You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI KEM BATU 18 BINTULU.

KERTAS KERJA CADANGAN UNTUK MENEMPAH PAPAN TANDA UNTUK UNIT


SEKOLAH SELAMAT ( 3K)

1.0 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Sungai Kem Batu 18 Bintulu merupakan salah satu


sekolah hampir dengan jalan raya Pan Borneo. Sekolah ini menampung murid sekitar
748 orang murid yang terdiri dari pelbagai kaum dan latar belakang kehidupan.
Terdapat 18 buah kelas terdiri daripada tahun 1-tahun 6 dan 3 kelas terdiri daripada Pra
Sekolah.

Justeru itu kemudahan infrastruktur serta keselamatan dan keselesaan murid


merupakan salah satu agenda yang penting bagi pihak sekolah. Persekitaran sekolah
yang selamat akan menjamin keselamatan dan pencapaian murid akan meningkat.
Sehubungan dengan itu pihak sekolah mengambil inisiatif dan beberapa langkah demi
keselamatan murid di SK Sungai Kem Batu 18 Bintulu.

2.0 RASIONAL

1. Memandangkan banyak kawasan yang merbahaya kepada murid seperti,


kawasan cerun.
2. Keadaan bangunan yang sediaada uzur dan mengalami kerosakan
seperti, papan dan, tangga yang licin
3. Bagi menjamin keselamatan pelajar yang datang awal ke sekolah sekitar
jam 5.30 pagi
4. Memudahkan pengawalan murid agar keselamatan murid dapat diberikan
keutamaan serta menjadi fokus utama unit 3K.
5. Kekurangan dana untuk melabelkan beberapa kawasan yang berisiko.
6. Merupakan salah satu program yang di rangka iaitu program melibatkan
keselamatan murid sekolah iaitu Polisi Sekolah Selamat.

3.0 OBJEKTIF

1. Memastikan bahawa murid-murid berada dalam keadaan selamat


samaada di waktu pagi sebelum sesi persekolahan dan pembelajaran
bermula seperti tiada murid yang menyandar di beranda, tiada murid yang
bergurau semasa menuruni dan menaiki tangga.
2. Memberitahu murid kawasan yang berisiko dan untuk mengelakkan murid
menghampiri, berada dan bermaian di kawasan yang berisiko seperti
kawasan semak, kawasan cerun dan sebagainya.
3. Memudahkan pengawalan pergerakan murid yang sentiasa dipantau oleh
guru bertugas yang datang lebih awal kerana murid yang datang awal
selalunya bebas melakukan pelbagai aktiviti.
4. Mencapai tahap sekolah yang berada dalam status sekolah yang selamat
untuk murid serta selesa dengan kemudahan yang di sediakan dapat di
jamin keselamatannya.

4.0 MATLAMAT

1. Menambah keselesaan kepada murid SK Sungai Kem Batu 18 Bintulu


dengan adanya kawasan yang di label kawasan yang berrisiko atau
bahaya.
2. Menjamin keselamatan murid dalam kawasan persekolahan serta diluar
waktu persekolahan agar murid selamat walaupun ketiadaan guru serta
murid dapat dikawal dengan mudah.
3. Menjamin pergerakan murid yang lancar serta selesa dalam pergerakan
yang mudah di pantau guru.
4. Mencari dana tambahan dalam menyediakan sumber kewangan yang
mencukupi dalam penyediaan papan tanda berlabel.
5. Mencapai status sekolah selamat untuk murid dan semua warga sekolah.

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua warga Sekolah Kebangsan Sungai Kem Batu 18 Bintulu yang


terdiri daripada murid-murid sekolah, Guru-guru dan Staf, para Ibubapa
serta pelawat yang datang ke sekolah.
6.0 JAWATANKUASA INDUK

PENASIHAT
En. Paul Anak Jarum
Guru Besar

PENGERUSI
Pn Sabarynna Binti Affendi
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

NAIB PENGERUSI 1
Cik Rahanah Binti Bana
Penolong Kanan Pentadbiran

NAIB PENGERUSI 2
Pn Evelin
Penolong Kanan Ko-Kurikulum

PENYELARAS
En. Narzuan Bin Muji

SETIAUSAHA
En. Jamshari Bin Ayu

BENDAHARI
En. Barry Anak Nicholas

AHLI JAWATANKUASA
En. Tinggie Anak Badang
En. Larrison Anak Leban
Cik Amanda Laus Anak Justin Agas
Cik Norezan Binti Raini
Pn. Dayang Aslinda Binti Asli
Semua Guru Kelas
7.0 JAWATAN KUASA PERLAKSANA

