You are on page 1of 30

COMMERCE DEPARTMENT

SESI 1: 2023/2024

DPB50163 – BUSINESS PROJECT

TAJUK PROJEK:

SABUN MADU KELULUT MEMBANTU MEMPERBAIKI MASALAH KULIT


WAJAH

NAMA NOMBOR PENDAFTARAN


NURAIN ARINAH BINTI MOHD SHAFIE 14DPM21F1006
HANI LIYANA BINTI NIZAM 14DPM21F1043
NANI SYAZWANA BINTI ZURAINEE 14DPM21F1055
NARMATHAA A/P SUREESH 14DPM21F1077

PENYELIA:

PUAN MAIZAH BINTI MOHMAD SOM

1
ISI KANDUNGAN

BAB 1: PENGENALAN........................................................................................................................3
1.1 PENGENALAN..........................................................................................................................3
1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF.......................................................................................................6
1.3 LATAR BELAKANG PROJEK..................................................................................................7
1.4 PERNYATAAN MASALAH.......................................................................................................9
1.5 OBJEKTIF PROJEK...................................................................................................................9
1.6 JUSTIFIKASI PROJEK............................................................................................................10
1.6.1 Justifikasi kepada perniagaan..............................................................................................10
1.6.2 Justifikasi kepada pelanggan...............................................................................................10
1.6.3 Justifikasi kepada politeknik...............................................................................................10
1.7 PERSOALAN PROJEK............................................................................................................11
1.7.1 Adakah berkesan dan mempunyai kesan sampingan?.........................................................11
1.7.2 Bagaimanakah proses pengeluaran produk?.......................................................................11
1.8 SKOP PROJEK.........................................................................................................................11
1.9 KEPENTINGAN PROJEK........................................................................................................12
1.9.1 Kesihatan Kulit...................................................................................................................12
1.9.2 Penggunaan Bahan Semulajadi...........................................................................................12
1.9.3 Pendidikan Kesihatan.........................................................................................................12
1.10 DEFINISI ISTILAH/TAKRIFAN OPERASI..........................................................................13
1.10.1 Madu.................................................................................................................................13
1.10.2 Minyak Jojoba..................................................................................................................13
1.10.3 Kolagen.............................................................................................................................13
1.10.4 Sabun Glycerin.................................................................................................................13
1.10.5 Bee Bread.........................................................................................................................13
1.11 JANGKAAN DAPATAN/HASIL PROJEK.............................................................................14
1.11.1 Jangkaan terhadap perniagaan...........................................................................................14
1.11.2 Jangkaan terhadap pelanggan............................................................................................14
1.11.3 Jangkaan terhadap projek kami.........................................................................................14
1.12 ANALISIS SWOT...................................................................................................................15
1.13 RUMUSAN.............................................................................................................................18
BAB 2: PENYELIDIKAN LAPANGAN...........................................................................................19
2.1 PENGENALAN........................................................................................................................19
2.2 KAJIAN TERDAHULU/ULASAN/SIASATAN.......................................................................20
2.3 RUMUSAN...............................................................................................................................22

2
BAB 3: METODOLOGI/REKA BENTUK.......................................................................................23
3.1 PENGENALAN........................................................................................................................23
3.2 REKA BENTUK PROJEK........................................................................................................24
3.2.1 KAEDAH/PROSEDUR/TEKNIK PENGHASILAN PROJEK..........................................24
3.2.2 BAHAN DAN PERALATAN.............................................................................................25
3.2.3 KAEDAH ANALISIS DATA.............................................................................................25
3.3 RUMUSAN...............................................................................................................................25
RUJUKAN............................................................................................................................................26
Carta Gantt......................................................................................................................................26
Anggaran Kos Projek.......................................................................................................................28
SUMBER RUJUKAN..........................................................................................................................29

3
BAB 1: PENGENALAN
1.1 PENGENALAN
Industri kecantikan telah berkembang pesat dari semasa ke semasa dan mendapat
tempat dalam kalangan masyarakat khususnya di Malaysia. Kemajuan teknologi pada masa
kini memudahkan lagi urusan perniagaan dijalankan di mana aktiviti jual beli bukan sahaja
dilakukan secara bersemuka di kedai-kedai, tetapi juga dilakukan secara atas talian seperti
menerusi laman sosial iaitu Facebook, WhatsApp, Instagram, Telegram, Twitter dan
sebagainya. Oleh yang demikian, tidak hairanlah sekiranya penggunaan produk kecantikan
sememangnya tidak akan terkubur sebaliknya akan terus maju dan berkembang bagai
cendawan tumbuh selepas hujan kerana fitrah manusia yang sentiasa ingin tampak cantik dan
muda. Senario industri kecantikan tempatan masih belum menampakkan impak yang boleh
dibanggakan walaupun hakikatnya ada puluhan jenama dihasilkan mempunyai mutu yang
baik dan boleh dikatakan setanding dengan jenama antarabangsa. Ramai wanita yang
menghidap penyakit buah pinggang, kerana pengambilan bahan terlarang dalam produk
kecantikan. “Obsesi tampil cantik dan berkulit cerah menjadikan ramai wanita sanggup
meletakkan nyawa sendiri dalam risiko dengan mengambil pelbagai produk kosmetik yang
mengandungi racun berjadual seperti merkuri hidrokuinon dan tretinoin ini memberikan
kesan sampingan kepada kesihatan,” Kata Dr Nor Fadhlina (2018).

