You are on page 1of 28

JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.

2) 2022

KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURSUS BERSEMUKA SECARA DALAM


TALIAN BAGI PROGRAM NPQEL 2.0

(EFFECTIVENESS OF ONLINE FACE -TO -FACE COURSES


IMPLEMENTATION FOR NPQEL 2.0 PROGRAM)

1
Norhiza Mohd Salleh
2
Nor Zanariah Talib, Ph.D
3
Paridon Sahid
4
Siti Suhaini Zaharin
5
Shahrul Sulaiman
6
Rashidah Mohd Said
7
Noraisah Mohd Yusof

1-7
Institut Aminuddin Baki, Kampus Bandar Enstek

1
Corresponding author:norhiza@iab.moe.gov.my

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan pelaksanaan kursus
bersemuka Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau
National Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) yang
diadakan secara dalam talian. Kajian ini hanya memberi fokus kepada persepsi
peserta NPQEL Ambilan 1 dan 2 Tahun 2020 terhadap kesesuaian pelaksanaan,
kepuasan peserta terhadap kursus bersemuka secara dalam talian, serta cadangan
penambahbaikan ke atas pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan
secara dalam talian. Kajian ini menggunakan pendekatan reka bentuk kajian
tinjauan, dengan jumlah sampel dalam kajian ini ialah seramai 595 orang
responden yang dipilih secara rawak berstrata berkadaran. Satu set soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian yang mengandungi 22 item soalan
tertutup menggunakan pengukuran skala likert dan satu item soalan terbuka. Nilai
Cronbach’s Alpha bagi keseluruhan item soal selidik adalah 0.91. Data dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 26.0 di
46
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

mana statistik diskriptif iaitu peratusan, min dan sisihan piawai digunakan
manakala bagi analisis data inferensi Ujian-t digunakan untuk menguji hipotesis.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap keberkesanan pelaksanaan kursus
bersemuka NPQEL secara dalam talian adalah pada tahap tinggi. Namun begitu
kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian pula adalah
pada tahap sederhana tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan antara kepuasan peserta berdasarkan kumpulan ambilan
terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian. Kajian ini
juga menghasilkan beberapa cadangan penambahbaikan untuk meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian.

Kata kunci: Kursus bersemuka, Program NPQEL, kesesuaian, kepuasan.

ABSTRACT
This study aims is to identify the suitability of the implementation of NPQEL face-
to-face which is held online by focusing on the perceptions of NPQEL participants
of intake 1 and 2 2020 on the suitability of implementation, participants'
satisfaction with face-to-face online courses, as well as suggestions for
improvement on face to face implementation of NPQEL course that is held online.
This study uses a survey study design approach. A set of questionnaires was used as
a research instrument containing 22 items of closed-ended questions using Likert
scale measurement and one item of open-ended questions. The Cronbach’s Alpha
value for the entire questionnaire item was 0.91. The total sample in this study is a
total of 595 respondents who were randomly selected stratified proportionally. Data
were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 26.0
were descriptive statistics namely percentage, mean and standard deviation were
used while for inferential data analysis t-test was used to test the hypothesis. The
findings of the study show that the level of effectiveness of the implementation of
online face-to-face NQPEL course is at a high level but the suitability of the
implementation of online face-to-face NQPEL course is at a moderately high level.
47
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

The findings of the study also showed that there was no significant difference
between participants' satisfaction based on the intake group on the implementation
of the online face-to-face NQPEL course. The study also produced some
suggestions for improvement to improve the effectiveness of the implementation of
online face-to-face NQPEL course.

Keywords: Face to face courses, NPQEL program, suitability, satisfaction.

PENGENALAN

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan atau National


Professional Qualification for Educational Leaders (NPQEL) merupakan latihan
dalam bidang pengurusan dan kepimpinan yang diberikan oleh Institut Aminuddin
Baki (IAB) kepada bakal pemimpin sekolah untuk meningkatkan kompetensi
mereka sebagaimana yang diperlukan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai
pemimpin sekolah. Pada tahun 2010, pihak IAB telah mengemukakan syor bagi
mengubah tempoh program NPQEL dan strukturnya. Pada tahun 2011, pelaksanaan
NPQEL ditambahbaik dengan memperkenalkan mod pengajian baharu yang
mendapat kelulusan JPA iaitu gabungan mod e-Pembelajaran di samping bersemuka
(face to face) dan konsultasi. Tempohnya adalah lima bulan iaitu bersemuka selama
enam minggu dan 14 minggu lagi dikendalikan secara atas talian iaitu e-
Pembelajaran. Bermula pada tahun 2014, ia menjadi prasyarat bagi pelantikan
seseorang pegawai pendidikan sebagai pengetua dan guru besar di sekolah. NPQEL
merupakan nama baharu yang digunakan mulai tahun 2007 bagi menggantikan
NPQH setelah program tersebut diberi nilai taraf PTK.

Selaras dengan kepesatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta


perkembangan inovasi dalam sistem digital, anjakan paradigma ke arah era
maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran amat perlu dipertingkatkan.
Menyedari bahawa fokus utama penggunaan teknologi pendidikan adalah untuk
48
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, maka transformasi


pelaksanaan NPQEL kepada pembelajaran atas talian dilihat sebagai satu keperluan.
Justeru, Modul e-NPQEL yang menyediakan pra kursus secara dalam talian
dirancang dan direka bentuk untuk membolehkan peserta kursus NPQEL meneroka
secara self-directed learning bagi mendapatkan pengetahuan asas berkaitan aspek
kepimpinan dan pengurusan dalam pendidikan sebelum hadir mengikuti kursus
secara bersemuka di kampus Institut Aminuddin Baki pada fasa berikutnya.

Namun begitu, berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 dalam


jangka masa panjang bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi ia terkesan di
seluruh dunia, Malaysia turut tidak terkecuali, pelaksanaan kursus NPQEL ambilan
satu (1) dan dua (2) tahun 2020 turut menerima impaknya iaitu pelaksanaan latihan
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bagi
Ambilan 1 Tahun 2020 terpaksa ditangguhkan selepas peserta selesai sesi pra
kursus dalam talian. iaitu e-NPQEL. Penangguhan ini bermula pada 17 Mac 2020
akibat pandemik COVID-19. Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak
COVID-19, kaedah pembelajaran dalam talian merupakan suatu keperluan.
Pandemik COVID-19 telah mendidik rakyat Malaysia untuk hidup dalam norma
baharu. Oleh itu, ini menyebabkan kesemua yang terlibat dalam sistem pendidikan
termasuk guru, pelajar serta pensyarah IAB sendiri perlu melakukan penyesuaian
diri dengan situasi baru pandemik Covid-19 ini .

