You are on page 1of 26

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

BPME2013

ENTREPRENEURIAL BEHAVIOR AND SKILLS

GROUP ASSIGNMENT

CLASS GROUP: D

LECTURER NAME: Dr. MOHD SULFI YUSOF

GROUP NAME Nebula

NAME MATRIK

1 Nur Rusmaliyana binti Rusli 261306

2 Maizurah binti Abdullah 261400

3 Phang Wan Teng 256790

4 Nalina Suria Manimaran 273365

Date:30 Disember 2020

FIRST SEMESTER 2020/2021 (A201)

Abstrak

1
Tugasan ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana proses perniagaan produk
pengeluaran makanan sejuk beku ini. Dalam tugasan ini terdapat profil usahawan, ciri-ciri
utama dan kemahiran keusahawanan yang perlu dimiliki oleh produk pengeluaran makanan
sejuk beku ini, lokasi yang sesuai bagi perniagaan yang dipilih, perundangan dan pelesenan
produk pengeluaran makanan sejuk beku ini. Hasil jualan utama dan juga hasil sampingan
yang boleh diperoleh dalam perniagaan produk pengeluaran makanan sejuk beku ini. Jenis
premis bangunan produk pengeluaran makanan sejuk beku yang sesuai, mesin dan peralatan
penting yang digunakan, kelengkapan pejabat dan sebagainya, Anggaran kos permulaan yang
minimum dan sederhana bagi memulakan perniagaan produk pengeluaran makanan sejuk
beku ini. Sumber pembiayaan bagi perniagaan dan jenis pembiayaan ekuiti atau pinjaman
yang lebih sesuai. Isu dan Cabaran dihadapi dihadapi oleh usahawan dalam perniagaan
produk pengeluaran makanan sejuk beku ini. Dan cadangan tindakan kreatif atau inovatif
yang boleh dilakukan oleh firma tersebut sama ada di peringkat input, tranformasi atau output
untuk berubah atau mengembangkan lagi perniagaan firma tersebut pada masa depan.

Table of Contents
Abstrak.................................................................................................................................................2
1.0 Pengenalan...............................................................................................................................4
2.0 Profil Usahawan.......................................................................................................................5

2
2.1 Maklumat Syarikat..............................................................................................................5
2.2 Maklumat Pemilik.....................................................................................................................6
3.0 Ciri-Ciri Utama dan Kemahiran Keusahawanan yang Perlu Dimiliki oleh Usahawan.....7
4.0 Lokasi.......................................................................................................................................8
4.1 Lokasi Pemprosesan............................................................................................................8
4.2 Lokasi Pasaran.....................................................................................................................9
5.0 Perundangan dan Pelesenan bagi Perniagaan.......................................................................9
5.1 Perundangan..............................................................................................................................9
5.2 Perlesenan................................................................................................................................10
5.2.1 Suruhanjaya Syarikat Malaysia...........................................................................................10
5.2.2 Sijil Halal............................................................................................................................10
5.2.3 sijil MESTI.........................................................................................................................10
5.2.4 Label Makanan...................................................................................................................10
6.0 Hasil Jualan Utama dan Juga Hasil Sampingan Perniagaan Utama Usahawan....................11
7.0 Jenis Premis Bangunan yang Sesuai..........................................................................................12
7.1 Mesin dan peralatan yang digunakan....................................................................................12
7.1.1 Senarai Aset Tetap..............................................................................................................12
7.1.2Kelengkapan pejabat............................................................................................................13
7.1.3 Susun atur kedai Frozen Sedap Enterprise..........................................................................14
8.0 Anggaran Kos Permulaan Perniagaan.......................................................................................14
8.1Belanja Operasi.........................................................................................................................15
8.2 Belanja pentadbiran................................................................................................................15
8.4 Belanja pemasaran..................................................................................................................16
8.5 Belanja permulaan...................................................................................................................16
9.0 Sumber Pembiayaan....................................................................................................................16
10.0 Isu Dan Cabaran........................................................................................................................18
10.1 Cabaran Kewangan...............................................................................................................18
10.2 Cabaran Pesaingan............................................................................................................18
10.3 Cabaran Pemasaran..............................................................................................................18
11.0 Strategi Untuk Bertahan Dalam Industri................................................................................19
11.1 Sentiasa melakukan penyelidikan untuk memahami keperluan pelanggan.....................19
11.2 Mempelbagaikan strategi pemasaran..................................................................................19
11.3 Memberi Kelebihan Bagi Pelanggan Setia...........................................................................19
12.0 Cadangan Tindakan Kreatif.....................................................................................................20
Kesimpulan........................................................................................................................................21
Rujukan..............................................................................................................................................22

3
Lampiran...........................................................................................................................................24

1.0 Pengenalan

Semakin tahun, semakin banyak pembaharuan dan kemajuan dalam era yang semakin
mencabar ini. Oleh itu, tidak hairanlah masyarakat sekarang juga semakin sibuk malah
masyarakat juga lebih memilih kepada kehidupan yang serba ringkas, cepat, dan mudah.
Disebabakan peluang ini telah terbentang luas maka, segelintir masyarakat mencari peluang
untuk mereka cipta peluang perniagaan.