Kebanyakannya hanya dijual di kedai jamu atau pengedar, bukan di farmasi utama
yang diketahui mengutamakan standard pengilangan ketat atau mutu produk. Tintahnya,
kebanyakkan produk kecantikan yang terkenal di Malaysia mengandungi bahan-bahan yang
berbahaya seperti merkuri. "Pada 2011, terdapat 443 bilangan pemfailan kes dengan nilai
tuntutan RM2.6 juta. Ia berkurangan kepada 266 kes dengan nilai tuntutan RM1.4 juta pada
2013. Dengan statistik ini, secara amnya, kerajaan beranggapan, walaupun industri
kecantikan ini berkembang maju, mentaliti pengguna di Malaysia adalah matang dan bijak
dalam membuat pilihan," kata Hasan Malek (2014). Hal ini kerana, kebanyakkan pengguna
inginkan kesan yang cepat bertindak pada kulit muka tanpa mengkaji tentang bahan dan
kelulusan produk yang digunakan. Oleh itu, pembuatan produk menggunakan bahan semula
jadi amatlah penting dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan tubuh badan kita dari
terdedah dengan bahan berbahaya. Jadi, sebagai pengeluar produk kecantikan kita mestilah
memastikan produk yang dikeluarkan menggunakan bahan yang selamat dari bahan toksik
yang menyebabkan kesan kepada tubuh badan. Namun demikian, ada segelintir pengasas
produk telah memicu kepada pelbagai gejala negatif dan perbuatan yang tidak beretika dalam
kalangan peniaga dan pengusaha semata-mata untuk merealisasikan impian mereka dalam

4
memajukan perniagaan masing-masing, umpamanya tidak jujur atau wujud unsur penipuan
(Nuseir 2018). Mereka dilihat menyalahgunakan medium pelbagai cara antaranya ialah
menjual produk yang tidak mencapai tahap standard kualiti sebagaimana yang didakwa
menerusi iklan seperti tuntutan bahawa sesuatu produk kosmetik mengandungi bahan-bahan
semulajadi sepenuhnya, sedangkan ia adalah sebaliknya (Hanafiah 2019).

Sehubungan itu, masih banyak lagi pengasas produk yang mengeluarkan produk
kecantikan menggunakan active ingredient seperti Niacinamide, Ceramides, Salicylic acid
dan lain-lain.

Namun, masih belum ada yang boleh membina jenama kukuh di persada dunia
kecantikan global. Sebaliknya, begitu banyak produk asing beriaya menembusi pasaran Asia
termasuk Malaysia hingga sudah meniti di bibir segenap lapisan masyarakat tempatan. Tetapi
berdasarkan pemerhatian yang dibuat, banyak pengasas produk kecantikan yang tidak
menggunakan bahan semulajadi yang ada di Malaysia sendiri seperti madu kelulut yang
mempunyai khasiatnya tersendiri. Lambakan produk di pasaran sama ada berbentuk
kosmetik, pencuci muka, suplemen dan lain-lain lagi yang menggunakan tuntutan yang
berlebihan dan dianggap keterlaluan seperti dapat menyembuhkan penyakit-penyakit kronik
(Aziz 2018) atau merawat pelbagai jenis penyakit hanya dengan satu produk, (Ghazali 2019)
rahsia kulit cantik dan gebu dalam masa tujuh hari, (Jaafar 2019) dan sebagainya. Bukan itu
sahaja, semakin banyak pengusaha yang menggunakan teknik pemasaran yang tidak beretika
dengan membuat tuntutan bahawa produk yang mereka keluarkan hanya mengandungi
seratus peratus bahan-bahan semula jadi, (Hanafiah 2019) atau telah melalui ujian klinikal
yang dijalankan oleh doktor atau pakar yang diiktiraf serta mendapat kelulusan daripada
KKM. Walhal, dakwaan yang mereka kemukakan tersebut adalah semata-mata bertujuan
untuk mempengaruhi dan meyakini pengguna mengenai keberkesanan produk yang mereka
jual. Pengguna pula dilihat mudah terperdaya dengan dakwaan-dakwaan peniaga dan
pengusaha tersebut, hanya dengan melihat testimoni-testimoni, tanpa terlebih dahulu
menyelidik tentang kandungan produk serta status produk tersebut sama ada benar-benar
mendapat kelulusan KKM atau sebaliknya.

Sehubungan dengan ini kami membantu Kelulut Muar Enterprise dalam


menghasilkan produk kecantikan berasaskan madu kelulut untuk penambahbaikkan lagi mutu
perniagaan mereka.

5
Untuk jenis kulit masyarakat di Asia Tenggara tidak semua yang sesuai dengan active
ingredient jadi pembuatan produk dari bahan semulajadi amatlah digalakkan. Hal ini kerana,
di Asia Tenggara lebih terdedah dengan cuaca yang panas dan lembab.

Oleh itu, kami telah bekerjasama dengan Kelulut Muar Enterprise untuk mengambil
inisiatif dalam penghasilan produk kecantikkan berasaskan bahan semula jadi iaitu madu
kelulut yang menjadi bahan utama dalam produk kami. Bagi memastikan kajian ini dapat
dijalankan secara sistematik dan berada di dalam ruang lingkup permasalahan yang telah
dibangkitkan, tiga objektif dirangka agar kepentingannya dapat dicapai dan akan
dibincangkan di dalam kajian ini. Objektif kajian yang telah ditetapkan adalah untuk
membantu golongan yang menghadapi masalah kulit, melihat keberkesanan produk madu
kelulut dan memudahkan pengguna dalam pembungkusan yang digunakan.

6
1.2 RINGKASAN EKSEKUTIF
Industri kecantikan telah berkembang maju dari semasa ke semasa. Penggunaan
produk kecantikan sememangnya tidak akan berkubur sebaliknya akan terus maju dan
berkembang kerana fitrah manusia yang sentiasa ingin tampak cantik dan muda. Produk
kecantikan ini merupakan satu komoditi yang semakin diminati orang ramai dan mendapat
sambutan di pasaran tempatan. Rancangan perniagaan merupakan dokumen yang
mengandungi maklumat yang berkaitan dengan produk yang ditawarkan serta hari yang
bekerjasama untuk menjayakan inovasi ini.