Pernyataan Masalah

Akibat daripada pandemik ini telah memaksa IAB membuat pengubahsuaian


terhadap kaedah penyampaian Latihan dan penyesuaian terus dibuat berdasarkan
keperluan serta fenomena semasa. IAB memohon agar pelaksanaan NPQEL
Ambilan 1 dan Ambilan 2 tahun 2020 yang telah melepasi pra kursus diadakan
sepenuhnya secara dalam talian di semua kampus IAB mulai pada 22 Jun 2020
49
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

sehingga 10 November 2020 bagi ambilan 1 Tahun 2020 dan mulai pada 3 Ogos
2020 sehingga April 2021 bagi ambilan 2 tahun 2020. Maka bertitik tolak dari sini
bermulalah pelaksanaan penyampaian latihan NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2
diadakan dalam talian sepenuhnya sama ada melalui platform Google Meet, Google
Classroom, Youtube, Streamlive dan sebagainya. Oleh itu, memandangkan situasi
semasa pandemik Covid yang kian meruncing telah memberi gambaran akan
keperluan yang kian mendesak ke arah pelaksanaan kursus dan latihan IAB untuk
terus dilaksanakan secara dalam talian sama ada secara moderated atau pun non
moderated. Maka kajian untuk mengenal pasti sejauhmana keberkesanan dan
penerimaan peserta terhadap kursus bersemuka yang diadakan secara dalam talian
daripada persepsi peserta NPQEL ambilan 1 dan 2 tahun 2020 ini adalah relevan
agar tidak menjejaskan kualiti latihan.

Akibat daripada ketiadaan satu sistem atau program yang khusus dalam
pelaksanaan penyampaian latihan NPQEL secara dalam talian maka pelaksanaan
penyampaian latihan di IAB bergantung sepenuhnya kepada sumber terbuka sama
ada melalui platform Google Meet, Google Classroom, Youtube dan sebagainya.
Oleh itu bagi memastikan kaedah penyampaian latihan secara dalam talian yang
berkesan, terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira seperti faktor maklumat,
faktor sokongan teknikal seperti keadaan kemudahan teknikal dan akses capaian
internet, tahap piawaian yang standard serta faktor kepuasan peserta terhadap
penggunaan teknologi dalam menjalankan kaedah penyampaian kursus secara
dalam talian.

Hasil temu ramah secara bersemuka yang telah dilakukan mendapati


kebanyakan pelajar berpendapat antara faktor-faktor mereka kurang bersetuju
terhadap dapatan kajian pembelajaran secara dalam talian ialah komunikasi antara
pelajar dan pensyarah menjadi terhad ditambah pula dengan capaian internet yang
kurang memuaskan (Hasnah Hussin, 2020).

50
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Justeru, persoalannya ialah sejauh manakah pelaksanaan kursus NPQEL yang


diadakan secara dalam talian ini berkesan dan boleh diterima oleh peserta NPQEL
berbanding dengan pelaksanaan kursus NPQEL secara bersemuka .Oleh itu, kajian
ini akan mengkaji sejauh manakah keberkesanan dan kepuasan peserta NPQEL
terhadap pelaksanaan kursus NPQEL iaitu kursus bersemuka yang diadakan secara
dalam talian dengan mengintegrasikan dua model iaitu Model Penilaian KIPP
(Kontek, Input, Proses, Produk) dan Model Penilaian Kirk Patrick Empat Fasa.
Kedua-dua model ini penting untuk mengkaji keberkesanan pelaksanaan kursus
NPQEL secara dalam talian. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan berlandaskan
kerangka Model Penilaian KIPP (Kontek, Input, Proses, Produk) dan kerangka
Model Penilaian Kirkpatrick (1959). Kedua-dua model ini sesuai berdasarkan
tujuan penilaian sebenarnya adalah untuk menentukan keberkesanan sesuatu
program latihan atau kursus (Kirkpatrick 1994).

Objektif Kajian

Objektif kajian adalah seperti berikut:


i. Mengenal pasti tahap keberkesanan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan
secara dalam talian semasa pandemik COVID-9
ii. Mengenal pasti kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara
dalam talian semasa pandemik COVID-9
iii. Mengenal pasti sama ada wujud perbezaan yang signifikan antara kepuasan
peserta berdasarkan kumpulan ambilan terhadap pelaksanaan kursus
bersemuka NPQEL secara dalam talian?
iv. Mengenal pasti cadangan penambahbaikan kursus bersemuka NPQEL2.0
secara dalam talian.

51
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Soalan Kajian

i. Apakah tahap keberkesanan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara


dalam talian semasa pandemik COVID-9?
ii. Apakah reaksi peserta mengenai kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka
NPQEL secara dalam talian semasa pandemik COVID-9?
iii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan peserta
berdasarkan kumpulan ambilan terhadap pelaksanaan kursus bersemuka
NPQEL secara dalam talian?
iv. Apakah cadangan penambahbaikan kursus bersemuka NPQEL2.0 secara dalam
talian daripada peserta kursus?

Hipotesis Kajian

Hipotesis nul bagi soalan kajian 3:


Ho1:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan peserta berdasarkan
kumpulan ambilan terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam
talian

Batasan Kajian

Berikut adalah batasan-batasan kajian, iaitu:


i. Kajian ini hanya tertumpu kepada 559 orang peserta Program Latihan
NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2 Tahun 2020 melalui pengedaran borang
soal selidik yang digubal dan dihantar kepada peserta kursus secara dalam
talian.
ii. Kajian ini juga terbatas dengan kaedah pengambilan data secara dalam
talian dalam tempoh satu minggu. Oleh itu, berkemungkinan peserta
Program Latihan NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2 Tahun 2020 tidak
sempat untuk menjawab soal selidik kerana faktor masa dan teknikal.
52
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

iii. Kajian ini hanya mengukur keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka


NPQEL secara dalam talian.
iv. Kajian ini juga tidak mengukur keberkesanan pelaksanaan kursus
bersemuka NPQEL secara dalam talian pada tahap pembelajaran,
perubahan tingkah laku dan juga aplikasi dalam amalan

TINJAUAN LITERATUR

Pembelajaran Secara dalam Talian

Abad ke-21 merupakan era digital iaitu pengaplikasian teknologi maklumat amat
signifikan melangkau segala aspek kehidupan termasuklah dalam bidang
pendidikan. Pengajaran dan pembelajaran menggunakan rangkaian elektronik
(LAN, WAN atau internet) iaitu yang dikenali sebagai pembelajaran secara dalam
talian seolah-olah kian menjadi satu kemestian dalam interaksi bagi tujuan
pembelajaran, penyampaian isi kandungan, pemudahcaraan, konsultasi dan
sebagainya. Kini ia dilihat sebagai alternatif yang memudahkan dan berkesan
(Ismail Kailani & Lokman Hakim Muhammed, 2011; Zahiah Kassim & Abdul
Razaq, 2010) serta sangat relevan dengan kepesatan teknologi serta situasi vuca
semasa yang melanda dunia. Kajian oleh
Amirudin Mohd Salim et al. (2016), mendapati bahawa responden menerima secara
positif pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran iaitu tahap kesedaran, penerimaan dan impak e-
Pembelajaran dalam kalangan pensyarah dapat membantu meningkatkan proses
pembelajaran dan pengajaran.