Antara perniagaan yang diceburi adalah produk pengeluaran makanan sejuk beku.
Perniagaan ini semakin berkembang di Malaysia, produk makanan yang berasaskan ciri-ciri
ini telahpun menjadi pilihan warga Malaysia selaras dengan gaya hidup yang memerlukan
makanan yang mudah disiapkan malah berkhasiat. Produk ini dapat mengambil pelbagai
peluangb peluang perniaagaan bagi usahawan baharu dan kini telah mendapat sambutan yang
memberangsangkan oleh masyatrakat. [ CITATION Usa \l 17417 ]

Menurut definisi Food and Agriculture Organization (FAO), maksud makanan sejuk
beku ialah makanan yang disimpan atau diletakkan di dalam peti sejuk yang bersuhu di
bawah negatif 18°C. Makanan tersebut disimpan di bawah suhu tersebut supaya

4
mikroorganisma tidak menyebabkan makanan itu menjadi rosak dan busuk malah boleh tahan
lama yang mampu menjamin kualiti dan kesegarannya. Jangka hayat untuk produk ini ialah
selama setahun. Industri makanan sejuk beku ini semakin meningkat permintaannya dengan
perubahan gaya hidup manusia pada zaman moden ini. Peningkatan permintaan ini dijangka
berlaku sebanyak 10% pada setiap tahun bermula dari tahun 2000 hingga sekarang malah
peningkatan ini dijangka akan terus berlaku. Oleh kerana makanan sejuk beku telah mula
menarik perhatian ramai orang kerana lebih mudah disediakan dan menjimatkan masa.

Produk sejuk beku ini biasa dijual dalam 3 bentuk iaitu bahan mentah seperti ayam,
daging, itik, kentang fries, dan banyak lagi. Manakala untuk separa proses seperti karipap,
popia, samosa, nugget, pizza, sosej, sushi, roti jala, roti canai dan sebagainya. Seterusnya,
sedia dimakan seperti ais krim dan ais krim putar. [ CITATION nau18 \l 17417 ]

2.0 Profil Usahawan.


2.1 Maklumat Syarikat
maklumat sayrikat amat penting bagi setiap perniagaan untuk menjadikan rujukan kepada
orang yang berkepentingan. Antara maklumat syarikat yang perlu diisi adalah seperti di
jadual 1.

Nama syarikat Frozen Sedap Enterprise


Alamat syarikat Lot 26, Jalan Melati 6/30
Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor
Alamat operasi Lot 12 Jalan Kedai Melati 6/10
Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor
Alamat email Frozen_sedapE@gmail.com
No.tel/ fax 012-1111109
No.Daftar perniagaan December 2020
Tarikh Daftar Niaga December 2020

5
Aktiviti perniagaan Produk makanan sejuk beku
Pemilikan Tunggal
Modal permulaan RM 50 000.00
Bank berurusan Maybank
Alamat bank Maybank Gombak
No akaun bank 162277001922
Nama pemilik Frozen sedap Enterprise
Jadual 1: maklumat syarikat

2.2 Maklumat Pemilik


Maklumat pemilik amat penting untuk menjadikan rujukan kepada orang yang
berkepentingan. Antara maklumat syarikat yang perlu diisi adalah seperti di jadual 2.

Nama pemilik Baharudin bin Ahmad


Jawatan Pengurus
Alamat 26, Jalan Melati 6/30
Taman Seri Gombak
68100 Batu Caves
Selangor
Telefon 019-3459870
e-mail Baharudin_Ahmad00@gmail.com
No. Kad pengenalan 890916-56-0001
Tarikh lahir 16 September 1989
bangsa Melayu
Taraf perkahwinan berkahwin
Kelulusan akademik Diploma dalam perindustrian makanan
Pengalaman bekerja I. Kerani kilang
II. Pegawai operasi produk
Kursus dihadiri I. Asas keusahawanan
II. Skim latihan galakan perniagaan
2017

Jadual 2: maklumat pemilik

6
3.0 Ciri-Ciri Utama dan Kemahiran Keusahawanan yang Perlu Dimiliki oleh
Usahawan

Antara ciri-ciri yang perlu ada pada usahawan pengelurana makanan sejuk beku ini ialah
membina penampilan diri yang positif. Melalui ciri-ciri ini usahawan mampu meningkatkan
daya kepercayaan pelanggan kepada produk pengeluaran makanan sejuk beku. Selain itu,
perlu memupuk usahawan dalam menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni, budi
bahasa dan adab. Nilai murni termasuklah keselamatan, kesihatan dan kebersihan (3K)
perniagaan ini.

