalam organisasi seperti:
1. Sumber manusia yang mencukupi
2. Mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan
3. Prasana dan aset yang dimiliki oleh organisasi
4. Sumber kewangan yang terhad

ii. Faktor luaran

Bukan sahaja faktor dalam mempengaruhi analisis S.W.O.T, faktor luaran juga turut
mempengaruhi keputusan analisis. Faktor luaran merupakan faktor persekitaran di luar
organisasi yang boleh mempengaruhi keputusan analisis. Di dalam analisis S.W.O.T, faktor
ini ada pada komponen Peluang (Opportunities) dan Ancaman (Threats). Antara faktor
luaran tersebut adalah:

1. Peluang menjalinkan kerjasama dengan organisasi luar


2. Hubungan antara pengurusan dan pekerja
3. Perkembangan zaman atau tren
4. Perkembangan teknologi dan informasi.
5. Perubahan dasar dalam organisasi.

Page | 4
3.0 Analisis S.W.O.T Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

3.1 Kekuatan (Strengths)

Kekuatan merujuk kepada sumber-sumber atau keupayaan di dalam organisasi


JBPM yang boleh digunakan secara berkesan untuk mencapai matlamat sesuatu
perancangan operasi kebombaan. Keadaan ini boleh dilakukan dengan menyenaraikan
sumber-sumber, kelebihan setiap aspek elemen komunikasi organisasi, dan juga aset-aset
atau peralatan-peralatan termasuk kemahiran yang dimiliki (Velentin, 2001). Semua perkara
tersebut merupakan aspek-aspek yang sedia dimiliki dan boleh digunakan untuk
meningkatkan keupayaan komunikasi organisasi. Senarai kekuatan ini seharusnya
selengkap yang boleh dan mempunyai kaitan dengan komunikasi organisasi.

Kekuatan (strengths) pada organisasi JBPM adalah seperti berikut:

i. Aset kebombaan yang lengkap.


ii. Kemahiran dan pengetahuan dalam operasi kebombaan dan penyelamatan.
iii. Pengetahuan dan mahir dengan undang-undang.
iv. Komunikasi

Kekuatan (Strenghts) yang dapat dilihat melalui operasi kebombaan dan


penyelamatan JBPM. Aset-aset kebombaan seperti jentera penyelamatan yang terkini
memudahkan sebarang operasi kebombaan dan penyelamatan sama ada di darat, air dan
udara. Jentera bomba adalah sebuah lori yang dilengkapkan dengan pelbagai alatan khas
untuk memdamkan kebakaran sama ada kebakaran kediaman, bangunan, kebakaran hutan
dan pelbagai operasi penyelamatan yang lain. Dalam bencana alam seperti banjir, JBPM
turut menggunakan bot penyelamat bagi tujuan pemindahan mangsa banjir ke pusat
pemindahan. Untuk operasi kemalangan jalan raya, JBPM juga dilengkapi dengan ambulan
atau dikenali dengan nama Emergency Medical Rescue Service (EMRS). EMRS digunakan
untuk memberi bantuan awal kecemasan kepada anggota bomba yang cedera atau bantuan
awal kepada orang awam.

Dalam memastikan kesiapsiagaan terhadap kes-kes kecemasan, anggota bomba


sentiasa perlu mengasah dan memantapkan kemahiran dalam menghadapi kes-kes
kebombaan. Kemahiran yang tinggi dan pengetahuan terhadap bahaya yang boleh
mengancam penduduk awam dan harta benda, runtuhan bangunan, tanah dan situasi-
situasi kecemasan yang lain ini merupakan aset yang sangat berharga bagi seorang
anggota bomba. Ini kerana Latihan-latihan pengukuhan dan insentif yang dijalankan
memberikan keyakinan kepada anggota bomba dalam menghadapi apa jua situasi. Selain
kemahiran, pengetahuan tentang setiap kes dan operasi kebombaan yang dikendalikan

Page | 5
membolehkan setiap operasi berjalan dengan baik dan selamat. Pengetahuan seperti
langkah-langkah penyelamatan orang awam yang cedera boleh membantu menyelamatkan
mangsa yang cedera sementara menunggu pihak yang lebih pakar.

