You are on page 1of 58

Bidang : Akademik

Tajuk : Orientasi Mata pelajaran - Kepentingan mata pelajaran

Objektif : 1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.

2. Mendedahkan peluang kerjaya dengan pilihan mata


pelajaran yang sesuai.

3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan Tiga

Bahan : Kertas A4.

Langkah-langkah
Set Induksi
Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai
kepentingan menguasai setiap mata pelajaran.

1. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mata pelajaran

2. Guru Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap Mata


Pelajaran Menengah Rendah (Rujuk Jadual Waktu).

Penilaian : Murid mencatat maklumat yang diberi oleh Guru Kaunseling.

Rumusan : Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran dapat


membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, ilmu
pengetahuan dan nilai-nilai murni.

Falsafah : ”Membaca Jambatan Ilmu”.

1
Bidang : Akademik

2
Tajuk : Kemahiran Belajar Berkumpulan 1

Objektif : 1. Memberi teknik kemahiran belajar berkumpulan.


2. Meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan murid.
3. Meningkatkan motivasi dan pencapaian akademik murid.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Kertas A4, kertas sebak, alat tulis.

Langkah-langkah
1. Set Induksi
Guru Kaunseling membuka perbincangan mengenai
teknik-teknik belajar yang diamalkan oleh murid.

2. Guru Kaunseling berbincang tentang kepentingan belajar.

3. Murid menyenaraikan kepentingan belajar berkumpulan.

4. Guru Kaunseling menjelaskan syarat-syarat belajar


berkumpulan.

i. Bilangan ahli antara 3 – 5 orang


ii. Mempunyai jadual waktu belajar
iii. Mempunyai seorang ketua dan penolong ketua
Kumpulan
iv. Setiap kumpulan digalakkan mempunyai nama
kumpulan, etika kumpulan dan moto kumpulan.

5. Guru Kaunseling membentuk kumpulan belajar.

6. Murid dikehendaki :-

i. Memilih ahli kumpulan


ii. Duduk dalam kumpulan
iii. Melantik ketua dan penolong kumpulan
iv. Menentukan nama, etika dan moto kumpulan.

Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian.

Rumusan : Teknik belajar secara berkumpulan sangat berkesan bagi


meningkatkan keyakinan diri dan prestasi akademik murid.

Falsafah : 1. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.


2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana
Muafakat
LAMPIRAN

3
BELAJAR BERKUMPULAN (STUDY GROUP)

KELEBIHAN BELAJAR SECARA KUMPULAN:

Bantu-membantu dalam memahami sesuatu matapelajaran


Menghilangkan rasa bosan dan mengantuk
Menjimatkan masa membaca
Membantu mengurangkan kefahaman yang berbeza mengenai sesuatu
bab yang dipelajari
Mendapat dorongan dari ahli-ahli

BAHAN PERANCANGAN DALAM KUMPULAN

Soalan latihan untuk kerja rumah


Soalan bimbingan daripada akhbar dan majalah
Soalan yang diberikan oleh guru
Soalan-soalan ramalan
Pengumpulan nota
Perbincangan topik yang kurang jelas/tidak faham
Analisis soalan-soalan peperiksaan-buat ramalan
Soalan-soalan rakan negeri lain
Perbincangan soalan/bentuk soalan
Teknik menjawab soalan

Bidang : Akademik

4
Tajuk : Kemahiran Mendengar I (Proses Mendengar)

Objektif : 1. Murid dapat mengetahui tentang peringkat-peringkat


dalam proses mendengar.
2. Murid dapat menjalankan aktiviti yang melibatkan berlakunya
proses mendengar yang betul.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Petikan teks, alat Multimedia, alat tulis.

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru Kaunseling menyampaikan maklumat (petikan) dengan
nada suara yang perlahan.
2. Guru meminta pelajar menyenaraikan perkataan yang
bermula dengan huruf ’T’
3. Guru Kaunseling menerangkan tentang langkah-langkah
dalam proses mendengar.

Proses Mendengar :

i. Dengar
ii. Faham
iii. Buat Catatan
iv. Kemaskini Catatan
v. Buat Nota / Peta Minda

4. Murid diminta menjalankan aktiviti yang diberi oleh Guru


Kaunseling.

Aktiviti :-
i. Menyampaikan maklumat sehala
ii. Menyampaikan maklumat 2 hala

Penilaian : Murid diberi ujian dengan menulis semula bahan yang


diperdengar daripada Guru Kaunseling.

Rumusan : Kemahiran mendengar adalah satu proses yang berterusan.


Komunikasi sehala boleh menyebabkan mesej berubah dan
tidak tepat dan mengikut tafsiran sendiri.

Falsafah : 1. Komunikasi 2 hala lebih berkesan berbanding komunikasi


sehala.
2. Murid perlu bertanya Guru Kaunseling sekiranya kurang
jelas tentang sesuatu maklumat.
LAMPIRAN

5
CONTOH PETIKAN TEKS

’Kebanyakan manusia tidak suka pada perubahan ketara. Mereka tahu dan mahu
berubah tetapi merasakan ia adalah susah dan menakutkan’.

BENTUK KOMUNIKASI

1) SEHALA
- pengirim berkomunikasi tanpa memerlukan maklumbalas penerima
- memerlukan tindakan dilakukan terus oleh penerima

2) DUA HALA
- penerima memberikan maklumbalas pada pengirim
- membolehkan pengirim memperbaiki komunikasinya jika mesej yang diterima
kurang tepat

AKTIVITI MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEHALA

Langkah-langkah:

1) Setiap pelajar diberikan 2 helai kertas kosong.


2) Guru memberi arahan berikut untuk dilukis oleh peserta. Peserta tidak dibenarkan
bertanya. Arahan diulangi 2 kali sahaja.
Arahannya:
a) Lukis satu bulatan
b) Dalam bulatan itu, lukis 3 bulatan kecil
c) Di atas bulatan, lukis sebuah bentuk segiempat tepat.
d) Dikiri dan kanan bulatan, buat 2 garis panjang yang selari dan 1 bulatan di
hujung
e) Di bawah bulatan tadi, lukis 1 segi empat tepat.
f) Di bawah segi empat tepat tersebut, lukis 2 pasang garis panjang ke bawah
selari dan 2 bulatan di hujung 2 pasang garis panjang tadi.
3) Di atas kertas lain, pelajar diminta melukis kali kedua dengan arahan yang sama
tetapi kali ini, mereka dibenarkan bertanya.
4) Pelajar diminta mempamerkan kedua-dua lukisan mereka tadi dan diminta
membandingkan kedua-dua lukisan mereka dengan lukisan contoh.
5) Mereka diminta memberi respon berkenaan perbezaan perasaan mereka sewaktu
melukis kali pertama dan kali kedua.