7
Seterusnya, Kemahiran yang perlu ada bagi usahawan yang menceburi bidang produk
pengeluaran sejuk beku ini ialah dengan melengkapkan diri dengan kemahiran berkomunikasi
samada hardskills and softskills. Dengan kemahiran ini perniaagaan pengeluaran makanan
sejuk beku ini dapat menarik pelanggan dari pelbagai demografi dan gelagat. Usahawan juga
perlu ada kemahiran membuat keputusan dalam memastikan sama ada produk yang diproses
boleh dijual atau tidak. Ini kerana dengan adanya kemahiran ini. Produk yang diterima
pelanggan akan berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Usahawan juga perlu tahu
tentang ilmu teknologi seperti teknologi pembungkusan makanan sejuk beku, teknologi
tempat penyimpanan bahan mentah, teknologi dalam logistik dan sebagainya.

Pengurusan masa juga sangat penting dalam seorang usahawan hal ini kerana masa tidak
menunggu kita. Setiap masa sangat beharga agar usahawan tidak terlepas dengan mana mana
peluang yang dating hanya sekali. Akhir sekali ialah kemahiran merebut peluang, melalui
peluang usahawan mampu melangkah ke hadapan dengan lebih berjaya.

4.0 Lokasi
Setiap usahawan perlu memastikan lokasi atau tempat perniagaan adalah dikawasan-
kawasan yang strategik. Selain itu, usahawan juga perlu mengambil kira modal yang akan
dilaburkan ketika penetapan lokasi perniagaan.

4.1 Lokasi Pemprosesan


Untuk lokasi pemprosesan produk pengeluaran makanan sejuk beku di lokasi yang
terletak di kawasan perumahan kedai yang berkepadatan sederhana tinggi. Lokasi ini dipilih

8
untuk mengelakkan sebarang bunyi mesin yang bising daripada didengari oleh orng ramai.
Kemudahan infrastuktur yang baik seperti telekemunikasi, jaringan pengangkutan,
kemudahan air dan elektrik yang lengkap juga ada. Kawasan juga startegik kerana ianya
berhampiran dengan lokasi bahan mentah ini memudahkan kedua dua belah pihak.

Selain itu, bagi mengurangkan risiko keselamatan ke atas pekerja juga diambil kira
agar dapat mengelakkan berlakunya kemalangan. Kejadian dengan melaksanakan penaksiran
dan kawalan risiko yang komprehensif mengikut kaedah yang dinyatakan dalam Garis
Panduan bagi Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

4.2 Lokasi Pasaran


Lokasi untuk pemasaran produk terletak di tengah tengah bandar ini mampu menarik
ramai pelanggan untuk berkunjung kerana ianya adalah tempat tumpuan orang ramai dan
kedai juga dalam kedudukan yang senang dan mudah dilihat. Lokasi juga tidak jauh dengan
pusat pengajian tinggi, kolej-kolej, dan pejabat awam dan swasta. Lokasi tersebut di pilih
kerana dikawasan tersebut terdapat orang-orang yang sentiasa sibuk di tempat kerja dan
tempat belajar maka mereka sentiasa mencari makanan yang bersumberkan sejuk beku.

Biasanya lokasi strategik pasti berkait rapat dengan jumlah kos sewa yang lebih mahal
berbanding kedudukan kedai yang agak suram. Untuk pemilihan lokasi pasaran usahawan
perlu memerhatikan beberapa lokasi dengan mengadakan tinjauan selama seminggu di lokasi
kedai dengan kadar sewa lebih rendah agar boleh memberikan sewaan yang murah dan
pulangan modal yang menguntung dan usahawan juga perlu pastikan Kawasan tersebut di
Kawasan yang startegik dan mudah nampak. Selain itu, elakkan memilih lokasi di mana
kedai yang berdekatan menjual produk yang sama. Sebaik-baiknya, lokasi pemasaran mampu
melengkapkan produk yang tiada di kedai-kedai berhampiran. [ CITATION Nia18 \l 17417 ]

