You are on page 1of 11

NOTA KHAS:

PENGAJIAN PERNIAGAAN
BAB 1

NAMA: MOHAMAD AINUL HAKIM BIN MUSTAPHA


KELAS: 6 CEMPAKA SEMESTER 1
Nota Khusus Pengajian Perniagaan: Bab 1

Faktor pengeluaran:

Bahan mentah:
Segala input dari sumber semula jadi yang digunakan dalam proses
pengeluaran bagi menghasilakan sesuatu produk seperti minyak , besi
, kayu balak dan kelapa sawit.
input boleh terdiri daripada barang siap atau barang separuh siap.

Modal:
Sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan
kepada organisasi perniagaan.
terdiri daripada bentuk wang atau aset seperti wang tunai ,
peralatan , kenderaan , mesin , jentera , dan bangunan yang
digunakan sebagai input dalam memulakan perniagaan atau
mengeluarkan barangan dan perkhidmatan.

Modal insan:
individu yang menyumbangkan tenaga dalam bentuk fizikal, mental
dan kemahiran yang digunakan dalam proses pengeluaran atau
aktiviti perniagaan iaitu usahawan , pengurus atau pekerja.

Teknologi:
Kaedah , peralatan , mesin atau pengetahuan yang membolehkan
manusia menjalankan tugas atau kerja-kerja dengan lebih baik bagi
melaksanakan sesuatu aktiviti perniagaan.
Penggunaan teknologi membantu melancarkan sesuatu proses
pengeluaran , meningkatkan kecekapan , meningkatkan daya saing
dan meningkatkan keberkesanaan operasi perniagaan.

Keusahawanan:
Keupayaan seseorang individu atau sekumpulan individu membentuk
perniagaan atau keupayaan menggabungkan faktor-faktor
pengeluaran dan menjadikannya output dalam pengeluaran.
Menggabungkan pelbagai faktor pengeluaran secara efektif untuk
mengeluarkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi cita rasa pengguna dalam pasaran.
Proses pengeluaran:
Input:
Merupakan faktor-faktor pengeluaran seperti bahan mentah, modal
insan, teknologi, keusahawanan, dan modal yang diperlukan dalam
proses pengeluaran untuk menghasilkan sesuatu keluaran ataub
perkhidmatan.
contohnya, kayu getah, tenaga kerja, mesin pelarik, wang dan
pemilik kilang perabot digunakan dalam penghasilan perabot

Proses tambah nilai:


merupakan aktiviti tambah nilai dalam proses pengeluaran yang
menukarkan input kepada output dengan menggunakan tenaga dan
idea manusia, bahan, pengetahuan, dan teknologi.

Output:
Barang siap atau produk akhir merupakan hasil akhir daripada
sesuatu proses pengeluaran barangan atau penyediaan
perkhidmatan.
Contohnya, perabot adalah barang akhir yang dihasilkan daripada
kayu getah.

Pemasaran:
Melibatkan usaha mengagihkan barang siap atau produk akhir
kepada pengguna sasaran dengan mengambil kira elemen-elemen
campuran pemasaran.
Pemasaran adalah urusniaga yang berlaku antara pengeluar
dengan pelanggan.

Untung/Rugi:
Untung merupakan ganjaran kepada peniaga atau pengeluar atas
kerjaya menjual produk atau perkhidmatan.
Output akan dijual kepada pengguna untuk mendapatkan hasil.
untung yang diperoleh adalah lebihan hasil ke atas kos pengeluaran
produk. sebaiknya, jika hasil kurang daripada kos pengeluaran
produk, peniaga atau pengeluar terpaksa menanggung kerugian.
Fakror-faktor persekitaran umum

Persekitaran ekonomi:
1. Merujuk kepada keadaan atau sistem perdagangan sesebuah negara.
Melibatkan penggemblengan sumber bahan mentah, modal insan, dan
kewangan bagi menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
diperlukan atau diingini oleh masyarakat. Mewujudkan risiko
ketidakpastian dalam perniagaan contohnya ada ketikanya
perniagaan untung dan ada ketikanya perniagaan rugi.

Persekitaran persaingan dan jaringan:


Persaingan merujuk kepada ancaman yang diberikkan perniagaan
lain yang mengeluarkan produk yang sama atau pengganti dan
dipasarkan dalam pasaran yang sama.
Jaringan perniagaan merujuk kepada hubungan formal atau tidak
formal , yang dibentuk oleh perniagaan dengan pembekal , pengilang
, pesaing , atau pengedar untuk menghasilkan produk atau
memasarkannya di pasaran.