Pembelajaran secara dalam talian semakin berkembang seiring dengan


perkembangan teknologi ICT. Selain itu, kemajuan ICT juga telah mengenengahkan
teknologi alternatif seperti laman sosial, blog dan sebagainya. Laman sosial seperti
Facebook pada awalnya digunakan hanya untuk perkongsian maklumat secara
53
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

santai atau tak formal. Kini, teknologi tersebut telah digunakan bagi menyokong
pembelajaran dan pengajaran (Wan-Ishak et al.,2015). Perihal tersebut telah
dibuktikan dalam beberapa kajian yang telah dijalankan oleh beberapa penyelidik
seperti Harris (2012) serta Loving dan Ochoa (2010). Selaras dengan anjakan
paradigma ke arah era maklumat dalam bidang pengajaran, peningkatan keupayaan
pembelajaran secara dalam talian amat perlu dipertingkatkan (Watson et al., 2007).
Sehubungan itu, banyak kajian telah dilakukan untuk mengkaji keberkesanan kursus
secara dalam talian, baik dari segi reka bentuk, kebolehgunaan, kepuasan
penggunaan dan sebagainya.

Sokongan Organisasi dan Rekabentuk Pengajaran Secara dalam Talian

Sokongan organisasi dan reka bentuk pengajaran merupakan faktor yang penting
dalam pelaksanaan pengajaran secara dalam talian. Halangan institusi berkenaan
dengan kurang sokongan daripada pensyarah atau penyelia terhadap pengajaran
secara dalam talian (American Society for Training and Development [ASTD] &
Masie Center [Masie], 2001; Garland, 1993; Campeau & Higgins, 1995; Schilke,
2001) dan kualiti bagi bahan pengajaran (Garland, 1993; Oblinger et al.,2001;
Schilke, 2001) akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran secara dalam talian.

Dapatan kajian oleh Pollard & Hillage (2001) mendapati bahawa pelajar
bukan sahaja memerlukan sokongan tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar
tanpa gangguan. Ini menunjukkan faktor persekitaran untuk pelajar boleh dikira
sebagai halangan dalam proses pembelajaran iaitu pembelajaran secara dalam talian
memerlukan persekitaran yang kondusif bagi menyokong keberkesanan pengajaran
secara dalam talian.

Kajian yang dijalankan oleh Mohamad Idham Md Razak (2020) juga


mendapati bahawa faktor-faktor iaitu standard kualiti, kawalan persekitaran, faktor
kualiti sistem, faktor penentangan terhadap perubahan semasa dan teknologi serta
54
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

sokongan institusi pendidikan yang menjalankan kaedah pembelajaran secara dalam


talian merupakan faktor-faktor yang perlu diambilkira bagi memastikan
keberkesanan pembelajaran secara dalam talian.

Penilaian Program

Penilaian program ditakrifkan sebagai satu proses pengumpulan maklumat bagi


tujuan membuat keputusan terhadap program tersebut (McNamara, 1998). Bagi
Kirkpatrick dan Et Kirkpatrick (2006), pandangan seseorang terhadap penilaian
menghasilkan kesan langsung terhadap jenis aktiviti penilaian yang dibuat, sama
ada menilai kurikulum, program latihan korporat atau perkara-perkara lain.
Seterusnya Brinkerhoff (2005) menyatakan bahawa penilaian program yang
dilaksanakan harus dapat menunjukkan tahap keberkesanannya dan juga hubungan
yang signifikan antara latihan dengan pembangunan ketrampilan, peningkatan
prestasi manusia dan keberkesanan organisasi. Manakala Suchman (1967) pula
menyatakan bahawa penilaian adalah suatu usaha untuk mengenal pasti sama ada
sesuatu program yang dijalankan dalam sesebuah organisasi atau institusi berjaya
mencapai matlamat dan objektifnya.

Model Penilaian KIPP (Kontek, Input, Proses, Produk)

Model ini dipelopori oleh Stufflebeam (1971). Dalam konsep penilaian yang
dikemukakan oleh Stufflebeam menyatakan bahawa penilaian seharusnya menjadi
sains pengumpulan maklumat untuk membuat keputusan. Tugas para penilai ialah
mengumpul data, merancang, menganalisis menyediakan maklumat untuk memilih
tindakan alternatif dan melaporkan.

Model ini yang terbahagi kepada penilaian ke atas empat aspek sesuatu
program iaitu terdiri daripada konteks, input, proses dan produk. Menurut
Stuffleabeam (1967), penilaian boleh dilakukan terhadap sesuatu program dengan
55
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

menggunakan keempat-empat aspek tersebut atau menggunakan salah satu


daripadanya. Penggunaan keempat-empat aspek atau salah satu daripada aspek
tersebut bergantung kepada matlamat program tersebut. Empat komponen atau
dimensi dalam model CIPP yang dibincangkan ialah termasuk context, input,
process dan product. Namun begitu kajian ini hanya bertumpu kepada aspek input
dan proses bagi Model Penilaian Stuffleabeam (1967).

Model Penilaian Keberkesanan Kirkpatrick

Model Penilaian Kirkpatrick (1994) merupakan salah satu model penilaian yang
terawal dan paling banyak digunakan dalam penilaian keberkesanan sesuatu
program. Kajian yang menggunakan model tersebut telah banyak membuat
sumbangan berharga kepada teori penilaian program dan terbukti secara empirikal
dalam menilai tahap keberkesanan program dengan baik sejak tahun 1959 (Alliger
& Janak, 1989; Miller, 1996; Holton, 1996; Bartlett, 1999; Brinkerhoff, 2005).
Model ini kerap digunakan kerana ia mudah untuk diaplikasikan dan mempunyai
keupayaan untuk membantu proses penilaian sesebuah program dengan jayanya
(Alliger & Janak, 1989). Model Penilaian Kirkpatrick merupakan satu model yang
mempunyai empat (4) tahap penilaian yang direka sebagai kaedah untuk menilai.
Model Penilaian Kirkpatrick yang merangkumi empat tahap penilaian terdiri
daripada Tahap I - reaksi; Tahap II - pembelajaran; Tahap III - kelakuan atau
aplikasi; dan Tahap IV – hasil. Tahap I – reaksi: adalah pengukuran yang melihat
bagaimana pandangan guru terhadap latihan; tahap II – pembelajaran: tahap ini akan
menilai apa yang dipelajari dan disimpan daripada pengalaman pembelajaran; tahap
III – perubahan kelakuan atau aplikasi: tahap ini akan menilai sama ada pelatih
mengaplikasikan apa yang dipelajari di tempat kerja; dan tahap IV – hasil: tahap ini
menilai kesan latihan yang membawa kepada perubahan budaya kerja yang positif
(Kirkpatrick, 1983).

