You are on page 1of 8

PENGGUNAAN BAHASA ISYARAT MALAYSIA (BIM)

DI DALAM TERJEMAHAN MAKSUD SURAH AL-


FATIHAH
1
Syar Meeze Mohd Rashid & 2Mohd Hanafi Mohd Yasin
1,2
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
1
cikgumeeze@ukm.edu.my

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dalam
terjemahan maksud surah al-Fatihah. BIM merupakan salah satu bentuk komunikasi yang digunakan oleh golongan
kurang upaya pendengaran di Malaysia. Penggunaan BIM dalam kalangan golongan kurang upaya pendengaran
bertujuan untuk berkomunikasi, memahami, dan menyampaikan sesuatu perkara yang diingini. Pengetahuan dan
kefahaman dalam surah al-Fatihah amat penting kerana Surah al-Fatihah merupakan ummul kitab atau ibu segala
surah di dalam Al-Quran. Sehubungan dengan itu, artikel ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana
kepentingan penggunaan BIM di dalam terjemahan maksud surah al-Fatihah. Data telah diperolehi melalui hasil
temu bual dengan sepuluh orang kurang upaya pendengaran yang berkemahiran dalam BIM dan mempunyai
kefahaman terhadap terjemahan maksud surah al-Fatihah. Hasil dapatan kajian ini mendapati terdapat dua
persepsi golongan kurang upaya pendengaran terhadap kepentingan BIM dalam terjemahan Surah al-Fatihah iaitu
BIM dapat memberi kefahaman kepada golongan kurang upaya pendengaran untuk memahami terjemahan
Surah al-Fatihah dengan baik. Selain itu, orang kurang upaya pendengaran akan lebih menghayati Surah al-
Fatihah dengan terjemahannya menggunakan BIM.
Kata kunci : Bahasa Isyarat Malaysia (BIM), Surah al-Fatihah, golongan kurang upaya pendengaran

PENGENALAN

Bahasa isyarat merupakan suatu bentuk komunikasi yang digunakan oleh golongan kurang upaya pendengaran .
Penggunaan bahasa isyarat boleh juga digunakan oleh golongan yang mempunyai masalah dalam bertutur,
golongan yang tidak boleh mempelajari bahasa melalui pertuturan, dan golongan yang tidak boleh mendengar
(Wilbur, 2013). Hal ini kerana, penggunaan bahasa isyarat memudahkan komunikasi golongan kurang upaya
pendengaran dan memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan rasa, pendapat, idea, perasaan dan
sebagainya. Keunikan bahasa isyarat dapat dilihat apabila timbul bentuk atau simbol tangan yang memberi makna
terhadap sesuatu keadaan (Loughran, 2013). Selain itu, bahasa badan dan ekspresi muka menjadi daya tarikan dan
intonasi dalam penggunaan bahasa isyarat (Wilbur, 2013). Di negara Malaysia BIM merupakan bahasa utama
orang kurang upaya pendengaran (Lim, 2006). Menurut Mohamed Sazali Shaari (2004) BIM merupakan bahasa
orang kurang upaya pendengaran yang digunakan dalam komunikasi mereka seharian dan merupakan lambang
identiti orang kurang upaya pendengaran di Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya. BIM dianggap sebagai
lambang identiti orang kurang upaya pendengaran kerana bentuk isyarat mereka adalah menurut kepada cara hidup
dan budaya mereka serta tidak terpengaruh kepada unsur luar yang lain (Mohamed Sazali Shaari, 2004). Oleh itu,
jelas menunjukkan bahawa BIM merupakan medium utama untuk berkomunikasi dalam kalangan golongan kurang
upaya pendengaran dan dapat memberi kefahaman yang lebih baik kepada mereka.

Surah al-Fatihah adalah merupakan Surah Makkiyyah yang mengandungi tujuh ayat (MAIS, 2008). Surah ini
adalah satu surah al-Quran yang sangat utama dalam kehidupan seorang Muslim kerana surah ini dibaca dalam
ibadah solat fardhu dan turut dibaca di dalam solat sunat (MAIS, 2008). Secara umumnya surah al-Fatihah ini
mengandungi perkara-perkara asas yang berkaitan dengan usuluddin dan syariah serta cabang-cabangnya seperti
perbicaraan berkenaan tauhid, ibadah, tasyri, iman kepada hari kebangkitan dan sifat-sifat Allah yang mulia, doa
untuk meminta hidayah kepada agama yang benar dan meminta jalan yang lurus serta menjauhkan diri dari jalan
yang menyeleweng dari hidayah Allah (MAIS, 2008). Isi kanndungan di dalam surah ini merangkumi keseluruhan
tema-tema utama yang terdapat di dalam keseluruha al-Quran. Justeru itu, surah ini perlu dihayati dan difahami
oleh seluruh umat Islam kerana surah ini merupakan ibu al-Quran atau Umm al-Quran (induk al-Quran) (MAIS,
2008).