5.0 Perundangan dan Pelesenan bagi Perniagaan

5.1 Perundangan
Perundangan yang perlu dituruti oleh produk pengeluaran makanan sejuk beku
senbelum membuka perniagaan ialah mematuhi undang-undang seperti tahu akan Akta
9
Makanan 1983 yang merangkumi tentang perlindungan pelanggan daripada bahaya yang ada
samada kesihatan dan penipuan pada makanan. Terdapat juga beberapa peraturan lain yang
terkandung di bawah Akta Makanan 1983 antara Peraturan-Peraturan Makanan 1985,
Peraturan-Peraturan (Perluasan Pemakaian Akta Makanan 1983 Bagi Tembakau dan lain-
lain) makanan 1993, peraturan-peraturan kawalan hasil tembakau 2004 dan banyak lagi. Akta
Makanan 1983 juga adalah akta utama dalam mengawalselia aktiviti-aktiviti pengeluaran,
pemprosesan,pengiklanan dan perkara-perkara lain yang berkaitan makanan dan minuman.
[ CITATION Far20 \l 17417 ]

5.2 Perlesenan
5.2.1 Suruhanjaya Syarikat Malaysia
Perlesenan utama bagi pernigaan produk pengeluaran makanan sejuk beku ialah
dengan memiliki lesen Seruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Seluruh jenis pernigaan wajib
berdaftar di bawah SSM jika dilanggar boleh dikenakan hukuman denda dan sebagainya.
Tujuan lesen ini adalah untuk menunjukkan bukti perniagaan malah dengan adanya lesen
pelanggan akan lebih mempercayai pernigaan. Boleh rujuk gambar contoh sijil SSM di
bahagian lampiran

5.2.2 Sijil Halal


Seterusnya ialah sijil halal adalah antara sijil yang sangat penting bagi produk
pengeluaran makanan sejuk beku. Oleh kerana Malaysia merupakan negara islam dan
majoriti masyarakatnya yang beragama islam sijil halal perlu ada. Sangat sensitif jika logo
halal dan sijil halal tidak dapat di buktikan oleh pemilik perniagaan samada produk sumber
makanan dan produk barangan gunaan harian. [ CITATION HAL \l 17417 ] . Boleh rujuk gambar
contoh sijil Halal di bahagian lampiran

5.2.3 sijil MESTI


Seterusnya ialah pengsijilan MESTI. Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan
(PPKM) 2009 mewajibkan setiap empunya dan penghuni premis pengilangan makanan
hendaklah menyediakan dan mengadakan satu Program Jaminan Keselamatan Makanan
(PJKM). PJKM merupakan satu sistem amalan terancang yang didokumenkan dan memberi
jaminan bahawa mana-mana jenis makanan tertentu tidak akan memudaratkan pengguna

10
apabila dimakan. [ CITATION Kem2 \l 17417 ] . Boleh rujuk gambar contoh sijil MESTI di
bahagian lampiran

5.2.4 Label Makanan.

Selain itu, perniagaan produk pengeluaran makanan sejuk beku perlu ada semakan
label makanan. Permohonan semakan label diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) sebagai salah satu cara pihak industri memastikan label produk makanan
yang dijual di pasaran mematuhi Akta Makanan dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang
telah ditetapkan. Semakan label bertujuan untuk membekalkan maklumat yang betul dan jelas
tentang sesuatu produk makanan. Label makanan hendaklah mematuhi semua peruntukan
pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Semakan label adalah
untuk memaklumkan  sama ada label mereka mematuhi atau tidak mematuhi peruntukan
pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan perincian kesalahan
tidak dinyatakan.

Faedah Permohonan Semakan Label antaranya ialah label produk makanan yang telah
mendapat kelulusan boleh dijual dengan selamat dipasaran, pemohon dapat memastikan label
produk makanan yang dijual mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah
Peraturan-Peraturan Makanan 1985, surat maklumbalas yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kesihatan Malaysia boleh digunakan sebagai bukti label yang digunakan adalah mematuhi
semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 semasa
aktiviti penguatkuasaan dijalankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. [ CITATION
Kem1 \l 17417 ].

6.0 Hasil Jualan Utama dan Juga Hasil Sampingan Perniagaan Utama Usahawan

Rata rata suri rumah zaman sekarang lebih memilih untuk menyediakan makanan
yang pantas dan senang untuk dihidang. Ini disebabkan oleh faktor utama kesibukan bekerja
dan dengan adanya pilihan makanan sejuk beku ini ianya amat membantu golongan para
wanita yang menginginkan makanan yang ringkas dan cepat. Beberapa tahun belakangan ini,
sambutan masyarakat terhadap industri sejuk beku amatlah menggalakkan.