56
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Model Penilaian Latihan Kirkpatrick (Kirkpatrick, 1994) digunakan untuk


mengkaji keberkesanan kursus bersemuka program NPQEL secara dalam talian
yang telah dianjurkan oleh pihak IAB. Model ini mengesyorkan penilaian empat
tahap iaitu penilaian dari segi reaksi, pembelajaran, perlakuan dan keberhasilan
untuk menilai keberkesanan sesuatu program latihan. Namun begitu kajian ini
hanya menumpu kepada tahap reaksi sahaja dalam Model Penilaian Latihan
Kirkpatric

METODOLOGI KAJIAN

Bahagian ini membincangkan reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian,
instrumen, kajian serta kaedah pengumpulan dan analisis data.

Reka bentuk Kajian

Secara umumnya kajian ini adalah kajian kuantitatif berbentuk deskriptif bagi
mengenal pasti dan mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan
keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian. Kajian
ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan dengan menggunakan data-data
kuantitatif yang ditadbir melalui soal selidik berbentuk soalan terbuka dan tertutup.

Populasi dan Persampelan Kajian

Dalam memilih sejumlah responden kajian yang sesuai, prosedur pensampelan yang
betul merupakan langkah penting yang perlu dilakukan secara sistematik (Neuman,
2012). Pengkaji telah melaksanakan pensampelan berkebarangkalian (probability
sampling) melalui pemilihan sampel secara rawak berstrata berkadaran
(proportionate stratified random sampling) kerana populasi kajian yang tidak
seragam bagi setiap ambilan peserta NPQEL dengan memenuhi prosedur
sebagaimana yang dicadangkan oleh Haque (2010) dan Van Dalen et al. (1993).
57
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Berdasarkan jadual Krejcie dan Morgan (1970), seramai 278 orang peserta
NPQEL ambilan 1 dan 2 telah dipilih sebagai sampel kajian memandangkan
populasi keseluruhannya adalah seramai 997 orang peserta yang terdiri daripada
peserta ambilan 1 ialah seramai 528 orang dan ambilan 2 ialah seramai 469 orang.
Namun begitu sebanyak 595 borang soal selidik iaitu 50% lebih daripada bilangan
sampel sebenar telah diedarkan bagi mengelakkan risiko jumlah bilangan borang
soal selidik yang tidak mencukupi untuk proses analisa data.

Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, borang soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi
mendapatkan maklumat yang diberikan. Soal selidik kajian ini diadaptasi daripada
Grohmann dan Kauffeld (2013) bagi dimensi kepuasan, pengetahuan dan aplikasi
dalam amalan manakala bagi dimensi pelaksanaan kursus dan kandungan kursus
adalah ubahsuai daripada soalan-soalan yang terdapat di dalam beberapa jurnal
yang lepas iaitu Norazilawati et al. (2015), Nor Hasnida (2015), Zul Azwal (2017)
dan Lee Phaik Gaik et al. (2019).

Soal selidik yang dibina terdiri daripada soalan tertutup dan soalan terbuka
. Soalan terbuka terdiri daripada satu soalan iaitu soalan berkenaan cadangan
penambahbaikan manakala soalan tertutup pula terdiri daripada 22 item soalan soal
selidik yang terdiri daripada gabungan dimensi input, proses dan reaksi yang
mempunyai lima konstruk iaitu konstruk pelaksanaan kursus, kandungan kursus,
kepuasan, pengetahuan dan aplikasi amalan yang dibahagi kepada lima bahagian.
Skala soal selidik ini adalah berdasarkan pilihan jawapan yang terdiri daripada skala
likert 5 poin. Setiap poin diberi markah sama ada Sangat Tidak Setuju (STS)= 1,
Tidak setuju (TS)= 2, Kurang Setuju (KS)= 3, Setuju (S)= 4 dan Sangat Setuju
(SS)= 5.

58
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Kaedah Pengumpulan dan Analisis Data

Data kajian ini dikumpul melalui soal selidik yang ditadbirkan dalam kalangan
peserta NPQEL Ambilan 1 dan Ambilan 2 Tahun 2020 yang terpilih sebagai sampel
mengikut bilangan yang telah ditetapkan iaitu seramai 595 orang peserta NPQEL.
Soal selidik ini ditadbir secara dalam talian dengan menggunakan menggunakan
alamat url yang diberikan melalui aplikasi Google Forms.

Data mentah yang diperoleh daripada soalan tertutup dan soalan terbuka
dianalisis mengikut susunan soalan-soalan kajian (Jadual 2). Data daripada soalan
tertutup dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social
Sciences (SPSS) versi 26.0. Penganalisisan data daripada soalan tertutup dilakukan
dengan menggunakan statistik diskriptif untuk menentukan min dan sisihan piawai.
Pengkaji menggunakan skor min dan menyatakan interpretasi min setiap item yang
dikaji dengan menggunakan jadual interpretasi skor min yang dikemukakan oleh
Nunnally (1978). Jadual interpretasi skor min adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1
Interpretasi Skor Min
Skor Min Tafsiran Data
1.00 hingga 2.00 Rendah
2.01 hingga 3.00 Sederhana Rendah
3.01 hingga 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Nunnaly dan Bernstein (1994)

Manakala bagi analisis data inferensi pengkaji mengunakan kaedah


analisis inferensi iaitu Ujian-t untuk melihat perbezaan yang signifikan antara
kepuasan peserta berdasarkan kumpulan ambilan terhadap pelaksanaan kursus
bersemuka NPQEL secara dalam talian.

59
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Seterusnya data yang dikumpul melalui soalan terbuka yang terdiri


daripada satu soalan iaitu soalan berkenaan cadangan penambahbaikan dianalisis
mengikut pendekatan Creswell (1998), iaitu: mengumpul data, mengurus data,
membaca dan mereflek data. Bagi mengintepretasikan data daripada soalan terbuka
ini, data cadangan penambahbaikan daripada peserta kursus telah dikategori
mengikut tema dan dipersembahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus.