6
KEMAHIRAN MENDENGAR

7
Definisi:
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara
manusia. Mendengar adalah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini
melibatkan kefahaman dalam pemprosesan maklumat yang didengar

TEKNIK MENDENGAR BERKESAN

 Bersedia untuk mendengar


 Tetapkan niat
 Duduk di bahagian hadapan, banyak faedahnya
 Kenalpasti idea-idea penting yang didengar
 Buat bacaan awal
 Catat nota semasa mendengar
 Dengar dengan teliti dan
 Tanamkan minat terhadap apa yang didengar

BAGAIMANA MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENDENGAR

1. Niat yang betul


2. Berprasangka baik
3. Pandang kepada pengucap
4. Latih banyak mendengar dari bercakap
5. Fokus apa yang ditunjuk
6. Perhatian apa yang ditulis
7. Tumpuan yang tidak berbelah bahagi

Bidang : Akademik

8
Tajuk : Kemahiran Mendengar ( Main Peranan )

Objektif : 1. Murid dapat meningkatkan kemahiran mendengar,


mengingat dan menyampaikan dialog.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Kertas A4, skrip dialog

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru Kaunseling bercerita tentang sejarah penubuhan
Melaka.

2. Guru Kaunseling menyampaikan maklumat mengenai tajuk


yang hendak diajar. Contoh – Kejatuhan Portugis di Melaka
tahun 1511.

3. Guru Kaunseling menyediakan garis panduan atau skrip


untuk dilakonkan oleh sekumpulan murid.

4. Murid main peranan sebagai :


i. Sultan Mahmud Shah
ii. Tun Perak
iii. Al-Fonso de’Alburque
iv. Rakyat.

5. Murid lain menyampaikan dialog apa yang didengar dan


diingati selepas melihat lakonan rakan mereka.

Penilaian : Guru membuat pemerhatian dan meminta murid yang lain


membuat penilaian lakonan murid.

Rumusan : Maklumat tidak dapat disampaikan dengan tepat jika


sesuatu fakta tidak jelas.

Falsafah : Kemahiran mendengar sangat penting dalam keberkesanan


pengajaran dan pembelajaran.

Lampiran : Dialog

9
TAHUN 1509 , di Portugal …

Raja Henry : Beta mahu memulakan hubungan antara kerajaan Portugal dengan
Melaka. Lopez de Sequeira , kamu di lantik untuk mengetuai utusan
ke Melaka.

Lopez de Sequeira : Ampun tuanku ! Perintah di junjung tuanku . Patik bersama


Angkatan laut patik bersiap sedia untuk bertolak ke Melaka.

Semasa ketibaan rombongan itu di Melaka …..


Lopez de Sequeira : Tuanku , patik bernama Lopez de Sequeira . Patik adalah utusan
Raja Portugal . Raja Portugal mengirim salam.

Sultan Mahmud Syah : Terima kasih . Beta mengalu- alukan kedatangan Tuan Lopez.
Orang portugis di benarkan berniaga di Melaka. Beta menjamin
keselamatan orang-orang Portugis di Melaka.

Lopez de Sequeira : Patik mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuanku.

Pada suatu hari , di istana Melaka ….


Pedagang : Ampun tuanku ,kita mesti berhati-hati dengan orang-orang
Portugis. Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat telah mendapat
Maklumat bahawa mereka mahu menguasai perdagangan dan
menentang agama Islam.

Sultan Mahmud Syah : Adakah ini benar ? Apakah yang harus beta lakukan ?

Pedagang : : Tuanku , kita tangkap orang-orang Portugis terutamanya


Pegawai kanan rombongan itu iaitu Ruy de Aroujo.

Sultan Mahmud Syah : Kalau begitu , beta perintahkan mereka di tangkap dan
hukuman bunuh di jatuhkan kepada mereka.

Pedagang : Perintah di junjung Tuanku.

Di Portugal , tahun 1510

10
Raja Henry : Rombongan kita ke Melaka telah di tahan ! Ruy de Araujo
telah di tawan oleh mereka ! Bagaiman dengan Lopez de
Sequeira?

Pegawai : Tuanku dengarnya Lopez de Sequeira berjaya melarikan diri


ke Goa.

Raja Henry : Beta berasa lega mendengar berita ini. Arahkan Lopez de
Sequeira menyerang Melaka.

Pegawai : Perintah di junjung tuanku !

Bidang : Akademik

11
Tajuk : Kemahiran Membaca ( Skimming & Scanning )

Objektif : Murid dapat :


1. Memahami definisi membaca.
2. Menguji kepantasan membaca
3. Membaca secara skimming.
4. Membaca secara scanning.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat Multimedia, Bahan ‘Power Point’, Buku teks,


Buku nota pembelajaran

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru Kaunseling berbincang dengan murid tentang teknik
membaca yang diamalkan .

2. Guru Kaunseling menerangkan maksud membaca.

3. Membaca secara skimming (sepintas lalu)


i. Guru Kaunseling menerangkan maksud bacaan
secara skimming.
ii. Guru Kaunseling meminta murid membuat latihan
membaca secara skimming untuk mendapatkan
maklumat seperti isi kandungan, rujukan penulis,
rumusan buku dan lain-lain.

4. Membaca secara scanning (sekali imbas)


i. Guru Kaunseling menerangkan teknik membaca
secara scanning
ii. Murid diminta membaca sambil mencari maklumat
yang diminta.

Penilaian : Murid diberi ujian pantas dengan membaca menggunakan


Teknik membaca yang betul.

Rumusan : Teknik membaca yang betul sangat membantu murid untuk


Dalam mencari isi-isi penting semasa membuat ulangkaji.

Falsafah : 1. “Membaca Jambatan Ilmu”.


2. Penguasaan kemahiran membaca memudahkan murid
memahami apa yang dibaca.

LAMPIRAN

12
DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA

Kemahiran membaca adalah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan


dan fakta mengenai sesuatu perkara. Ia adalah proses komunikasi antara pembaca
dan penulis.

SKIMMING (LUNCURAN)

Kemahiran membaca untuk mendapatklan maklumat ringkas dan pantas


mengenai sesuatu bahan atau maklumat.

Tujuan:

Untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai


sesuatu bahan atau dokumen
Mendapatkan pandangan umum mengenai maklumat segera

Bagaimana:
Membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan bahan atau dokumen
Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat
Memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca

SCANNING (IMBASAN)

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming

Tujuan:
Untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawapan lepada
sesuatu persoalan

Bagaimana:

Membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam


Membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci
Memberikan perhatian pada data, rajah dan grafik

Bidang : Akademik

13
Tajuk : Pengurusan Masa II

Objektif : Murid dapat:


1. Melihat kaedah peruntukan masa harian.
2. Menentukan jumlah masa yang perlu digunakan
untuk mengulangkaji mata pelajaran.
3. Melihat kekerapan belajar bagi setiap mata
pelajaran.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Lampiran 3A, alat Multimedia, kalkulator & alat tulis

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling bertanya kepada murid tentang cara dan
amalan murid membahagikan masa untuk belajar.

2. Guru Kaunseling menerangkan tentang kepentingan


pengurusan masa.

3. Murid melengkapkan Lampiran 3A dengan menentukan


mata pelajaran yang akan diduduki dalam peperiksaan PMR

4. Guru Kaunseling meminta murid menentukan kekerapan


belajar bagi setiap mata pelajaran (minima 3 kali).

5. Guru Kaunseling meminta setiap murid untuk


mengagihkan jumlah masa belajar untuk setiap mata
pelajaran mengikut keutamaan.