935
Orang kurang upaya pendengaran yang beragama Islam juga sebenarnya tidak ketinggalan di dalam memahami
dan menghayati surah al-Fatihah. Hal ini kerana, mereka berhak diberikan pendidikan dan kefahaman terhadap
ayat-ayat al-Quran (Nor `Aziah Daud, 2012; Nor `Aziah Daud, Nazean Jomhari, Nur Izzaidahet, (2012); &
Muhammad Sayuti Sabdan, 2014) . Mereka adalah manusia yang berakal dan perlu mempelajari agama serta perlu
memahami Al-Quran (Hamdi Ishak, 2010). Justeru itu, golongan kurang upaya pendengaran juga merupakan
golongan yang berhak mempelajari, menghayati dan membaca al-Quran (Nor `Aziah Daud, 2012). Mereka perlu
mempelajari, mendalami dan mengetahui isi kandungan al-Quran kerana al-Quran itu diturunkan untuk semua
(Muhammad Sayuti Sabdan, 2014).

Seperti yang diketahui bahasa isyarat merupakan bahasa utama orang kurang upaya pendengaran (Wilbur, 2013).
Malahan BIM merupakan bahasa utama golongan kurang upaya pendengaran di Malaysia (Lim, 2006). Menurut
Hamdi Ishak (2010) salah satu cara yang membolehkan golongan kurang upaya pendengaran memahami dan
menghayati sesuatu perkara adalah dengan menggunakan bahasa isyarat. Oleh itu, jelas disini menunjukkan
bahawa sebenarnya di dalam memberi kefahaman dan penghayatan golongan kurang upaya pendengaran terhadap
surah al-Fatihah adalah dengan menggunakan bahasa Isyarat Malaysia (BIM).

KAJIAN LITERATUR

Surah al-Fatihah adalah Surah utama di dalam Al-Quran (MAIS, 2008). Surah ini mempunyai pelbagai nama.
Antara nama-nama yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis ialah al-Fatihah, al-Hamid, al-Sab`u, al-
Mathani , al-Quran al Azim, Umm al-Quran, al-Solat, al-Syiffa dan al-Ruqyah (MAIS, 2008). Di dalam solat,
surah ini wajib dibaca dan ini telah dinyatakan oleh hadis Rasululllah SAW daripada Ubadah ibn al-Samit, bahawa
Rasulullah SAW bersabda :

“Tidak sah solat seseorang yang tidak membaca Fatihah al-Kitab”.

Oleh itu, memahami dan menghayati surah ini adalah satu perkara yang boleh dianggap sebagai sangat mustahak
dalam kehidupan seseorang Muslim (MAIS, 2008). Perkara ini juga tidak terlepas kepada golongan kurang upaya
pendengaran . Walaupun mereka tidak boleh menyebut atau membaca surah al-Fatihah dalam bahasa Arab dengan
sempurna tetapi mereka seharusnya memahami dan menghayati terjemahan di dalam surah tersebut. Salah satu cara
untuk mereka memahami dan menghayati terjemahan surah ini adalah dengan menggunakan bahasa isyarat. Hal ini
kerana, menurut Siti Muhibah Nor, (2010), Hamdi Ishak, (2012), Lourghan, (2013), dan Cooper, Sherly, Jody,
Cripps, & Joel, (2013) golongan kurang upaya pendengaran akan dapat memahami dan menghayati sesuatu
perkara dengan menggunakan bahasa isyarat kerana bahasa isyarat merupakan bahasa utama yang digunakan oleh
mereka. Walaupun mereka mempunyai masalah di dalam pendengaran dan tidak boleh menyebut sesuatu dengan
baik mereka perlu diberikan pendekatan dan penghayatan terhadap al-Quran kerana al-Quran merupaka wahyu
yang diturunkan untuk semua manusia tidak kira sama ada mereka sempurna ataupun tidak (Nor `Aziah Daud, et.,
al., 2012). Selagi mereka masih berakal, mereka perlu diberikan kefahaman dan pengetahuan terhadap al-Quran
dengan apa cara sekalipun (Nor `Aziah Daud, 2012 dan Nor `Aziah Daud, et., al., 2012). Oleh itu, adalah amat
penting bagi golongan kurang upaya pendengaran memahami dan mengetahui surah al-Fatihah walaupun dengan
menggunakan bahasa isyarat di dalam penterjemahan maksud surah al-Fatihah.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kepentingan BIM dalam terjemahan maksud surah al-
Fatihah.

PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini ialah:


Apakah kepentingan BIM dalam terjemahan maksud surah Al-Fatihah kepada golongan kurang upaya
pendengaran?

METODOLOGI KAJIAN

936
Sampel kajian
Sampel kajian adalah terdiri daripada 10 orang golongan kurang upaya pendengaran yang berusia antara 25
hingga 45 tahun. Mereka mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam penggunaan BIM. Selain itu, mereka
merupakan guru pendidikan Islam yang mengajar PAFA, pedakwah atau kedua-dua sekali kepada golongan
kurang upaya pendengaran . Selain itu, mereka berkemahiran di dalam menggunakan BIM untuk menterjemahkan
maksud surah Al-Fatihah. Maklumat sampel kajian diterangkan dalam jadual 1 seperti berikut :

Jadual 1 Butiran makluman subjek kajian


Subjek kajian Jantina Umur Pengalaman Pengalaman dalam Kebolehan
dalam BIM mengajar PAFA, menterjemahkan Surah
pendidikan Islam atau Al-Fatihah denagn
dakwah menggunakan BIM
Subjek kajian Lelaki 45 tahun 23 tahun 10 tahun mengajar Sangat baik
1 PAFA di Kuala Lumpur
Subjek kajian Lelaki 43 tahun 22 tahun 8 tahun menjadi Sangat baik
2 pendakwah bebas di
Selangor
Subjek kajian Lelaki 40 tahun 20 tahun 12 tahun mengajar Sangat baik
2 PAFA dan menjadi
pendakwah bebas di
Selangor dan Kuala
Lumpur
Subjek kajian Lelaki 34 tahun 20 tahun 12 tahun mengajar Sangat baik
4 PAFA dan menjadi
pendakwah bebas di
Kuala Lumpur,
Selangor, Terengganu
dan Pulau Pinang
Subjek kajian Perempuan 35 tahun 20 tahun 10 tahun mengajar Sangat baik
5 PAFA kepada murid
kurang upaya
pendengaran
Subjek kajian Lelaki 30 tahun 15 tahun 6 tahun pendakwah Sangat baik
6 bebas di Kuala Lumpur
Subjek kajian Perempuan 29 tahun 10 tahun 6 tahun mengajar PAFA Sangat baik
7 kepada golongan kurang
upaya pendengaran
Subjek kajian Perempuan 28 tahun 10 tahun 5 tahun mengajar Sangat baik
8 pendidikan Islam kepada
murid kurang upaya
pendengaran
Subjek kajian Lelaki 27 tahun 10 tahun 6 tahun pendakwah Sangat baik
9 bebas
Subjek kajian Perempuan 25 tahun 10 tahun 5 tahun mengajar Sangat baik
10 pendidikan Islam murid
kurang upaya
pendengaran
Sumber. Temu bual subjek kajian

Instrumen Pengumpulan Data


Instrumen yang terlibat dalam kajian ini adalah berbentuk temu bual. Jenis temu bual yang digunakan adalah
jenis temu bual separa berstrukur dengan harapan dapat menyingkap dan memahami secara lebih jelas mengenai
kepentingan bahasa isyarat di dalam terjemahan maksud surah al-Fatihah. Setiap sesi temu bual mengambil masa
selama 60 minit seperti mana yang telah disarankan oleh Meriam (1998). Menurutnya, temu bual adalah suatu
kaedah yang sesuai dan perlu dilakukan bagi mengetahui kelakuan, perasaan, dan bagaimana seseorang
menginterpretasikan segala yang berlaku dalam diri dan persekitaran mereka. Temu bual juga merupakan satu
keadah berkesan untuk mengetahui pengalaman lepas seseorang yang mana ianya sukar diperoleh jika
menggunakan kaedah yang selainnya. Temu bual yang dilakukan adalah berpandukan satu senarai soalan atau isu

937
yang ingin dicungkil oleh pengkaji dan ia bertindak sebagai garis panduan semasa sesi temu bual dijalankan.
Kadangkala pengkaji membuat pengubahsuaian, penambahan soalan dan tidak terlalu terikat dengan soalan yang
telah disediakan, mengikut keadaan, dan respons dari subjek yang di temu bual.

