You are on page 1of 7

MEMO

KEPADA : SEMUA IBU BAPA / PENJAGA


DARIPADA : PENGETUA SMIAAG
TARIKH : 21 MAC 2022
PERKARA : PERATURAN SEKOLAH SEMPENA PEMBUKAAN
SEMULA SEKOLAH BAGI SESI 2022/2023

Ibu bapa / Penjaga yang dihormati,

1. Merujuk perkara di atas, berikut disertakan beberapa peraturan sekolah


sempena pembukaan semula sekolah pada 4 April 2022 secara bersemuka.

PERKARA PERINCIAN

i. PAKAIAN Pelajar hanya dibenarkan memakai pakaian seragam


sekolah, baju kokurikulum / baju unit beruniform dan
baju sukan.
Tudung bagi banat ialah tudung sekolah atau tudung
kokurikulum.
Seluar ketat adalah tidak dibenarkan.
Rujuk: LAMPIRAN 1

ii. KASUT Pelajar dikehendaki memakai kasut sekolah yang


lengkap.
Selipar dan sandal adalah tidak dibenarkan.

iii. RAMBUT Pelajar dikehendaki berambut pendek, kemas dan


terurus.
Pelajar dikehendaki memotong rambut dengan potongan
yang dibenarkan pihak sekolah.
Pelajar dikehendaki memakai kopiah.
Pelajar dilarang memakai topi atau kopiah selain warna
putih.
Rujuk: LAMPIRAN 2

iv. TELEFON Pelajar dibenarkan membawa telefon ke sekolah.


Telefon akan disimpan di dalam almari yang disediakan di
dalam kelas.
Penggunaan adalah dengan kawalan yang dibenarkan
pihak sekolah.
Pelajar akan dikenakan tindakan disiplin jika
menyalahgunakan telefon.
Rujuk: LAMPIRAN 3

2. Pelajar perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan agar sesi pembelajaran dan
persekolahan dapat berjalan dengan lancar. Sebarang masalah boleh rujuk guru yang
berkaitan.

3. Pelajar digalakkan untuk membawa bekal makanan dan air minuman untuk sarapan
pagi. Hanya makan tengah hari akan disediakan oleh pihak sekolah.
4. Pelajar dikehendaki sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang berada di sekolah
demi kebaikan bersama.

Perhatian dan tindakan daripada para ibu bapa / penjaga amat dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian, Terima Kasih

(PUAN ALIA BT MD NAZIR)


Pengetua,
Sek Men Islam Al-Amin Gombak .
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2
LAMPIRAN 3

You might also like