You are on page 1of 2

Lihat rajah di bawah ini dengan teliti.

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam rajah tersebut, tulis


ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.

KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS SEKOLAH

Cermin mata
Melindungi mata daripada percikan bahan kimia
keselamatan

Penutup mulut Melindungi mulut dan hidung daripada gas dan habuk

Sarung tangan Melindungi tangan daripada kecederaan

Kot makmal Melindungi anggota badan daripada percikan bahan kimia


Poster menunjukkan kepentingan
penggunaan alatan di makmal sains sebagai
langkah untuk menjaga keselamatan murid
semasa menjalankan eksperimen di makmal
sekolah. Antara langkah tersebut ialah memakai
cermin mata keselamatan yang bertujuan untuk
melindungi mata daripada percikan bahan kimia.
Kerosakan mata menyebabkan seseorang sukar
menjalani kehidupannya. Selain itu, murid-
murid perlu menggunakan penutup mulut bagi
melindungi mulut dan hidung daripada gas dan
habuk. Di samping itu, sarung tangan haruslah
digunakan bagi melindungi tangan daripada
kecederaan. Asid atau bahan mudah terbakar
dapat mencederakan tangan seperti melecur dan
luka. Seterusnya, patuhi penggunaan kot makmal
agar anggota badan terhindar daripada percikan
bahan kimia. Konklusinya, bahan kimia yang
terdapat di makmal amat berbahaya dan dapat
menyebabkan kecederaan.

You might also like