Selain daripada kemahiran dan pengetahuan tentang bahaya kebakaran, runtuhan


dan penyelamatan di air, pihak JBPM juga merupakan pihak yang memainkan peranan
dalam menetapkan dasar keselamatan kebakaran dan memastikan pelaksanaannya
mengikut undang-undang yang berkaitan. JBPM juga bertindak sebagai badan yang
bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 di bawah peruntukan
bomba dan penghapusan bahaya kebakaran. Ini termasuklah menggubal keperluan
peraturan dan piawaian berkaitan penggunaan bahan dan sistem pepasangan keselamatan
kebakaran serta memastikan semua keperluan perlindungan sistem pasif dan aktif di premis
menepati kehendak di dalam peruntukan undang-undang dan kod amalan semasa.

Bagi JBPM, kekuatan komunikasi adalah merupakan arahan semasa bagi anggota-
anggota bomba. Oleh kerana JBPM merupakan organisasi yang bekerja dalam situasi
kebakaran dan melibatkan nyawa serta harta benda awam. Oleh yang demikian, pematuhan
arahan semasa melaksanakan tugasan perlu mengikut Standart Operation Procedure
(SOP), untuk memastikan keselamatan anggota serta membuat perancangan untuk
membuat operasi pemadaman yang sistematik.

Di dalam organisasi JBPM terdapat 11 bahagian yang boleh dikenalpasti contohnya


bahagian Operasi Pemadaman, Unit HAZMAT, Unit Udara, STORM, Unit Penyelamatan di
Air (PPDA), Bahagian Latihan, Pengurusan, Kejuruteraan, Bahagian Keselamatan
Kebakaran dan lain-lain. Kesemua bahagian adalah berada di bawah pimpinan Ketua
Pengarah Bomba Malaysia. Kerjasama dalam semua unit dan bahagian sangat penting
dalam setiap pelaksanaan pelan kotengensi JBPM dalam menjalankan apa juga operasi dan
aktiviti yang melibatkan anggota JBPM.

3.2 Kelemahan (Weakness)

Kelemahan merupakan kekurangan yang dimiliki sesebuah organisasi secara


dalaman dan memerlukan penambahbaikan. Berdasarkan ciri-ciri analisis S.W.O.T,
Kelemahan (Weakness) ditakrifkan sebagai apa-apa sistem, prasarana atau aktiviti-aktiviti
komunikasi yang boleh disifatkan sebagai negatif. Kelemahan dirujuk sebagai unsur-unsur
komunikasi dalaman organisasi yang mempunyai ciri-ciri tidak positif terhadap organisasi
dan berpotensi menggagalkan sesuatu matlamat komunikasi yang hendak dicapai. Antara
Kelemahan (Weakness) dalam organisasi JBPM adalah:

Page | 6
i. Latihan atau kursus pengukuhan pengurusan secara dalam talian akibat
kekangan pandemik COVID-19 ketika ini.
ii. Latihan mencegah bahaya kebakaran kepada organisasi tidak dapat
dilakukan
iii. Perlindungan kepada anggota dan aset semasa menjalankan tugas berat
vi. Kurang kemahiran dan pengetahuan tentang penggunaan bahan teknologi
maklumat dan informasi

Pandemik Covid-19 pada ketika ini menyukarkan pegawai untuk merangka latihan
dan kursus intensif secara bersemuka. Latihan dan kursus insentif amat penting untuk
memiliki anggota yang berpengetahuan dan berkemahiran agar sentiasa berada di tahap
yang memuaskan. Pembangunan modul latihan sentiasa dipertingkatkan agar seiring
dengan operasi kebombaan dan penyelamatan yang semakin mencabar. Latihan
pengukuhan ini merangkumi penilaian melibatkan ujian teori, praktikal dan pembelajaran
dan latihan secara berterusan.