11
Sebuah kajian telah dijalankan dan kajian mendapati produk sejuk beku yang mendapat
sambutan yang hebat ialah bebola ikan. Faktor pembelian produk sejuk beku ini juga
didorong oleh faktor jaminan keselamatan produk antaranya seperti kualiti, kebersihan
produk, tarikh luput dan juga logo halal yang penting bagi masyarakat Islam khususnya.
Hasil utama bagi perniagaan Frozen Sedap ini ialah dalam bentuk separa proses seperti
karipap, sosej, nugget yang merupakan kegemaran ramai. Di samping itu juga, syarikat
Frozen Sedap Enterprise juga telah melibatkan diri dalam pembuatan pastri seperti roti canai,
roti boom dan sebagainya.

Di samping menghasilkan produk makanan sejuk beku, Frozen Sedap Enterprise juga
menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan di sekitar kawasan
operasi, menerima tempahan untuk pelbagai jenis majlis keramaian dan juga menerima
tempahan hamper dari individu atau syarikat.

7.0 Jenis Premis Bangunan yang Sesuai

Jenis premis yang dipilih oleh Frozen Sedap Enterprise adalah berbentuk lot kedai yang mana
juga terletak berdekatan dengan kawasan perumahan dan kemudahan asas yang lain. Lokasi
ini merupakan lokasi strategik kerana mempunyai akses keluar masuk yang mudah untuk
menarik perhatian pelanggan. Lot kedai yang dipilih oleh Frozen Sedap Enterprise ini juga
mempunyai kadar sewaan yang agak rendah jika dibandingkan dengan lokasi lain.

7.1 Mesin dan peralatan yang digunakan

Perniagaan sejuk beku yang dijalankan oleh Frozen Sedap Enterprise ini memerlukan
peralatan asas untuk memastikan perniagaan terus berlangsung. Mesin dan peralatan yang
perlu digunakan akan dibeli secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan syarikat
Frozen Sedap buat masa ini. Aset tetap yang dan kelengkapan kedai yang digunakan adalah
seperti berikut:

12
7.1.1 Senarai Aset Tetap
Bil Perkara Kuantiti Harga/Unit Jumlah
(RM)
1. Heavy duty meat mincer 2 1,191.33 2382.66
2. Mesin uli roti canai 1 2,999 2,999
3. Hinco Universal Mixer 1 1,600 1,600
4. Mesin pemotong daging dan tulang 1 562.01 562.01

6. Mesin pemotong ayam dan tabletop 1 2,500 2,500

7. Van 1 72,888 72,888


8. Chest freezer (with chiller function) 3 1846 5538

9. Penghawa dingin 2 996 1,992


JUMLAH 90461.67

7.1.2Kelengkapan pejabat
Oleh sebab perniagaan Frozen Sedap ini bukan sahaja menjadikan separa proses sejuk beku
sebagai jualan tetapi juga pastri dan bakeri sebagai jualan sampingan, maka peralatan pejabat
yang digunakan adalah lebih banyak. Berikut di bawah merupakan senarai peralatan pejabat
yang digunakan oleh syarikat Frozen Sedap:

BUTIRAN RM
Pen & kertas 350
Uniform 460
Kalkulator 52.70
Kabinet 500
Cash register 490
Kerusi/meja (1 set) 1500
Mesin fax (1) 680
Komputer (1) 2500
Mesin pencetak (1) 999
JUMLAH 7531.7

13
7.1.3 Susun atur kedai Frozen Sedap Enterprise

8.0 Anggaran Kos Permulaan Perniagaan

Frozen Sedap telah melakukan penelitian terhadap kos permulaan bagi perniagaan.
Rancangan perniagaan ini merangkumi aspek pengurusan, perkhidmatan, pemasaran dan
kewangan.

14
8.1Belanja Operasi
BUTIR RM
Bil elekrik 800
Petrol 400
Penyelenggaraan mesin 500
Penyelenggaraan kenderaan 350
Bil telefon 250
Bil air 1200
KWSP (12% setiap pekerja) 800
Sewa kedai 500
Upah dan Gaji 7200
JUMLAH 12000

8.2 Belanja pentadbiran


BUTIRAN RM
Pen & kertas 350
Uniform 460
Kalkulator 52.70
Kabinet 500
Cash register 490
Kerusi/meja (1 set) 1500
Mesin fax (1) 680
Komputer (1) 2500
Mesin pencetak (1) 999
JUMLAH 7531.7

8.3 Belanja pengeluaran

BUTIRAN RM
Bahan basah 5000
Bahan kering 3000
Lain lain 1500
JUMLAH 9500

8.4 Belanja pemasaran


BUTIRAN RM
Television 1750
Sample rasa 200
Kad perniagaan 150
JUMLAH 2100

15
8.5 Belanja permulaan
BUTIRAN RM
Lesen perniagaan 100
Deposit sewa kedai 2000
JUMLAH 2100