Analisis Data
Seterusnya, setiap perbualan temu bual akan dirakamkan video dengan menggunakan kamera Olympus Tough TG-
610 dan rakaman temu bual berkenaan akan ditaip semula. Setelah itu, jawapan temu bual berkenaan akan
dipecahkan mengikut tema-tema yang didapati berdasarkan soalan yang diberi.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian di bawah ini akan dibincangkan satu persatu berdasarkan objektif kajian yang telah dinyatakan
sebelum ini.

Setelah temu bual dijalankan kepada 10 orang subjek kajian berikut merupakan dapatan yang didapati. Dapatan
dari temu bual yang telah dilakukan ini dibahagikan kepada 2 tema utama yang menunjukkan persepsi golongan
kurang upaya pendengaran terhadap penggunaan BIM dapat memberi kefahaman kepada golongan kurang upaya
pendengaran untuk memahami terjemahan maksud surah Al-Fatihah. Selain itu, penggunaan BIM dapat memberi
penghayatan kepada golongan kurang upaya pendengaran terhadap terjemahan maksud surah Al-Fatihah.
Seterusnya, perbincangan dapatan kajian ini dilakukan berpandukan kepada tema tersebut seperti mana yang
diperjelaskan di bahagian yang selanjutnya. Di dalam tema-tema yang telah dibahagikan mengandungi subtema
tertentu bagi memperkuatkan hujah daripada tema yang dinyatakan. Sehubungan ini juga, setiap subjek kajian
yang terlibat dalam kajian ini dikenali dengan panggilan subjek kajian 1 hingga subjek kajian 10. Kadangkala
pengkaji menggunakan singkatan SK 1 yang merujuk kepada subjek kajian 1 yang terlibat dalam kajian ini.
Kepentingan BIM Dapat Memberi Kefahaman Kepada Golongan Kurang Upaya Pendengaran Terhadap
Terjemahan Maksud Surah Al-Fatihah
Berdasarkan daripada soalan yang diajukan kepada kesemua subjek kajian mendapati bahawa kesemua subjek
kajian bersetuju bahawa BIM dapat memberi kefahaman kepada golongan kurang upaya pendengaran terhadap
terjemahan surah al-Fatihah. Hal ini dapat ditunjukkan melalui penyataan yang dinyatakan oleh kesemua subjek
kajian seperti subjek kajian 1 yang menyatakan,“BIM boleh bantu orang kurang upaya pendengaran faham
Fatihah...” (Subjek kajian 1) . Seterusnya, subjek kajian 2 juga menyatakan, ”BIM dapat memberi kefahaman
kepada orang kurang upaya pendengaran tahu Fatihah...” (Subjek kajian 2). Begitu juga, subjek kajian 3
menyatakan bahawa, “Orang kurang upaya pendengaran lebih mudah dan faham menggunakan BIM untuk surah
Fatihah..” (Subjek kajian 3). Subjek kajian 4 juga menyatakan perkara yang sama iaitu, “Maksud surah Fatihah
tidak sukar dan mudah difahami oleh orang kurang upaya pendengaran kalau guna BIM...” (Subjek kajian 4).
Seterusnya, subjek kajian 5 juga menyatakan bahawa, “BIM menjadikan orang kurang upaya pendengaran lebih
mudah faham dan ingat surah Fatihah...”(Subjek kajian 5). Subjek kajian 6, 7 dan 9 pula menyatakan bahawa,
“Fatihah senang faham guna BIM” (Subjek kajian 6, 7 dan 9). Manakala subjek kajian 8 dan 10 menyatakan
bahawa, “ Senang faham maksud Fatihah guna BIM..” (Subjek kajian 8 dan 10).
Daripada jawapan kesepuluh subjek kajian mendapati bahawa mereka bersetuju bahawa melalui penggunaan BIM
dapat memberi kefahaman golongan kurang upaya pendengaran terhadap terjemahan maksud surah al-Fatihah.
Subtema 1 : BIM Merupakan Bahasa Visual.
Melalui penggunaan BIM golongan kurang upaya pendengaran dapat memahami maksud surah al-Fatihah dengan
lebih baik dan berkesan kerana BIM merupakan bahasa visual. Disebabkan masalah pendengaran yang dihadapi
oleh golongan kurang upaya pendengaran maka mereka banyak bergantung kepada visual melalui deria
penglihatan. Oleh itu, BIM adalah merupakan bahasa yang mudah difahami dan lebih sesuai digunakan dalam
memahami maksud surah al-Fatihah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kenyataan subjek kajian 2 :
“Disebabkan masalah pendengaran yang dihadapi oleh orang kurang upaya pendengaran , jadi
penggunaan BIM dapat membantu mereka kerana BIM merupakan bahasa yang berbentuk visual. Isyarat-
isyarat dalam BIM adalah visual dan mudah difahami oleh orang kurang upaya pendengaran serta lebih
terus, jelas dan nampak..” (Subjek kajian 2)