Berikutan pandemik COVID-19 masih lagi berleluasa di serata negara, latihan


pencegahan bahaya kebakaran kepada organisasi luar dan orang awam tidak dapat
dilaksanakan secara efektif. Latihan yang dilakukan secara dalam talian hanya
berlandaskan teori dan perkongsian pengalaman adalah tidak efektif. Oleh itu, keadaan ini
menyukarkan pihak JBPM untuk menyampaikan penerangan secara jelas dan praktikal.
Sebagai langkah pencegahan, adalah sebaiknya latihan mencegah kebakaran dilakukan
setiap tahun. Latihan pencegahan ini dibuat untuk memastikan latihan yang diberikan secara
berterusan dan memberi peringatan dan kesedaran kepada orang awam. Latihan ini juga
bukan sahaja sebagai langkah untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda, tetapi juga
untuk memastikan sistem kebakaran sentiasa berkeadaan baik dan berfungsi ketika
kebaaran berlaku.

Dalam pada masa yang sama, kejadian pada Disember 2018 yang menyebabkan
insiden yang menimpa anggota bomba dalam sebuah rusuhan masih terpahat dalam
sejarah pasukan bomba. Pihak yang bertanggungjawab perlu memberi perlindungan kepada
anggota bomba dan asset yang digunakan semasa melakukan operasi kebakaran dan
penyelamatan. Akta-akta yang berkaitan perlu dikemaskini agar keselamatan anggota
mendapat pembelaan sewajarnya. Ini kerana akta yang sedia ada tidak tertakhluk kepada
anggota dan aset dan yang digunakan. Sementara itu, kesiapsiagaan jentera memerlukan
pemeriksaan menyeluruh terhadap asset-aset dan peralatan jentera agar tidak berlakunya
sebarang penyelewangan. Ini kerana asset dan peralatan yang tidak menepati standard
boleh membahayakan keselamatan anggota.

Page | 7
Teknologi maklumat merupakan teknologi yang membolehkan pengumpulan data
dan penganalisis data menjadi maklumat yang berguna. Data dan maklumat sentiasa
diperlukan bagi tujuan peningkatan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. Begitu
juga dalam JBPM, terdapat anggota yang masih lemah dalam penguasaan teknologi
maklumat seperti komputer. Komputer diperlukan dalam pengurusan sama ada menulis
laporan, menghantar emel dan percetakan bahan ilmiah untuk edaran awam.

3.3 Peluang (Opportunities)

Peluang (Opportunities) pula merujuk kepada situasi, keadaan dan aktiviti organisasi
yang merupakan gambaran peluang yang ada di dalam persekitaran luar sesebuah
organisasi dengan tujuan meningkatkan reputasi serta imej organisasi. Secara umumnya,
pengurusan organisasi perlu melihat organisasi itu melalui perspektif orang awam dan
meletakkan diri berada dalam persekitaran luar organisasi yang mungkin boleh dikaitkan
dengan peluang untuk menghadapi cabaran masa hadapan dengan sebaik mungkin.

Peluang yang dapat dilihat dalam JBPM adalah seperti:


i. Jalinan dan peluang latihan bersama agensi lain seperti PDRM, APM dan
lain-lain.
ii. Peluang untuk berkhidmat kepada masyarakat
iii. Peluang memberi latihan kepada pelajar untuk menarik minat kepada kerjaya
bomba.
iv. Memperluaskan aplikasi sistem dan kelengkapan kebombaan yang
berteknologi tinggi

Penglibatan pihak yang berkepentingan di setiap peringkat adalah amat penting bagi
terus meningkatkan tahap kesedaran dan tahap amalan pencegahan kebakaran yang tinggi
dalam kalangan masyarakat kini. Melalui penekatan ini, JBPM sentiasa melaksanakan
aktiviti bersepadu dengan agensi lain seperti PDRM, Angkatan Pertahanan Awam (APM),
dan lain-lain agensi terlibat dalam pengurusan kes. Jaringan ini membolehkan setiap agensi
berkongsi pandangan dan kaedah yang terbaik dengan setiap kes yang dikendalikan.
Setiap anggota berpeluang untuk mewakili JPBM dalam mengikuti kursus penyelamatan
bersama agensi lain sama ada dalam negara ataupun di luar negara.