Jadual 2
Soalan Kajian dan Analisis Data
No. Soalan Kajian Kaedah Analisis Data
1. Apakah tahap keberkesanan pelaksanaan kursus Statistik deskriptif
bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam min dan sisihan piawai
talian semasa pandemik Covid-19?
2. Apakah reaksi peserta mengenai kesesuaian Statistik deskriptif
pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam min dan sisihan piawai
talian semasa pandemik Covid-19?
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara Statistik inferensi Ujian -t
kepuasan peserta berdasarkan kumpulan ambilan
terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL
secara dalam talian?
4. Apakah cadangan penambahbaikan kursus bersemuka Dikategori mengikut tema
NPQEL secara dalam talian daripada peserta kursus? dan dipersembahkan dalam
bentuk frekuensi dan peratus

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menghuraikan dapatan kajian yang dibentangkan mengikut persoalan


kajian. Terdapat tiga soalan kajian yang akan diperincikan untuk menghuraikan
keberkesanan, kesesuaian dan kepuasan peserta terhadap pelaksanaan kursus
bersemuka program NPQEL secara dalam talian. Manakala satu soalan kajian
adalah untuk mendapatkan cadangan daripada responden kajian untuk
penambahbaikan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian
yang dianjurkan oleh pihak IAB pada masa akan datang.

60
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Analisis Soalan Kajian 1

Apakah tahap keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL yang


diadakan secara dalam talian semasa pandemik COVID-19?

Jadual 3 memaparkan analisis bagi pemboleh ubah keberkesanan kursus bersemuka


NPQEL yang diadakan secara dalam talian semasa pandemik COVID-19. Secara
keseluruhannya tahap keberkesanan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan
secara dalam talian semasa pandemik Covid-19 adalah tinggi (M = 4.27, SP = .55).
Dapatan ini ditunjukkan dengan nilai min bagi item kandungan kursus, kepuasan
peserta kursus, pengetahuan peserta kursus dan aplikasi amalan peserta kursus yang
masing-masing berada pada tahap min yang tinggi iaitu (M = 4.23, SP = .65), (M =
4.18, SP = .67), (M = 4.58, SP = .59) dan (M = 4.45, SP = .61). Namun begitu, item
pelaksanaan kursus menunjukkan nilai min pada tahap sederhana tinggi (M = 3.92,
SP = .70). Ini bermaksud, walaupun secara keseluruhan tahap keberkesanan kursus
bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian adalah tinggi, namun begitu
aspek pelaksanaan kursus masih berada pada tahap sederhana tinggi sahaja.

Jadual 3
Tahap Keberkesanan Pelaksanaan Kursus
Item Aspek Min Sisihan piawai Tahap
1 Pelaksanaan kursus 3.92 0.70 Sederhana tinggi
2 Kandungan kursus 4.23 0.65 Tinggi
3 Kepuasan peserta kursus 4.18 0.67 Tinggi
4 Pengetahuan peserta kursus 4.58 0.59 Tinggi
5 Aplikasi amalan peserta kursus 4.45 0.61 Tinggi
Keseluruhan 4.27 0.55 Tinggi

Analisis Soalan Kajian 2

Apakah reaksi peserta mengenai kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka


NPQEL secara dalam talian semasa pandemik Covid-19?
61
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Jadual 4 menunjukkan analisis bagi pemboleh ubah kesesuaian pelaksanaan kursus


bersemuka NPQEL secara dalam talian semasa pandemik Covid-19. Nilai min bagi
item 2 dan 3 berada pada tahap tinggi iaitu (M = 4.06, SP = .75) dan (M = 4.00, SP
= .80), manakala item 1, 4 dan 5 berada pada tahap sederhana tinggi iaitu item 1 dan
4 masing-masing (M = 3.85, SP = .83) dan item 5 (M = 3.86, SP = .84). Item yang
mendapat min tertinggi ialah item 2 (M = 4.06, SP = .75) yang menunjukkan
bahawa “penggunaan sumber atau bahan rujukan latihan sangat sesuai”. Manakala
item 1 dan 4 bagi pemboleh ubah ini mendapat min terendah namun nilainya masih
dalam julat sederhana tinggi (M = 3.85, SP = .83). Ini membawa maksud bahawa
kesesuaian aktiviti kursus bersemuka NPQEL, “kemudahan prasarana kursus secara
dalam talian yang disediakan mencukupi” dan “kemudahan sokongan teknikal yang
disediakan mencukupi” adalah pada tahap sederhana tinggi sahaja. Nilai min
keseluruhan adalah (M = 3.92, SP = .70) iaitu dapat dirumuskan bahawa kesesuaian
pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL yang diadakan secara dalam talian semasa
pandemik COVID-19 berada pada tahap yang sederhana tinggi .

Jadual 4
Tahap Kesesuaian Pelaksanaan Kursus

Item Aspek Sisihan


Min Tahap
piawai
1 Aktiviti kursus bersemuka NPQEL secara dalam Sederhana
3.85 0.83
talian sangat sesuai tinggi
2 Penggunaan sumber atau bahan rujukan latihan
4.06 0.75 Tinggi
sangat sesuai
3 Penggunaan aplikasi Google Classroom sebagai
4.00 0.80 Tinggi
platform pembelajaran sangat sesuai
4 Kemudahan prasarana kursus secara dalam talian Sederhana
3.85 0.83
yang disediakan mencukupi tinggi
5 Kemudahan sokongan teknikal yang disediakan Sederhana
3.86 0.84
mencukupi tinggi
Sederhana
3.92 0.70
Keseluruhan tinggi

62
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Analisis Soalan Kajian 3

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kepuasan peserta terhadap


pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian berdasarkan
kumpulan ambilan peserta?

Ho1: Tidak terdapat


perbezaan yang signifikan antara kepuasan peserta berdasarkan kumpulan
ambilan terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian

Hipotesis nul 1 diuji dengan menggunakan kaedah Ujian-t. Berdasarkan kepada


Jadual 5 keputusan kajian mendapati bahawa skor min kumpulan Ambilan 2 ialah
M = 4.22, SP = 0.68, iaitu tinggi sedikit sahaja daripada skor min kumpulan
Ambilan 1 (M = 4.13, SP = 0.65). Perbezaan ini adalah tidak signifikan
memandangkan nilai t = -1.643 (p > 0.05). Oleh itu, hipotesis nul ini diterima, iaitu
tidak terdapat perbezaan yang signifikan (pada aras keyakinan α = 0.05) antara
kepuasan peserta terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam
talian berdasarkan kumpulan ambilan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua
kumpulan peserta NPQEL iaitu Ambilan 1 dan 2 menunjukkan skor min kepuasan
yang tinggi terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian.

Jadual 5
Min dan Sisihan Piawai Kepuasan Peserta Terhadap Kursus Bersemuka NPQEL
Secara Dalam Talian Berdasarkan Kumpulan Ambilan

Kumpulan N Min Std. t-value Sig.