9.0 Sumber Pembiayaan


Sumber pembiayaan bagi Frozen Sedap Enterprise adalah daripada simpanan peribadi
usahawan, pinjaman daripada ahli keluarga dan bank loan. Pemilik Frozen Sedap Enterprise,
Encik Baharudin bin Ahmad menggunakan wang simpanan peribadi sebanyak RM30000
untuk kegunaan permulaan modal. Selain itu, Encik Baharudin juga menjanakan wang
daripada ibu bapa sebanyak RM20000 sebagai pelaburan mereka terhadap syarikat. Modal ini
akan dilaburkan untuk syarikat, dividen dan syer akan dibahagikan kepada ibu bapanya
sebagai bayaran pinjaman.

Oleh sebab kos permulaan bagi Frozen Sedap Enterprise agak tinggi, pinjaman sebanyak
RM50000 daripada bank juga diperlukan. Rancangan perniagaan bagi Frozen Sedap
Enterprise disediakan untuk Barisan Simpanan Nasional Bank (BSN) supaya mendapatkan
pinjaman dengan secepat mungkin. Dengan membuat perbandingan kadar pinjaman antara
beberapa bank, BSN dipilih sebagai bank yang potensi untuk meminta pinjaman. Jangka
untuk bayar balik pimjaman adalah selama 20 tahun. Aliran wang perniagaan yang cukup
dapat digunakan untuk membiayai kos pengurusan perniagaan.

16
17
10.0 Isu Dan Cabaran

10.1 Cabaran Kewangan


Cabaran kewangan merangkumi isu-isu seperti masalah modal, masalah aliran tunai, masalah
belanjawan, masalah pembayaran, masalah pengurusan akaun, masalah pengurusan hutang
dan kos operasi syarikat dan kos tambahan. Frozen Sedap Enterprise sebagai sebuah syarikat
yang berada pada peringkat permulaan, masalah kewangan merupakan sesuatu cabaran yang
sering perlu dihadapi oleh usahawan. Oleh sebab pandamic Covid- 19 yang terjejas ekonomi
Malaysia, bank akan lebih mengetatkan syarat-syarat untuk dapatkan pinjaman. Pada
peringkat permulaan, Frozen Sedap Enterprise memerlukan beberapa bulan untuk meluaskan
pasaran. Kadang-kadang tidak dapat keuntungan pada masa permulaan, hanya cukup
menapung kos atau menghadapi masalah kerugian. Alat-alat peti sejuk memerlukan kegunaan
elektrik yang sangat tinggi akan menambah kos bulanan.

10.2 Cabaran Pesaingan


Terdapat perniagaan serupa yang dijalankan oleh beberapa orang, dan kemudian ada
persaingan. Ini akan menjadikan sesuatu cabaran untuk menonjolkan perniagaan dan menarik
pelanggan. Dalam industri perniagaan sejuk beku, terdapat banyak syarikat yang sama seperti
Frozen Sedap Enterprise. Oleh itu, Frozen Sedap Enterprise perlu berfikir beberapa strategi
untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang lain. Sebagai contoh, sekarang merupakan era
teknologi, kebanyakan syarikat telah menyediakan perkhidmatan penghantaran dan
perkhidmatan pesanan dalam talian. Jika Frozen Sedap Enterprise tidak dapat menyediakan
perkhidmatan yang sama atau yang lebih baik daripada ini kepada pelanggan, pelanggan akan
memilih syarikat lain.

10.3 Cabaran Pemasaran


Oleh sebab Frozen Sedap Enterprise merupakan syarikat yang berada pada peringkat
permulaan, reputasi perniagaan masih rendah. Pelbagai strategi pemasaran diperlukan untuk
menarik perhatian pelanggan dan mengeratkan hubungan dengan pelanggan. Kekurangan
modal akan menyehadkan kaedah pemasaran. Sebagai contoh, penciptaan pembungkusan
yang baru memerlukan kos yang tinggi tidak sesuai untuk Frozen Sedap Enterprise yang baru
berada pada peringkat permulaan.

18
11.0 Strategi Untuk Bertahan Dalam Industri

11.1 Sentiasa melakukan penyelidikan untuk memahami keperluan pelanggan


Frozen Sedap Enterprise perlu sentiasa membuat penyelidikan untuk memahami trend
perniagaan. Contohnya, penyelidikan boleh dilakukan melalui pengerdaran soal selidik secara
bersemuka atau talian. Usahawan boleh minta pelanggan untuk mengisikan soal selidik
dengan memberikan hadiah percuma. Dengan cara ini, pelanggan akan lebih sanggup
berkongsi pendapat. Frozen Sedap Enterprise perlu tahu apa produk yang disukai oleh
pelanggan dan memastikan kuantiti stok itu dapat memenuhi keperluan semua pelanggan.
Jika produk itu merupakan produk terhangat, lebih banyak stok diperlukan.