6. Guru Kaunseling mengarahkan murid supaya memastikan


salah satu masa belajar ditetapkan mestilah sama dengan
masa peperiksaan sebenar.

7. Guru Kaunseling meminta murid membentangkan hasil dan


menggalakkan setiap ahli berkongsi.

8. Guru Kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan.

Penilaian : Murid merekodkan hasil pembentangan terbaik untuk di


jadikan panduan mengurus masa.

Rumusan : Murid sedar akan kepentingan mengurus masa dengan baik.

Falsafah : ”Masa Itu Emas”.


Lampiran : 3A. Kontrak Belajar

14
Bil Mata pelajaran Kekerapan Peruntukan Masa

Tarikh : _____________ Tandatangan :__________________

Bidang : Akademik

15
Tajuk : Kemahiran Mengingat II (Peta Minda)

Objektif : Murid akan dapat :


1. Menggunakan kaedah mengingat dengan betul.
2. Menggunakan teknik mengingat dalam pembelajaran.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat Multimedia, kertas A4, buku teks

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling menunjukkan 10 benda yang berlainan
jenis daripada pelbagai kategori dan menyimpan semula
dalam masa 1 minit. Murid menyebut benda tersebut.

2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

3. Guru Kaunseling memberi satu petikan mudah dan


membimbing murid mengenalpasti isi-isi penting,
menggunakan teknik peta minda.

4. Guru Kaunseling memberi teks dan meminta murid


menghuraikan isi dalam peta minda.

5. Setiap kumpulan di minta membentangkan hasil kumpulan


masing-masing.

Penilaian : Guru Kaunseling membimbing dan memerhatikan cara murid


menyediakan peta minda.

Rumusan : Teknik mengingat dapat membantu murid mencari isi penting.

Falsafah : Kemahiran ini dapat membantu murid mengekalkan daya


ingatan.

16
LAMPIRAN

KEMAHIRAN MENGINGAT

PETA MINDA MEMBANTU ANDA:

 Mengambil nota dalam kelas atau dari teks bacaan


 Ulangkaji cepat dan berkesan
 Menjimatkan masa
 Fokus berkesan
 Lebih menarik, indah dan berseni

Tajuk 3 Tajuk
1
Tajuk 4

Tajuk 2
Tajuk 5

Tajuk 6

LAMPIRAN

17
CONTOH 10 BENDA-BENDA DI SEKELILING KITA

BAHAN A

KERIS KERETA SELADANG


KANG KONG MOTOSIKAL VAN
ZIRAFAH LANGSAT PISAU
TEMBIKAI KAILAN KAPAK
KAPAL TERBANG TERUNG BASIKAL
TOMBAK OREN EPAL

KERTAS LATIHAN 1

18
_________________ __________________ _____________

_________________ __________________ _____________

_________________ __________________ _____________

_________________ __________________ _____________

_________________ __________________ _____________

_________________ __________________ _____________

KERTAS LATIHAN 2
BENDA-BENDA DI
SEKELILING KITA
19
SAYURAN

KERTAS LATIHAN 3

20
BENDA-BENDA DI
SEKELILING KITA

SAYURAN

1. 1. 1. 1. 1.
2. 2. 2. 2. 2.
3. 3. 3. 3. 3.

Bidang : Akademik

21
Tajuk : Penempatan Selepas PMR

Objektif : Murid dapat mengetahui tentang haluan selepas PMR.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Lampiran maklumat, brosur, kertas sebak.

Langkah-langkah
1. Set induksi.
Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid tentang ke
arah mana selepas PMR dan cita-cita selepas PMR.

2. Guru Kaunseling menerangkan tentang hala tuju selepas


mendapat keputusan PMR.

3. Murid diminta menulis kembali hala tuju selepas PMR.

4. Murid-murid membentangkan hasil perbincangan mengikut


kumpulan.

Penilaian : Murid membuat pembentangan dan menyatakan kembali


hala tuju selepas PMR.

Rumusan : Peperiksaan PMR menjadi penentu aliran pengajian ke


tingkatan 4.

Falsafah : ”Usaha Tangga Kejayaan”.

Bidang : Kerjaya

22
Tajuk : Hala Tuju Selepas PMR

Objektif : Murid dapat:


1. Mengetahui tentang aliran pengajian di Menengah Atas.
2. Merancang pemilihan aliran pengajian di Menengah Atas
3. Mengetahui status sekolah-sekolah tertentu (SBP, Teknik,
MRSM dan lain-lain)

Masa : Ceramah

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : 1. Alat Multimedia


2. Edaran Bahan Pemilihan Aliran Sekolah
3. Lampiran 3B

Langkah-langkah
1. Set Induksi :
Guru Kaunseling menerangkan kepentingan memilih
sesuatu aliran. Contoh : Aliran Sains. Guru juga
menerangkan kepentingan aliran tersebut.

2. Guru Kaunseling mengedarkan bahan edaran pemilihan


pakej aliran selepas PMR.

3. Guru Kaunseling menyampaikan ceramah bertajuk “Hala


Tuju Selepas PMR”.

4. Memberi peluang kepada murid untuk bertanyakan soalan


(sesi soal jawab).

5. Guru Kaunseling membuat pengukuhan dan rumusan


tentang tajuk yang dibincangkan).

Penilaian : Murid menyatakan sekolah pilihan mereka berdasarkan aliran-


aliran tertentu (Lampiran 3B)

Rumusan : Pemilihan mata pelajaran dan aliran pengajian selepas PMR


akan menentukan masa depan murid.

Falsafah : 1. Untuk mendapat kejayaan perlulah berusaha daripada


sekarang.
2. Kejayaan tidak datang secara mudah
3. Setiap yang berusaha akan memperoleh kejayaan.
4. Kita harus mengetahui hala tuju dan bagaimana untuk
mencapainya.

Lampiran 3B
HALA TUJU SELEPAS PMR

23
Sekolah Harian Biasa
Sekolah Menengah Agama
Sekolah Menengah Teknik (Vokasional)
PMR
Sekolah Menengah Teknik
Sekolah Menengah Berasrama Penuh (SBP)
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)

ALIRAN PILIHAN SAYA

PENCAPAIAN PMR SAYA.... (TARGET)

MATA PELAJARAN PENCAPAIAN (GRED)

SAYA AKAN MENYAMBUNG mata pelajaran MENENGAH ATAS DI SEKOLAH..

NAMA
TINGKATAN
TANDA TANGAN

Bidang : Kerjaya

24
Tajuk : Mengenali Potensi Diri

Objektif : Murid dapat:


1. Mengenali diri dan potensi diri
2. Perlunya membaiki kelemahan dan mempertingkatkan
membina kekuatan diri

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan 3

Bahan : Lampiran 3C

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling berbincang dengan murid tentang
perbezaan bakat, kemahiran, pengalaman dan pencapaian

2. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 3C dan


memberi arahan kepada murid supaya menyenaraikan
kemahiran, bakat, minat, pengalaman dan pencapaian diri
murid.

5. Murid menjelaskan isi yang telah dicatatkan di dalam


lampiran.

6. Murid seterusnya mengisi sasaran dan matlamat akademik


dalam lampiran.