Latihan yang dijalankan akan membuka lebih peluang untuk setiap anggita bomba
berkhidmat dengan masyarakat dengan menggunakan kepakaran yang telah dipelajari.
JBPM turut membuka peluang kepada kaum lain untuk menyertai JBPM. Ini memberi
peluang kaum lain untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum dan etnik
disamping mempu mengubah diri menjadi lebih berdisiplin. Setiap kaum dan etnik
mempunyai kepakaran masing-masing yang boleh digunakan dalam membantu masyarakat

Page | 8
umumnya. Oleh yang demikian, setiap kaum atau etnik memainkan peranan apabila
kempen-kempen keselamatan kebakaran dan bahaya kebakaran di tempat-tempat tertentu.

Selain memberi peluang kepada kaum dan etnik yang lain, JBPM juga membuka
peluang kepada pelajar mengetahui lebih dalam terhadap tugas sebagai anggota bomba
dan penyelamat yang mencabar kerana anggota bomba bukan sahaja memadam kebakaran
tetapi pelbagai kemahiran dan kepakaran lain yang dimiliki bagi memastikan mangsa berada
dalam keadaan selamat. Peluang ini membolehkan pelajar merasai pengalaman sebagai
anggota bomba. Penubuhan Kadet Bomba dan Penyelamat Malaysia di sekolah-sekolah
adalah untuk meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri dan
mempunyai rasa tanggungjawab kepada harta benda dan masyarakat. Selain itu, ini
peluang JBPM untuk memupuk kesedaran tentang bahaya kepada kebakaran dan insiden
yang tidak diingini serta langkah-langkah pencegahan. Penubuhan kadet bomba dari
sekolah lagi mampu menanam minat untuk menjadi seorang anggota bomba dan
penyelamat sebagai kerjaya.

Sejajar dengan menarik minat dan peluang menjadi sebahagian daripada anggota
penyelamatan, JBPM harus mengikut arus kemodenan. Kini, dunia telah diperkenalkan
dengan teknologi yang berasaskan Artificial Intelligence (AI) dan Internet of Things (IoT).
Pad masa ini, JBPM harus memperluaskan dan meningkatkan penggunaan aplikasi sistem
teknologi maklumat dan kelengkapan kebombaan yang lebih berteknologi tinggi dan
strategik seperti penggunaan dron, robotik serta penggunaan aplikasi berasakan teknologi
AI dan IoT. Peluang ini boleh dilihat melalui Konvensyen Inovasi dan Kreatif (KIK) yang
dijalankan setiap tahun agar setiap anggota mengeluarkan idea-idea yang boleh dimajukan
seterusnya digunapakai dalam operasi penyelamatan.

3.4 Ancaman (Threats)

Ancaman (Treats) membawa maksud risiko, perkara atau keadaan yang melibatkan
faktor-faktor luar organisasi yang menjadi penghalang dalam menjayakan sesuatu tidakan
dan operasi organisasi dengan berkesan. Sebarang perubahan persekitaran luaran boleh
memberi ancaman kepada anggota dan organisasi. Dalam JBPM, ancaman boleh dirujuk
dengan pengurusan risiko semasa operasi kebombaan dilaksanakan. Pengurusan risiko
dapat membantu JBPM menentukan dan memastikan jalan yang terbaik bagi mengatasi
halangan semasa melakukan operasi penyelamatan. Perancangan hendaklah dibuat secara
teratur dan mengikut Standard Operation Procedure (SOP) agar sebarang usaha
penyelamatan dapat berjalan lancar.

Ancaman (Threats) yang dapat dilihat dalam JBPM adalah seperti:

Page | 9
i. Risiko dan tugas yang berat ketika menjalankan operasi kebombaan
ii. Berdepan dengan masalah persekitaran dan geografi kawasan kes.
iii. Berdepan masalah dengan orang awam

Ancaman (Threats) yang dapat dilihat semasa menjalankan tugas ketika


menjalankan operasi pemadaman api. Keadaan struktur bangunan yang tidak kukuh
ditambah dengan api yang sedang marak mengundang risiko kepada anggota bomba.
Walaupun dengan latihan yang mencukupi sebagai langkah persediaan, namun kes
kemalangan masih tidak dapat dielakkan. Banyak kejadian yang menimpa kepada anggota
bomba ketika menjalankan operasi seperti kejadian cedera ketika melakukan pemadaman.
Selain kebakaran, usaha penyelamatan di air juga menjadikan anggota bomba maut.
Walaupun mereka yang hadir setiap kes tersebut mahir dengan tugasan, namun risiko tetap
ada dan wujud.