11.2 Mempelbagaikan strategi pemasaran


Frozen Sedap Enterprise perlu membuat pemasaran dengan pelbagai cara. Contohnya,
Frozen Sedap Enterprise boleh mempromosikan perniagaan dengan memperkenalkan
halaman peminat di Facebook, Instagram, Twitter dan sebagai. Pelanggan boleh
mendapatkan maklumat yang terkini dengan segera daripada media sosial. Frozen Sedap
Enterprise boleh mempromosikan produk baru dan juga mengemaskinikan promosi bagi
produk di media sosial. Dengan itu, pelanggan boleh mendapatkan maklumat tentang produk
yang terkini dengan cepat. Sentiasa memerhatikan pesaing dan memikirkan strategi menarik
perhatian pelanggan.

11.3 Memberi Kelebihan Bagi Pelanggan Setia


Frozen Sedap Enterprise perlu memberikan kelebihan kepada pelanggan setia.
Contohnya, diskaun harga perlu diberikan kepada pelanggan setia. Pelanggan setia biasanya
adalah pihak pengeluaran seperti pembekal kedai runcit, pemilik restaurant, dan sebagainya.
Mereka sentiasa membeli produk dengan kuantiti yang banyak merupakan pelanggan yang
besar untuk Frozen Sedap Enterprise. Oleh itu, Frozen Sedap Enterprise perlu menjaga
hubungan antara pelanggan setia untuk mengelakkan pelanggan setia memilih syarikat lain.
Selain itu, voucher diskaun juga boleh diberikan kepada pelanggan setia pada hari-hari
tertentu. Dengan itu, pelangan akan rasa lebih berbaloi.

19
12.0 Cadangan Tindakan Kreatif
Saya ingin cadangkan beberapa tindakan kreatif untuk mengembangkan lagi
perniagaan Frozen Sedap Enterprise. Cadangan pertama saya adalah firma perlu
menggunakan cara bungkusan yang kreatif. Dengan ini, firma dapat menarik perhatian
pengguna dengan mudah. Maka, jualan akan meningkat dan perniagaan dapat dikembangkan.

Selain itu, firma juga boleh membuat promosi. Antara promosi yang boleh dibuat oleh
firma tersebut ialah diskaun dan kupon. Dengan ini, ramai lagi pengguna akan menjadi
pelanggan untuk Frozen Sedap Enterprise. Contohnya, Frozen Sedap Entreprise boleh buat
promosi dengan kempen mengumpul sticker. Ini akan memberi dedahan kepada pengguna.
Dengan ini, jualan akan meningkat.

Seterusnya, firma boleh juga guna bungkusan yang boleh diguna semula. Idea ini
akan menarik perhatian pengguna yang bersikap tanggungjawab terhadap alam sekitar. Lagi,
ini akan dapat sambutan yang baik sebab bungkusan ini senang dibawa ke mana sahaja. Ini
akan memberi imej yang baik untuk Frozen Sedap Enterprise.

20
Kesimpulan
Kesimpulannya, setiap perniagaan perlukan rancangan yang baik untuk memulakan
dan mengembangkan suatu perniagaan. Ini akan memudahkan segala prosedur dan bantu
mengendalikan aktiviti perniagaan. Dokumen ini membantu usahawan mengkaji semula atau
mengubahsuai aktiviti dan halatuju yang telah ditetapkan semasa memulakan dan
mengendalikan perniagaan.

Selain itu, rancangan perniagaan adalah panduan untuk mengurangkan risiko


kegagalan perniagaan dengan membuat nggaran dan perkiraan hasil dan kos yang terlibat
dalam perniagaan yang dirancang. Oleh itu, usahawan akan mengkaji dan menilai sesebuah
rancangan perniagaan (berasaskan maklumat terkini) sebelum membuat keputusan untuk
memulakannya. Secara tidak langsung penyediaan rancangan perniagaan memerlukan
usahawan mengumpul maklumat terkini dalam pasaran.

Sebagai usahawan, modal adalah sangat penting untuk memulakan sesuatu


perniagaan. Rancangan perniagaan juga disediakan untuk mengira jumlah modal atau wang
yang diperlukan bagi memulakan atau mengembangkan perniagaan. Oleh itu, penyediaan
dokumen ini dapat membantu usahawan mengenal pasti jumlah modal permulaan dan sumber
pembiayaan yang diperlukan.