7. Guru Kaunseling memberi peneguhan positif dan membuat


Rumusan

Penilaian : 1. Pemerhatian aktiviti yang dijalankan


2. Kemahiran mengenal pasti potensi, bakat, merekod dan
kemahiran komunikasi

Rumusan : 1. Setiap manusia mempunyai bakat dan potensi diri yang


boleh dioptimakan untuk mencipta kecemerlangan dalam
sesuatu bidang

Falsafah : 1. Manusia itu unik dan mempunyai potensi diri yang pelbagai
2. Sesuatu kemahiran boleh dipupuk melalui ilmu dan latihan
yang betul secara berterusan

Lampiran 3C

25
Contoh Borang Analisis Diri

Nama :

Tingkatan :

1. Kemahiran
(apa yang
dipelajari)

2. Bakat
(anugerah semulajadi)

3. Minat (hobi)

4. Pengalaman

5. Pencapaian

Bidang : Kerjaya

26
Tajuk : Hala tuju dan perancangan kerjaya

Objektif : Murid dapat:


1. Memahami kandungan buku teks
2. Mengetahui aliran pengajian di Menengah Atas
3. Mengenali diri dan potensi serta menggalakkan murid
meneroka alam kerjaya

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Buku teks, Lampiran 3D, Kertas sebak/Papan Tulis, Majalah/


Surat Khabar.

Langkah-Langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid
Berhubung tajuk yang akan dibincangkan.

2. Soal jawab secara lisan dengan murid

3. Mengedarkan lampiran 3D

4. Murid menjawab soalan dalam lampiran.

5. Berkongsi jawapan dengan rakan sekelas.

6. Guru Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan

Rumusan : Murid dapat memahami matlamat dan hala tuju kerjaya masing-
masing dengan lebih jelas

Falsafah : 1. Murid dapat mengoptimakan potensi diri dan menjuruskan


diri ke alam kerjaya secara terancang
2. Menjadikan kehidupan murid lebih bermakna dengan
matlamat diri yang jelas
3. Dapat menyediakan diri untuk bersaing dalam dunia
globalisasi.

Lampiran 3D
PERANCANGAN DAN HALA TUJU KERJAYA

27
CITA-CITA SAYA ADALAH

ALIRAN YANG AKAN DI AMBIL DI TINGKATAN EMPAT DAN LIMA

ALIRAN SUBJEK

JURUSAN/BIDANG YANG AKAN SAYA AMBIL DI IPTA / IPTS

NAMA
TINGKATAN

Bidang : Kerjaya

28
Tajuk : Bidang yang diminati

Objektif : Murid dapat:


1. Mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati
2. Menyediakan diri secara terancang ke arah
jurusan/bidang yang tepat
3. Sensitif terhadap bidang kerjaya yang diminanti

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Buku teks, Soal Selidik Bidang yang diminati

Langkah-Langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid
berhubung bidang kerjaya yang diminati

2. Guru Kaunseling mengedar soal selidik (sds) bidang yang


diminati

3. Guru Kaunseling memberi arahan mentadbir ujian

4. Murid menjawab soalan dalam edaran soal selidik

5. Guru Kaunseling membuat interpretasi terhadap dapatan


ujian

Guru Kaunseling membuat peneguhan positif terhadap rumusan


secara keseluruhan.

Penilaian : Murid dapat menjawab soal selidik minat kerjaya (sds)


Ujian, Merekod dan Pemerhatian

Rumusan : Murid dapat mengenali minat kerjaya secara lebih dekat

Falsafah : 1. Murid menyanyangi diri dan mengetahui bidang yang


diminati
2. Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat, potensi dan
kemahiran yang dianugerahkan oleh Tuhan
3. Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus

Bidang : Kerjaya

29
Tajuk : Maklumat Kerjaya

Objektif : Murid dapat:


1. Menghasilkan folio kerjaya yang diminati
2. Mengumpul maklumat dari pelbagai sumber
3. Membina keyakinan diri melalui kemahiran komunikasi agar
dapat berhubung dengan agensi-agensi yang berkaitan

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Majalah, keratan akhbar, gambar, alat Multimedia.

Langkah-langkah
1. Set induksi
Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid
tentang kepentingan mengetahui maklumat-maklumat
sesuatu kerjaya.

2. Guru Kaunseling membimbing murid mendapatkan


maklumat kerjaya dari segi :

i. Diskripsi Tugas

ii. Kemudahan-kemudahan yang disediakan

3. Murid-murid merancang kerjaya pilihan untuk dijadikan tajuk


folio.

4. Murid merancang strategi untuk mendapatkan maklumat


kerjaya yang dipilih.

5. Murid menyedia dan menyiapkan folio mengenai satu kerjaya

6. Guru Kaunseling menggabungkan keseluruhan folio murid


untuk dijadikan folio kerjaya kelas

7. Guru Kaunseling membuat rumusan secara keseluruhan.

Penilaian : Murid dapat menyampaikan jenis-jenis pekerjaan melalui


penghasilan folio.

Rumusan : Maklumat kerjaya dapat mencetuskan rasa minat yang lebih


mendalam terhadap kerjaya dan seterusnya berusaha untuk
mencapai matlamat kerjaya.

Falsafah : 1. Murid dapat mengoptimakan potensi diri dan menjuruskan diri


ke alam kerjaya secara terancang

30
2. Menjadikan kehidupan murid lebih bermakna dengan
matlamat diri yang jelas
3. Dapat menyediakan diri untuk bersaing dalam dunia
globalisasi .

Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

31
Tajuk : 1. Perkembangan Remaja
1.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Remaja
1.2 Cabaran Remaja
1.3 Gaya Hidup Remaja Sihat

Objektif : 1. Meningkatkan kefahaman tentang perkembangan remaja


2. Menyedari cabaran seorang remaja
3. Mengamalkan gaya hidup sihat seorang remaja

Masa : 80 minit (dua waktu)

Sasaran : Murid Tingkatan Tiga

Bahan : 1. Folio
2. Brosur dan majalah tentang remaja
3. CD atau bahan tayang mengenai kehidupan remaja
4. Ceramah Mengenal Usia Remaja
5. Gunting
6. Gam
7. Lirik lagu Permata Biru oleh Ella

Langkah-langkah
1. Guru kaunseling memperdengarkan lagu Permata Biru kepada pelajar.

2. Guru Kaunseling menerangkan maksud remaja kepada pelajar dan cabaran yang
perlu di hadapi oleh pelajar.

3. Guru mengumpulkan semua hasil kerja murid dan di tampal di dalam kelas

4. Murid menonton tayangan video ceramah berkaitan remaja dan meminta murid
menyatakan pengajaran secara lisan isi-isi penting daripada tayangan tersebut.

5. Guru Kaunseling memecahkan murid kepada beberapa kumpulam kecil.

6. Setiap kumpulan diberi edaran brosur dan majalah berkaitan keremajaan.

7. Murid diminta menyediakan folio REMAJA dengan menggunting dan menampal


bahan yang dipilih.

8. Folio yang siap dikutip dan dipamerkan di hadapan kelas.

Penilaian : 1. Merekod
2. Pemerhatian

Rumusan : 1. Usia remaja jika digunakan dengan sebaik mungkin akan


membantu seseorang menjadi insan mulia
2. Usia remaja merupakan proses antara kanak-kanak dan dewasa.

