You are on page 1of 2

KEISTIMEWAAN MALAYSIA

1.)Cuaca dan Iklim

Malaysia merupakan negara yang iklimnya ialah khatulistiwa namun bagi sesetengah
tempat di Malaysia, terutamanya di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan utara
Sabah, tempat-tempat ini mengalami iklim monsun tropika.Cuaca panas dan sejuk yang
dialami di Malaysia menarik minat ramai pelancong untuk berkunjung terutama pelancong
yang datang clan negara beriklim sejuk.Para pelancong sudah tentu akan berasa selesa di
Malaysia untuk menikmati panas matahari yang jarang mereka rasai di negara asal.

2) Bajet Percutian Mampu Milik

Para pelancong yang datang ke negara ini tidak memerlukan bajet percutian yang besar.Ini
kerana kadar tukaran mata wang di negara ini masih munasabah supaya para pelancong
boleh menikmati segala-galanya pada harga yang agak berpatutan.Bermula dari kos
penginapan, harga makanan, dan bayaran masuk ke pelbagai tarikan pelancong di
Malaysia, ianya dilihat agak murah.Sebenarnya terdapat banyak tempat pelancongan
percuma yang boleh menjadi alternatif percutian murah di Malaysia.

3.) Kaya dengan Tradisi dan Budaya

Malaysia dikenali sebagai negara multietnik kerana penduduknya terdiri daripada banyak
suku kaum.Bukan hanya Melayu, tetapi juga Malaysia terdiri daripada etnik Cina, India
dan pelbagai suku kaum lagi.Kepelbagaian ini mewujudkan tradisi dan budaya yang agak
pelbagai di negara ini.Anda boleh menemui banyak tempat pelancongan yang mempunyai
bangunan dengan gaya seni bina tipikal Cina.Pelbagai jenis budaya yang wujud di Malaysia
turut mempengaruhi kepelbagatan kulinari atau makanan yang wujud di negara ini. Bukan
sahaja masakan istimewaan Melayu, tetapi anda juga akan menemui masakan Cina dan
India apabila menjamu selera di pelbagai tempat makan di Malaysia.Selain itu, anda juga
boleh menonton pelbagai persembahan kesenian dan kebudayaan di Malaysia pada waktu-
waktu tertentu.

4.) Infrastruktur yang Mencukupi

Infrastruktur yang mencukupi merupakan salah satu ciri yang membuatkan pelancong
berasa selesa melancong ke Malaysia.Malah pelbagai infrastruktur di negara ini bertaraf
juga antarabangsa bermula dari mod penerbangan hingga pengangkutan darat, Malaysia
boleh dikatakan setanding dengan negara maju.Apabila melancong untuk meneroka
pelbagai kawasan pelancongan di Malaysia, anda boleh menaiki pelbagai pengangkutan
awam seperti LRT, monorel, atau komuter.Satu lagi nilai tambah yang menjadikan
Malaysia istimewa ialah rangkaian komunikasi yang mencukupi supaya pengembara boleh
menikmati Wifi percuma di kebanyakan tempat di Malaysia.

5.) Pelbagai jenis makanan tradisional

Malaysia dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik dan
sajian istimewa tersebut dibuat daripada pelbagai air tangan bangsa dan kebudayaan. Para
pelancong boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang kaya dengan rempah-ratus bak kata
orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Dengan itu para pelancong dapat mengenali dan
menikmati makanan di Malaysia. Contohnya, nasi lemak, kuetiau goreng, sate, lemang dan
sebagainya menjadi produk pelancongan yang utama, Bukan itu sahaja, media massa boleh
menghiasi promo video pelancongan dengan pelbagai juadah yang lazat bagi menarik
perhatian para pelancongan dan mencubainya. Izharnya, pelbagai jenis makanan tempatan
menjadikan Malaysia sangat istimewa.
KEISTIMEWAAN MALAYSIA

You might also like