938
Subtema 2 : Golongan Kurang Upaya Pendengaran Mempunyai Masalah Pendengaran, Tidak Boleh
Bertutur Dan Pemerolehan Bahasa Yang Terhad.
Selain itu, subjek kajian 1 dan 3 turut menyatakan bahawa sekiranya surah al-Fatihah tidak diterjemahkan dalam
BIM dan menggunakan bahasa lain akan menyukarkan golongan kurang upaya pendengaran untuk memahami
surah ini. Hal ini kerana, bahasa-bahasa lain melibatkan pertuturan dan kebanyakan golongan kurang upaya
pendengaran tidak dapat mendengar pertuturan yang disampaikan kerana masalah pendengaran yang dihadapi oleh
mereka. Selain itu, pemerolehan bahasa golongan kurang upaya pendengaran adalah terhad dan mereka banyak
bergantung kepada bahasa visual seperti bahasa isyarat. Mereka juga, sukar untuk memahami ayat-ayat di dalam
bahasa lain seperti bahasa melayu, bahasa inggeris dan sebagainya.
“Orang kurang upaya pendengaran sukar memahami sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa lain
selain daripada bahasa isyarat kerana mereka tidak boleh mendengar dan tidak boleh bertutur jadi sukar
untuk mereka faham dalam seseuatu perkara” (Subjek kajian 1)
Subjek kajian 3 juga turut menyatakan bahawa:
“BIM tidak sama seperti bahasa lain, kerana BIM bahasa visual lebih terus dan tidak mempunyai ayat
bunga-bunga dan ayat panjang-panjang. Kalau orang kurang upaya pendengaran belajar apa sahaja
menggunakan bahasa lain akan jadi susah kerana pertama mereka tidak boleh dengar, kedua kebanyakan
mereka tak faham pergerakan bibir yang dicakap, dan ketiga bahasa orang kurang upaya pendengaran
adalah terhad tidak sama orang normal yang banyak tahu perkataan dalam bahasa lain” (Subjek kajian 3)

BIM Dapat Memberi Penghayatan Kepada Golongan Kurang Upaya Pendengaran Terhadap Terjemahan
Maksud Surah Al-Fatihah
Selain itu, hasil daripada soalan yang dikemukan oleh kesepuluh subjek kajian turut mendapati bahawa kesemua
subjek kajian bersetuju bahawa penggunaan BIM akan dapat memberi penghayatan kepada golongan kurang upaya
pendengaran terhadap terjemahan maksud surah al-Fatihah. Hal ini dapat dibuktikan melalui penyataan subjek
kajian 1,“Penggunaan bentuk isyarat dalam BIM dapat memberi penghayatan orang kurang upaya pendengaran
terhadap surah al-Fatihah..”. (Subjek kajian 1). Seterusnya subjek kajian 2 menyatakan bahawa, “Isyarat BIM
dalam Fatihah akan mudah dihayati oleh orang kurang upaya pendengaran ..” (Subjek kajian 2). Subjek kajian 3
turut menyatakan bahawa, “Jika menterjemah maksud fatihah menggunakan BIM akan memberi penghayatan
yang mendalam kepada golongan kurang upaya pendengaran ..” (Subjek kajian 3). Selain itu, subjek kajian 4 turut
menyatakan “Golongan kurang upaya pendengaran akan lebih tmenghayati Fatihah jika menggunakan BIM...”
(Subjek kajian 4). Subjek kajian 5 juga, turut menyatakan bahawa, “Surah Fatihah dapat dihayati dengan baik
kalau guna BIM...” (Subjek kajian 5). Subjek kajian 6 juga, turut mengatakan bahawa, “gunalah BIM dalam
Fatihah untuk dihayati oleh orang kurang upaya pendengaran ” (Subjek kajian 6). Begitu juga subjek kajian 7 dan
8 mengatakan bahawa, “Senang hayati Fatihah guna BIM..” (Subjek kajian 7 dan 8). Seterusnya, subjek kajian 9
mengatakan “Surah Al-Fatihah akan lebih dihayati orang kurang upaya pendengaran jika guna BIM” (Subjek
kajian 9). Akhir sekali, subjek kesepuluh mengatakan bahawa “Fatihah lebih tersentuh dan dihayati guna BIM”
(Subjek kajian 10).
Hasil jawapan kesepuluh subjek kajian mendapati bahawa penggunaan BIM dapat memberi penghayatan kepada
golongan kurang upaya pendengaran terhadap maksud surah Al-Fatihah.
Subtema 1: Bahasa pertama golongan kurang upaya pendengaran .
Jelas menunjukkan kesemua subjek kajian bersetuju BIM dapat memberi penghayatan kepada golongan kurang
upaya pendengaran terhadap terjemahan surah al-Fatihah. Hal ini kerana, BIM merupakan bahasa pertama dan
mudah difahami oleh mereka. Perkara ini dapat dibuktikan melalui kenyataan daripada subjek kajian 1, 3 dan 8 :