Falsafah :
1. Zaman remaja itu indah, isikan keindahan dengan taqwa

32
2. Insan yang mensia-siakan usia remaja akan rugi
3. Ingatkan LIMA perkara sebelum datang LIMA perkara (Hadith)
 Hidup sebelum Mati
 Lapang sebelum Sibuk
 Kaya(senang) sebelum Miskin (Payah)
 Muda(remaja) sebelum Tua
 Sihat sebelum Sakit

LAMPIRAN

33
LIRIK LAGU PERMATA BIRU (ELLA)

Permata biru usah biarkan dirimu


Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina

Engkau yang dinilaikan setinggi permata


Rela membiarkan dirimu tercela
Dengan jutaan sanjungan yang kau terima
Engkau mudah merasa bangga mengapa

Permata biru usah biarkan dirimu


Disaluti lumpur dan debu kota
Permata biru berhati-hatilah selalu
Usah kau lontarkan dirimu ke lembah hina

Seharusnya kau sedar


Dirimu sungguh berharga
Tiada dapat ditukarkan harta benda
Awasilah selalu segala tingkah dan laku
Demi kebahagiaanmu menunggumu

Usah kau terus mengkhayalkan dirimu


Dengan kata-kata pujian yang palsu
Segalanya akan serta merta pudar
Tiba waktu dan ketika sedarlah

Bidang : Keibubapaan

34
Tajuk : Komunikasi
1 Kepentingan Komunikasi.
1.1 Intrapersonel
1.2 Interpersonel
2 Tips Komunikasi Berkesan

Objektif : Murid dapat:


1 Menjelaskan dan mengamalkan
kepentingan komunikasi dalam hubungan harian.
2 Menyatakan tips komunikasi berkesan.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat Multimedia, Ujian Psikologi

Langkah-langkah
1 Set Induksi.
Guru Kaunseling menunjukkan aksi komunikasi:-
i. Bercakap dengan diri sendiri
ii. Berinteraksi dengan murid

2 Guru Kaunseling memperkenalkan tajuk.

3 Guru Kaunseling memilih murid secara rawak untuk menjelaskan kepentingan


komunikasi intrapersonel dan interpersonel.

4 Guru Kaunseling meminta murid duduk dalam kumpulan dan membincangkan


tentang tips komunikasi berkesan.

5 Guru Kaunseling meminta ketua kumpulan membentangkan hasil kumpulan.

6 Guru Kaunseling dan murid membuat rumusan.

Penilaian : Murid mengetahui hubungan komunikasi yang berkesan dan


positif.

Rumusan : Membolehkan murid dapat membezakan komunikasi


intrapersonel dan interpersonel serta menyatakan tips
komunikasi berkesan

Falsafah : 1 Komunikasi yang baik akan mengujudkan suasana yang baik


2 Berhemah tinggi, bertanggungjawab, berkeyakinan,
bijaksana.

LAMPIRAN

35
KOMUNIKASI
Definisi

`….satu proses perpindahan maklumat ,perasaan , idea dan fikiran


seseorang individu kepada individu /sekumpulan individu yang lain .

Kategori komunikasi

1. INTERPERSONAL
Proses komunikasi antara individu (lebih dari seorang individu)

2. INTRAPERSONAL
Kontemplasi ,intuitif , pemikiran ( taakulan ) meditasi
(bercakap dengan diri sendiri)

KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN

 Maklumat yang di sampaikan perlu jelas dan tepat .


 Menggunakan bahasa yang mudah di fahami dan terang
maksudnya .
 Menggunakan alat bantu sekiranya perlu.
 Memastikan maklumat di sampaikan sesuai pada keadaan dan
waktu.
 Memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi dan
menerima maklumat.

KOMUNIKASI

36
KOMUNIKASI BERKESAN

Ia berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:

1) Mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas oleh penerima

2) Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima

3) Perubahan yang berlaku (sekiranya di kehendaki) akibat dari mesej adalah seperti
perubahan yang dikehendaki oleh penghantar

Definisi Intrapersonal

Faktor dalaman remaja seperti faktor biologi (puberty), tahap transisi remaja
daripada kanak-kanak ke alam dewasa.

Definisi Interpersonal

Mengikut Adler, Rosenfeld dan Towne (1992:243) perhubungan interpersonal


didefinisikan sebagai, “cara manusia berhubung antara satu sama lain secara sosial.
Kita mengukur kualiti perhubungan interpersonal melalui tahap kepuasan sosial kita
dan ini berhubungkait dengan keperlua manusia itu sendiri.
Bagi mendapatkan kepuasan memenuhi keperluan sosial, remaja perlulah mencapai
aspek iaitu (intimasi), afiniti, hormat dan kawalan.

Bidang : Keibubapaan

37
Tajuk : Perkembangan individu “ Menengah Rendah ”

Objektif : Murid dapat :


i. Meningkatkan pencapaian peperiksaan PMR.
ii. Mengenalpasti jenis pemakanan untuk meningkatkan
kecergasan minda.
Iii Menguruskan masa dengan berkesan semasa di rumah
selaras dengan matlamat dalam peperiksaan PMR.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat Multimedia

Langkah-langkah
1 Set induksi
Guru Kaunseling bertanya apa perasaan anda jika mendapat
keputusan cemerlang dalam PMR.

2 Guru Kaunseling menerangkan ciri-ciri pelajar cemerlang

3 Guru Kaunseling bertanya jenis makanan yang dimakan


di rumah dan di asrama. Murid menyenaraikannya.

4 Guru Kaunseling menerangkan pengurusan masa yang


berkesan.

Penilaian : Murid melengkapkan borang pengurusan masa yang disediakan


oleh Guru Kaunseling.

Rumusan : Guru Kaunseling merumus borang pengurusan masa yang telah


diisi oleh murid.

Falsafah : 1 Otak yang cergas datang dari badan yang sihat.


2 Tekun, sabar, bertanggungjawab.

LAMPIRAN

38
PERKEMBANGAN INDIVIDU (MENENGAH RENDAH)

CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

1. Taat kepada Allah


2. Bermotivasi tinggi dan sentiasa menjalankan kegiatan dengan bersungguh-
sungguh bagi mencapai kecemerlangan
3. Mempunyai cita-cita, visi dan misi yang jelas
4. Mahir dengan strategi dan teknik pembelajaran berkesan dan sentiasa tekun
belajar
5. Mahir dengan strategi dan teknik menghadapi peperiksaan
6. Menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka
7. Menghormati dan menyayangi guru dan tidak malu bertanya dan berinteraksi
dengan semua guru
8. Suka dan minat pada setiap mata pelajaran yang di pelajari
9. Berkawan dengan pelajar yang bersikap positif dan komited pada pelajaran
10. Bersedia membantu rakan yang memerlukan bantuan atau pertolongan
11. Memiliki imej kendiri yang positif
12. Memberi ganjaran dan pengiktirafan pada diri sendiri
13. Menjalankan kegiatan riadah bagi menjaga kesihatan badan dan
kesejahteraan mental
14. Mengamalkan kaedah pemakanan yang seimbang dan sihat serta
mengelakkan bahan-bahan makanan atau sebarang anasir yang dapat
melemahkan daya pemikiran dan ingatan
15. Sentiasa bersyukur dan bertawakkal kepada Allah.