Kelulut Muar Enterprise ini terletak di Batu 6 ½ Parit Osman Kiri, Bukit Pasir, 84300
Muar, Johor yang diuruskan oleh Muhammad Firdaus bin Ismail. Madu Kelulut Muar
Enterprise merupakan sebuah perniagaan yang mengeluarkan produk berasaskan pertanian
dan penternakan contohnya madu kelulut, bee bread dan pam sedut madu. Kami mendapati
madu kelulut banyak kebaikannya. Oleh sebab itu kami menjadikan produk madu daripada
syarikatnya untuk menjadi bahan projek kami. Kumpulan kami telah memilih projek inovasi
penghasilan sabun madu kelulut dalam bentuk ‘stick roll’ di bawah kategori penciptaan
produk baru. Sabun madu kelulut ini khasnya digunakan untuk kulit wajah. Bahan utama
kami adalah madu kelulut dan bahannya didapatkan dari Madu Kelulut Muar Enterprise.
Produk sabun muka yang kami hasilkan akan bekerjasama dengan Syarikat Kelulut Muar
Enterprise. Fokus utama rancangan perniagaan ini adalah untuk melembapkan kulit,
membersihkan, boleh mengawal paras minyak dan mengekalkan kelembapan kulit secara
semula jadi. Semua ini bertujuan untuk membantu kalangan remaja supaya mereka berasa
lebih yakin dengan kulit wajah sendiri. Selain itu, kemudahan pembungkusan yang mesra
melancong ini akan memudahkan pergerakkan pelanggan untuk membawa sabun itu ke mana
sahaja tanpa tumpah.

7
1.3 LATAR BELAKANG PROJEK
Lebah tanpa sengat (meliponini) terdapat di kebanyakan kawasan tropika dan sub-
tropika, dengan lebih 500 spesies lebah eusosial ini tersebar di seluruh wilayah Neotropika,
Afrotropik dan Indo-Australia. Madu yang dihasilkan oleh lebah tanpa sengat dikenali
dengan pelbagai nama seperti madu meliponine, madu periuk, madu sugarbag (di Australia),
dan madu Kelulut (di Malaysia). Madu lebah tanpa sengat mempunyai sejarah panjang
penggunaan asli tradisional dengan pelbagai sifat terapeutik yang dikatakan, termasuk aktiviti
antidiabetik dan antioksidan. Pelbagai kajian telah dijalankan mengenai komposisi
fizikokimia dan pemakanan madu lebah tanpa sengat, tetapi sehingga kini beberapa
komponen bioaktif telah dikenalpasti. Lebah tidak bersengat, juga dikenali sebagai
meliponines, adalah kumpulan lebah yang pelbagai yang terdapat di kawasan tropika dan
subtropika di seluruh dunia. Mereka terkenal dengan ciri-ciri unik mereka, termasuk saiznya
yang kecil, kekurangan sengatan, dan keupayaan mereka untuk menghasilkan madu dan
produk berharga lain.

Madu kelulut berasal daripada lebah tanpa sengat (meliponines) yang mempunyai
tingkah laku unik mengumpul nektar daripada pelbagai bunga dan nektari ekstrabunga.
Nektar kemudiannya melalui penukaran dalam perut madu lebah untuk berubah menjadi
madu dan dihantar atau diedarkan ke dalam tin serumen yang dihasilkan daripada propolis.
Ini memberikan madu nutrien yang tinggi dan sifat antioksidan. Penyelidikan mendapati
madu kelulut mempunyai 10 kali ganda sifat antioksidan berbanding madu biasa. Madu
kelulut diketahui mempunyai spektrum luas aktiviti anti-biotik, anti-kulat, dan merupakan
agen anti-oksidan, anti-radang yang kuat. Madu kelulut telah dikaji dan terbukti merupakan
jenis madu yang paling mujarab dengan berkhasiat.

Pengkaji memutuskan untuk mencipta produk inovasi daripada lebah kering (Madu
Kelulut) yang dipanggil Sabun Cuci Madu. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk
membangunkan rangkaian produk penjagaan kulit peribadi yang luas untuk memastikan kulit
sentiasa bersih, sihat dan segar. Ini boleh menggambarkan potensi kosmeseutikal madu lebah
tanpa sengat sebagai antijerawat, pelembab kulit dan agen anti-hipertropik. Madu lebah tanpa
sengat boleh merawat jerawat dengan mengurangkan keradangan dan kerengsaan semasa
pembentukan jerawat kerana sebatian flavonoid dan fenolik yang tinggi. Ciptaan ini pada
asasnya dicirikan dengan menggabungkan lebah tanpa sengat kering dengan pembawa sabun
yang boleh diterima secara kosmetik seperti sabun madu untuk memudahkannya dibawa ke
mana-mana. Kaedah untuk membuat komposisi sabun madu ciptaan, dan kaedah untuk

8
mengelupas kulit menggunakan komposisi sabun yang sesuai untuk digunakan di spa
komersial juga disediakan.

1.4 PERNYATAAN MASALAH


Kulit wajah adalah salah satu aspek penting dalam penampilan fizik seseorang dan
memainkan peranan penting dalam meningkatkan kepercayaan dan keyakinan diri seseorang
individu. Terdapat terlalu banyak produk perawatan kulit yang diperkenalkan dan diiklankan
di pasaran. Namun, terdapat banyak kes di mana sensitiviti meningkat, kemungkinan
disebabkan alahan kepada bahan-bahan dalam pencuci muka. Contohnya produk
mengandungi sulfat, ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan berminyak dan
menyebabkan kulit berjerawat. Bahan kimia seperti asid salisilik yang berlebihan juga akan
memburukkan keadaan muka. Jika kulit seseorang itu sensitif, mereka juga boleh mengalami
reaksi alahan terhadap bahan kimia yang terdapat dalam pencuci muka juga (BERITA
BERNAMA, 2022). Kami dapati masalah muka breakout ini sering berlaku jika pengguna
menggunakan pencuci muka yang mempunyai bahan sensitif. Oleh itu, produk penjagaan
kulit yang mampu merawat kulit amat diperlukan di pasaran hari ini.

Seterusnya, pencuci muka sangat penting untuk dibawa kemana mana. Kami
mendapati bahawa masalah pembungkusan pencuci muka yang sering menjadi rungutan
orang ramai kerana pembungkusan pencuci muka yang sering tertumpah apabila ingin
melancong.

Berdasarkan kajian yang kami laksanakan, kami merancang untuk menjadikan


masalah yang sering dihadapi oleh pengguna sabun penjagaan kulit di sekitar bandar
Merlimau ini sebagai satu bentuk kajian kami.