Ambilan Deviation
Kepuasan Kump Ambilan 1 234 4.1250 .64947 -1.643 .101
peserta kursus Kump Ambilan 2 361 4.2175 .68350
p > .05

63
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Analisis Soalan Kajian 4

Apakah cadangan penambahbaikan kursus bersemuka NPQEL secara dalam


talian daripada peserta kursus?

Cadangan penambahbaikan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian yang


diterima daripada peserta kursus telah dianalisis dengan memberi tema. Dapatan
kajian daripada cadangan penambahbaikan yang telah dikemukakan oleh peserta
kursus berfokus kepada empat aspek utama, iaitu: aspek pengurusan yang terdiri
daripada pengurusan strategi dan pengurusan pentadbiran; aspek prasarana
infrastruktur dan infostruktur; aspek kompetensi pensyarah meliputi aspek kaedah
dan penyampaian pensyarah termasuk penekanan kepada aspek andragogi dalam
penyampaian pensyarah dan akhir sekali adalah aspek motivasi dan sokongan
kepada peserta.

Daripada empat aspek utama tersebut dapatan kajian menunjukkan


bilangan cadangan yang tertinggi (41.51%) iaitu 247 orang peserta telah
mencadangkan agar aspek pengurusan pentadbiran dan strategi meliputi aspek
pentadbiran, pelaksanaan kursus secara dalam talian, bimbingan pensyarah kepada
peserta dan pentaksiran kursus secara dalam talian merupakan aspek yang perlu
diberi penambahbaikan. Manakala bilangan cadangan kedua tertinggi (26.39%)
iaitu 157 orang peserta telah mengemukakan cadangan terhadap prasarana iaitu
infrastruktur dan infostruktur yang yang terdapat di IAB seperti kelajuan talian
internet, kemudahan wifi dan lain-lain lagi dipertingkatkan dan diberi
penambahbaikan sejajar dengan peranannya sebagai pengupaya kursus secara dalam
talian. Selain itu, 56 orang peserta (9.41%) juga mencadangkan keperluan untuk
melihat semula pengurusan bahan untuk kursus secara dalam talian. Manakala
seramai 18 orang peserta (3.03%) telah mencadangkan agar pihak IAB
menguruskan permohonan pelepasan peserta daripada tugas hakiki kepada ketua
jabatan mereka dalam tempoh mereka berkursus. Selain itu peserta turut
64
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

mencadangkan agar pensyarah lebih kompeten dalam aspek teknikal, penyampaian


dan kaedah kursus secara dalam talian sebagaimana yang diutarakan oleh 31 orang
peserta (5.21%). Seramai 32 orang peserta (5.38%) pula memberikan cadangan
supaya mengambil kira aspek andragogi dalam penyampaian kursus secara dalam
talian. Selain itu, lima (5) orang peserta (0.84%) mencadangkan agar peserta kursus
diberi motivasi dan sokongan ketika mengikuti kursus secara dalam talian.
Manakala selebihnya iaitu seramai 49 orang peserta (8.24%) tidak memberi
sebarang cadangan penambahbaikan (Jadual 6).

Jadual 6
Tema daripada Cadangan Penambahbaikan Peserta Kursus
Cadangan penambahbaikan daripada peserta Peratus
Bil Frekuensi
kursus yang telah dikategori mengikut tema (%)
1. Pengurusan strategi meliputi aspek 247 41.51
pentadbiran, pelaksanaan, bimbingan dan
pentaksiran kursus secara dalam talian perlu
ditambah baik
2. Pengurusan kandungan dan bahan perlu dilihat 56 9.41
semula untuk kursus secara dalam talian
3. Pengurusan pentadbiran yang melibatkan 18 3.03
pengurusan pelepasan peserta daripada tugas
hakiki kepada ketua jabatan dalam tempoh
berkursus daripada pihak IAB.
4. Prasarana dalam infrastruktur dan infostruktur 157 26.39
sebagai pengupaya kursus secara dalam talian
perlu ditambah baik
5. Kompetensi pensyarah meliputi aspek teknikal, 31 5.21
penyampaian dan kaedah kursus secara dalam
talian
6. Aspek andragogi diambil kira dalam 32 5.38
penyampaian kursus secara dalam talian
7. Memberi motivasi dan sokongan kepada 5 0.84
peserta dalam kursus secara dalam talian.
8. Tidak memberi cadangan penambah baikan 49 8.24

Jjumlah 595

65
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

PERBINCANGAN

Kajian tinjauan ini yang telah dijalankan ke atas peserta kursus bersemuka NPQEL
secara dalam talian adalah satu keperluan bagi mengenal pasti tahap keberkesanan
perlaksanaannya. Reaksi yang positif daripada peserta kursus direkodkan iaitu
persepsi mereka menunjukkan nilai min yang tinggi terhadap keberkesanan kursus
yang merangkumi aspek kandungan kursus, kepuasan terhadap kursus juga
pengetahuan serta aplikasi amalan peserta yang diperoleh daripada kursus ketika
menjalankan tugas. Secara keseluruhan tahap keberkesanan kursus bersemuka
NPQEL yang diadakan secara dalam talian adalah tinggi. Dapatan ini selari dengan
kajian oleh Wan Ishak et al.(2015), Harris (2012) serta Loving dan Ochoa (2010)
yang mengatakan penggunaan teknologi ICT banyak menyokong keberkesanan
dalam pembelajaran dan pengajaran.

Reaksi yang memberangsangkan juga diperoleh terhadap kesesuaian


pelaksanaan kursus iaitu dengan nilai min yang tinggi dalam aspek penggunaan
sumber rujukan latihan yang sesuai dan penggunaan aplikasi Google Classroom
sebagai platform pembelajaran kursus. Ini menunjukkan bahawa peserta NPQEL
dapat menerima dan beradaptasi dengan baik kaedah baru pelaksanaan NPQEL
secara dalam talian yang menggantikan kaedah sebelum ini iaitu bersemuka secara
fizikal di kampus IAB. Dapatan ini bersesuaian dengan dapatan kajian oleh
Amirudin Mohd Salim et al. (2016), mendapati bahawa responden menerima secara
positif pelaksanaan pembelajaran secara dalam talian dalam membantu proses
pembelajaran dan pengajaran iaitu tahap kesedaran, penerimaan dan impak e-
pembelajaran dalam kalangan pensyarah dapat membantu meningkatkan proses
pembelajaran dan pengajaran.