“Orang kurang upaya pendengaran akan lebih menghayati surah Fatihah jika menggunakan BIM kerana
itu merupakan bahasa pertama orang kurang upaya pendengaran jadi senang untuk mereka menghayati
surah ini...” (SK 1).
Seterusnya subjek kajian 3 menyatakan bahawa:
“Bahasa pertama orang kurang upaya pendengaran adalah BIM dan mereka akan lebih menghayatinya...”
(SK 3).
Begitu juga subjek kajian 8 menyatakan bahawa:

939
“Orang kurang upaya pendengaran menggunakan BIM kerana itu adalah bahasa mereka, bahasa utama
mereka dan bahasa yang mereka gunakan seharian dalam kehidupan...” (SK 5).
Jelas disini membuktikan bahawa golongan kurang upaya pendengaran akan menghayati terjemahan maksud surah
al-Fatihah dengan menggunakan BIM. Hal ini kerana, BIM merupakan bahasa pertama golongan kurang upaya
pendengaran di dalam komunikasi harian mereka.
Subtema 2 : Ekspresi muka dan pergerakan bahasa badan di dalam BIM
Selain itu, golongan kurang upaya pendengaran dapat menghayati terjemahan maksud surah al-Fatihah dengan
menggunakan BIM kerana di dalam penggunaan BIM terdapat penggunaan ekspresi muka dan pergerakan bahasa
badan. Oleh itu, golongan kurang upaya pendengaran akan dapat menghayati dengan lebih mendalam sekiranya
penyampaian BIM dalam terjemahan maksud surah al-Fatihah menggunakn ekspresi muka dan pergerakan bahasa
badan. Perkara ini dapat dibuktikan dengan kenyataan kesemua subjek.
“Orang kurang upaya pendengaran dapat menghayati dengan lebih mendalam maksud surah Al-Fatihah
kerana di dalam BIM terdapat ekspresi muka dan bahasa badan” (SK 1)
Seterusnya subjek kajian 2, 5 dan 8 mengatakan bahawa :
“Ekspresi muka dan bahasa badan di dalam BIM akan dapat membantu lagi golongan kurang upaya
pendengaran menghayati surah Fatihah” (SK 2, 5 dan 8)
Begitu juga subjek kajian 3 mengatakan bahawa :
“Ekspresi muka dan bahasa badan dalam BIM yang bagi orang kurang upaya pendengaran itu hayati dan
tersentuh surah Fatihah” (SK 3)
Subjek kajian 4 juga turut mengatakan bahawa :
“Sebab mereka hayati kerana ada eskpresi muka dan pergerakan badan. Orang kurang upaya pendengaran
akan tertarik dan lebih tersentuh malahan mereka akan lebih tahu surah Fatihah. Ini akan bagi mereka
insaf” (SK 4)
Subjek kajian 6 pula mengatakan :
“ Orang kurang upaya pendengaran dia hayati fatihah kerana adanya pergerakan ekspresi muka dan
gerak badan yang sesuai” (SK 6)
Subjek kajian 7 turut mengatakan :
“Menarik BIM ini kerana ekspresi muka dan gerak badan yang orang kurang upaya pendengaran lebih
tahu, faham dan lebih hayati. Kalau guna baca surah Fatihah guna ekspresi muka dan gerakkan badan
pasti akan rasa lebih tersentuh” (SK 7)

Manakala bagi subjek 9 mengatakan bahawa :


“Ekspresi muka dan gerakkan badan, mudah orang kurang upaya pendengaran rasa tahu makna surah
fatihah” (SK 9)
Akhir sekali, subjek 10 mengatakan bahawa :
“Baca Fatihah mesti muka dan badan gerak, ada rupa pelbagai pada muka, nampak yakin dan hayati
Fatihah, baru rasa..” (SK 10)
Terbuktilah disini menunjukkan bahawa ekspresi muka dan bahasa badan amat penting bagi menyampaikan
terjemahan surah al-Fatihah supaya dapat memberi penghayatan yang lebih mendalam kepada golongan kurang
upaya pendengaran .

KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN

940
Penggunaan BIM dalam memyampaikan terjemahan maksud surah al-Fatihah akan dapat memberi kefahaman dan
penghayatan yang lebih mendalam kepada golongan kurang upaya pendengaran . Oleh itu, seseorang guru yang
ingin mengajar terjemahan surah al-Fatihah kepada golongan kurang upaya pendengaran perlulah mempersiapkan
diri mereka dengan kemahiran berkomunikasi menggunakan bahasa Isyarat. Perkara ini disokong oleh Zulkifli Md
Ali (2010) guru perlulah menggunakan BIM sebagai bahasa utama dalam berkomunikasi dan mereka lebih
memahami sesuatu arahan, pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan BIM. Hal ini menunjukkan
bahawa BIM sangat penting digunakan dalam memberi sesuatu pengetahuan dan kemahiran kerana BIM
merupakan bahasa utama golongan kurang upaya pendengaran (Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Mohamed,
2012).
Penggunaan BIM akan memudahkan lagi kefahaman golongan kurang upaya pendengaran untuk mempelajari
memahami surah al-Fatihah. Menurut Lieberman, Bonovsky, Hatrak dan Mayberry (2014) menunjukkan bahawa
bahasa isyarat dapat membantu golongan kurang upaya pendengaran memahami sesuatu perkara dengan lebih
mudah dan cepat. Hal ini disokong oleh Loughran (2014), bahasa isyarat lebih mudah untuk difahami oleh
golongan kurang upaya pendengaran dan penerimaan ilmu akan mudah disampaikan dengan menggunakan bahasa
isyarat.
Sememangnya BIM perlulah diiktiraf sebagai bahasa utama orang kurang upaya pendengaran di Malaysia. Hal ini
kerana, menurut Mohammed Sazali Shaari (2004), BIM adalah lambang identiti orang kurang upaya pendengaran
Malaysia yang kaya dengan pelbagai budaya kerana bentuk isyarat mereka adalah menurut kepada cara hidup dan
budaya mereka serta tidak terpengaruh kepada unsur luar yang lain. Menurut Abdullah Yusoff et. al, (2012)
sekiranya adanya pengiktirafan ini, BIM akan menjadi alat saluran dan penerimaan maklumat yang berkesan
kepada golongan kurang upaya pendengaran terutamanya dalam pendidikan malahan juga saluran dakwah.
Malahan, penggunaan BIM secara tidak langsung dapat berupaya memberi pendidikan agama dan al-Quran yang
sewajarnya kepada golongan kurang upaya pendengaran (Mohd Huzairi Awang, Hajaratul Bahti Zakaria, Bani
Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib, dan Nabiroh Kassim, 2010).
Walaupun pelbagai cara sekalipun, pendedahan al-Quran perlu diberikan kepada golongan kurang upaya
pendengaran (Nor `Aziah Daud, et., al., 2012). Mereka adalah manusia yang berakal dan berhak mendapatkan
ilmu terhadap al-Quran (Muhammad Sayuti Sabdan, 2014). Oleh itu, adalah amat digalakan, supaya kajian
mengenai BIM perlu diperbanyakkan terutamnya penggunaan BIM dalam pengajaran agama dan terjemahan al-
Quran. Hal ini kerana, kajian mengenai BIM masih kurang dan perlu dipertingkatkan agar dapat memberi manfaat
sepenuhnya pada masa akan datang.

IMPLIKASI

Berdasarkan dapatan kajian ini terdapat beberapa implikasi yang sepatutnya diberi perhatian iaitu:
i. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mendedahkan terjemahan surah-
surah di dalam ayat-ayat Al-Quran dengan menggunakan bahasa isyarat kepada murid kurang upaya
pendengaran supaya mereka lebih memahami dan menghayati al-Quran sejak daripada sekolah rendah
lagi.
ii. Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Universiti atau Institusi tempatan dan persatuan
kurang upaya pendengaran di seluruh Malaysia seharusnya berkerjasama dalam usaha mengadakan suatu
projek menterjemahkan maksud surah-surah di dalam al-Quran dengan menggunakan BIM supaya
memberi peluang dan ruang kepada golongan kurang upaya pendengaran mendekati serta mencintai al-
Quran.
iii. Pihak kerajaan Malaysia seharusnya mengiktirafkan bahasa isyarat Malaysia sebagai bahasa utama orang
kurang upaya pendengaran di Malaysia. Hal ini supaya dapat memudahkan aktiviti pendidikan dan
dakwah kepada kurang upaya pendengaran dapat dijalankan secara meluas.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya, rumusan kajian ini ialah BIM sangat penting digunakan di dalam terjemahan maksud surah
al-Fatihah. Hal ini kerana, melalui persepsi golongan kurang upaya pendengaran BIM dapat meningkatkan
kefahaman golongan kurang upaya pendengaran terhadap surah al-Fatihah. Orang kurang upaya pendengaran
mempunyai masalah pendengaran, tidak boleh bertutur dengan baik dan pemerolehan bahasa yang terhad maka