Risiko ini juga melibatkan masalah dengan kawasan persekitaran dan keadaan
geografi bentuk muka bumi. Anggota bomba telah membuat penilaian dan perancangan
namun kerana masalah persekitaran yang menyebabkan anggota sukar untuk melakukan
pemadaman kebakaran dan operasi penyelamatan. Contoh yang boleh dilihat apabila
melibatkan kawasan hutan dan kawasan belukar. Masalah yang dihadapi adalah sumber air
yang terhad utuk membuat pemadaman. Ini kerana ketiadaan sumber air dan hanya
menggunakan air dalam tangka jentera. Pemadaman tidak akan dapat dilakukan dengan
cepat dan lancar. Selain itu keadaan angin dan cuaca yang berubah-ubah menyukarkan lagi
operasi selain boleh membahayakan keselamatan anggota bomba.

Kelewatan anggota bomba dan penyelamat sering kali mengundang kecaman


daripada orang awam. Namun, bagi bandar-bandar besar yang mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi tentunya akan menghadapi masalah seperti kesesakan jalan raya.
Ketika waktu puncak, segelintir orang awam menggunakan lorong kecemasan sebagai
laluan pintas untuk ke destinasi dengan cepat. Namun, sikap penpentingkan diri itulah yang
menyebabkan kelewatan pasukan penyelamat untuk tiba di lokasi dengan cepat. Selain itu,
kawasan kediaman yang padat juga memperlihatkan kenderaan-kenderaan yang diparkir di
sepanjang jalan menyukarkan jentera bomba untuk melalui jalan tersebut untuk tiba dilokasi
dengan pantas seterusnya dapat menjalankan tugas-tugas penyelamatan. Terdapat juga
kes di mana anggota bomba diserang ketika melakukan tugas memadam kebakaran rumah
dipercayai bomba lambat memadamkan kebakaran rumah beliau. Namun, kes anggota
bomba diserang adalah kes-kes terpencil atau tidak banyak yang berlaku.

Page | 10
Dalam revolusi industri 4.0, negara semakin maju dengan perubahan teknologi yang
serba canggih. Tidak terlepas kepada anggota bomba. Perkembangan teknologi yang
semakin pantas menyebabkan segelintir anggota tidak mampu untuk mengikut peredaran
zaman teknologi maklumat dan komunikasi kini. Anggota bomba perlu dibekalkan dengan
pengetahuan dan ilmu yang merangkumi teknologi dan revolusi industri 4.0, IoT dan
teknologi maklumat. Peralatan kebombaan juga perlu dipertingkatkan seiring dengan
perkembangan pengetahuan ilmu anggota bomba. Ini kerana

Kekuatan (Strenghts) Kelemahan (Weakness)


i. Aset kebombaan yang lengkap. i. Latihan atau kursus pengukuhan
ii. Kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan secara dalam talian akibat
operasi kebombaan dan kekangan pandemik COVID-19 ketika
penyelamatan. ini.
iii. Pengetahuan dan mahir dengan ii. Latihan mencegah bahaya kebakaran
undang-undang. kepada organisasi tidak dapat
iv. Komunikasi yang berkesan dilakukan
iii. Perlindungan kepada anggota dan
aset semasa menjalankan tugas berat
vi. Kurang kemahiran dan pengetahuan
tentang penggunaan bahan teknologi
maklumat dan informasi

