You are on page 1of 3

KARANGAN RESPONS

TERHAD – E-MEL

Baca kedua-dua e-mel di bawah dengan telitinya.

Anda dikehendaki menjawab satu daripada e-mel di bawah. Tulis e-mel anda itu selengkapnya.

Panjangnya e-mel anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

E-mel 1

Daripada: lindarnorismail@gmail.com
Kepada: halim@gmail.com
Subjek: Aktiviti Masa Lapang
Assalamualaikum, Halim.

Apa khabar? Saya berharap agar awak sihat sejahtera di samping keluarga tercinta.

Cuti sekolah telah tiba. Saya bercadang ingin melakukan sesuatu yang berfaedah kerana saya
mempunyai masa lapang yang banyak semasa cuti sekolah ini. Saya berharap awak boleh
memberikan beberapa cadangan aktiviti masa lapang dan manfaat-manfaat yang dapat saya
raih daripadanya.

Saya menantikan jawapan daripada awak.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Lindar Nor

Disediakan oleh Dr. Faizul

1
E-mel 2

Daripada: hanim@gmail.com
Kepada: nora@gmail.com
Subjek: Aktiviti Kejiranan
Assalamualaikum, Nora.

Salam sejahtera, Nora. Apa khabar awak di sana? Saya berharap agar awak dan keluarga
sihat-sihat belaka.

Seperti yang awak ketahui, saya baru sahaja berpindah ke taman perumahan baharu. Di sini,
saya ingin bercerita sesuatu dengan awak. Saya merupakan jiran baharu di kawasan taman
itu, maka saya tidak mengenali jiran-jiran saya. Oleh itu, saya ingin cuba mendekati jiran-
jiran saya. Saya bercadang untuk mengajak jiran-jiran untuk melakukan beberapa aktiviti
supaya saya boleh mengenali mereka dengan lebih rapat. Bolehkah Nora mencadangkan
beberapa aktiviti yang boleh saya lakukan? Apakah pula manfaat aktiviti-aktiviti tersebut?

Saya menantikan balasan e-mel daripada awak. Sekian. Terima kasih.

Yang benar,
Hanim

Disediakan oleh Dr. Faizul

2
Daripada: halim@gmail.com
Kepada: lindarnorismail@gmail.com
Subjek: Aktiviti Masa Lapang

Salam sejahtera, Lindar.

Saya baik-baik sahaja di samping keluarga tercinta.

Saya faham bahawa kadang-kadang kita tidak mempunyai banyak idea untuk menghabiskan
masa senggang. Untuk pengetahuan awak, masa lapang boleh diluangkan di pantai, di
perpustakaan atau di rumah. Bukan itu sahaja, waktu lapang juga boleh dihabiskan dengan
keluarga, adik-beradik atau kawan-kawan. Di sini, saya ingin mencadangkan beberapa aktiviti
yang boleh mendatangkan kemaslahatan kepada awak.

Satu daripada aktiviti yang awak boleh lakukan ialah aktiviti fizikal. Aktiviti fizikal yang
dilakukan mampu melancarkan peredaran darah, memperbaik sistem kardiovaskular dan
meningkatkan sistem ketahanan badan. Sebagai contohnya, awak boleh berenang, berbasikal
atau bermain badminton dengan kawan-kawan pada setiap petang. Aktiviti yang dilakukan
bersama-sama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim.

Di samping itu, awak juga boleh bercucuk tanam di pekarangan rumah. Aktiviti ini boleh awak
lakukan dengan adik-beradik dan ibu bapa. Antara tanaman yang boleh awak usahakan secara
kecil-kecilan di halaman rumah ialah sayur bayam, kacang botor, cili, serai dan daun pandan.
Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai serampang dua mata kerana ibu bapa tidak perlu membeli
sayur di pasar serta dapat menjimatkan perbelanjaan.

Saya berharap agar cadangan ini dapat memberikan manfaat kepada awak.

Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,
Halim

200 patah perkataan

Disediakan oleh Dr. Faizul

You might also like