Persepsi kumpulan peserta NPQEL Ambilan 1 dan 2 tahun 2020 berkaitan


keberkesanan kursus secara bersemuka dalam talian tidak menunjukkan sebarang
perbezaan yang signifikan. Ini menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan peserta
66
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

NPQEL Ambilan 1 dan 2 menunjukkan skor min kepuasan yang tinggi terhadap
pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian. Dapatan ini
mengukuhkan penemuan bahawa kesemua peserta dapat mengikuti kursus ini
dengan jayanya. Dapatan kajian tersebut selaras dengan dapatan kajian oleh Kung
Siew Min et al.(2012) yang mendapati, pelajar menunjukkan minat yang tinggi serta
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran secara dalam talian

Peserta kursus telah mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan


yang boleh dikategorikan kepada empat aspek utama iaitu berkaitan aspek
pengurusan, prasarana (infrastruktur dan infostruktur), kompetensi penyampaian
pensyarah serta aspek andragogi dan dorongan kepada peserta. Cadangan
penambahbaikan mengenai aspek pengurusan merangkumi aspek pentadbiran,
strategi (pelaksanaan dan bimbingan), kandungan dan bahan telah disarankan agar
diteliti semula kesesuaiannya untuk kursus secara dalam talian. Memandangkan
kursus NPQEL secara dalam talian berkenaan julung-julung kalinya diadakan
dalam sejarah IAB, maka terdapat pelbagai kekurangan dalam aspek pengurusan
yang perlu diberi perhatian seterusnya dilakukan penambahbaikan untuk
meningkatkan keberkesanan pada masa hadapan. Dapatan kajian oleh Pollard dan
Hillage (2001) juga mendapati bahawa pelajar bukan sahaja memerlukan sokongan
tetapi juga memerlukan tempat untuk belajar tanpa gangguan. Ini menunjukkan
faktor pengurusan dan persekitaran untuk pelajar boleh dikira sebagai halangan
dalam proses pembelajaran iaitu pembelajaran secara dalam talian memerlukan
pengurusan persekitaran yang kondusif bagi menyokong keberkesanan pengajaran
secara dalam talian.

Rumusan

Dapatan kajian menunjukkan tahap keberkesanan pelaksanaan kursus bersemuka


NPQEL secara dalam talian berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian menunjukkan
reaksi peserta mengenai kesesuaian pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL yang
67
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

diadakan secara dalam talian pada tahap sederhana tinggi. Seterusnya dapatan
kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara
kepuasan peserta berdasarkan kumpulan ambilan terhadap pelaksanaan kursus
bersemuka NPQEL secara dalam talian. Ini bermakna kedua-dua kumpulan peserta
NPQEL iaitu Ambilan 1 dan 2 menunjukkan skor min kepuasan yang tinggi
terhadap pelaksanaan kursus bersemuka NPQEL secara dalam talian.

Dapatan kajian daripada cadangan penambahbaikan telah dikemukakan


oleh peserta kursus berfokus kepada empat aspek utama, iaitu: aspek pengurusan
yang terdiri daripada pengurusan strategi dan pengurusan pentadbiran; aspek
prasarana infrastruktur dan infostruktur; aspek kompetensi pensyarah meliputi
aspek kaedah dan penyampaian pensyarah termasuk penekanan kepada aspek
andragogi dalam penyampaian pensyarah dan akhir sekali adalah aspek motivasi
dan sokongan kepada peserta.

Ini bermakna, prasarana yang disediakan sama ada dari segi infrastruktur
mahupun infostruktur perlulah seiring dengan keperluan semasa agar dapat
menyokong proses pembelajaran secara maya yang telah menjadi alternatif penting
ekoran penularan wabak COVID-19 yang belum nampak bayang noktahnya.
Tidak memadai hanya dengan mewujudkan persekitaran yang kondusif dan
prasarana yang canggih sahaja, peserta mengharapkan agar pensyarah IAB sentiasa
proaktif dan progresif memajukan diri dengan meningkatkan kompetensi meliputi
aspek teknikal, penyampaian dan kaedah kursus secara dalam talian agar proses
pengilmuan menjadi lebih bermakna.

Para pensyarah juga perlu mengambilkira aspek andragogi yang sesuai


dalam penyampaian kursus secara dalam talian, yang tentunya memerlukan kaedah
yang berbeza berbanding pembelajaran secara bersemuka seperti yang lazimnya
diamalkan. Tambahan pula, peserta kursus NPQEL yang terdiri daripada golongan
dewasa mempunyai tahap umur dan kemampuan yang berbeza-beza. Kepelbagaian
68
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

ini perlu diraikan agar di akhir tempoh kursus, semua peserta dapat menguasai
kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagaimana yang sepatutnya. Motivasi,
dorongan dan sokongan yang berterusan kepada peserta amat diperlukan untuk
meningkatkan semangat dalam menghadapi pelbagai cabaran untuk menyelesaikan
pelbagai tugasan sepanjang enam bulan mengikuti kursus NPQEL.

Selaras dengan peranan dan fungsi IAB sebagai pusat latihan dalam
bidang kepimpinan pendidikan, saranan yang dikemukakan berkenaan amat
membantu ke arah menambah baik pelaksanaan kursus-kursus secara dalam talian
pada masa akan datang bagi meningkatkan keberkesanannya. Bagi memastikan
kursus berupa latihan yang diberi kepada pemimpn pendidikan membawa kepada
perubahan tingkah laku peserta dalam menjalankan tugas di organisasi mereka,
beberapa aspek utama perlu diberi perhatian. Antaranya ialah berkaitan pengurusan
kursus, prasarana serta kompetensi dan peranan pensyarah IAB sendiri.

Memandangkan kajian ini melibatkan sampel daripada kalangan peserta


kursus NPQEL sahaja dan hanya meninjau beberapa aspek yang menyumbang
kepada keberkesanan pelaksanaan kursus secara dalam talian, maka dapatan kajian
ini tidak dapat digeneralisasikan kepada semua kursus dalam talian yang lain.
Kajian lanjutan melibatkan aspek- aspek keberkesanan yang lain serta dalam seting
yang berbeza wajar dijalankan agar lebih memberi makna kepada sistem pendidikan
di negara kita.

RUJUKAN

American Society for Training and Development & Masie Center. (2001).
ELearning: If we build it, will they come. Alexandria, VA: ASTD.

Alliger, G. M., & Janak, E. A. (1989). Kirkpatrick’s levels of training criteria:


Thirty years later. Personnel Psychology, 42 (11),331-342.

69
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Gallagher, M. (2000). Corporate universities. Higher education and the future:


Emerging policy issues. Paper presented at the Corporate University Week
2000. Sydney, Australia.

Amiruddin Mohd Salim, Mohd Rakime Shaffai & Md Hidayat Abd. Jalil (2016),
Kesedaran, penerimaan, keberkesanan dan hubungkaitnya terhadap
perlaksanaan e-pembelajaran dalam kalangan pensyarah Politeknik
Merlimau.

