You are on page 1of 3

BAHAGIAN PEMBANGUNAN MAHASISWA (BPM)

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

CADANGAN PEMBERIAN SUMBANGAN TABUNG INFAQ (BAHAGIAN BANTUAN KHAS


PENDIDIKAN) KEPADA PELAJAR BERNAMA NURUL NATASHA BINTI ROSHAFIAN (15BB01012)

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas cadangan ini dikemukakan bagi tujuan untuk pertimbangan dan kelulusan Mesyuarat
Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa & Kolej Kediaman (JPMKK) Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi mendapatkan kelulusan cadangan pemberian sumbangan
tabung infaq (Bahagian Bantuan Khas Pendidikan) kepada pelajar bernama Nurul Natasha Binti
Roshafian (15BB01012).

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Pihak Bahagian Pembanguan Mahasiswa (BPM) telah menerima permohonan penangguhan yuran
pengajian oleh pelajar dengan alasan mempunyai masalah kewangan dan pelajar adalah graduan
yang akan bergraduasi pada Konvokesyen ke-22 KUIS.

2.2 Pihak BPM berhasrat untuk membantu pelajar tersebut bagi membolehkan pelajar menghadiri
Majlis Konvokesyen ke-22 KUIS.

2.3 Hasil daripada perbincangan bersama Timbalan Rektor Pembanguan Mahasiswa & Alumni
(TRPMA), BPM mencadangkan supaya pelajar tersebut diberi pinjaman tabung infaq (Bahagian
Bantuan Khas Pendidikan). Pelajar tersebut mempunyai hutang tertunggak dengan Tabung
Kebajikan Timbalan Rektor (PM&A) sebanyak RM1173.75 dan hutang tertunggak dengan
Tabung Infaq sebanyak RM2930.00

2.4 Pelajar telah berjanji akan menyelesaikan hutang tertunggaknya sebelum berlangsungnya Majlis
Konvokesyen ke-22 KUIS.

3.0 JUSTIFIKASI / ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

3.1 Cadangan sumbangan melalui Tabung Infaq bagi kategori Bantuan Khas Pendidikan adalah
kerana:

1
3.1.1 Tabung Infaq (Bantuan Khas Pendidikan) ialah bantuan yang diberikan kepada pelajar
yang kurang berkemampuan bagi menyelesaikan baki yuran tertunggak.

3.1.2 Pinjaman Tabung Infaq ialah Pinjaman Qardhul Hasan dari Tabung Infaq yang diberikan
kepada pelajar sebagai penyelesaian bagi menjelaskan baki yuran tertunggak.

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN

4.1 Bagi pelaksanaan pemberian sumbangan dari tabung infaq (Bantuan Khas Pendidikan), perincian kos
adalah seperti berikut:

BIL. MAKLUMAT PELAJAR JUMLAH SUMBANGAN (RM)


1 Nurul Natasha Binti Roshafian
No. pelajar: 15BB01012 1500.00
Program: Ijazah Sarjana Muda
Pentadbiran Perniagaan dan E-
Dagang

JUMLAH KESELURUHAN RM1500.00

5.0 SYOR

5.1 Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa & Kolej Kediaman (JPMKK) KUIS adalah
disyor untuk mempertimbangkan dengan sewajarnya kertas cadangan ini seperti cadangan di Perkara
3.0 dan implikasi kewangan di Perkara 4.0

6.0 PENUTUP

6.1 Dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan
Mahasiswa & Kolej Kediaman (JPMKK) KUIS.

7.0 PENGESAHAN

2
Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................................ ................................

Junizah Mardianah Binti Jaafar Faridah Binti Sabli


Penolong Pegawai Tadbir Ketua
Seksyen Penajaan & Kebajikan Seksyen Penajaan & Kebajikan
Bahagian Pembangunan Mahasiswa Bahagian Pembangunan Mahasiswa

Tarikh : Tarikh :

Disahkan oleh:

............................................

Dr. Syarbaini Bin Ahmad


Penyelaras
Bahagian Pembangunan Mahasiswa

Tarikh :

You might also like