21
Rujukan
Anonymous. (1 April , 2015). frozenfood. Retrieved from slideshare.net:
https://www.slideshare.net/RuzainahLilac/frozenfood

Anonymous. (1 March, 2015). Pelan Pemasaran . Retrieved from SB Enterprise Frozen


Food: https://keusahawanantanigroup5.blogspot.com/2015/03/

Anonymous. (13 May, 2017). Rancangan Perniagaan Bakeri . Retrieved from


Sade1013a162aj3.Blogspot.: http://sade1013a162aj3.blogspot.com/2017/05/r-
ancangan-perniagaan-bakeri-deluscious.htm

Anonymous. (2019). Perniagaana. Retrieved from filepicker:


https://www.filepicker.io/api/file/6folw7J8Rhmn35WkN7O6

Anonymous. (15 October, 2019). Rajah 67 Sumber modal untuk aktiviti keusahawanan a
Kewangan Peribadi Simpanan. Retrieved from course Hero:
https://www.coursehero.com/file/p1ffubs4/Rajah-67-Sumber-modal-untuk-aktiviti-
keusahawanan-a-Kewangan-Peribadi-S

Anonymous. (2020). Kelebihan & Kekurangan Sumber Kewangan yang berbeza -


Perakaunan - 2020. Retrieved from businessemt.com: https://ms.businessemt.com/57-
about-7515055-advantages-disadvantages-different-sources-financel-47384

Anonymous. (n.d.). Strategi dan Cara Pemasaran Produk Baru bagi anda yang memulakan
perniagaan. Retrieved from getittogetherbook.com:
https://getittogetherbook.com/289-strategies-and-ways-of-marketing-new-products-
for-those-of-you-who-start-a-business

Anonymous. (n.d.). Sumber Pembiayaan Untuk Perniagaan. Retrieved from delachieve.com:


https://ms.delachieve.com/sumber-pembiayaan-untuk-perniagaan/

AnsalTernak. (n.d.). Kilang Pembuatan Makanan Produk Sejuk Beku Ansal Ternak di
Melaka. Retrieved from ansalternak.blogspot:
http://ansalternak.blogspot.com/2017/12/kilang-pembuatan-makanan-produk-
sejuk.html

Gaush, M. M. (2018). [Tips] Jom Ikuti 5 Tips Meningkatkan Jualan Bagi Perniagaan Kecil.
Retrieved from easyparcel.com: https://easyparcel.com/blog/my/5-tips-meningkatkan-
jualan-bagi-perniagaan-kecil/

22
HALAL Coach. (n.d.). Mengapa perlu logo Halal Malaysia. Retrieved from HALAL Coach.
Consulting: https://mahanihalimi.wixsite.com/halal/single-post/2023/08/21/This-is-
the-title-of-your-first-post

Kamaruddin, F. (26 Januari, 2020). Perundangan Berkaitan Makanan: Apa yang Perlu Kita
Ketahui? Retrieved from The Patriots: https://www.thepatriots.asia/perundangan-
berkaitan-makanan-apa-yang-perlu-kita-ketahui/

Kementerian Kesihatan Malaysia. (n.d.). MESTI. Retrieved from KKM: BAHAGIAN


Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan: http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?
id=203

Kementerian Kesihatan Malaysia. (n.d.). Semakan Label Makanan. Retrieved from KKM:
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan: http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/page.php?
id=248

naurataste. (11 January, 2018). Produk Sejuk Beku. Retrieved from naurataste.wixsite.com:
https://naurataste.wixsite.com/thenaura/single-post/2018/01/11/PRODUK-SEJUK-
BEKU

Niaga times. (1 February, 2018). 5 petua pilih lokasi perniagaan strategik. Retrieved from
Niaga times: https://www.niagatimes.com/5-petua-pilih-lokasi-perniagaan-strategik/

Rahimin, I. (15 April, 2019). 5 Cabaran Bagi Orang Berniaga Dan Cara Hadapinya.
Retrieved from pejuanghartanah.com: https://pejuanghartanah.com/5-cabaran-bagi-
orang-berniaga-dan-cara-hadapinya/

Usahawan.com. (n.d.). Bagaimana Memulakan Perniagaan Sejuk Beku. Retrieved from


Usahawan.com: https://www.usahawan.com/uncategorized/bagaimana-memulakan-
perniagaan-sejuk-beku.html/

23
Lampiran

Gambar 1: contoh Sijil Lesen SSM

24
Gambar 2: contoh Sijil Halal

25
Gambar 3: contoh Sijil MESTI

26

You might also like