Peluang (Opportunities) Ancaman (Threats)


i. Jalinan dan peluang latihan bersama i. Risiko dan tugas yang berat ketika
agensi lain seperti PDRM, APM dan menjalankan operasi kebombaan
lain-lain. ii. Berdepan dengan masalah
ii. Peluang untuk berkhidmat kepada persekitaran dan geografi kawasan
masyarakat kes.
iii. Peluang memberi latihan kepada iii. Berdepan masalah dengan orang
pelajar untuk menarik minat kepada awam
kerjaya bomba. iv. Teknologi yang semakin maju
iv. Memperluaskan aplikasi sistem dan
kelengkapan kebombaan yang

Page | 11
berteknologi tinggi

4. Aplikasi SWOT

4.1 Strategi Kekuatan (S)-Peluang (O)

Strategi S-O juga boleh dilihat dari perspektif asset yang lengkap dan latihan
bersama agensi luar seperti pihak hospital, PDRM, APM dan lain-lain agensi. Hal ini amat
penting dalam usaha berkongsi maklumat, data dan kaedah menyelamat. Jalinan dan
latihan bersama akan memantapkan organisasi masing-masing. Jalinan juga akan
mengurangkan persaingan yang mana setiap agensi penyelamat mempunyai kelebihan
masing-masing.

Pengetahuan dan kemahiran anggota bomba juga boleh dikongsi bersama orang
awam bagi meningkatkan kesedaran kepentingan mencegah bahaya kebakaran. Peluang ini
juga akan merapatkan hubungan orang awam dengan anggota bomba agar orang awam
faham dengan fungsi dan tugas anggota bomba yang semakin mencabar.

4.2 Strategi Kelemahan (W)-Peluang (O)

Strategi bagi mengatasi kelemahan adalah dengan menggunakan kelebihan-


kelebihan peluang dan potensi-potensi yang wujud. Strategi ini merujuk kepada bertindak
mengatasi kelemahan dengan melaksanakan perkara-perkara yang berpotensi dan
bermanfaat untuk dilaksanakan oleh organisasi. Organisasi boleh mengambil langkah yang
mewujudkan pusat informasi organisasi di tempat-tempat awam atau menaikkan imej
organisasi dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Latihan kebakaran pada premis, organisasi, jabatan kerajaan atau rumah


persendirian yang tidak dapat dijalankan secara bersemuka dalam 2 tahun kebelakangan
menjadikan orang awam mungkin terlupa kaedah dan langkah-langkah menyelamatkan diri
sekiranya berlaku kecemasan seperti kebakaran. Penggunaan aplikasi yang baik dan
mudah boleh membantu anggota bomba memberi latihan secara lebih sistematik
berbanding hebahan menggunakan cara konvensional dengan mengedarkan risalah-risalah
keselamatan. Aplikasi yang dimasukkan ke dalam telefon pintar boleh digunakan di mana

Page | 12
sahaja kerana orang awam sentiasa membawa telefon pintar ke mana sahaja. Oleh itu,
aplikasi tersebut mudah dicapai dengan cepat dan mudah.

4.3 Strategi Kekuatan (S)-Ancaman (T)

Strategi ini menggunakan kekuatan yang dimiliki oleh organisasi untuk


mengurangkan risiko-risiko yang wujud. Sebagaimana sedia maklum, ancaman merupakan
risiko di luar kawalan organisasi. Risiko sukar diatasi tetapi perlu ditangani menerusi
langkah-langkah yang bersesuaian bagi mengurangkan risiko. Reputasi dan imej organisasi
boleh diperbaiki dengan menganalisis kekuatan iaitu meningkatkan saluran komunikasi yang
baik dan pelbagai yang dimiliki oleh organisasi. Menerusi kaedah ini maka risiko tersebut
berpotensi dikurangkan apabila lebih banyak kebaikan dan peluang kepada golongan
sasaran.

Kekuatan anggota JBPM seramai 14,000 yang aktif dan akan terus ditambah
diharapkan mampu untuk meringankan tugas-tugas berat anggota bomba. Begitu juga aset
dari segi jentera dan uniform kalis api yang baharu juga dipertingkatkan kualitinya. Naik taraf
aset-aset ini penting dalam menjaga keselamatan anggota bomba, orang awam dan
menurunkan risiko kerosakan harta benda awam. Aset dan kelengkapan anggota bomba
yang dipertingkatkan mampu mengurangkan kecederaan kepada anggota bomba. Anggota
bomba sering terdedah kepada ancaman semasa menjalankan tugas pemadaman dan
penyelamatan.