PEMAKANAN YANG MENINGKATKAN KECERGASAN MINDA

39
1. Madu (2 sudu teh pada waktu pagi dan malam)
2. Kismis (Jangan dikunyah sebaliknya di kemam)
3. Susu Segar (sekurang-kurangnya 1 gelas sebelah pagi atau malam)
4. Telur (terutama telur kuning)
5. Halia (dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi) – mujarab untuk kelupaan
6. Limau oren
7. Buah delima
8. Daging burung merpati
9. Daging ayam betina dara
10. Daging biri-biri
11. Kekacang
12. Za’faran(sejenis bahan berambu merah) di makan sedikit sahaja
13. Bunga kobis
14. Bunga cengkih
15. Labu
16. Minyak sapi
17. sayuran dan buah segar

MAKANAN YANG TIDAK DIGALAKKAN

1. Minuman berkarbonat
2. Buah-buahan masam seperti epal hijau, mangga muda
3. Jeruk
4. Makanan ringan
5. Makanan yang telah dicemari semut

PANDUAN MERANCANG JADUAL WAKTU

Membahagikan masa berdasarkan aktiviti

1. Semua aktiviti anda dapat dibahagikan kepada 3 jenis utama iaitu belajar,
menguruskan diri dan tidur. Anda mempunyai 24 jam dalam sehari semalam
dan masa itu dapat dibahagikan kepada:
Belajar = 8 jam
Menguruskan diri = 8 jam
Tidur = 8 jam
Jumlah = 24 jam

Waktu Belajar

1. Paling minimum adalah 8 jam. Jumlah waktu belajar peling sesuai adalah
antara 8 – 11 jam sehari. Waktu belajar termasuklah waktu belajar di sekolah
sebanyak 7 jam (7.30 – 2.30 petang). Masa selebihnya digunakan untuk
belajar di rumah ataupun asrama.

2. Waktu belajar paling berkesan adalah pada waktu pagi (waktu perdana). Oleh
itu, waktu perdana adalah waktu pembelajaran di sekolah (Isnin – Jumaat).
Waktu-waktu lain adalah antara pukul 4.00 – 5.00 petang dan 8.00 – 10.00
malam adalah waktu belajar secara bersendirian ataupun berkumpulan.

40
3. Waktu belajar di rumah ataupun asrama jangan disusun terlalu padat.
Sebaik-baiknya gunakan satu jam atau kurang bagi setiap sesi aktiviti
menelaah kecuali aktiviti membaca ataupun mencatat nota.

4. Selepas setiap sesi belajar, beri ganjaran ada diri sendiri seperti berehat,
bersiar-siar mengambil udara bersih, melakukan senaman ringan (5 -10 minit)
ataupun melakukan apa-apa sahaja aktiviti yang tidak membebankan minda
anda sebelum memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran yang baru. Pelajar
dinasihatkan meninggalkan meja belajar sepanjang waktu rehat atau
senggang yang singkat itu.

5. Apabila waktu belajar bersendirian pada sebelah petang digunakan bagi


aktiviti ko-kurikulum, maka waktu yang diambil perlu digantikan pada hari
Sabtu, Ahad ataupun cuti umum.

6. Elakkan belajar sehingga larut malam kerana perbuatan begitu dapat


mengganggu waktu tidur anda. Apabila tidur tidak mencukupi, kesihatan
terganggu, badan dan minda menjadi letih, konsentrasi menurun dan
menyebabkan anda mengantuk walaupun anda belajar pada waktu perdana.
Apabila mengantuk, proses pembelajaran anda masuk angin keluar asap.

PANDUAN MERANGKA JADUAL WAKTU BELAJAR BERSENDIRIAN


ATAUPUN ASRAMA

41
HARI PAGI PETANG MALAM
ISNIN Kerja Rumah Ulangkaji
Semak Nota persiapan
Persiapan pelajaran
Pelajaran esok
esok
Buat Latihan

SELASA Kerja Rumah Ulangkaji


Semak Nota persiapan
Persiapan pelajaran
Pelajaran esok
esok
Buat Latihan

RAB U Kerja Rumah Ulangkaji


Semak Nota Persiapan
Persiapan pelajaran
Pembelajaran di sekolah Pelajaran esok
esok
Buat Latihan

KHAMIS Kerja Rumah Ulangkaji


Semak Nota Persiapan
Persiapan pelajaran
Pelajaran esok
esok
Buat Latihan

JUMAAT Kerja Rumah Ulangkaji


Semak Nota Persiapan
Persiapan pelajaran
Pelajaran esok
esok
Buat Latihan

SABTU Ulangkaji pelajaran tahun lepas


Latihan Mengingat
Latihan Menjawab Soalan

AHAD Ulangkaji pelajaran tahun lepas


Latihan Mengingat
Latihan Menjawab Soalan

BORANG PENGURUSAN MASA

42
PERANCANGAN HARIAN
 06.00…………………… 07.00……………………..
 07.00…………………… 08.00……………………..
 08.00…………………… 09.00……………………..
 09.00…………………… 10.00……………………..
 10.00……………………. 11.00……………………..
 11.00……………………. 12.00……………………..
 12.00…………………….
 01.00…………………….
 02.00…………………….
 03.00…………………….
 04.00…………………….
 05.00…………………….
 06.00…………………….

Bidang : Keibubapaan

43
Tajuk : Kepimpinan
Peranan dan Tanggungjawab

Objektif : Memahami dan mengklasifikasikan peranan dan tanggungjawab


dalam kekeluargaan.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Kertas sebak, pen marker, kaset

Langkah-langkah
1 Set Induksi- Murid bernyanyi/bernasyid/bersajak yang
bertemakan Keluarga Bahagia/ Sayangi dan Bahagia

2 Murid diagihkan mengikut kumpulan.

3 Murid berbincang mengenai tajuk:


i. Peranan dan tanggungjawab remaja dalam keluarga
ii. Peranan dan tanggungjawab sebagai anak mengikut
umur dan kematangan/urutan adik beradik.
iii. Peranan dan tanggungjawab sebagai penyumbang idea.

4 Murid membentangkan hasil perbincangan secara


kumpulan.

5 Murid lain menyoal dan mencatat isi penting semasa


pembentangan dijalankan.

6 Guru Kaunseling merumuskan hasil pembentangan .

Penilaian : Hasil pembentangan

Rumusan : Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya rujukan


awal dibuat

Falsafah : 1 Remaja mempunyai peranan dan tanggungjawab penting


dalam keluarga.
2 Bertanggungjawab,berkeyakinan, bekerjasama.