941
BIM merupakan bahasa visual yang mudah difahami oleh golongan kurang upaya pendengaran . Selain itu,
persepsi golongan kurang upaya pendengaran turut mendapati bahawa BIM dapat memberi penghayatan kepada
golongan kurang upaya pendengaran terhadap maksud surah al-Fatihah kerana BIM merupakan bahasa utama
mereka dan ekspresi muka serta bahasa badan akan dapat memberi kesan yang lebih mendalam kepada golongan
kurang upaya pendengaran di dalam menghayati terjemahan maksud surah al-Fatihah.

RUJUKAN
Abdullah Yusoff, & Che Rabiaah Mohamed. (2012). Memartabatkan bahasa orang Kurang upaya pendengaran
.Deaf Empowerment Through Sign language Research. UM. 1: 73 – 98.
Cooper, Sheryl B., Jody H., Cripps, & Joel I. (2013) Service-learning in deaf studies: impact on the development
of altruistic behaviors and social justice concern. American Annals of The Deaf . 157(5): 413-427.
Hamdi Ishak. (2010). Isu Pengajaran Pendidikan Islam kepada Kanak – Kanak Bermasalah Pendengaran.
Prosedings First Annual Inclusive Education Practices Conference. UKM 1 131 – 141.
Lieberman, A. M., Borovsky, A, Hatrak, M. & Mayberry, R. I. (2014). Real-Time Processing of ASL Signs :
Effects of Linguistic Experience and Profiency. BUCLD 38 Proceedings University of California. 23-26.
Lim, L. (2006). Understanding Deaf Culture Malaysian Perspectives. Kuala Lumpur: Majudiri Y Foundation for
the Deaf.

Loughran, S. (2013). Cultural Identity, Deafness and Sign Language: A postcolonial approach. LUX: A Journal
of Transdisiciplinary Writing and Research form Claremont Graduate University. 2(1): 1-8.
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). (2008). Perbendaharaan al-Quran. Pramaju Sdn. Bhd. Selangor.
Meriam, S.B. (1998). Qualitative reasearch and case study: Application in educations, revised and expended
from case study research in education. San Francisco: Jossey-Bass.
Mohd Huzairi Awang, Hajaratul Bahti Zakaria, Bani Hidayat Mohd Shafie, Nor Hayati Fatmi Talib & Nabiroh
Kassim. (2010). Persepsi pelajar bermasalah pendengaran terhadap pembelajaran fardhu ain: Cabaran
terhadap guru. Proceedings of the 4th International Conference on teacher Education: Join Conference
UPI & UPSI. 240 – 250.
Mohamed Sazali Shaari. (2004). Budaya orang Kurang upaya pendengaran . Kertas persidangan keluarga Kurang
upaya pendengaran bahagia. Hotel Crown Princess. Kuala Lumpur. 13 Ogos 2004.
Muhammad Sayuti Sabdan. (2014). Penilaian Penggunaan Kaedah Fakih Berasaskan Teknologi dan Gaya
Pembelajaran Visual bagi Murid Bermasalah Pendengaran. (Disertasi Ijazah Sarjana yang tidak
diterbitkan). Fakulti Pendidikan UM.
Nor `Aziah Mohd Daud. (2012). Kaedah Mudah Pelajari al-Quran bagi OKU: Fakih al-Quran hadiah buat
golongan istimewa. Kuala Lumpur. Centre of Quranic Research, Universiti Malaya.
Nor `Aziah Mohd Daud, Nazean Jomhari, & Nur Izzaidahet. (2012). FAKIH. A Method to Teach Deaf People
Reading Quran.
Siti Muhibah Nor. (2010). Kesukaran Pemahaman murid – murid bermasalah pendengaran terhadap mata
pelajaran pendidikan Islam. Prosedings First Annual Inclusive Education Practices Conference. 122 – 130.
Wilbur, R.B. (2013). Changing How we think about sign language, geesture, and agreeement. Sign Language and
Linguistic. 16(2): 221 -258.
Zulkifli Md Ali. (2010). Kesan Bahasa Isyarat Malaysia dalam penggunaan Kod Tangan Bahasa Melayu dalam
kalangan pelajar bermasalah pendengaran. Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM. 1(4): 109 –
121.

942

You might also like