You are on page 1of 6

KURSUS

CMIE 1213- PEMBANGUNAN PERUSAHAAN MIKRO DAN KECIL

TUGASAN INDIVIDU:
LAPORAN CEO TALK

NAMA PELAJAR:
NURUL HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM
A190385
1.0 LAPORAN REFLEKSI.

Pada 11 November 2023, (Sabtu) saya telah menghadiri satu program webinar yang
bertajuk “Manfaat Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) kepada Usahawan Masa Kini”
yang dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Keusahawanan & EKS (UKM-CESMED).
Webinar ini telah membuat kolabrasi bersama Malaysian Technology Development
Corporation (MTDC) dan akan mengadakan satu sesi Bicara Ceo UKM yang akan
dikendalikan oleh seorang penceramah dari Ketua Pegawai Eksekutif Mesolitica
Sdn.Bhd iaitu, Tuan Khalil Nooh. Di webinar ini, beliau telah berkongsi pelbagai input
yang bermanfaat mengenai teknologi AI yang amat digalakkan untuk dunia kini
terutamanya dalam bidang keusahawanan.

Untuk slot yang pertama, beliau telah menerangkan mengenai manfaat daripada
Teknologi Kecerdasan Buatan (A1) kepada seluruh usahawan pada masa kini. Menurut
beliau, AI ialah satu teknologi berdasarkan pembangunan sistem komputer yang boleh
melakukan tugas yang kebiasaanya dilakukan oleh sumber manusia. Salah satu aplikasi
AI yang paling penting ialah pembelajaran mesin, latihan mesin yang mempunyai
keupayaan untuk belajar untuk menjadi pakar. Ini telah memudahkan pelbagai
usahawan kini dalam menganalisis data, menjana laporan dan menyelesaikan masalah
tanpa memerlukan pengaturcaraan yang kompleks. Teknologi AI boleh mencapai
pelbagai matlamat, termasuk meningkatkan kecekapan, menyediakan penyelesaian-
penyelesaian masalah yang kompleks, dan meningkatkan kapasiti sistem untuk
menyesuaikan diri dan belajar daripada kegagalan. Walaupun potensinya yang besar
untuk inovasi dan kemajuan, teknologi kecerdasan buatan juga mewujudkan beberapa
risiko etika dan keselamatan yang perlu diambil kira apabila digunakan. Untuk perkara
tersebut, beliau ada menerangkan mengenai “Generative AI, ChatGPT & Nous” yang
telah digunakan ramai pelajar untuk menambah pengetahuan semasa dan boleh
meningkatkan kemahiran semasa, kecekapan dan inovasi dalam diri untuk
mengelakkan sebarang risiko da ke teknologi pada masa akan datang. Kesanya, aplikasi
ini dapat membolehkan semua pelajar berkomunikasi bersama AI tanpa memerlukan
tahap pengetahuan yang tinggi. Perkara ini juga telah memberi impak kepada semua
individu untuk menambah pengetahuan semasa dalam waktu yang singkat yang boleh
membawa kepada sifat inovatif yang tinggi kepada generasi akan datang.
Seterusnya, beliau telah memberi penjelasan bahawa teknologi “AI” didalam
organisasi boleh meningkatkan pengalaman pelanggan melalui automasi dan 38%
daripada syarikat menggunakan “AI” untuk membantu dalam mempromosi serta
membantu dalam menyokong perkhidmatan pelanggan. Ini sekaligus telah membantu
sebuah syarikat dalam meningkatkan kecekapan kerja, membantu dalam meningkatkan
kreativiti di dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, “ChatGPT” atau “Generative
Pre-Trained Transformer” merupakan salah satu contoh AI Generatif yang digunakan
oleh semua syarikat untuk tujuan pemprosesan dokumen dan komunikasi dalaman. AI
Generatif juga boleh membantu dalam pembelajaran pantas dan penyelesaian masalah
serta penyiapan tugasan dalam janga waktu yang cepat. Perkara ini secara tidak
langsung dapat meningkatkan kecekapan kerja yang produktif serta dapat
meningkatkan kreativiti kerja pada setiap individu.