Persekitaran sosiobudaya:
Merupakan interaksi antara ahli-ahli dan kumpulan dalam
masyarakat yang berkongsi nilai budaya atau amalan bersama

Persekitaran politik dan perundangan:


Politik merujuk kepada keadaan sistem pemerintahan sesebuah
kerajaan, penggubalan dasar dan undang-undang oleh kerajaan
yang memerintah serta penguatkuasaan peraturan dan undang-
undang.
Perundangan merujuk kepada undang-undang dan peraturan yang
ada dalam sesebuah negara.

Persekitaran teknologi:
merupakan kaedah atau peralatan yang digunakan untuk
melaksanakan aktiviti perniagaan
kaedah atau peralatan ini membolehkan organisasi melakukan
sesuatu yang baharu atau lebih baik.
Persekitaran prasarana:
merupakan kemudahan asas yang disediakan untuk membantu aktiviti
perniagaan terutamanya kemudahan pengagihan produk , iaitu
pergerakkan produk daripada pengeluar kepada pengguna dan
kemudahan penghubungan komunikasi dengan pihak yang terlibat.

Persekitaran antarabangsa:
merujuk kepada faktor-faktor yang wujud dalam perniagaan yang
melibatkan dua atau lebih buah negara yang melepasi sempadan
negara.
melibatkan aktiviti eksport dan import barangan atau perkhidmatan.

Persekitaran tugas:

Pelanggan:
pihak yang membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh
organisasi perniagaan.
permintaan pelanggan ke atas produk dan perkhidmatan yang
ditawarkan oleh organisasi perniagaan.

Pembekal:
pihak yang membekalkan bahan mentah, barang separuh siap dan
barang siap kepada pelanggan untuk mengeluarkan barangan serta
perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan.

Pembiaya:
pihak yang menyediakan dana atau sumber kewangan dan
memberikan pinjaman kepada perniagaan seperti pihak bank, syarikat
kewangan, syarikat insurans dan syarikat kad kredit, bagi
membolahkan usahawan menjalankan aktiviti perniagaannya.

Pemodal/pelabur:
pihak yang menyumbangkan modal ke dalam perniagaan dan
mengharapkan pulangan yang baik daripada hasil pelaburan modal
yang dikeluarkan.
Pesaing:
merupakan perniagaan lain dalam industri yang sama yang
mengeluarkan atau menawarkan barangan atau perkhidmatan yang
hampir sama dalam pasaran yang sama. perniagaan perlu bersaing
untuk mendapatkan syer pasaran bagi produk mereka. Pesaingan
yang dijalankan harus adil dan tidak melanggar etika perniagaan.

Kerajaan:
Pihak yang mentadbir sesebuah negara dan bertanggungjawab untuk
melaksanakan dasar-dasar kerajaan, menggubal dan
menguatkuasakan undang-undangatau peraturan untuk dipatuhi oleh
perniagaan.

Pekerja:
merupakan individu atau tenaga kerja dalam sesebuah perniagaan
yang menyumbangkan tenaga kepakaran dalam bentuk fizikal dan
mental untuk menggerakkan aktiviti perniagaan agar berjalan
dengan lancar.

Masyarakat;
merupakan satu komuniti atau sekelompok orang yang terdapat di
sesuatu kawasan yang mempunyai kepentingan secara langsung ke
atas sesebuah perniagaan sama ada sebagai pembeli atau bukan
pembeli produk perniagaan.
pemilikan organisasi perniagaan:

pemilikan tunggal:
perniagaan yang ditubuhkan , dimiliki , diuruskan dan dibiayai dari
segi kewangan dan pengurusannya dikendalikan oleh seorang
individu sahaja yang mempunyai tanggungjawab peribadi terhadap
hutang.

Perkongsian:
dibentuk oleh dua atau lebih individu tidak melebihi 2o orang (bagi
perkongsian biasa) atau dua hingga 30 orang ( perkongsian yang
mengamalkan sesuatu proffesion ) dengan tujuan untuk mendapatkan
keuntungan.

Syarikat Berhad:
entiti perniagaan yang dimiliki oleh individu-individu yang
menyumbangkan modal dalam bentuk saham dan bersetuju berkongsi
untung rugi. Pemilik saham adalah juga pemilik syarikat.

Koperasi:
merupakan satu organisasi perniagaan yang ditubuhkan secara
sukarela oleh sekumpulan individu untuk menjaga kepentingan ahli-
ahlinya berdasarkan prinsip kerjasama atau tolong menolong dan
bukan bermotifkan keuntungan.
Aktiviti perniagaan:

Pengeluaran:

Ekstraktif:
melibatkan aktiviti pengeluaran sumber bahan mentah daripada
proses alam semula jadi. Contohnya, aktiviti perladangan,
pembalakkan , perlombongan dan perikanan.