9
1.5 OBJEKTIF PROJEK
i. Membantu semua golongan yang menghadapi masalah kulit seperti jerawat, pori terbuka,

kusam dan lain-lain.

ii. Melihat keberkesanan produk Sabun Madu Kelulut untuk mereka yang mempunyai
masalah

kulit wajah.

iii. Menghasilkan produk yang mesra pengguna iaitu mudah dibawa kemana-mana kerana

kaedah pembungkusan yang lebih efektif, praktikal dan menarik.

1.6 JUSTIFIKASI PROJEK


1.6.1 Justifikasi kepada perniagaan
Projek ini dapat membantu Kelulut Muar Enterprise dalam mempelbagaikan keluaran
produk berasaskan madu. Seterusnya, perniagaan secara tak langsung akan dapat
meningkatkan keuntungan produk madu kelulut mereka.

1.6.2 Justifikasi kepada pelanggan


Pelanggan dan bakal pelanggan dapat pelbagai manfaat dengan menggunakan sabun
madu kelulut untuk kulit wajah kerana sabun kami mengandungi bahan yang semulajadi dan
dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit wajah. Selain itu, dari segi
pembungkusan yang sesuai, praktikal, mudah dibawa kemana-mana dan tidak mudah tumpah
dapat meningkatkan keselesaan dan keterujaan pengguna terhadap produk.

1.6.3 Justifikasi kepada politeknik


Membolehkan Politeknik dalam mencapai misinya dalam membangunkan holistik,
keusahawanan dan graduan TVET yang seimbang melalui pendidikan dinamik selaras
dengan arus revolusi Perindustrian. Projek ini dapat memberi peluang kepada pelajar
Politeknik Merlimau untuk bekerjasama dengan syarikat tersebut. Pelajar berpeluang untuk
berkongsi ilmu, kepakaran

10
serta kemahiran yang dipelajari di Politeknik kepada komuniti setempat. Oleh itu, implikasi
dari projek ini dapat memberikan imej yang baik kepada politeknik. Selain itu, pelajar
politeknik dapat pengalaman yang baik ketika menjalankan projek ini.

1.7 PERSOALAN PROJEK


1.7.1 Adakah berkesan dan mempunyai kesan sampingan?
Adakah Sabun Madu Kelulut benar-benar berkesan dalam merawat masalah kulit
tertentu seperti jerawat, kulit kusam dan adakah ia ada menyebabkan kesan sampingan atau
tindak balas alahan kepada sesetengah individu?

1.7.2 Bagaimanakah proses pengeluaran produk?


Bagaimanakah proses penghasilan Sabun Madu Kelulut dijalankan, termasuk
pemilihan madu kelulut, campuran bahan-bahan, dan pembuatan produk?

1.8 SKOP PROJEK


Skop atau had pelaksanaan projek perlu dibuat sebagai rujukan bagi memastikan
setiap pelaksanaan projek tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop pelaksanaan
projek ditetapkan berdasarkan objektif atau matlamat projek.

Kajian ini dijalankan di sekitar kawasan Jasin iaitu melibatkan segelintir masyarakat
di sekitar Merlimau, Jasin dalam menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah yang kami
lakukan adalah dalam pembuatan produk sabun pencuci muka baharu berasaskan madu
kelulut sebagai bahan utama produk untuk syarikat Kelulut Muar Enterprise nama yang kami
cadangkan ialah Sabun Madu Kelulut BeeLieve. Selain itu, kesan daripada penggunaan
Sabun Madu Kelulut dapat menyelesaikan masalah kulit yang kusam, berjerawat, pori-pori
besar dan lain-lain. Setelah yakin dengan penggunaan dan maklum balas yang diberikan,
kami bekerjasama dengan Syarikat Kelulut Muar Enterprise untuk memasarkan Sabun Madu
Kelulut BeeLieve di pasaran produk kecantikan.

Skop kajian melibatkan segelintir masyarakat di Merlimau, Jasin iaitu seramai 50


orang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti maklum balas keberkesanan Sabun Madu
Kelulut BeeLieve dalam menyelesaikan masalah kulit masyarakat di Malaysia.

11
1.9 KEPENTINGAN PROJEK
Berikut adalah beberapa kepentingan projek sabun madu kelulut:

1.9.1 Kesihatan Kulit


Madu kelulut diketahui mengandungi bahan-bahan yang boleh merawat kulit,
termasuk antioksidan dan sifat anti-radang. Selain itu, penggunaan sabun madu kelulut dapat
membantu melembapkan kulit dan mengurangkan masalah seperti kekeringan, kegatalan,
atau jerawat.

1.9.2 Penggunaan Bahan Semulajadi


Sabun madu kelulut diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu madu kelulut. Ini
bermakna ia lebih mesra alam dan mengandungi kurang bahan kimia berbahaya.

1.9.3 Pendidikan Kesihatan


Projek ini juga boleh dijadikan platform untuk memberi pendidikan kesihatan kepada
orang ramai tentang kebaikan madu kelulut dan produk semulajadi yang lain.

12
1.10 DEFINISI ISTILAH/TAKRIFAN OPERASI
1.10.1 Madu
Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya
dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. “Madu kelulut rasanya agak masam
berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” “Madu kelulut lebih mahal dibandingkan
dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat
Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

1.10.2 Minyak Jojoba


Minyak jojoba lazim digunakan bagi merawat jerawat, kulit terbakar akibat terdedah
kepada matahari, psoriasis dan juga kulit kering. Selain itu, minyak jojoba kaya dengan
vitamin E, vitamin B kompleks, dan lain-lain lagi. Ia juga kaya dengan iodin, di mana
membuktikan minyak jojoba mempunyai kebolehan untuk menyembuh.

1.10.3 Kolagen
Ia memainkan peranan dalam menguatkan kulit, serta dalam keanjalan dan
penghidratan. Apabila usia anda meningkat, badan anda menghasilkan kurang kolagen,
menyebabkan kulit kering dan pembentukan kedutan. Oleh itu, mengambilan kolagen boleh
meningkatkan keanjalan kulit.

1.10.4 Sabun Glycerin


Sabun glycerin tulen adalah semulajadi. Ia tidak mengandungi alkohol, pewangi atau
bahan berasaskan kimia lain yang boleh merengsakan kulit anda. Ini menjadikan sabun
glycerin mesra vegan dan pilihan yang bagus untuk orang yang mempunyai kulit sensitif.
Glycerin boleh membantu mengunci kelembapan semula jadi kulit anda dan mengelakkan
terlalu kering.