Webinar ini disambung dengan perkongsian mengenai kepentingan teknologi


AI didalam sesebuah perniagaan dan kesannya terhadap bidang lain seperti pemasaran,
pendidikan, pembuatan dan sistem pengamanan iaitu kecerdasan buatan. Antara
kelebihan dan pandangan yang diterangkan oleh beliau mengenai AI generatif untuk
para pekerja dan juga usahawan ialah pertumbuhan produktiviti, automasi hiper,
peningkatan kerja sumber manusia dan penjimat masa. Dalam masa yang sama, beliau
juga menyifatkan bahawa pembuatan avatar amat digalakkan dalam membantu dalam
aktiviti penjualan dan pemasaran yang boleh diciptakan melalui AI. Namun, terdapat
juga keburukan jika seseorang individu menyalahgunakan teknologi AI ini. Seperti
yang kita tahu, di media sosial kini terdapat banyak penyebaran propaganda dan
maklumat yang salah melalui imej dan video untuk tujuan tertentu oleh sesetengah
pihak demi kepentingan sendiri. Ini telah menyebabkan keadilan dalam data tersebut
adalah kebimbangan oleh semua pihak dalam pembanguna AI ini. Dengan ini, beliau
menegaskan bahawa peraturan dan pematuhan undang-undang adalah sangat penting
dalam mengawal penggunaan AI oleh semua individu. Oleh disebabkan ini, perbahasan
ini telah mendapat perhatian dari ramai pakar dalam mengawal kemajuan teknologi AI
dari sebarang permasalahan yang membimbangkan ramai masyarakat kini.

Selain itu, beliau telah menjelaskan bahawa pengaruh AI ini telah membuatkan
masyarakat kini terlalu bergantung terhadap semua teknologi dan telah memberikan
kesan kepada media sosial, masyarakat, kehidupan seharian serta potensi
perkembangan teknologi AI kepada manusia pada masa akan datang. Kesan teknologi
AI ini juga, boleh menyebabkan interaksi manusia sesama manusia akan berkurang dan
sekaligus akan mengambil alih kerja sumber manusia yang sedia ada di sesebuah
organisasi, tenaga kerja dan kemanusiaan. Sebagai contoh di sesebuah orgnisasi,
teknologi ini mampu membuat keputusan yang lebih baik, meningkatkan kemahiran
dan kemahiran semula, meningkatkan keseimbangan kerja dan pendidikan sumber akan
dipertingkatkan. Generatif AI ini mampu meningkatkan produktiviti dan
mengoptimumkan aliran kerja dalam pelbagai bidang. Ini kerana, penggunaan generatif
AI ini boleh dilakukan oleh setiap individu dan bukan semata terhadap teknikal sahaja.
Namun, beliau berpendapat teknologi ini agak merisaukan ramai pihak terutamanya
generasi akan datang, namun kerisauan ini dapat diatasi dengan mengawal penggunaan
teknologi di dalam semua jenis sektor yang terlibat. Dalam masa yang sama, generatif
“AI for Everyone” ialah antara kursus yang digalakkan oleh beliau dalam
mengembangkan pemahaman individu terhadap “Generative AI”, “GPT Prompt” untuk
individu yang berminat mengenai “programming” manakala “GPT Builder” adalah
aplikasi khas bagi individu yang berminat dalam membuat sesuatu aplikasi baru yang
boleh disertakan dengan arahan di dalamnya.

Webinar diteruskan lagi dengan perkongsian beliau mengenai kepentingan


memahami AI dan cara menggunakannya di dalam perniagaan untuk masa akan datang.
Menggunakan AI generatif boleh membantu usahawan menjana idea baharu dan
meningkatkan taraf pengetahuan semasa untuk digunakan di dalam produk keluaran
mereka. Namun, seorang usahawan juga perlu memahami asas generatif AI sebelum
membangunkan aplikasi atau mengeluarkan produk untuk perniagaan mereka. AI boleh
digunakan dalam pelbagai jenis perniagaan, sama ada berskala besar atau kecil dan
tidak akan menjejaskan pekerja sedia ada malah boleh meningkatkan kemahiran
mereka. Sebagai contoh, para usahawan boleh menggunakan teknologi ini untuk
melindungi inovasi mereka dalam mengawal akses pasaran dan membentuk satu
pasaran yang strategik untuk pemasaran jangka masa akan panjang. Dengan ini, beliau
dapat menyimpulkan bahawa generatif AI ini boleh digunakan sebagai pembantu
peribadi yang boleh membantu dalam segala proses perniagaan, terutamanya kepada
para usahawan muda yang baru sahaja ingin memulakan perniagaan.

