You are on page 1of 15

SULIT

PT3 2019
TINGKATAN 3
02/1

UJIAN BERTULIS (kertas 1) 1 jam 30 minit

ARAHAN:

1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu.

2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.
Bahasa Melayu

3. Kertas ini mengandungi tida bahagian :Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian

C.
N
4. Anda dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B
A
serta Bahagian C.
M
A
5. Jawapan Bahagian A hendaklah dijawab pada kertas objektif yang disediakan.
:
6. Jawapan Bahagian B dan Bahagian C hendaklah ditulis pada ruangan jawapan
yang disediakan dalam kertas soalan ini.

… Untuk Kegunaan Pemeriksa

…Nama Pemeriksa :

… Soalan Markah Penuh Markah Diperoleh

…Bahagian A 20
…Bahagian B 25

…Bahagian C 15

… 60

Jumlah

…………………………………………………………..

ANGKA GILIRAN :

1 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
Soalan 1 hingga 7
Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah ini.

1 Mak Salmah ___________ ubi keledek untuk dibuat kuih keria.

A menjerang
B memasak
C menumis
D merebus

2 Mulut dukun itu ___________ ketika dia cuba merawat pesakitnya.

A kusut-masai
B kumat-kamit
C karut-marut
D kelip-kelip

3 Beberapa orang pelajar mengalami cirit-birit dan muntah-muntah akibat makan

makanan yang sudah _________.
A basi
B busuk
C hangus
D hangit

4 ___________ yang tidak mempunyai lesen perniagaan akan dikenakan tindakan

undang-undang oleh pihak berkuasa.
A Pemborong
B Pengurus
C Peniaga
D Petani

5 Encik Ameer ____________ bekerja di Brunei sebagai jurutera selama enam tahun.
A sudah
B hendak
C pernah
D belum

2 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
6 Hari Inovasi dilancarkan untuk melahirkan rakyat yang memiliki ___________ yang
tinggi agar setanding dengan masyarakat negara maju.
A daya maju
B daya kreatif
C daya upaya
D daya saing

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah ini.

7 Emak menempah kek hari lahir itu __________ kakak.

A bagi
B untuk
C kepada
D terhadap

Soalan 8 – 9
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

8 I Hasrat abang untuk menjadi tentera tidak pernah luntur walaupun ditentang oleh ibu.
II Ada orang gemar membeli kereta terpakai kerana harganya luntur.
III Warna baju yang dibuat daripada kain sutera ini tidak luntur walaupun kerap dicuci.
IV Cuaca agak luntur kerana langit kelihatan mendung sahaja.

A I dan III sahaja

B II, dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

3 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
9 I Puan Laili menegur anaknya yang mencelah ketika beliau berbual dengan jirannya.
II Berita tentang kejadian tanah runtuh itu kami dengar mencelah radio.
III Kami terpaksa mencelah di tengah-tengah orang ramai kerana ingin melihat wajah
pelakon yang tampan itu.
IV Lampu di tepi jalan itu mencelah ke kawasan taman permainan.

A I dan III sahaja

B II dan IV sahaja
C I ,II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 hingga 11
Pilih ayat-ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir
dengan ayat yang dicetak tebal.

10 “Sekiranya tiada apa-apa masalah,saya dan keluarga akan berhijrah ke

Singapura pada bulan hadapan,”kata Puan Lily kepada ibu.
A Puan Lily memberitahu ibu bahawa dia sekeluarga akan berhijrah ke Singapura
pada bulan hadapan jika tiada apa-apa halangan.
B Puan Lily mengajak ibu berhijrah ke Singapura pada bulan hadapan sekiranya
ibu tiada apa-apa halangan.
C Puan Lily sekeluarga akan ke Singapura bersama-sama ibu pada bulan hadapan
sekiranya tiada halangan.
D Ibu diberitahu oleh Puan Lily bahawa mereka mungkin berpindah ke Singapura
pada bulan hadapan jika tiada masalah.

11 Harga barang-barang keperluan harian semakin meningkat berikutan

kenaikan harga petrol hingga membebankan para pengguna.
A Harga petrol naik kerana kenaikan harga barang-barang keperluan harian hingga
membebankan para pengguna.
B Para pengguna berasa tertekan berikutan kenaikan harga barang-barang
keperluan dan harga petrol.
C Kesan daripada kenaikan harga petrol ialah kenaikan harga barang-barang
keperluan harian hingga membebankan para pengguna.
D Para pengguna berasa beban kerana harga petrol dan barang-barang keperluan
harian meningkat secara mendadak.