KELUARGA BAHAGIA (NYANYIAN OLEH SAUJANA)

44
Sedamai taman firdausi
Limpahan kasih sayang sejati
Seharum semerbak kasturi
Mengharumi hidup insani

Indah damainya
Keluarga yang bahagia
Itulah idaman impian setiap insan
Yang dahagakan belaian
Serta kasih dan sayang

Ketika insan lain berbahagia


Bersama keluarga
Namun kita masih meniti
Titik rapuh perhubungan

Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya


Mungkinkah kita seringkali melupakanNya
Ayuhlah bina semula
Keluarga diredhai Allah

Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan


Dan luahan hatiku yang dahaga kasih
Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu
Marilah kita bina bersama-sama
Keluarga bahagia

Ayah ibu
Luangkanlah sedikit masa bersamaku
Ku rindukan kemesraan
Dan belaianmu

Bidang : Keibubapaan

45
Tajuk : Perkembangan Remaja
(Remaja dan masalah keretakan hubungan kekeluargaan)

Objektif : 1 Murid memahami punca-punca keretakan hubungan


Kekeluargaan
2 Murid dapat memahami situasi rakan-rakan yang terlibat.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Alat tulis

Langkah-langkah
1 Murid dibahagikan kepada 5 orang sekumpulan.

2 Guru kaunseling menayangkan klip video berkaitan.


Guru Kaunseling mengedarkan soalan untuk perbincangan.
Guru bebas memberikan tajuk untuk perbincangan kumpulan
berkaitan dengan kekeluargaan.

3 Perbincangan dalam kumpulan.

4 Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan.

5 Guru Kaunseling membuat rumusan

Penilaian : Pemerhatian dan penilaian hasil pembentangan murid.

Rumusan : Penyelesaian masalah hubungan dengan keluarga akan


menjamin kebahagian keluarga.

Falsafah : Semua orang perlu menjalani kehidupan seperti biasa walaupun


persekitaran tidak menggembirakan.

LAMPIRAN

46
PERKEMBANGAN REMAJA

Contoh soalan perbincangan:

1) Apakah punca masalah keretakan hubungan kekeluargaan


2) Apakah kesan keretakan hubungan kekeluargaan kepada anak-anak
3) Apakah langkah-langkah untuk mewujudkan keluarga yang bahagia
4) Apakah peranan rakan sebaya untuk membantu rakan-rakan yang menghadapi
masalah kekeluargaan
5) Apakah faktor-faktor yang membawa kebahagiaan di dalam institusi
kekeluargaan.
6) Apakah tanggungjawab anda sebagai anak?

Bidang : Keibubapaan

47
Tajuk : Isu-isu keibubapaan :
Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.
(Perayaan Hari Keluarga).

Objektif : Murid dapat:


1 Memberi penghargaan terhadap ahli keluarga seperti Hari
Ibu, Hari Bapa & Hari Lahir .
2 Menyatakan pentingnya kesejahteraan dan kerukunan
keluarga melalu kandungan ucapan dalam kad ucapan.

Masa : 1 jam

Sasaran : Murid Tingkatan 3

Bahan : Kertas lukisan, pensil, warna lilin, gunting dan beberapa keping
contoh kad ucapan

Langkah-langkah
1 Set Induksi
Guru Kaunseling bertanyakan bagaimana kita memberikan
penghargaan pada orang lain. Paling asasnya ialah
mengucapkan perkataan ‘terima kasih’.

2 Penghargaan juga boleh dinyatakan melalui ucapan dengan


menyatakannya dalam bentuk visual contohnya melalui
kad ucapan .

3 Kandungan ucapan tersebut perlulah menyatakan rasa


terima kasih atas pengorbanan yang telah dilakukan oleh
orang tua atau ahli keluarga kita. .

4 Elemen artistik juga boleh dimasukkan dalam persembahan


mereka seperti guntingan, tampalan, lipatan dan
sebagainya.

5 Murid diberi masa 30 minit untuk membuat Kad Ucapan


yang ditujukan kepada ahli keluarga mereka. Murid
memperlihatkan kad ucapan yang dihasilkan.

6 Murid diminta membacakan kandungan ucapan meraka.

7 Di akhir sesi murid menyatakan penghargaan meraka


melalui kad yang telah mereka bina.

Penilaian : Murid menyatakan pentingnya penghargaan dalam keluarga


melalui Kad Ucapan.
Murid boleh menghasilkan kad ucapan karya mereka sendiri.

Rumusan : Homat menghormati amat perlu dalam keluarga dan orang


persekitaran kita, bagi memupuk keharmonian dalam rumah

48
tangga dan masyarakat.

Falsafah : “Rumahku Syurgaku”.

Bidang : Pembangunan Diri


Tajuk : Nilai Diri dan Keluarga – Salasilah Keluarga

49
Objektif : Murid dapat:
1 Mengenali salasilah keturunan kedua ibu bapa.
2 Menghargai tanggungjawab ibu bapa dan ahli keluarga.
3 Menyedari tanggungjawab diri terhadap keluarga
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan tiga
Bahan : Bahan edaran, Lampiran 3E
Langkah-Langkah
1 Set induksi:
Guru Kaunseling menceritakan mengenai hal ehwal keluarga
sendiri. Guru Kaunseling bertanya murid mengenai keluarga
mereka. Guru Kaunseling menegaskan ada orang yang
mempunyai keluarga dan ada orang yang tidak mempunyai
keluarga. Guru Kaunseling menekankan konsep syukur dan
kasih sayang. Guru kaunseling menayangkan klip video
’Makan Besar di Tahun Baru Cina’

2 Guru Kaunseling meminta beberapa orang murid bercerita


mengenai nama-nama ahli keluarga bermula dari datuk dan
nenek.

3 Guru Kaunseling meminta murid menulis nama ahli keluarga


mereka mengikut salasilah keluarga berpandukan kertas
edaran.

4 Murid membina pokok salasilah keluarga mengikut sebelah


bapa dan sebelah ibu.

5 Guru memilih beberapa contoh dan paparkan di papan putih.

6 Guru bersoaljawab mengenai hubungan kekeluargaan


di dalam keluarga.

Murid menulis sepucuk surat kepada ibu mereka sebagai tanda penghargaan atas
pengorbanan dan kasih sayang yang telah mereka berikan.

Penilaian : Murid dapat menyenaraikan dan membina salasilah keluarga

Rumusan : Pengetahuan mengenai keturunan dan kekeluargaan amat


penting dalam pembentukan masyarakat.

Falsafah : Keluarga bahagia asas pembentukan masyarakat hormoni


Keluarga cemerlang, masyarakat gemilang, negara terbilang.

Lampiran 3E.

50
1. Nama datuk sebelah bapa :_______________________________
2. Nama nenek sebelah bapa :_______________________________
3. Nama bapa sebelah ibu :_______________________________
4. Nama nenek sebelah ibu :_______________________________
5. Nama Bapa :_______________________________
6. Nama Ibu :_______________________________
7. Nama bapa saudara sebelah bapa:______________________________
8. Nama ibu saudara sebelah bapa :_______________________________
9. Nama bapa saudara sebelah ibu :_______________________________
10. Nama ibu saudara sebelah ibu :_______________________________

Contoh Pokok Keluarga:

Datuk Nenek Datuk Nenek

Bapa Ibu

Adik beradik

anak saudara anak saudara

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Nilai Diri dan Keluarga

51
-Biodata Keluarga Saya

Objektif : Murid dapat :


1 Menyenaraikan biodata ahli keluarga
2 Menghormati dan menghargai ahli keluarga.
3 Merekacipta dan membina kad ucap selamat.

