You are on page 1of 7

Soalan Lazim (FAQ)

MODUL PENGURUSAN INSTITUSI


1. Bagaimanakah cara untuk log masuk ke Modul Institusi?
Sila layari https://idme.moe.gov.my/login -> Klik tab/ menu Aplikasi -> Klik
Modul Pengurusan Institusi.

2. Adakah terdapat video manual yang boleh dijadikan rujukan bagi Modul
Pengurusan Institusi?
Sila layari https://tinyurl.com/ChannelBPM

3. Apakah browser terbaik untuk capaian Modul Pengurusan Institusi?


Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome dan Microsoft Edge
dengan resolusi skrin 1366 x 768.

4. Apakah yang perlu dilakukan jika peringkat khas (Rendah Khas dan
Menengah Khas) tidak dipaparkan pada senarai kelas?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Guru Data
Menu: Profil Am
Pilih tab Label Institusi.
Tick checkbox pada label INTEGRASI yang berkaitan.

5. Apakah yang perlu dilakukan jika kurikulum yang ingin dipilih tidak
tersenarai dalam Senarai Kurikulum Kebangsaan?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Guru Data
Menu: Profil Am
Klik butang kemas kini. Pilih Peringkat Pendidikan (masukkan peringkat
sekolah yang betul).
6. Bagaimanakah cara untuk mendaftar murid baharu masuk ke sekolah?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Pengurusan kelas
Menu: Senarai Murid
Klik Daftar Murid Baharu
Masukkan No. Kad Pengenalan. Klik Cari.
Klik butang Daftar pada maklumat murid yang dipaparkan.
Jika Berjaya, terus ke langkah A. Jika Gagal, sila ke langkah B.

A-Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Pengurusan Kelas
Menu: Senarai Murid
Pilih Status Terapung Kelas. Klik butang Cari.
Tick checkbox pada nama murid berkaitan.
Pilih kelas terlibat. Klik butang Tetapan Kelas.

B-Modul: Pengurusan Murid


Peranan: Pentadbir@ PKHem
Menu: Profil Murid
Klik butang Daftar Murid Baharu.
Masukkan No. Kad Pengenalan dan Nama. Klik butang Cari.
Klik butang Daftar.

7. Apakah yang perlu dilakukan jika murid tidak dijumpai dalam senarai murid
di sekolah?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Pengurusan Kelas
Menu: Senarai Murid
Pilih Status Terapung Kelas.
Tick checkbox pada nama murid berkaitan. Klik butang Tetapan Kelas.
Atau;

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Pengurusan Kelas
Menu: Senarai Kelas
Klik bilangan murid pada kelas terlibat.
Pilih Salin daripada Senarai Murid Apung.
Tick checkbox pada nama murid berkaitan. Klik butang Tetapan Kelas.

8. Apakah yang perlu dilakukan jika guru kelas tidak dapat melihat kelas di
bawah seliaan mereka?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Pengurusan Kelas
Menu: Senarai Kelas
Klik butang Ringkasan Senarai Kelas. Semak nama guru kelas.
Jika nama kelas tidak wujud atau tidak betul, Klik Nama Kelas pada kelas
berkenaan. Pilih nama guru kelas.
Jika masih gagal, guru kelas tersebut masih belum mendapat peranan
daripada pentadbir Guru Kelas.

9. Bagaimanakah cara untuk menghapus mata pelajaran yang telah ditetapkan?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Mata Pelajaran
Menu: Tetapan Mata Pelajaran Kelas
Klik Bil. Murid pada kelas terlibat.
Pilih Mata Pelajaran dan Guru Mata Pelajaran yang ingin dihapuskan. Klik
butang Cari.
Pilih semua murid dan klik butang Padam.
Klik Nama Kelas.
Tick checkbox pada mata pelajaran yang ingin dihapus. Klik butang padam.
10. Apakah yang perlu dilakukan untuk menghapus kelas?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Pengurusan Kelas
Menu: Senarai Kelas
Semak jika kelas tersebut mempunyai murid. Jika ada, klik bil. Murid.
Apungkan murid keluar kelas atau buat tetapan murid ke kelas lain.
Klik Tahun/ Tingkatan, senarai kelas akan dipaparkan.
Tick checkbox pada kelas yang ingin dihapus.
Klik butang Hapus.