Di akhir slot, penceramah telah menerangkan tentang keselamatan kecerdasan


buatan AI dan kesan positif dan negatifnya terhadap masyarakat dan pendidikan pada
masa ini dan akan datang. Keselamatan AI telah menjadi isu utama dan sangat penting
dalam memastikan perkembangan kecerdasan buatan dilakukan dengan etika dan
penuh bertanggungjawab. Dalam masa yang sama, penekanan pada pembangunan
sistem yang boleh dipercayai dan aman perlu menjadi keutamaan dalam industri AI
kini. Perdebatan tentang keselamatan AI melibatkan persoalan sama ada AI ini boleh
memahami tentang etika dan juga moral. Ini kerana, AI boleh digunakan sebagai tutor
atau pembantu pengajar untuk membantu pelajar memahami konsep dalam sesuatu
mata pelajaran. Perubahan dalam penilaian dan tugasan adalah perlu apabila
menggunakan AI dalam pendidikan. Sebagai contoh, “GPT Builder” boleh digunakan
untuk membina sistem pendidikan yang boleh membantu pelajar memahami subjek
tanpa memberikan jawapan yang tepat atau jawapan secara langsung, dan penggunaan
“Discord” dan “ChatGPT Plus” ialah platform yang boleh digunakan untuk berinteraksi
dengan AI. GPT Builder ini mempunyai potensi yang besar untuk pelajar mendapatkan
pendidikan yang dinamik dan boleh membantu dalam menyediakan pengalaman
pembelajaran yang lebih luas untuk memenuhi keperluan pelajar. Ini telah
membuktikan bahawa menggunakan AI di dalam pendidikan boleh mencipta peluang
yang bersesuaian dengan keadaan teknologi semasa.

Secara kesimpulanya, AI Generatif telah memberikan impak yang sangat besar


dalam industri perniagaan pada masa ini. AI Generatif merujuk kepada model bahasa
besar (LLM) seperti GPT-3 yang boleh menjana teks, imej, kod dan banyak lagi dan
boleh diakses untuk digunakan oleh semua orang berbanding AI sebelumnya yang
memerlukan kepakaran teknikal. AI Generatif juga boleh meningkatkan aliran kerja
dan menjimatkan masa untuk pekerja berpengetahuan. Sebagai contoh, ia digunakan
untuk menjana siaran media sosial dalam beberapa minit dan bukannya beberapa jam.
Ia boleh mengautomasikan tugasan berulang. Bagi usahawan, AI generatif boleh
membantu dengan idea, penyelidikan, penciptaan kandungan pemasaran, automasi
sokongan pelanggan dan banyak lagi. Ia adalah alat yang boleh disepadukan ke dalam
aplikasi dan produk untuk meningkatkan apa yang ditawarkan. Contoh aplikasi AI
generatif yang dibincangkan termasuk ialah ChatGpt, GptBuilder, ChatGptPlus, dan
banyak lagi.

Dalam masa yang sama, pertimbangan etika dan keselamatan dengan AI


generatif termasuk maklumat yang salah, berat sebelah, kesan terhadap pekerjaan,
peraturan menjadi salah satu cabaran dalam menggunakan teknologi ini. Oleh itu, para
penyelidik serta ahli pakar sedang berusaha untuk memastikan teknik seperti AI
dijadikan sebagai model yang berguna, tidak berbahaya dan jujur. Trend masa depan
kini melihat AI generatif disepadukan ke dalam lebih banyak aplikasi dan peranti
sebagai pembantu untuk semua lapisan individu, seperti para pelajar dan juga para
usahawan. Dengan ini, para usahawan harus membayangkan kemungkinan masa depan
dan masalah yang boleh diselesaikan oleh AI generatif untuk mengelakkan sebarang
permasalahan berlaku yang boleh memberi kesan yang besar terhadap perniagaan yang
mereka usahakan. Secara keseluruhanya, saya telah menerima pelbagai ilmu serta input
yang terbaik dalam menggunakan teknologi AI ini untuk diterapkan pada masa akan
datang. Pada pendapat saya, teknologi AI ini merupakan tunjang utama dalam
memastikan perniagaan berjalan lancar serta mempunyai banyak kelebihan yang
memberi jaminan kepada perniagaan pada jangka masa panjang. AI mencipta peluang
untuk inovasi yang menguntungkan dengan mengautomasikan tugas rutin,
meningkatkan pemperibadian pelanggan dan mengurangkan masa menunggu.
Teknologi ini juga boleh menyumbang kepada pengurusan risiko yang lebih baik dan
memberikan kelebihan daya saing dalam bertindak balas dengan pantas kepada
perubahan pasaran. Dalam dunia perniagaan yang mencabar ini, AI bukan sekadar
teknologi biasa, ia merupakan komponen penting dalam mencapai kejayaan dan
keuntungan.

You might also like