Disamping aset dan kelengkapan, kemahiran dan pengetahuan juga penting dalam
menghadapi situasi genting seperti kebakaran hutan, tanah runtuh dan penyelamatan di air.
Penilaian risiko ancaman mampu menyelamatkan nyawa dan mengurangkan kerosakan
kepada harta benda. Penggunaan aplikasi yang terkini membantu meningkatkan kecekapan
penilaian risiko yang melibatkan keadaan geografi dan bentuk muka bumi selain
menggunakan pengetahuan anggota bomba yang mahir dengan kawasan-kawasan tertentu.

Namun, kelebihan yang ada pada pegawai bomba dan anggota bomba dalam
menguatkuasakan pencegahan dan keselamatan bangunan membantu dalam mencegah
dari berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

4.4 Strategi Kelemahan (W)-Risiko (T)


Strategi W-T merupakan perancangan yang akan diambil bagi meminimumkan
kelemahan-kelemahan yang ada dan seterusnya mengelakkan risiko yang boleh
menggangu perjalanan sesebuah organisasi. Setelah mengenalpasti setiap kelemahan yang
ada, tindakan pembaikan yang sewajarnya harus diambil bagi mengurangkan risiko yang
ada dalam organisasi. Tindakan ini menyekat risiko lain yang akan mengeskploitasi

Page | 13
kelemahan yang ada untuk kepentingan mereka. Justeru itu, risiko yang bakal dihadapi oleh
organisasi dapat dikurangkan dan dielakkan dari terus menggugat organisasi.

Dalam mengatasi setiap kelemahan dan risiko yang ada, JBPM telah mengenalpasti
kelemahan-kelemahan yang ada serta jalan penyelesaian bagi setiap kelemahan dan risiko.
Tindakan yang sewajarnya dan penyelesaian kepada kelemahan dan risiko tersebut harus
diambil bagi mengurangkan kelemahan dan risiko terhadap JBPM. Kelemahan dari segi
pengurusan latihanKelemahan-kelemahan yang telah diuruskan mampu mewujudkan situasi
yang stabil kepada organisasi Z. Contohnya kelemahan skrin digital besar adalah
penggunaan kos elektrik yang semakin bertambah. Kelemahan tersebut boleh diselesaikan
dengan mengaktifkan skrin digital besar pada masa-masa tertentu sahaja. Dengan ini, risiko
kewangan dapat dielakkan oleh organisasi Z.

4.0 Kesimpulan

Komunikasi organisasi yang efektif boleh membawa banyak perubahan dalam


kegiatan aktiviti yang dilaksanakan dalam dan luar organisasi. Interaksi diantara ahli-ahli
dalam organisasi dari peringkat atasan hingga bawahan memerlukan aliran komunikasi
serta keberkesanan dalam setiap penyampaian. Dalam aspek komunikasi organisasi
maklum balas dalam perhubungan dua hala sangat memainkan peranan penting dari segi
penyampaian maklumat. Oleh itu, telah menjadi tanggunjawab seorang pemimpin organisasi
untuk memastikan semua ahli dalam organisasi penerimaan maklumat berkaitan dengan
pelan kotengensi atau perubahan diterima dengan baik oleh setiap ahli organisasi disetiap
peringkat. JBPM merupakan sebuah organisasi yang mmengamalkan iklim komunikasi yang
pelbagai. Maka telah menjadi kewajiban organisasi memastikan pegawai dan anggota yang
berkhidmat memahami tujuan dan matlamat organisasi tersebut contohnya misi JBPM iaitu
“Memberi Perkhidmatan Kebombaan dan Penyelamatan yang Profesional bagi
menyelamatkan nyawa dan harta benda demi kesejahteraan rakyat”.