11. Apakah yang perlu dilakukan jika ingin menetapkan murid DLP?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Guru Data
Menu: Profil Institusi> Profil Am
Pilih tab Label Institusi.
Tick checkbox Dual Language Programme (DLP). Klik butang Simpan.

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Pengurusan Kelas
Menu: Senarai Kelas
Klik Nama Kelas. Kemas kini Status DLP kelas kepada Ya. Klik butang Simpan.

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Mata Pelajaran
Menu: Tetapan Mata Pelajaran Kelas
Klik Bil. Murid.
Pilih mata pelajaran yang berkenaan.
Tick checkbox pada murid terlibat. Klik butang Kemas kini.
12. Bagaimanakah cara untuk memadam murid yang sudah berpindah atau
berhenti sekolah?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pengesah Institusi atau Pentadbir Pengurusan Kelas atau Guru Kelas
Menu: Senarai Kelas atau Kelas Saya
Klik pada Bil. Murid.
Tick checkbox pada murid berkenaan.
Klik butang Apung Murid Keluar Kelas.

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pengesah Institusi
Menu: Padam Murid
Pilih Status Murid Terapung Kelas. Klik Cari. Senarai Murid apung dipaparkan.
Tick checkbox pada murid berkenaan. Klik butang padam.
Masukkan maklumat padam murid. Klik butang Padam.

13. Apakah yang perlu dilakukan jika gagal untuk menyah aktif guru mata
pelajaran bagi tahun/ tingkatan?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Mata Pelajaran
Menu: Tetapan Mata Pelajaran Kelas
Klik pada Bil. Murid.
Pilih mata pelajaran guru mata pelajaran berkenaan.
Tick checkbox (select *) untuk memilih semua murid. Klik butang padam.
Modul: Pengurusan Institusi
Peranan: Pentadbir Mata Pelajaran
Menu: Tetapan Mata Pelajaran Kelas
Klik pada Nama Kelas.
Tick checkbox nama guru mata pelajaran terlibat. Klik butang Padam.

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Mata Pelajaran
Menu: Tetapan Guru Mata Pelajaran Institusi
Pilih Kurikulum, Tahun/ tingkatan dan Mata Pelajaran.
Tick checkbox nama guru mata pelajaran yang ingin dinyah aktif.
Masukkan Tarikh Tamat Kuat Kuasa.
Klik butang Padam.

14. Apakah yang perlu dilakukan jika kelas tidak dipaparkan dalam Senarai
Mata Pelajaran Kelas?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pengesah Institusi
Menu: Senarai Kelas
Klik pada Bil. Murid.
Klik pada butang Pengesahan.

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Mata Pelajaran
Menu: Tetapan Mata Pelajaran Kelas
Kelas tersebut akan dipaparkan.
15. Sebelum Perekodan Pentaksiran dilakukan, adakah perlu menyemak
maklumat Mata Pelajaran dan Murid di Modul Pengurusan Institusi?

Ya, perlu lengkap proses kemasukan maklumat murid dan mata pelajaran murid.
Sila pastikan Langkah berikut lengkap terlebih dahulu:

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Mata Pelajaran
Menu: Analisis Tetapan Mata Pelajaran
Pilih Tab Mengikut Tahun/ Tingkatan
Klik pada nama kelas dan pastikan semua icon Status Tetapan bewarna hijau.

16. Apakah yang perlu dilakukan jika guru berpindah sekolah?

Peranan sedia ada di sekolah asal perlu dipadam terlebih dahulu bagi
memastikan peranan di sekolah baharu dapat ditetapkan.

17. Apakah yang perlu dilakukan jika pilihan kurikulum tidak tersenarai untuk
tetapan guru mata pelajaran institusi?

Modul: Pengurusan Institusi


Peranan: Pentadbir Mata Pelajaran
Menu: Penyelenggaraan> Selenggara Kurikulum Institusi
Klik butang Pilih Kurikulum Kebangsaan.
Pilih kurikulum yang terlibat.
Klik butang Jana Kurikulum Institusi.
Kurikulum yang dipilih akan dipaparkan dalam Senarai Kurikulum Institusi
Tick checkbox pada kurikulum tersebut. Klik butang kemas kini
Tukar Status Kurikulum kepada Aktif. Klik butang Simpan

You might also like