You are on page 1of 3

Ruj Kami: JPNK.600-11/1/2JLD.

6 ( 18 )
Tarikh : 28 Ogos 2023

Semua Pengetua dan Guru Besar


Sekolah-sekolah Negeri Kedah

Tuan,

PERINGATAN SEMULA PELAKSANAAN LARANGAN PENJUALAN MAKANAN DAN


MINUMAN YANG TIDAK DIGALAKKAN PENJUALANNYA DI KANTIN, KOPERASI DAN
KEDAI BUKU SEKOLAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa memberi perhatian berat terhadap


kesihatan dan keselamatan murid. Usaha-usaha untuk melindungi, menjaga dan memelihara
kesihatan dan keselamatan murid hendaklah diberi keutamaan.

…3 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui surat KKM.600-31/10/3 Jld.2(3) bertarikh


21 November 2016, KKM.600-31/10/3 Jld.2(7) bertarikh 30 Disember 2016, surat dari
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM): KPM.600-14/1/56 Jld.3 (32) bertarikh 15 Mac 2017
telah mengeluarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat di sekolah antara lain menggariskan
Senarai Makanan Dan Minuman Yang Boleh Dijual Di Kantin Sekolah Beserta Maklumat Kalori
dan Senarai Makan Minum Yang Dilarang Dijual Di Kantin Sekolah. Senarai makanan dan
minuman ini disertakan seperti lampiran 1.

4. Berhubung maklumat diatas juga, Surat Persiaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bil
11/2013, bertarikh 15 April 2013 Penjualan Makanan dan Minuman di Koperasi Sekolah dan
keputusan mesyuarat bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan Jabatan Pendidikan Negeri
Kedah bertarikh 16 Februari 2020, larangan ini juga tertakluk kepada premis-premis jualan dalam
sekolah termasuk Koperasi, Kedai Buku dan premis-premis jualan dalam lingkungan 40 meter
dari pagar sekolah.
JPNK.600-11/1/2JLD. 6 ( 18 )

5. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk memastikan perkara diberi perhatian
sewajarnya dalam menguatkuasa larangan di semua sekolah di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara di atas pihak tuan boleh hubungi
En. Bukhori bin Md Desa, Penolong Pengarah Unit HEM, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
di talian 04 7745100.

Kerjasama daripada tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI ISMAIL BIN OTHMAN, BCK.)


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k. 1. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah


JPNK.600-11/1/2JLD.6 ( 18 )

Lampiran 1

SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DILARANG DIJUAL DI KANTIN,


KOPERASI, KEDAI BUKU DAN PREMIS-PREMIS JUALAN DILUAR SEKOLAH YANG
BERADA DALAM LINGKUNGAN 40 METER DARI PINTU PAGAR

1. Makanan dan minuman yang melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985


seperti:
• Makanan yang melampaui tarikh luput;
• Semua jenis makanan yang berupa permainan atau dijual bersama permainan
seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain.
2. Makanan yang diproses seperti kentang goreng (French fries)/ daging burger /
sosej / bebola ( ikan / ayam / daging dan makanan laut ) nugget / kek ikan / sate
ikan ( lok cheng ) termasuk sebarang penyediaan makanan yang mengandungi
produk di atas.
3. Makanan ringan (unhealthy snacks / junk food) seperti extruded snacks ( seperti
potato chips, prawn chips, crackers ), keropok berperisa ( sperti keropok berperisa
udang, sotong ), kerepek, muruku.
4. Gula-gula dan coklat
5. Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk sama ada msam, masin atau manis, basah
atau kering seperti asam masin, jeruk manga, kulit limau dan jeruk bawang dan
lain-lain makan yang dijeruk
6. Semua jenis donut/ kek / muffin / cupcake / wafell pastry yang berkrim / bersalut /
berinti manis / bergula.
7. Produk-produk mi / bihun / ramen / kuetiau / bubur nasi / sup SEGERA dan lain-
lain berserta perencah.
8. Produk konfeksi ais dana is krim.
9. Minuman dibancuh atau ditambah ( topping ) menggunakan cordial / syrup
berperisa / krimmer / manisan / serbuk 3 dalam 1 / serbuk manisan / whipping
cream
10. 10 Minum bertenaga / isotonic / botani ( herba ) / berperisa / berkarbonat / buah (
yang hanya mengandungi < 35% berat bagi isipadu jus buah )
11. The kopi ( larangan penjualan dan penyediaan hanya diguna pakai kepada murid
dan pelajar sahaja )
12. Makanan dan minuman beralkohol.

You might also like