Bartlett, K. R. (1999). The relationship between training and organizational


commitment in the health care field [Unpublished Ph.D. Dissertation].
University of Illinois at Urbana-Champaign.

Brinkerhoff, R. O. (2005). The success case method: A strategic evaluation


approach to increasing the value and effect of training. Advances in
Developing Human Resources, 7(1), 86-101.

Compeau, D., & Higgins, C. (1995). Computer self-efficacy: Development of a


measure and initial test. MIS Quarterly, 19, 189-211.
https://doi.org/10.2307/249688

Creswell, J.W. (1998). Qualitative inquiry and research design: Choosing among
five traditions. Sage publications, Incs.

Garland, M. (1993). Student perceptions of the situational, institutional,


dispositional, and epistemological barriers to persistence. Distance
Education, 14(2), 181-198.

Grohmann, A., & Kauffeld, S. (2013). Evaluating training programs: Development


and correlates of the questionnaire for professional training evaluation,
International Journal of Training and Development,17,2. doi:
10.1111/ijtd.12005

Harris, C. (2012). The Uses of facebook technologies in Hospitality Curriculum on


an Experiential Learning Platform for a New Generation of Students. Asia
Pasific Journal of Marketing and Logistics, 24(5).

Hasnah Hussin (2020). Kesan Covid-19 kepada pelajar UMP : Satu kajian ringkas
.Universiti Malaysia Pahang.

Haque, M. (2010). Sampling methods in social research. Global Research


Methodology, 1-6.

70
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Holton III, E. F. (1996). New employee development a review and


reconceptualization. Human Resource Development Quarterly, 7, 233.

Ismail Kailani & Lokman Hakim Muhammed. (2011). Pembangunan bahan e-


Pembelajaran berasaskan moodle bagi tajuk Ratios, Rates and Proportions 11
Tingkatan Tiga. Journal of Educational Science and Mathematics, 1, 35-43.

Kirkpatrick, D. L. (1959). Techniques for evaluation training programs. Journal of


the American Society of Training Directors, 13, 21-26.

Kirkpatrick,D.L. (1983). Four steps to measuring training effectiveness.


Personnel Administrator, 28(11), 19-25.

Kirkpatrick, D.L. (1994). Evaluating training programs: The four levels. Berrett-
Koehler.

Kirkpatrick, D.L., & Et Kirkpatrick, J.D. (2006) Evaluating training programs: The
four levels (3rd ed.). Berret-Koehler.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Table for determining sample size from a
given population. Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607-
610.

Kung Siew Min, Fadhilah Mat Yamin & Wan Hussain Wan Ishak. (2012). Design,
purpose of usage and the impact of LMS on student learning: A preliminary
findings. Proceedings of the 6th Knowledge Management International
Conference 2012, 673-676.

Lee Phaik Gaik, Faridah Anum & Pushpavalli A.Rengasamey. (2019). Penilaian
guru terhadap perlaksanaan program latihan KBAT dan kebekersanan dalam
meningkatkan kompetensi guru. Jurnal Penyelidikan Tempawan Jilid XXXVI
2019, 114-127.

Loving, M., & Ochoa, M. (2010). Facebook as a classroom solution. New Library
World, 112 (3 & 4), 121-130.

McNamara,C.(1998). Basic guide to program evaluation.


https://www.google.com.my/search?q=McNamara%2C+C.+(1998).+Basic+
Guide+to+program+evaluation

Miller, N. (1996). Education and training at the Ford Motor Company. In Smith,
C.S. & Ferrier, F. (Eds.), The economic impact of vocational education and
training (pp. 197-201). AGPS. Canberra.

71
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

Mohamad Idham Md Razak. (2020). COVID-19: Pembelajaran atas talian suatu


keperluan ke arah menuju Malaysia maju. Fakulti Pengurusan Perniagaan
Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka Kampus Jasin.

Neuman, W. L. (2012). Basics of social research: Qualitative and quantitative


approaches. Pearson Education, Inc.

Nor Hasnida, C.M.G. (2015). An evaluation of the implementation of the school-


based assessment system in Malaysia [Unpublished Ph.D thesis]. University
Of Southampton.

Norazilawati, A., Noraini, M.N., Rosnidar, M., Abdul Talib, M.H., & Wong,
K.T. (2015). Penilaian pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS)
dalam kalangan guru Sains. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia
5(1), 89-102.

Nunally, J.C. (1978). Psycometric theory. Graw Hill Book Company.

Oblinger, D.G., Barone,C.A., & Hawkins, B.L.(2001). Distributed education:


Challenges, choices, and a new environment. American Coucil on Education.

Pollard, E., & Hillage, J. (Eds). (2001). Exploring e-learning. The Institute for
Emploment Studies. Report No. 376. Brighton: UK.

Schilke, R.A. (2001). A case study of attrition in web-based instruction for adults:
Updating Garland’s model of barriers to persistence in distance educational.
[Unpublished doctoral dissertation]. Northem Illinois University.

Suchman, E.A. (1967). Evaluative research: Principles and practice in public


service and social action programs. Russell Sage Foundation.

Stufflebeam, D. L. (1967). The use and abuse of evaluation in Title III. Theory Into
Practice, 6, 126-133.

Stufflebeam,D.L.(1971).The Relevance of the CIPP evaluation model for


educational accountability. Journal of Research and Development in
Education, 5, 19-25.

Van Dalen, D. P., Abdul Fatah Abd Malik & Mohd. Majid Konting. (1993).
Memahami penyelidikan pendidikan: satu pengenalan. Penerbit Universiti
Pertanian Malaysia.

Wan Ishak, W.I., Suleiman, S., Muhamad Saufi, M.K., & Muhammad Razif, M.
(2015). Development of an andriod wireless controlled power tiller [Paper
72
JURNAL PENYELIDIKAN DEDIKASI JILID 20 (BIL.2) 2022

presentation]. The 7th International Conference on Sustainable Agriculture


For Food, Energy and Industry in Regional and Global Context (ICSAFEI
2015). ScienceDirect. Agriculture and Agricultural Science Procedia, 00 00
2015.

Watson ,A. M., Thompson ,L. F., & Meade, A. W. (2007). Measurement invariance
of the job satisfaction survey across work contexts [Paper presentation]. The
22nd Annual Meeting of the Society for Industrial and Organizational
Psychology, New York.

Zahiah Kassim & Abdul Razaq. (2010). e-Pembelajaran:Evolusi internet dslam


pembelajaran sepanjang hayat. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zul Azwal, M. (2017). Pembinaan dan validasi instrumen penilaian pelaksanaan


Pentaksiran Berasaskan Sekolah (i-PBS) [Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

73

You might also like