Kaedah Analisis SWOT pula merupakan kaedah asas yang membantu dalam
melakukan analisis strategi. Ia merupakan analisis yang berupaya untuk mencari kelemahan
yang terdapat dalam organisasi. Analisis ini juga memberikan hujahan dari 4 sudut yang

Page | 14
berbeza di mana megenal kekuatan dan mengurangkan kelemahan serta meningkatkan
peluang dan mengurangkan ancaman. Bagi JBPM ia adalah sangat perlu untuk dijadikan
penambahbaikan dalam organisasi yang berasas kualiti antarabangsa iaitu International
Organization for Standardization (ISO).

5.0 Rujukan

Sharifah Baharum, and Joki Perdani Sawai, and R. Balan Rathakrishnan. (2006).
Hubungan Antara Komunikasi Dalam Organisasi Dengan Kepuasan Kerja, Prestasi
Kerja Dan Komitmen Kerja. Faculty of Psychology and Education, Universiti Malaysia
Sabah. 1675-1930

Che Su Mustaffa.(2004). Keberkesanan Komunikasi Organisasi: Satu Analisis


Multidimensi. Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Utara Malaysia. 91-
122.

Wan Idros Wan Sulaiman, Maizatul Haizan Mahbob. (2015). Hubungan Komunikasi
Keorganisasian Dengan Perancangan Strategik Modal Insan Universiti Kebangsaan
Malaysia. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 31. 1-14.

Page | 15
Zuhrotun Nisak. (2013). Analisis Swot Untuk Menentukan Strategi Kompetitif. Jurnal
Penelitian Unisal. Vol 9.

Rosidayu Hj Sabran. (2006). Kepentingan Audit Komunikasi. Program Komunikasi


Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM).

Haslina Halim., dll (2010). SCCA 3013 Pengurusan Komunikasi Strategik. Pusat
Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia Sintok.

Irfan Syah Putra. (Disember, 2012). Poverty, population growth, and human capital
development in Kedah Darul Aman. A Project Paper for the Degree of Master of
Science Management. Diakses daripada http://etd.uum.edu.my/3563/1/s809247.pdf

Mohamed, Z. A. (2007). Pengurusan strategik. Utusan Pub. & Dist.

Lestari, A. S. (2019). Penerapan Manajemen Strategik Dengan Analisis SWOT Pada SMP
Negeri 4 Kendari. Jurnal Isema : Islamic Educational Management, 4(1), 1–24.
https://doi.org/10.15575/isema.v4i1.5173

Hubungan antara Pengurusan Sumber Manusia dengan Prestasi Organisasi: Kajian


Empirikal Terhadap Organisasi Pembuatan di Malaysia. (2013). Jurnal Pengurusan,
38, 111–117. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2013-38-10

Zainal Abidin, M. Z. B., Firdaus, A., & Md Syed, M. A. (2021). Komunikasi Strategik dalam
Pengurusan Komunikasi Organisasi: Definisi, Pendekatan dan Pelaksanaan. Jurnal
Pengajian Media Malaysia, 23(1), 49–64. https://doi.org/10.22452/jpmm.vol23no1.4

Hubungan Amalan Pengurusan Keselamatan dengan Pematuhan Keselamatan Pekerjaan


di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. (2013). Jurnal Pengurusan, 37, 133–
142. https://doi.org/10.17576/pengurusan-2013-37-13

Ma’anam, S. S., Abdul-Rahman, A., & Mat Isa, R. (2020). Analisis SWOT bagi Perjanjian
Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPPA): Kes syarikat unit

Page | 16
amanah di Malaysia. Malaysian Journal of Society and Space, 16(2).
https://doi.org/10.17576/geo-2020-1602-19

Almazrouei, A., & Md Yassin, A. (2020). A Sustainable Approach for Organisational using
Strategic Management. International Journal of Sustainable Construction
Engineering and Technology, 11(2). https://doi.org/10.30880/ijie.2020.11.02.030

Pengurusan Sumber Manusia Strategik: Beberapa Isu Penyelidikan. (1995). Jurnal


Pengurusan, 14, 119–133. https://doi.org/10.17576/pengurusan-1995-14-07

Page | 17

You might also like