You are on page 1of 4

SJK(T) RAMATHASAR,

10150 GEORGE TOWN, PULAU PINANG


Kod Sekolah : PBD1086 Tel/Fax : 042817877
Email: pbd1086@jpnpp.edu.my

MINIT MESYUARAT GURU BIL: 2/2023

Tarikh : 25 Mei 2023


Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat

Kehadiran :

Semua guru (Lampiran disediakan)

AGENDA MESYUARAT:

AGENDA 1.0: UCAPAN GURU BESAR

1.1 Guru besar merakamkan ucapan terima kasih kepada guru-guru yang hadir ke
mesyuarat guru kali ke -2 bagi tahun 2023.
1.2 Guru Besar memberitahu bahawa Pn.Puvanes telah memenangi tempat ke-4 di antara
16 buah sekolah dalam pertandingan inovasi bagi kategori pemulihan (Pertandingan 1
murid 1 inovasi). Disamping itu, Sittharthan dari tahun 4 memenangi tempat ke-6
dalam bercerita.

AGENDA 2.0: BORANG KEBERHASILAN

2.1 Guru Besar mengingatkan guru-guru untuk menyelesaikan borang keberhasilan.


2.2 Guru Besar juga meminta bagi guru-guru yang belum sila selesaikan sebelum cuti
sekoalah bermula.

AGENDA 3.0: CUTI SAKIT/ CUTI CRK

3.1 Guru-guru diminta jaga kesihatan sendiri dan kurangkan mengambil cuti sewenang-
wenangnya.
3.2 Guru-guru juga dinasihati untuk memaklumkan kepada guru besar sebelum mengambil
cuti dan tidak digalakkan menukar cuti sakit kepada CRK sesuka hati.
3.3 Sijil cuti sakit perlu dilekat di kertas A4 bersama cop Guru Besar dan perlu hantar
kepada Guru Besar setelah balik dari cuti.
3.4 Guru juga perlu menulis cuti yang diambil di punch card masing-masing.
AGENDA 4.0: SEMAKKAN BUKU LATIHAN

4.1 Guru-guru diminta menghantar buku latihan/ aktiviti murid untuk semakkan mengikut
jadual pencerapan buku latihan kepada penilai.
4.2 Guru-guru diingatkan menghantar buku latihan sebelum hari Isnin (29.5.2023).
4.3 Guru-guru diminta menghantar 3 kategori buku iaitu cemerlang,sederhana dan lemah. 3
buah buku bagi setiap kategori.

AGENDA 5.0: KELAS BIMBINGAN

5.1 Kelas bimbingan perlu dijalankan mengikut kumpulan.


5.2 Guru-guru yang bertanggungjawab perlu membawa murid ke tempat yang berasingan
untuk menjalankan kelas bimbingan.
5.3 Guru-guru diminta menyediakan modul mengikut tahap murid.

AGENDA 6.0: MINIT CURAI

6.1 Guru-guru diminta menyerahkan minit curai kepada Guru Besar selepas 3 hari
selepas menghadiri bengkel atau kursus.
6.2 Perlu mengadakan kursus dalaman untuk semua guru.

AGENDA 7.0: RMT/PRASEKOLAH

7.1 Yuran yang perlu dijelaskan diminta selesaikan keesokkan hari.

AGENDA 8.0: CARA BERKOMUNIKASI DENGAN IBUBAPA

8.1 Guru-guru dilarang sembang di dalam /di luar bilik darjah sewaktu Pdpc.
8.2 Gur-guru juga dilarang bercakap bersebarangan tentang ibubapa murid di dalam bilik
darjah.
8.3 Jika ada isu sila minta rujuk guru berkenaan atau guru besar dan jangan cuba untuk
selesaikan dengan sendiri.
8.3 Bagi murid yang balik lambat guru bertugas diminta untuk menelefon ibubapa murid
berkenaan.

AGENDA 9.0: PBD

9.1 Perlu dijalankan sepanjang tahun

9.2 Perlu rujuk DSKP dan fokus pada penilaian.


9.3 40 buah sekolah akan dibimbing oleh PPD.

9.4 Pelaporan perlu disediakan pada bulan Ogos.

9.5 Ujian Pertengahan Tahun dijangka akan diadakan pada bulan Ogos.

9.6 Guru-guru diminta untuk mula membuat kertas soalan. Format perlu mengikut UASA.

AGENDA 10.0: BILIK -BILIK KHAS

10.1 Guru-guru diminta untuk menggunakan bilik-bilik khas.


(RBT,Muzik,PSV,Pusat Sumber,Makmal Sains)
10.2 Bilik-bilik khas perlu digunakkan 2 kali seminggu.
10.3 PPKi juga diminta menggunakan bilik sensori.

AGENDA 11.0: OPC

11.1 Borang ini digunakan 2 kali.


11.2 Isu diberikan oleh guru sendiri.

AGENDA 12.0: 1 GURU 1 INOVASI

12.1 Guru-guru diminta membuat 1 inovasi mengikut panitia.

12.2 Guru -guru dinasihati mengikut tarikh yang telah diberikan.

AGENDA 13.0: PROGRAM 5 MINIT ANTI DADAH

13.1 Pn.Rajes menerangkan tentang program ini.

13.2 Jadual telah disediakan oleh beliau dan perlu diikuti.

13.3 Program ini perlu dijalankan 2 minggu sekali di perhimpunan.

13.4 Guru bertugas yang membuat ucapan perlu ada bahan yang berkaitan.

AGENDA 14.0: LAIN-LAIN HAL

14.1 AGM PIBG akan diadakan pada 10 jun 2023 bersamaan dengan hari Sabtu
14.2 AGM PIBG mengikut pekeliling perlu diadakan sebelum 30 Jun 2023 dan hantar
laporan ke JPN sebelum 30 Jun 2023.
14.3 Guru-guru diminta untuk menjalankan perhimpunan dalam 3 bahasa untuk
menggalakkan murid mempelajari bahasa dengan cepat.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Disediakan Oleh, Disahkan Oleh,

…………………… ………………………………….
(Pumadevi A/P Ramayah) (PATHMALOSANI A/P SUBRAMANIAM)
Guru Bertugas Guru Besar
SJKT Ramathasar SJKT Ramathasar

You might also like