1.10.5 Bee Bread


Mencegah kulit muka daripada kekeringan, melindungi kulit daripada persekitaran
yang kotor dan mengekalkan kulit sentiasa terhidrat.

13
1.11 JANGKAAN DAPATAN/HASIL PROJEK
1.11.1 Jangkaan terhadap perniagaan
Hasil projek kami, dapat membantu syarikat menghasilkan produk yang baharu
berasaskan madu kelulut untuk dipasarkan. Secara tak langsung, kami dapat membantu
syarikat Kelulut Muar Enterprise meningkatkan jualan produk madu kelulut dan mendapat
pelanggan baharu.

1.11.2 Jangkaan terhadap pelanggan


Hasil projek kami dapat membantu golongan yang mengalami masalah kulit wajah
dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

1.11.3 Jangkaan terhadap projek kami


Hasil dapatan projek kami adalah kami dapat menghasilkan sabun madu kelulut
dengan menginovasikan pembungkusan menggunakan ‘stick’. Selain itu kami mendapat
pengetahuan baharu berkaitan proses pembuatan sabun dilakukan dan boleh digunapakai
untuk masa hadapan. Seterusnya, kami juga mendapat ilmu baharu untuk membuat laporan
proposal.

14
1.12 ANALISIS SWOT
Analisis SWOT, iaitu kegiatan untuk mengetahui peluang, ancaman, mahupun
kekuatan dan kelemahan perusahaan itu sendiri, hal ini sangat penting dilakukan untuk
kemajuan serta kecemerlangan sesuatu perniagaan. Berikut beberapa definisi menurut para
pakar, “analisis SWOT adalah analisis yang berasaskan pada logik yang dapat
memaksimumkan kekuatan (Strength) dan peluang (Opportunity), namun secara bersamaan
dapat meminimumkan kelemahan (Weakness) dan ancaman (Threats)” Menurut Freddy
(2013). Menurut Galavan (2014)” analisis SWOT (Strength, Weakness, Opportunity, dan
Threat) iaitu analisis untuk mendapatkan strategi yang berguna atau efektif yang diterapkan
sesuai dengan pemasaran dan keadaan publik saat itu, peluang (opportunity) dan ancaman
(threat) dipakai untuk mengetahui lingkungan luar atau external kemudian kekuatan
(strength) dan kelemahan (weakness) yang didapatkan melalui analisis dalam perusahaan atau
internal”. Analisis SWOT menurut Philip Kotler ditakrifkan sebagai penilaian terhadap
kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman keseluruhan. Analisis SWOT ialah instrumen
analisis dalaman dan persekitaran syarikat luar yang terkenal. Analisis ini adalah berdasarkan
andaian bahawa strategi yang berkesan akan meminimumkan kelemahan dan ancaman.
Apabila digunakan dengan tepat, andaian mudah ini berlaku mempunyai kesan yang besar
terhadap reka bentuk strategi yang berjaya.

Berdasarkan definisi diatas dapat disimpulkan bahwa analisis SWOT, iaitu suatu
kaedah untuk menggambarkan dan membandingkan bagaimana syarat dan cara untuk menilai
suatu masalah perniagaan dan projek berdasarkan faktor external dan internal, iaitu Strength,
Weakness, Opportunity, dan Threat.

Menurut Irham (2013), untuk menganalisis lebih lanjut mengenai SWOT, ia boleh
dilihat daripada faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor di luar syarikat (External), faktor di
luar syarikat akan mempengaruhi pembentukan peluang dan ancaman di mana faktor ini
berkaitan dengan keadaan yang berlaku di luar syarikat yang boleh mempengaruhi
pembuatan keputusan syarikat. Faktor luaran ini termasuk persekitaran perniagaan makro,
persekitaran industri, undang-undang, politik, ekonomi dan media sosial. Faktor dalam
syarikat (Dalaman), faktor dalam syarikat dipengaruhi oleh kekuatan dan kelemahan. Faktor
ini menyangkut keadaan dalam syarikat, yang dipengaruhi oleh pembentukan pembuatan
keputusan syarikat. Faktor ini termasuk pengurusan berfungsi seperti kewangan, sumber,
pemasaran, sistem maklumat pengurusan dan operasi.

15
Kekuatan (Strengths)

• Produk berasaskan sumber yang halal dan 100% bahan semula jadi.

• Pembungkusan yang mudah dibawa kemana-mana dan mesra pengguna.

• Pelbagai khasiat yang terkandung dalam produk dan sesuai untuk merawat masalah kulit.

Kekuatan yang ada pada sabun madu kelulut BeeLieve adalah produk berasaskan
sumber yang halal dan 100% bahan semula jadi. Dalam konteks ini, ianya dapat membantu
dalam merawat kulit masyarakat di seluruh Malaysia seperti kulit muka kusam, berjerawat
dan kulit sensitif. Tetapi ia bergantung kepada penggunaan seseorang dalam rutin harian
mereka. Selain tu, pembungkusan yang mudah dibawa kemana-mana dan mesra pengguna
adalah salah satu kelebihan sabun madu kelulut BeeLieve yang berbeza daripada sabun yang
ditawarkan dipasaran. Dalam hal ini, ianya dapat menarik minat pelanggan dalam memiliki
sabun yang sangat kompleks mudah di bawa kemana-mana dan sangat berkesan pada kulit
muka. Ianya kerana bahan yang digunakan 100% asli dan semulajadi tiada bahan berbahaya
yang ditambah untuk mendapatkan kesan yang pantas. Akhir sekali, sabun madu kelulut yang
dikeluarkan mempunyai pelbagai khasiat yang terkandung dan sesuai untuk merawat masalah
kulit seperti kulit sensitif. Oleh itu, produk ini menjamin keberkesanan dengan bahan yang
digunakan serta respon positif daripada pengguna.

Kelemahan (Weakness)

• Jenama baharu dan belum terkenal dalam pasaran kosmetik di Malaysia.

• Produk masih belum ada sijil pengiktirafan KKM dan HALAL daripada JAKIM.