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid tingkatan tiga

Bahan : Lampiran 3F

Langkah-langkah
Set Induksi
1 Guru Kaunseling bercerita mengenai kegemaran, hobi dan
minat ahli keluarga

2 Murid menyenaraikan semua nama ahli keluarga yang tinggal


bersama

3 Dengan menggunakan bahan edaran, murid mengisi tempat


kosong mengikut kriteria

4 Guru Kaunseling berbincang dengan murid, apakah tindakan


yang perlu dilakukan apabila mengetahui maklumat atau
biodata mengenai ahli keluarga
Contohnya: Menyediakan hadiah hari lahir

5 Aktiviti tambahan: Setelah murid selesai mengisi maklumat ahli


keluarga, Guru Kaunseling bolehlah meminta murid
melukis atau merekacipta kad ucap Selamat Hari Jadi.

Penilaian : Menyenaraikan matlamat berdasarkan jadual biodata keluarga.

Rumusan : Saling menghargai dan hormat menghormati sesama ahli


keluarga.

Falsafah : Rasa hormat dan penghargaan akan lebih bermakna apabila


mengenali seseorang dengan lebih dekat.

Lampiran 3F

52
Ahli Nama Tarikh Hobi Makanan Minuman Warna
Lahir Kegemaran Kegemaran
Datuk
Nenek
Ayah
Emak
Abang
Abang
Abang
Kakak
Kakak
Adik

*Kriteria tambahan:Pekerjaan, kenderaan, panggilan ringkas dll.

Bidang : Pembangunan Diri Murid

Tajuk : Nilai Diri dan Keluarga

53
- Tegas Diri

Objektif : 1. Menyenarai hak peribadi masing-masing


2. Meneliti hak asertif mereka
3. Dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi

Masa : 40 minit

Sasaran : Murid Tingkatan Tiga

Bahan : Kertas Latihan Diskriminasi Asertif (Lampiran 3G)

Langkah-Langkah

1 Set Induksi:Guru mencetuskan satu kes perbicaraan di


mahkamah yang berkaitan dengan hak-hak peribadi
contohnya kes perceraian.

2 Guru Kaunseling menerangkan kepada murid bahawa hak


adalah kebebasan bagi seseorang untuk berbuat atau
memiliki sesuatu. Tiap-tiap seseorang harus sedar akan
wujudnya hak peribadi dan mereka harus menggunakannya.

3 Guru Kaunseling meminta murid menyenaraikan hak yang


mereka perlu mereka dapati. Contohnya hak mendapatkan
pendidikan, kasih sayang, keselamatan, kesihatan
dan sebagainya.

4 Murid menuliskan hak-hak tersebut di papan tulis.

5 Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 3G.


Berikut ini ialah contoh hak peribadi:

i. Untuk mendapat pertolongan dan sokongan emosi


ii. Mengalami dan melahir rasa kesakitan.
iii. Bersendirian
iv. Didengar dan dianggap serius
v. Mendapat sesuatu yang setimpal dengan bayaran
vi. Mendapat ilmu dan maklumat
vii. Menentukan keutamaan peribadi
viii.Mengatakan saya tidak tahu.
ix. Membantah terhadap layanan dan teguran tidak adil.
x. Menghakim perasaan sendiri
xi. Tidak mahu bertanggungjawab terhadap masalah orang lain

Penilaian : Murid menjawab soalan bertulis dalam lampiran 3G.

Rumusan : Setiap murid mempunyai hak peribadi masing-masing

Falsafah : Mempertahankan hak peribadi yang berkaitan dengan

54
agama, moral, maruah, harta dan tanah air adalah menjadi
kewajiban setiap insan.

LAMPIRAN

Definisi

55
Submisif/Permisif : Menghormati hak orang lain
Mengabaikan hak sendiri

Agresif : Menghormati hak sendiri


Mengabaikan hak orang lain

Asertif : Menghormati hak sendiri


Menghormati hak orang lain

Lampiran 3G

56
LATIHAN DISKRIMINASI ASERTIF

Dibawah ini terdapat senarai situasi dan respon. Ditepi respon tandakan AS jika
anda fikir responnya ASERTIF, S jika anda fikir ianya SUBMISIF dan AG jika
anda fikir ianya AGRESIF

SITUASI RESPON
1. Seorang murid lain minta pinjam Awak selalu suka menipu….
kertas tulis dari anda

2. Kawan anda menyampuk anda Minta maaf, saya hendak bercakap


bercakap. lagi…

3. Seorang ahli keluarga anda suruh Ya, Ok, saya sedang membuat kerja
anda buat kerja rumah semasa anda sekolah sekarang…..
membuat kerja sekolah.

4. Anda sedang menunggu layanan di Anda terdiam, Cuma menarik nafas


kaunter bila seorang melintas dan panjang……….
pergi depan anda dan menerima
layanan lepas.

5. Seorang ahli pasukan bola sepak / Saya fakir ini bukanlah teguran yng
bola jarring anda menuduh anda sihat, saya fakir saya telah bermain
tidak bermain bersungguh-sungguh dengan baik…..
dalam pertandingan yang lepas.

6. Seorang kawan meminta nasihat Bagaimana saya tahu apa yang awak
atas masalah peribadinya. buat / itu adalah masalah anda…....

7. Anda terlibat dalam lumba haram. Saya marah kerana dia mengambil
Seorang rakan telah menasihati tahu hal saya...........
anda

8. Saya mendapat berita kematian Saya menangis hingga teresak-


orang tersayang esak..............

9. Bapa saya telah memarahi saya Saya fikir bapa saya keterlaluan kerana
kerana bercinta dengan rakan di menghalang cinta saya..............
sekolah

10. Seorang kawan telah bertanya Saya berhenti mendengar guru


sesuatu semasa anda sedang mengajar untuk melayan pertanyaan
mendengar guru mengajar rakan...............

Bidang : Pendidikan pencegahan

57
Tajuk : Konsep kendiri / penghargaan kendiri
Pembentukan jati diri remaja

Objektif : 1 Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan


membenci dadah
2 Supaya murid mempunyai asertif kendiri yang bersepadu.

Masa : 40 minit

Sasaran : Semua murid tingkatan 3

Bahan : 1 Gambar –gambar


2 Buku panduan
3 VCD berkaitan penyalahgunaan dadah atau perlakuan
negatif
4 Kertas edaran isu berkaitan remaja seperti remaja terlibat
dengan dadah, pil khayal

Langkah-langkah
1 Set induksi
Guru Kaunseling mendapatkan maklumbalas berdasarkan
tajuk yang dipilih

2 Guru Kaunseling mendapatkan pandangan murid tentang


imej jati diri remaja yang unggul

3 Murid mencadangkan bagaimana membina jati diri yang


cemerlang.

Penilaian : 1 Soal jawab


2 Pemerhatian

Rumusan : Murid digalakkan supaya mengenali diri mereka melalui


perkongsian maklumat bersama rakan. Membina peribadi yang
kental melalui rakan sebaya adalah penting.

Falsafah : Setiap murid mesti dipupuk daya tahan yang kental dalam diri
supaya tabah dan dapat menangkis pengaruh salah guna
dadah.

58

You might also like