4 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
Soalan 12 hingga 13
Pilih ayat-ayat yang betul.
12 I Rumah yang kebakaran itu masih lagi berasap walaupun apinya telah
dipadamkan tiga jam yang lalu.
II Lembu yang disembelih itu menghentikan pernafasannya lalu mati.
III Semua penjawat awam akan menerima bonus dua bulan gaji pada hujung tahun
ini.
IV Jambangan bunga yang cantik itu untuk Puan Rosnah.

A I dan II sahaja
B II dan III sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

13 I Warna bajunya luntur setelah terkena cecair peluntur.

II Almari yang cantik dan mahal itu diimport daripada luar negara.
III Tolong jangan sepahkan pakaian kamu di dalam bilik.
IV Ramli tetap berlatih di padang walaupun kakinya luka terkena kaca.

A I dan II sahaja
B I dan IV sahaja
C III dan IV sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 14 hingga 15
Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi ayat- ayat yang berikut.

14 Puan Asiah telah kehilangan suami dua tahun lepas akibat penyakit jantung. Kini,
anak tunggalnya pula terkorban dalam kemalangan jalan raya. Keadaan Puan Asiah
dikatakan
A sudah jatuh ditimpa tangga
B bagai bulan dipagar bintang
C enggang lalu ranting patah
D nasi sudah menjadi bubur

15 Encik Leong mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia walaupun sudah

berpuluh-puluh tahun menetap di England seperti peribahasa

A sambil menyelam minum air

B di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
C sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
D setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau.

5 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
Soalan 16 – 20
Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.

Senja di Palang Besi

Senja mula menangis

remang membongkar sendu
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya
berlari di celah jambangan bunga dedawai
menari mengikat ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.

Pilu wajahmu sang senja

yang dulu melakar bahagia
kini merayam sayu membelai jemari malam
dalam keterbuangan yang merangkum
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.

Tanpa pasir pantai atau silir angin

rentet susun bibir palang besi dingin itu
menjerut resah berteleku dalam hening
bernyanyi rakus dalam kelu rasa keterkongkongan
menghantar pergi erti keriuhan
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.

PENA ALAM
(Dipetik daripada sajak ”Senja di Palang Besi”, antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia.)

16. Yang berikut ialah perasaan penyajak ketika berada di dalam penjara, kecuali

A terbuang
B terasing
C sedih
D benci

Senja mula menangis

17. Maksud bagi baris sajak di atas ialah

A penyajak berasa sedih

B penyajak termenung pada waktu senja
C penyajak menangis pada waktu senja
D penyajak kehujanan pada waktu senja

6 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
18. Apakah unsur gaya bahasa bagi perkataan dalam seperti yang terdapat pada rangkap
kedua baris keempat hingga keenam sajak?

A Responsi
B Asonansi
C Anafora
D Epifora

Soalan 19 - 20
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan- soalan yang berikutnya.

Setiap sekolah mengutamakan tugas kepada murid untuk sama-sama menjaga kebersihan
sekolah. Mereka diberi tugas mengikut giliran untuk membersihkan kawasan sekolah. Tugas ini, jika
dilakukan beramai-ramai akan menjadi mudah dan cepat selesai. Kawasan sekolah mestilah
senantiasa bersih setiap masa.
Memang tidak dinafikan bahawa ada ibu bapa yang membantah jika anak mereka diberi tugas
mengutip sampah. Bagi mereka, anak-anak tidak sepatutnya dibebani kerja yang tidak berkaitan
dengan urusan pembelajaran. Sikap begitu bolehlah dianggap kurang bijak kerana menjaga kebersihan
dan kesihatan pun salah satu elemen pembelajaran yang penting.
Apabila mengetahui bahawa kawasan sekolah menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes, pihak
pengurusan sekolah seharusnya berganding bahu membersihkan kawasan sekolah secara gotong-
royong. Walaupun pihak sekolah dibenarkan melantik pihak tertentu untuk membersihkan kawasan
sekolah, namun lebih berkesan jika murid sendiri yang menjalankan tugas itu. Perasaan bangga
murid-murid akan kebersihan sekolah mestilah terus disuburkan dalam jiwa kerana sekolah bukan
saja menjadi tempat mencari ilmu tetapi juga merupakan pusat mendisiplinkan diri.
Dengan tenaga murid secara sukarela, mereka boleh membersihkan kawasan sekolah masing-
masing tanpa perlu berlengah-lengah lagi. Kita harus mendidik setiap murid supaya mempunyai
perasaan malu kepada diri sendiri jika kawasan sekolah mereka kotor.