Produk ini jenama baharu dan belum terkenal dalam pasaran kosmetik di Malaysia.
Pembungkusan yang baru di kalangan pengguna. Ia mengambil masa untuk dibiasakan dan
dikenali oleh masyarakat/pengguna. Industri kosmetik memiliki persaingan yang ketat serta
regulasi atau peraturan yang ketat. Seterusnya, produk ini masih belum ada sijil pengiktirafan
Kementerian Kesihatan Malaysia dan HALAL daripada JAKIM untuk memberi kepercayaan
yang baik kepada pelanggan. Selain itu, perubahan trend dan selera pelanggan sering berubah
dengan cepat sehingga perusahaan harus beradaptasi dengan cekap dan mengatasinya.

16
Peluang (Opportunities)

• Permintaan yang tinggi terhadap produk kesihatan dan kecantikan.

• Pemasaran melalui media sosial, merupakan peluang tepat dalam memasarkan produk.

• Penghasilan kepelbagaian produk berasaskan madu.

Kecantikan dan kesihatan adalah industri yang terus berkembang, terutamanya


dengan peningkatan kesedaran orang ramai tentang kepentingan menjaga diri. Ini
mewujudkan peluang untuk produk sabun madu kelulut yang memberikan manfaat kesihatan
dan kecantikan. Produk yang boleh memanfaatkan trend ini termasuk penjagaan kulit semula
jadi dan produk berasaskan semula jadi seperti madu. Selain itu, media sosial ialah platform
yang berkuasa untuk memasarkan produk kecantikan dan kesihatan. Kami memanfaatkan
penggunaan platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan TikTok untuk
memasarkan sabun madu kelulut kami iaitu BeeLieve dan dalam masa yang sama kami
membantu Kelulut Muar Enterprise mengembangkan perniagaan mereka. Kaedah pemasaran
yang kreatif dan tertumpu pada media sosial boleh membantu syarikat Kelulut Muar
Enterprise meningkatkan jualan dengan menambahkan pelbagai produk yang berasaskan
madu. Madu adalah bahan semulajadi yang mempunyai banyak manfaat kesihatan dan
kecantikan. Pelbagai produk berasaskan madu boleh dihasilkan, seperti topeng muka, losyen,
sabun, atau makanan tambahan kesihatan. Kepelbagaian produk boleh membantu syarikat
menjangkau segmen pasaran yang lebih luas dan memberi pelanggan pelbagai pilihan produk
berasaskan madu.

Ancaman (Threats)

• Ketidakstabilan ekonomi di Malaysia.

• Terdapat banyak syarikat yang berebut peluang untuk menceburi bidang kosmetik dan
menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan.

Ketidakstabilan ekonomi Malaysia akan menyebabkan harga bahan naik dan turun
dengan tidak menentu. Hal ini akan menyebabkan produk akan tiada permintaan kerana
pelanggan kemiskinan makin bertambah. Selain itu, terdapat banyak syarikat yang berebut

17
peluang untuk menceburi bidang kosmetik dan menghasilkan produk kesihatan dan
kecantikan. Perlu berdaya saing dengan syarikat yang sudah tersohor.

1.13 RUMUSAN
Projek Sabun Madu Kelulut BeeLieve menyelesaikan masalah dalam membantu
golongan yang mempunyai masalah kulit seperti berjerawat, kusam dan kulit sensitif dengan
pengeluaran produk berasaskan bahan semulajadi. Selain itu, membantu pengguna produk
merkuri untuk berubah ke produk semulajadi. Disebabkan itu, kami membuat soal selidik
kepada pengguna tentang produk kecantikan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih
lanjut seterusnya bekerjasama dengan syarikat Kelulut Muar Enterprise dalam merealisasikan
produk kecantikan iaitu sabun madu kelulut BeeLieve yang mengunakan 100% bahan yang
halal dan semulajadi. Selain itu,kami membantu mengatasi kesukaran untuk membawa
pencuci muka ke mana-mana dengan menghasilkan kaedah pembungkusan yang berbentuk
‘stick’ yang menarik dan terjamin kebersihan serta keselamatannya. Oleh itu, masalah yang
dihadapi di dalam pasaran produk kecantikan dapat diselesaikan dengan pengeluaran produk
yang berkualiti, bersih dan selamat.

18
BAB 2: PENYELIDIKAN LAPANGAN
2.1 PENGENALAN
Bab ini akan memberikan perincian berkaitan dengan teori dan perspektif konseptual.
Ia mengandungi penerangan atau subjek yang menyokong faktor yang hendak dikaji. Aspek-
aspek utama yang diutarakan dari segi penerangan konsep, kerangka teori dan dapatan kajian
lepas. Bahagian penerangan konsep menjelaskan kerjasama yang dilakukan bersama Kelulut
Muar Enterprise dalam membantu pembuatan sabun muka yang berkualiti mengunakan
bahan alami iaitu Madu kelulut sebagai bahan utama.

Penerangan dapatan kajian lepas merangkumi Kebaikkan serta pemprosesan dalam


membuat sabun muka yang berkualiti. Melalui kajian-kajian literatur terdahulu dan
informasi-informasi sekunder yang berbentuk data, soalan selidik, serta pengalaman penulis
sendiri. Kajian literatur adalah kajian-kajian tempatan dan luar negara.

Dalam projek Sabun Madu Kelulut, kebanyakan kajian difokuskan pada penyelidikan
yang terdapat di internet dan di jurnal yang telah dijumpai. Kajian ini dijalankan dengan
maklumat yang berkaitan dengan Madu sebagai bahan utama di dalam sabun alami. Sebaik
sahaja semua maklumat telah diperoleh, ia akan membantu melancarkan projek Sabun Madu
Kelulut ini dengan kerjasama Kelulut Muar Entrerprise. Kaedah yang digunakan adalah
mudah dan cekap kerana segala maklumat yang diperoleh dapat dijadikan panduan untuk
projek ini.

19
2.2 KAJIAN TERDAHULU/ULASAN/SIASATAN

Tarikh Dicipta 1884; 139 years ago in


Warrington, England

Isu  Kekurangan produk semula jadi yang


mempunyai keupayaan sebagai agen
antibakteria.
 Kebiasaan penggunaan madu biasa
sebagai produk utama.
 Ingin mengiktirafkan keutamaan produk
herba semula jadi yang dapat
menyihatkan kulit wajah remaja.