7.0.1 JAWATANKUASA KERTAS KERJA DAN DOKUMENTASI

1. En. Narzuan Bin Muji


2. En. Jamshari Bin Ayu

7.0.2 JAWATANKUASA SEBUT HARGA DAN TEMPAHAN


1. En. Barry Anak Nicholas
2. En. Larrison Anak Leban

7.0.3 JAWATANKUASA MELABEL DAN MENGENALPASTI KAWASAN


BERISIKO
1. En. Tinggie Anak Badang
2. Cik Norezan Binti Raini
3. Cik Amanda Laus Anak Justin Agas
4. Pn. Dayang Aslinda Binti Asli
5. Semua Guru Kelas

8.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN KUANTITI JUMLAH


KOS
1. AWAS TANGGA LICIN ( 3’’ x 22‘’ ) 7 set
2. AWAS LANTAI LICIN ( 3’’ x 22’’ ) 10 set
3. UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA
DILARANG MENYANDAR DI BERANDA 6 set
( 16’’ x 24 ‘’ )
4. AWAS
KAWASAN BAHAYA 10 set
DILARANG BERADA DI KAWASAN INI
( 16’’ x 24 ‘’ )
5. LALUAN TURUN ( 4’’ x 12’’) 6 set
6. LALUAN NAIK ( 4’’ x 12” ) 6 set
7. LALUAN KECEMASAN
20 set
( 4” x 16” )
8. LALUAN KECEMASAN
20 set
( 4” x 16” )
9. PAPAN TANDA ETIKA BERPAKAIAN 2 Set
BERADA / BERURUSAN DI SEKOLAH
36 ‘’ x 60’’
10. DOUBLE SIDED ( HEAVY DUTY ) 3 pcs
PENUTUP.

Dengan adanya label atau tanda di kawasan berisiko diharap, dapat


meningkatkan lagi keselamatan murid di sekolah. Selain itu risiko murid
kemalangan atau cedera dapat di kurangkan dan di elakkan.

DISEDIAKAN OLEH

______________________
( JAMSHARI BIN AYU )
SETIAUSAHA
UNIT SEKOLAH SELAMAT

DISEMAK OLEH

____________________________
( NARZUAN BIN MUJI )
PENYELARAS
UNIT SEKOLAH SELAMAT

DISAHKAN OLEH

____________________________
( SABARYNNA BINTI AFFENDI )
PEN. KANAN HAL EHWAL MURID
SK SUNGAI KEM BATU 18

DILULUSKAN OLEH

_____________________________
( PAUL ANAK JARUM )
GURU BESAR
SK SUNGAI KEM BATU 18
LAMPIRAN

AWAS TANGGA LICIN AWAS LANTAI LICIN


Saiz = 3’’ x 22 “
Warna Latar = warna merah Saiz = 3’’ x 22 “
Warna Huruf = putih Warna Latar = warna merah
Material = plastic / getah Warna Huruf = putih
Material = plastic / getah

UTAMAKAN KESELAMATAN ANDA


DILARANG MENYANDAR AWAS
DI BERANDA KAWASAN BAHAYA
DILARANG BERADA DI KAWASAN INI
Saiz = 16” x 24”
Warna Latar = merah
Warna huruf = putih Saiz = 16” x 24”
Material = plastic / getah Warna Latar = merah
Warna huruf = putih
Material = zink / aluminium / aloi

LALUAN TURUN LALUAN NAIK

Saiz = 4 ” x 12”
Saiz = 4 ” x 12” Warna Latar =Kuning
Warna Latar = kuning Warna huruf = putih
Warna huruf = putih Anak panah = putih
Anak panah =putih Material = plastic / getah
Material = plastic / getah

LALUAN KECEMASAN LALUAN KECEMASAN

Saiz = 4 ” x 16”
Saiz = 4 ” x 16” Warna Latar = merah
Warna Latar = merah Warna huruf = putih
Warna huruf = putih Material = plastic / getah
Material = plastic / getah

Saiz = 30 ‘’ x 60 ‘’
Material = zink / Aluminium / Aloi
Gambar = Gambar Etika Berpakaian

You might also like