19. Tindakan yang wajar diambil setelah kawasan sekolah menjadi tempat pembiakan
nyamuk aedes adalah
A melantik kontraktor untuk membersihkan sekolah.
B melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab.
C membuat jadual tugas membersihkan kawasan sekolah.
D mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

20. Pada pendapat anda, yang manakah yang bukan hasil amalan kerjasama membersihkan
kawasan sekolah?
A Kawasan sekolah menjadi bersih
B Timbul rasa sayang akan sekolah
C Bangga akan keadaan kawasan sekolah
D Malu melihat keadaan kawasan sekolah

7 [Lihat halaman sebelah]

SULIT

Ruang jawapan
Bahagian A : 20 markah

Sila hitamkan ruang jawapan yang disediakan di bawah.

1 A B C D 11 A B C D

2 A B C D 12 A B C D

3 A B C D 13 A B C D

4 A B C D 14 A B C D

5 A B C D 15 A B C D

6 A B C D 16 A B C D

7 A B C D 17 A B C D

8 A B C D 18 A B C D

9 A B C D 19 A B C D

10 A B C D 20 A B C D

8 [Lihat halaman sebelah]

SULIT

BAHAGIAN B
[25 markah]

Soalan 1
(a) Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian tulis subjek
dan predikat pada ruang yang disediakan.

(i) Beberapa orang peserta pertandingan memasak itu sedang sibuk menyiapkan menu
masing-masing sebelum masa tamat.

SUBJEK
PREDIKAT

(ii) Pameran Karnival Kerjaya akan diadakan di Dewan Sri Bitara, SMK Tun Teja pada
minggu depan.

SUBJEK
PREDIKAT

(iii) Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara sepuluh tahun kerana disabitkan
kesalahan meragut.

SUBJEK
PREDIKAT

(iv) Telah karam bot nelayan itu kerana dipukul ombak dan ditiup angin kencang.

SUBJEK
PREDIKAT

(v) Jurulatih itu bersorak kegembiraan apabila pasukannya berjaya menjaringkan gol.

SUBJEK
PREDIKAT

(5 markah)

9 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

BAHAN 1
Petang itu, dia pulang dari pejabat agak lewat daripada biasa. Sedang dia memandu keretanya
di jalan taman perumahannya, tiba-tiba dia berasa bahawa dia terlanggar sesuatu. Kemudian
dia memberhentikan keretanya untuk meninjau benda yang dilanggarnya itu. Dia hanya
mampu mengucap apabila seekor kucing terlantar mati di bawah tayar keretanya. Namun,
hatinya lebih tersentuh apabila datang seekor anak kucing mengiau-ngiau di hadapan kucing
yang tidak bernyawa itu. "Mungkin ibunya," detik hatinya. Petang itu, dia pulang bersama-
sama dengan seekor anak kucing jantan dan yang paling gembira menyambut kepulangan dia
ialah Anis. Cepat-cepat anak bongsunya itu mendukung anak kucing tersebut sambil
bertanya, "Apakah namanya?" Dengan spontan dia menjawab, "Oren". Nama itu diberikan
kerana seluruh bulu kucing itu berwarna oren.

(Dipetik daripada cerpen "Oren", Antologi Kuingin Berterima Kasih

Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka)

BAHAN 2
Bermula dengan menyelamatkan anak kucing jatuh di dalam longkang dan merawat kucing
lain yang cedera akibat dilanggar pada 17 tahun lalu menjadi titik tolak kepada Arie Dwi
Andika untuk bergiat aktif dalam usaha melindungi haiwan. Ketika itu beliau masih bergelar
pelajar di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam. Beliau memiliki kesedaran dan
sifat kasih akan haiwan yang tinggi sehingga sanggup berhabis wang ringgit semata-mata
ingin berbakti kepada haiwan. Sikap simpati terhadap haiwan yang terabai di jalanan turut
mendorong beliau tekad memikul tanggungjawab untuk mengurangkan kesengsaraan haiwan
terbabit dan memastikan makhluk Tuhan itu juga dapat menikmati kehidupan yang lebih
baik. "Selepas menyelamatkan anak kucing jantan yang kemudiannya dipelihara sendiri, saya
aktif menyertai program kembiri kucing anjuran Persatuan Mencegah Kekejaman terhadap
Haiwan (SPCA)."

(Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada "Kurangkan Sengsara Haiwan"

oleh Zaitie Satibi, www.harianmetro.com.my, 16 Januari 2018)

(i) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan tindakan-tindakan yang boleh dilakukan
oleh ayah dan Arie Dwi Andika terhadap kucing-kucing terbiar? (3 markah)

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

_______________________________________________________________________

10 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
(ii) Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan persamaan nilai antara ayah dengan Ari
Dwi Andika. (3 markah)

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
(iii) Kini, kes-kes penderaan haiwan semakin meningkat hingga menimbulkan kemarahan
masyarakat terhadap individu yang melakukan perbuatan tersebut.
Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang boleh diambil terhadap individu
yang melakukan penderaan haiwan ? (4 markah)

_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________

11 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
Soalan 3
Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Hempasan Ombak karya Zailani Taslim

Nilai merupakan aspek sastera yang terdapat dalam sesebuah novel. Nilai yang digambarkan
melalui peristiwa yang berlaku melibatkan watak dalam karya tersebut.