Kaedah Penyelesaian  Menggantikan penggunaan madu biasa


kepada madu kelulut dalam penghasilan
sabun kita.
 Menghasilkan sabun madu kelulut yang
dirancang secara inovatif dalam
pembungkusan yang kreatif dan
terbaharu.

Sumber https://en.wikipedia.org/wiki/Lever_Brothers

20
Terdapat beberapa jenis sabun madu yang masing masing mempunyai bentuk,
kebaikan dan spesifikasi yang berbeza. Ada juga syarikat yang mengeluarkan sabun yang
lebih canggih tetapi itu hanya iklan semata-mataa kerana yang canggih akan membuat kos
penghasilan terlalu mahal dan tidak mampu untuk semua remaja memiliki. Oleh itu, agensi
atau Syarikat dipertanggungjawabkam membuat penyelidikan untuk menghasilkan
penyelesaian dengan menghasilkan sabun yang terbaik untuk menyihatkan kulit wajah remaja
dan harga yang berpatutan kepada suasana pengguna. Bagaimanapun, penghasilan sabun
tersebut tidak semudah yang disangka kerana selain daripada faktor meyihatkan kulit wajah
dan faktor kos, terdapat faktor kos kualiti perlu diambil kira. Ini kerana sabun yang terlalu
mahal dan tidak dapat mengekalkan kualiti seperti diusahakan secara manual tidak akan
dikira. Kami mengambil inisiatif untuk membangunkan projek itu dengan
mempertimbangkan semua faktor tersebut.

Rajah 2.2.1 Honey Soap

Dilengkapi dengan teknologi kecekapan , ia mempunyai kelebihan yang banyak dan


ciri-ciri sabun dengan kandungan glycerin dan madu yang menjadikan kulit anda halus dan
segar. Menghasilkan buih yang banyak danmengadungi vitamin B6,C,Tiamin dan wanigan
tersendiri. Tetapi ia mengadungi pewarna dan fragrance dalam penghasilan sabun tersebut.
Penggunaan fragrance pada produk kecantikan seperti skincare merupakan hal yang cukup
umum. Ada saatnya kandungan fragrance boleh berbahayakan kulit remaja dan terdapat
beberapa reaksi yang biasa dirasakan. Contohnya, kulit terasa kering,gatal dan perih, kulit
membengkak, muncul jerawat dan sensitive kulit meningkat.

21
Rajah 2.2.2 Mooley Honey Soap

Minat mendalam dalam bidang perniagaan menjadi pendorong kepada menghasilkan


pelbagai jenis sabun pencuci muka dan badan yang mengadunngi madu kelulut yang dibeli
dari peternak.Berjaya menghasilkan produk pencuci muka yang berasaskan herba campuran
madu kelulut yang memberi kesegaran dan keselesaan selepas guna. Bagi memenuhi peminat
Masyarakat luar, produknya tidak mengadungi pewarna dan wanigan tambahan dengan harga
yang berpatutan untuk menarik minat pengguna berpendapatan rendah dan remaja.
Masalanya, pembungkusan yang kurang cekap memyebabkan kesukaran kerana sabun
tersebut tidak boleh membawa ke semua tempat. Ia memerlukan bungkusan yang cekap dan
senang untuk dibawa kemana-mana sahaja.

2.3 RUMUSAN
Kesimpulannya, subtopik ini menceritakan konsep atau teori dan kajian terdahulu
terhadap sabun madu kelulut. Di dalam kajian terdahulu, terdapat dua jenis sabun yang
berbeza konsep dan formulanya. Antara kedua-dua rujukan tersebut, terdapat beberapa teknik
dan konsep yang boleh digunakan dalam menghasilkan projek ini. Perancangan yang
sistematik tentang konsep dalam penghasilan sabun madu kelulut juga memainkan peranan
untuk mendapatkan sabun yang mempunyai kelebihan tinggi dan pembungkusan yang cekap.

22
BAB 3: METODOLOGI/REKA BENTUK
3.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan metodologi yang digunakan oleh pengkaji dalam
melaksanakan kajian ini. Metodologi juga merupakan cara yang dijelaskan secara terperinci
mengenai aliran projek. Ia bertujuan memberi penjelasan bagaimana kajian dijalankan, data-
data diperolehi dan dianalisis bagi mendapat maklumat yang tepat.

Bab ini membincangkan lebih lanjut secara terperinci mengenai prosedur


penyelidikan, bagaimana data dikumpulkan sehingga bagaimana ia diproses dan dianalisis
untuk mencapai objektif dan skop kajian. Perkara-perkara yang disentuh dalam bab ini
antaranya reka bentuk kajian, kaedah penghasilan projek, responden kajian, tempat dan lokasi
kajian, prosedur pengumpulan dan penganalisaan data.

Yang terbaik dan paling banyak kaedah yang sesuai harus dipilih untuk memastikan
kajian dapat dijalankan di pendekatan yang sesuai dan cekap. Pada masa yang sama,
metodologi sistematik juga dapat membantu mencegah kesilapan yang tidak perlu yang
mungkin berlaku dalam kajian. Tahap dari kaedah disusun mengikut urutan untuk
memastikan kualiti kajian yang baik dan objektif dapat dicapai.

23
3.2 REKA BENTUK PROJEK
3.2.1 KAEDAH/PROSEDUR/TEKNIK PENGHASILAN PROJEK

Langkah 1: Timbangkan Langkah 2: Panaskan


glycerin soap base sebanyak glycerin soap base sehingga
95g. cair. Langkah 3: Masukkan 2g
madu kelulut.

Langkah 6: Masukkan bee Langkah 5: Masukkan 1 titik Langkah 4: Masukkan 3 titik


bread sebanyak satu sudu pewarna. jojoba oil.
teh dan collagen 0.3g.

Langkah 7: Kacau Langkah 8: Masukkan ke


sehingga sebati dalam pembungkusan dan
semua bahan. biarkan sehingga sabun
membeku.