Barang komsumer:
melibatkan proses pengeluaran barang-barang untuk kegunaan
pengguna akhir.

Barangan industri:
1. perniagaan yang melibatkan pengeluar barangan menjual
keluarannya kepada pihak lain, yang akan memproses keluaran
tersebut untuk dijual semula untuk menghasilkan produk lain untuk
dijual.

Pembuatan:
merupakan aktiviti menghasilkan produk dengan memproses dan
menggunakan sumber-sumber organisasi seperti bahan mentah,
manusia , mesin , dan teknologi untuk memenuhi kehendak pelanggan

Pemasangan:
melibatkan aktiviti mencantumkan beberapa bahagian atau memasang
komponen-komponen sesuatu produk bagi menghasilkan barangan
siap untuk dipasarkan. Contohnya, pemasangan komponen kereta dan
komputer.
Perkhidmatan:
Peruncitan:
aktiviti perniagaan yang menjual pelbagai jenis barang dalam
kuantiti yang kecil kepada pengguna akhir.

Pemborong:
aktiviti perniagaan yang membeli barang dengan kuantiti yang
banyak atau secara pukal daripada pengeluar dan menjual semula
dalam kuantiti yang kecil kepada peruncit.

Kewangan:
aktiviti perniagaan yang menawarkan perkhidmatan kewangan seperti
bidang pengumpulan modal pelaburan ekuiti, penyediaan kemudahan
kredit, urus niaga pasaran wang, aktiviti perbankan, aktiviti insurans
dan lain-lain.

profesional:
aktiviti perniagaa yang menawarkan perkhidmatan kepakaran atau
kemahiran khusus seperti perkhidmatan perakaunan, gauaman, dan
perubatan.

Perhotelan:
Kemudahan penginapan atau tempat tinggal , makanan dan minuman
serta kemudahan rekreasi untuk pelancong tempatan atau asing
mengikut kadar tertentu berdasarkan kemampuan pelanggan.

Pendidikan:
perkhidmatan pengajian atau penidikan dan latihan formal kepada
masyarakat bagi menyediakan sumber tenaga manusia atau modal
insan.
Sektor perniagaan:

sektor swasta:
perniagaan yang dimiliki oleh individu atau sekumpulan individu
secara peribadi dan menjalankan aktiviti perniagaan untuk
mendapatkan keuntungan.
meliputi bentuk perniagaan iaitu pemilikan tunggal , perlkongsian ,
syarikat dan koperasi.

Sektor Awam:
organisasi yang dimiliki, dibiayai dan diuruskan oleh pihak kerajaan
untuk melaksanakan dasar kerajaan dan menyediakan barangan
serta perkhidmatan kepada rakyat seperti pendidikan , rawatan
perubatan, infrastruktur dan lain-lain.

Sektor Badan Berkanun:


agensi kerajaan yang berpebadankan bagi melaksanakan dasar-
dasar dan tanggungjawab terhadap aktiviti kerajaan secara khusus.
Mempunyai badan pengurus yang terdiri dikenali sebagi Lembaga,
Majlis dan sebagainya
Tahap Perniagaan:

Primier:
merupakan aktiviti pengeluaran bahan mentah dari sumber semula
jadi tanpa mengubah bentuk asalnya untuk proses pengeluaran
selanjutnya.

Sekunder:
aktiviti memproses bahan mentah yang dihasilkan dari tahap primier
kepada barang siap atau barang separuh siap. Juga merangkumi
aktiviti pembuatan atau perkilangan.

Tertier:
merujuk kepada perniagaannya yang melibatkan penghasilan produk
tidak ketara atau perkhidmatan yang tidak perlu diproses lagi.

Huluan:
perniagaan yang terlibat dalam mengeluarkan bahan mentah atau
barang separuh siap yang menjadikan input kepada perniagaan
hiliran atau perniagaan lain bagi menghasilkan barang siap.

Hiliran:
aktiviti perniagaan yang berlaku bagi memproses input yang
diperoleh daripada perniagaan huluan atau perniagaan lain untuk
menjadi barang siap atau barang separuh siap yang dijual kepada
pembeli sama ada pembeli industri atau pengguna akhir.

Domestik:
perniagaan yang beroperasi di dalam sebuah negara dan
menggunakan mata wang tempatan sahaja . Produk yang dihasilkan
adalah untuk pasaran tempatan sahaja.

Antarabangsa:
merujuk kepada perniagaan yang sebahagian aktiviti atau kegiatan
perniagaannya merentasi sempadan sesebuah negara iaitu
melibatkan negara luar.

You might also like