Berdasarkan novel di atas, buktikan pernyataa tersebut dengan satu contoh peristiwa yang
sesuai bagi setiap nilai yang telah ditetapkan.

NILAI
NOVEL
HEMPASAN OMBAK ▪ kegigihan
▪ kasih sayang
▪ keberanian

(10 markah)

_____________________________________________________________

12 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa yang dicadangkan : 15 minit]

Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

Soalan 1

Lihat gambar rajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar
rajah tersebut, tulis ulasan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah perkataan.

Punca berlakunya gejala sosial:

pengaruh
media
massa

pengaruh
lain-lain
rakan
punca
sebaya

Kurang
didikan
agama

________________________________________________________________

______________________________________________________________

13 [Lihat halaman sebelah]

SULIT

Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut tulis sebuah ringkasan tentang
usaha-usaha membendung gejala lepak. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100
patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah
maksud asal petikan.

Masalah keruntuhan akhlak bukan mudah untuk dihapuskan. Salah satu daripada keruntuhan
akhlak yang berlaku pada masa ini ialah gejala lepak dalam kalangan remaja. Sebenarnya gejala lepak
bukan perkara baharu di negara ini, cuma kewujudannya kurang diberi perhatian kerana kesannya
terhadap negara tidak begitu jelas sebelum ini. Kerajaan sebelum ini menganggap situasi yang
berlaku merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh mereka yang meningkat remaja. Malah,
kerajaan beranggapan golongan remaja hanya sekadar mahu berseronok-seronok sahaja.

Masalah ini kian diberi perhatian apabila ramai golongan remaja melepak di pusat-pusat beli-
belah, tepi jalan, kaki lima, dan pusat hiburan. Keadaan ini menjadi kudis kepada negara. Oleh itu,
langkah-langkah perlu diambil untuk mengatasinya. Usaha menyediakan pusat khidmat kaunseling di
kompleks beli-belah dan di tempat-tempat awam amat baik untuk membantu remaja bermasalah.
Begitu juga dengan institusi tertentu seperti pusat giat, pusat latihan belia, pusat usahawan dan
institusi pendidikan lain yang dapat memberikan didikan kemahiran kepada pelajar yang suka
membazirkan masa. Sekolah juga perlu memainkan peranan dengan memberi pendedahan akan
pentingnya memanfaatkan masa pada usia muda.

Oleh sebab ibu bapa yang bekerja menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka
kepada pihak sekolah, maka Kementerian Pendidikan perlu merombak sukatan kokurikulum dengan
merangka aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar. Setiap pelajar dipastikan melibatkan diri
dengan aktiviti luar bilik darjah seperti berpersatuan, bersukan, dan menyertai kelab untuk memenuhi
masa senggang mereka. Di samping itu, ibu bapa juga perlu meluangkan masa sekurang-kurangnya
dua jam sehari untuk mendampingi anak-anak mereka.

Pada waktu yang sama, ibu bapa hendaklah memberikan kasih sayang yang secukupnya
supaya anak-anak malu untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Paling penting,
didikan agama yang cukup akan membentuk peribadi remaja menjadi manusia yang berakhlak dan
berwibawa selaras dengan wawasan kerajaan untuk membentuk rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab, kreatif, aktif dan inovatif. Namun yang lebih penting, setiap remaja perlu
mempunyai hala tuju yang positif untuk menjadi orang yang berguna. Oleh itu, setiap remaja perlu
memilih rakan sebaya yang mempunyai wawasan hidup, bukan yang rosak akhlaknya. Pemilihan
rakan yang tepat menjadikan diri terhindar daripada gejala yang tidak sihat.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana ’Gejala Lepak yang

semakin Berleluasa’ , Fokus SPM , Mac 2005)

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________

14 [Lihat halaman sebelah]

-KERTAS SOALAN TAMAT-

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………………….. ………………………………………
(SITI AMINAH BINTI MOHAMED) (MUHAMMAD FARHI BIN MOHD ZAIN)
Guru mata pelajaran BM, Ketua Panitia BM Men.Ren.
SMK Damai Jaya. SMK Damai Jaya.

Disahkan oleh:

……………………………………
(KAMARIAH BINTI HJ. ABD. RAZAK)
Ketua Bidang Bahasa,
SMK Damai Jaya.

15 [Lihat halaman sebelah]

You might also like