3.2.2 BAHAN DAN PERALATAN


Bahan dan peralatan yang kami gunakan adalah seperti berikut:

Bahan Peralatan
Glycerin Soap Base Penimbang
24
Madu Periuk
Minyak Jojoba Mangkuk kecil
Colour Sudu
Collagen Packaging
Bee Bread Sticker

3.2.3 KAEDAH ANALISIS DATA


Kaedah analisis data yang kami gunakan adalah dengan membuat soal selidik yang
akan digunakan sebagai kaedah pengumpulan data bagi penyelidikan ini. Kami mengedarkan
beberapa soalan kepada semua golongan masyarakat di Merlimau melalui google form untuk
mengetahui tentang maklumat mereka berkaitan masalah kulit muka yang dihadapi oleh
mereka serta mengambil kira pengetahuan mereka berkaitan dengan kelebihan bahan
semulajadi. Analisis data yang digunakan untuk mengenalpasti masalah sesetengah responden
yang mengalami masalah kulit dan di samping itu kami ingin cuba membantu mereka
mengatasi masalah yang dihadapi oleh mereka.

3.3 RUMUSAN
Kesimpulannya, di topik ini kami menemui cara untuk menghasilkan sabun muka
dengan efektif dan cekap. Kami menggunakan bahan dan peralatan yang bersesuaian dalam
proses penghasilan sabun madu kelulut dan mengikuti langkah-langkah yang sistematik.
Selain itu, kami juga menggunakan kaedah yang bersesuaian untuk mendapatkan data
responden berkenaan produk kami dan pengetahuan mereka tentang kebaikan madu kelulut
terhadap kulit muka.

25
RUJUKAN
Carta Gantt
SENARAI AKTIVITI/MINGGU W1 W2 W3 W4 W5 W6 W7 W8 W9 W10 W1 W12 W1 W14
1 3
Penyelaras program memberi penerangan tentang course outline
dan contoh tajuk yang boleh dibuat sebagai rujukan
Perbincangan dan pemilihan bersama supervisor tentang tajuk
projek
Mencari dan membaca jurnal yang bersesuaian dengan tajuk
projek
Merangka pengenalan, objektif, pernyataan masalah dan persoalan
projek
Perjumpaan dan perbincangan bersama pemilik perniagaan Kelulut
Muar Enterprise
Melakukan soal selidik di kalangan penduduk Merlimau dengan
menggunakan google forms
Menganalisis data

Pelaksanaan projek (mencari bahan yang sesuai untuk membuat


sabun madu kelulut dan menghasilkan sabun)
Menulis kertas cadangan

Menghantar slide pembentangan proposal dan membentang

26
proposal
Penilaian projek
(Membuat soal selidik dan temu bual keberkesanan produk)
Kesimpulan dan cadangan

Pembentangan projek akhir (kurikulum)

Pembentangan projek akhir (InRes @ JP)

Pembentangan projek akhir (Perkaya PMM)

Penghantaran laporan akhir dan buku log

27
Anggaran Kos Projek
Item Kuantiti Kos Keseluruhan Kos per unit (RM)
(RM)
Glycerin Soap Base 95g RM16 / 1kg 1.52
Madu 2g RM60 / 300g 0.40
Minyak Jojoba 3 drop RM10 / 10ml 0.015
Colour 1 drop RM6 / 10ml 0.03
Collagen 0.3g RM20 / 15g 0.40
Bee Bread 2g RM35 / 50g 1.40
Packaging Stick 1 RM5.26 / bottle 5.26
Sticker 1 RM8 / 10 pcs 0.80
Jumlah Kos RM160.26 RM9.83

Kos Overhead
Perkara RM
Bil Elektrik 2.00
Bil Air 2.00
Gas 1.50
Jumlah Kos Overhead 5.50

28
SUMBER RUJUKAN
Industri kecantikan berkembang maju - Hasan Malek Oktober 15, 2014

Abdul Hadi Awang. 2012. Gharar dalam perspektif Figh al-Hadith: Analisis terhadap Illah
dan prinsip. Jurnal Ilmiah Berimpak 4: 63-94.

Ahmad Azrin Adnan & Wan Mohd Yusof Wan Chik. 2008. Penentu pemilihan bank menurut
perspektif Islam: Suatu sorotan awal. Kertas kerja Seminar Keusahawanan Islam Il Peringkat
Kebangsaan. Anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur:

Aminudin Basir bin Ahmad, Mohamad Ari Haron & Nik Yusri Musa. 2009. Kebebasan media
komunikasi menurut perspektif Islam. Jurnal Hadhari (2): 65-85.

Afzalur Rahman. 1992. Muhammad: Ensiklopedia Sirah Jilid 1 & 2, Sunnah, Dakwah dan
Islam Terjemahan Muhammad SAW. Encyclopedia of Seerah volume 1 & 2. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alserhan, B. A. 2011. The Principles of Islamic Marketing. Surrey, England: Gower


Publishing Limited.

Astro Awani. 2020. Produk kosmetik dharamkan penjualan serta-merta. http://www.


astroawani. com/berita-malaysia/7-produk-kosmetik-diharamkan penjualan-serta-merta-
214292 [18 Jun 2020].

Ghazali, A. 2019. Ini taktik jerat 'scam kesihatan', Sinar Harian.


https://www.sinarharian.com.my/article/53960/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/scammer-ubat-
produk kesihatan-jerat-mangsa [16 Julai 2020].

Hanafiah, S. A. S. M. 2019. Hanya taktik pasaran bila produk didakwa dari bahan
semulajadi? Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/16339/LIFESTYLE/Sinar-
Aktif/kosmetik-semulajadi [16 Julai 2020].

William D. W., Sandra M. & John Burnett. 2001. Advertising Principles & Practice. Sth Ed
ed. New Jersey: Prentice Hall.

Rahim, M. H. A. 2009. Pengiklanan Islami: Penjanaan Konsep dan Pelaksanaan. Jurnal


Melayu (4) 2009: 59-72.

Obsesi Tampil Cantik : Harian Metro - Dr Nor Fadhilina 29 Mac 2018


http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/64799/1/Obsesi%20tampil%20cantik.pdf

29
30

You might also like